NEW
Font size
WorksheetsTATABAHASA - RANDOM 2
Total questions: 20
Worksheet time: 5mins
Kamil dan Ahmad telah mendaftar untuk menyertai perkhemahan unit beruniform. __________________ dikehendaki untuk membawa khemah sendiri.
Kami
Kalian
Mereka
Kita
Adam baru sahaja pulang ____________________ hospital setelah melawat abangnya yang sedang dirawat di sana.
ke
dari
di
daripada
Cikgu Sidek berkata, “ ____________________ yang melanggar peraturan sekolah akan dikenakan tindakan.”
Bila-bila
Mana-mana
Apa-apa
Siapa-siapa
Jannah telah mendapat peluang belajar di Universiti Malaya _______________ mendapat keputusan yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia.
sejak
semenjak
setelah
sekiranya
Bas yang membawa penumpang ke bandar itu amat ________________ seperti sardin.
padat
mampat
ketat
sempit
Tapai ubi yang manis dapat _________________ setelah ubi rebus yang bercampur ragi itu diperam beberapa hari.
hasilkan
menghasilkan
dihasilkan
penghasilan
Kalau bukan di sini, mungkin di ________________ Sollehien tinggal .
itu
ini
sana
sinun
Ibu sungguh _________________ menunggu kepulangan ayah yang sedang bertugas menjaga keamanan negara di sempadan Malaysia - Kalimantan
taat
setia
tekun
tabah
“Saya lihat dibawah tudung saji itu _________________ ada dua ketul ayam goreng yang belum dimakan lagi,” kata Alif.
telah
masih
sedang
pernah
Nenek mengambil ____________________ bawang merah lalu meletakkannya ke dalam ___________________ pinggan.
sebiji ..... sekeping
selabu .... sebuah
seulas ..... sebiji
seketul .... sekaki
Cadangan yang _______________ akan dipertimbangkan oleh pihak Jawatankuasa PIBG itu.
lapuk
lancar
pantas
bernas
Kerajaan menggalakkan penggunaan bahan yang ________________ untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar.
mesra pengguna
mudah alih
mesra alam
suci murni
Datuk Lee Chong Wei telah Berjaya melangkah ke pertandingan akhir badminton Sukan Olimpik 2016. ___________________, beliau terpaksa membuat latihan yang lebih gigih.
Selain itu
Disamping itu
Walau bagaimana pun
Dengan demikian
Sesuatu perkara yang kita lakukan hendaklah memberi faedah kepada diri kita dan orang lain.
Kata seerti bagi faedah ialah __________________.
manfaat
makna
peluang
kelebihan
Projek pembangunan yang terbengkalai itu akan dipulihkan oleh pihak kerajaan.
Perkataan berlawanan bagi terbengkalai ialah _________________.
tersusun
terurus
terhenti
terganggu
I Azman mengerang kesakitan bila kakinya terseliuh.
II Projek Susu 1 Malaysia telah dilancarkan ke seluruh negara.
III Sekolah itu terletak di antara masjid dengan pasar raya itu.
IV Semua sampah sarap itu telah dibakar di belakang rumah.
I dan II
i dan IV
II dan III
III dan IV
Pokok kelapa yang ______________ itu akan ditebang oleh ayah
rendah
panjang
tinggi
lebar
_____________________ nama guru baharu yang mengajar subjek Bahasa Melayu itu?
Siapa
Apa
Siapakah
Apakah
Pesilat itu sungguh _______________ menyerang pihak lawannya
pantas
cepat
tangkas
laju
Hasan membeli seutas jam tangan yang mahal kerana dia faham bahawa jam yang berkualiti akan tahan lebih lama.
Apakah peribahasa yang sesuai bagi penyataan di atas?
Melentur buluh biar dari waktu rebungnya.
Bagai mencurah air ke daun keladi.
Bagai pinang dibelah dua.
Alah membeli menang memakai.
