wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Penjodoh Bilangan

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.
__________ bunga kenanga terselit pada sanggul Sofia
a)
Sejambak
b)
Sekuntum
c)
Sehelai
d)
Sebiji
2.
 "Masukkan se __________ garam ke dalam lauk itu," kata Mak Cik Salmah
kepada Jamilah.
a)
cuit
b)
colek
c)
genggam
d)
cubit
3.
Ayah membeli dua __________ durian di pasar.
a)
biji
b)
ulas
c)
buah
d)
buku
4.
Polis melepaskan lima __________ tembakan ke arah perompak itu.
a)
butir
b)
das
c)
biji
d)
pucuk
5.
Beliau memulakan ucapannya dengan se __________ pantun.
a)
baris
b)
patah
c)
rangkap
d)
buah
6.
Ayah membeli beberapa __________ petai di gerai itu.
a)
gelung
b)
papan
c)
mata
d)
biji
7.
Pemuda itu membeli __________ surat khabar mingguan di kedai Ali.
a)
sekeping
b)
sehelai
c)
selembar
d)
senaskhah
8.
Beberapa __________ mutiara diletakkan pada kalung emas itu untuk
mencantikkannya.
a)
butir
b)
ulas
c)
keping
d)
potong
9.
Maimun menggubah dua __________ bunga mawar. Kemudian, dia
meletakkannya di atas se __________ almari.
a)
kuntum ... biji
b)
 bakul ... buah
c)
jambak ... deret
d)
jambangan ... buah
10.
Atikah menghadiahi gurunya __________ bunga dan __________ pena.
a)
sekuntum ..... sebilah
b)
 sejambangan ..... seberkas
c)
setangkai ..... sepucuk
d)
sejambak ..... sebatang
11.
__________ senapang dan beberapa __________ peluru telah dijumpai di tepi
bangunan itu.
a)
Sebatang ..... biji
b)
Sedas ..... buah
c)
Selaras ..... butir
d)
 Sekaki ..... butir
12.
Kakak membawa ____________ payung kerana bimbang hujan akan turun .
a)
sebuah
b)
sekaki
c)
sehelai
d)
sekeping
13.
Mak Minah menanam _____________ serai di belakang rumahnya.
a)
sekawan
b)
selonggok
c)
serumpun
d)
sebuah
14.
Adik hanya makan ________________ roti sebagai alas perut sebelum pergi ke sekolah.
a)
sekeping
b)
seulas
c)
seikat
d)
selembar
15.
Harga _____________ anggur di gerai itu agak mahal tetapi amat sedap.
a)
sekawan
b)
sesikat
c)
segugus
d)
sepapan