wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PERATURAN BILIK SAINS TAHUN 5

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.
Mengapakah murid-murid dilarang makan atau minum ketika berada di Bilik Sains?
a)
Makanan atau minuman mereka mungkin dicemari oleh bahan sains
b)
Mereka akan mengganggu murid-murid yang lain
c)
Mereka akan menarik perhatian haiwan perosak.
d)
Mereka akan mengotorkan Bilik sains
2.
Mengapakah murid harus mendengar arahan guru terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang eksperimen?
a)
Supaya keputusan dapat diperhatikan dengan tepat.
b)
Supaya tiada pembaziran bahan sains semasa eksperimen dijalankan
c)
Supaya eksperimen dapat dijalankan dengan lancar tanpa sebarang kemalangan
d)
Supaya murid-murid tidak perlu meniru keputusan eksperimen daripada rakan mereka
3.
Maklumat berikut menunjukkan aktiviti beberapa orang murid di dalam Bilik Sains.
-Johan menyalakan penunu Bunsen dengan pemetik api.
-Sandra membuang bahan buangan cecair ke dalam tong sampah.
-Raju menghidu bahan kimia di dalam botol untuk mengenal pasti bahan tersebut.
-Laili mengikat rambutnya dengan kemas semasa menjalankan eksperimen.
a)
Johan dan Raju
b)
Sandra dan Raju
c)
Johan dan Laili
d)
Raju dan Laili
4.
Antara berikut yang manakah tujuan mematuhi peraturan Bilik Sains?
a)
Memudahkan guru memberi arahan
b)
Memastikan eksperimen dapat dijalankan dengan cepat
c)
Mengelakkan kehilangan bahan dan peralatan sains dalam Bilik Sains
d)
Mengelakkan kecederaan berlaku semasa menjalankan eksperimen
5.
Mengapakah peralatan dan bahan sains diletakkan di Bilik Sains
a)
Supaya tidak pecah
b)
Supaya mudah dilihat
c)
Supaya Bilik Sains kelihatan kemas
d)
Supaya mudah diambil apabila diperlukan
6.
Di manakah peti pertolongan cemas harus diletakkan di Bilik Sains
a)
Di dalam laci
b)
Di atas meja guru
c)
Di dalam almari berkunci
d)
Di tempat yang mudah dilihat
7.
Berikut adalah perbualan dua orang murid ketika menjalankan suatu aktiviti
Rina : Warna larutan ini sangat menarik.
Wani : Biar saya hidu apa baunya.
Tindakan yang manakah harus Rina lakukan?
a)
Melarang Wani menghidu larutan itu
b)
Membiarkan Rina menghidu larutan itu
c)
Mengucap terima kasih kepada Rina
d)
Menghidu larutan itu bersama-sama Rina
8.
Bagaimanakah sisa bahan yang terbakar harus dibuang selepas melakukan aktiviti di Bilik Sains?
a)
Dibuang ke dalam beg plastik
b)
Dibuang ke dalam bakul sampah
c)
Dipadamkan dan dibungkus dengan kertas
d)
Dibasahkan sebelum dibuang ke dalam bakul sampah
9.
Tangan Janna tercedera ketika menjalankan aktiviti di Bilik Sains. Janna perlukan kain pembalut luka di dalam peti pertolongan cemas. Bagaimanakah cara Janna mendapatkan peti pertolongan cemas?
a)
Mengambilnya dari tempat simpanan
b)
Meminta kebenaran ketua kelas
c)
Meminta kebenaran guru besar
d)
Meminta kebenaran guru
10.
Apakah yang harus dilakukan oleh murid perempuan yang berambut panjang ketika menjalankan penyiasatan di Bilik Sains?
a)
Memakai topi keselamatan
b)
Mengikat rambut dengan kemas
c)
Membiarkan rambut mengerbang
d)
Memotong rambut terlebih dahulu
11.
Sara dan Dila membuang kertas litmus yang terdapat dalam jus limau ke dalam singki. Apakah yang akan berlaku akibat tindakan murid-murid itu?
a)
Kertas litmus akan habis dengan cepat
b)
Bilik Sains akan berbau busuk
c)
Singki akan tersumbat
d)
Banyak air dibazirkan
12.
Ziana membuang kayu uji berbara ke dalam bakul sampah. Kemungkinan yang manakah boleh berlaku akibat daripada tindakan Ziana?
a)
Kebakaran boleh berlaku
b)
Kecederaan boleh berlaku
c)
Asap akan memenuhi Bilik Sains
d)
Murid-murid akan mengalami sesak nafas
13.
Murid manakah yang mematuhi peraturan Bilik Sains
a)
Ahmad dan Danny
b)
Ahmad dan Seng Lee
c)
Danny dan Haris
d)
Haris dan Seng Lee
14.
Yang manakah menerangkan dengan betul gambar tersebut
a)
Masuk dengan kebenaran guru
b)
Membuka tingkap dan kipas
c)
Di larang bermain di dalam Bilik Sains
d)
Laporkan kepada guru jika berlaku kemalangan
15.
J - Hidupkan suis kipas
K-Cuci peralatan sains
L-Buka semua cermin tingkap
M-Ambil bahan dan peralatan sains
------------------------------------------------------
Yang manakah harus dilakukan oleh murid sebaik sahaja memasuki bilik sains
a)
J dan K
b)
J dan L
c)
K dan L
d)
L dan M
16.
Deria yang digunakan dalam kemahiran memerhati ialah ________ kecuali
a)
melihat
b)
mendengar
c)
menyentuh
d)
melukis
17.
Dalam mentafsir data kita boleh guna pelbagai bahan. Antaranya
1-jadual
2-carta
3-gambarajah
4-peratus data
a)
1
b)
1 dan 2
c)
1,2 dan 3
d)
1,2,3 dan 4
18.
susun langkah berikut:
A-menjalakan eksperiman
B-merancang
C-mengumpul data
D-mentafsir data dan membuat kesimpulan
a)
B-A-C-D
b)
A-B-C-D
c)
B-A-D-C
d)
D-A-C-B
19.
Aminah ingin mengukur suhu air . apakah alat yang digunakan
a)
temometer
b)
bikar
c)
alat pengukur
d)
mangkur pijar
20.
semasa menjalankan ekperimen , kawan kamu terluka . apa yang perlu kamu lakukan??
a)
mendiamkan diri
b)
memnbantu rakan
c)
melaporkan kepada guru
d)
bergurau dengan kawan