wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahasa Malaysia (1)

Total questions: 15

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

"Tolong telefon setiausaha ............... apabila ...................sampai nanti," kata Dato' Rauf kepada pemandunya.

a)

saya ... kita

b)

awak ... dia

c)

kita ... mereka

d)

kamu ... awak

2.

Walaupun sudah berusia seratus tahun, bangunan itu masih ...........................

a)

gagah

b)

teguh

c)

kental

d)

mantap

3.

Haniza berasa ............... apabila melakonkan watak nenek semasa pementasan drama di sekolahnya.

a)

angkuh

b)

kacau

c)

gusar

d)

kekok

4.

Encik Helmi mendapat kad undangan ke majlis perkahwinan ........... sahabat lamanya ............. minggu lepas

a)

daripada .... pada

b)

daripada .... di

c)

dari ..... pada

d)

dari ... di

5.

Ibu memanggil adik, .... berkata"cucilah kasut sekolah kamu yang kotor itu".

a)

malahan

b)

dengan

c)

sambil

d)

lalu

6.

"Sebelum itu, .......... ingin memohon ampun sekiranya kata-kata ini akan menimbulkan ..... tuanku," kata Tuan Puteri Bongsu kepada suaminya

a)

kakanda ... kemasyghulan

b)

adinda ... kemurkaan

c)

adinda .. kedurjanaan

d)

kakanda ... kedukaan

7.

Kamu ...... melakukan senaman ........ menurunkan berat badan

a)

dapat.... semoga

b)

harus... supaya

c)

boleh.... agar

d)

mesti ... untuk

8.

Kementerian Pelajaran sedang .......... usaha untuk memastikan murid-murid dapat menguasai kemahiran membaca dan menulis

a)

mengemaskinikan

b)

menguatkuasakan

c)

melipatgandakan

d)

menambaahbaikkan

9.

Penduduk kampung itu telah lama dipindahkan ke kawasan .................. baru

a)

tempat

b)

setempat

c)

tempatan

d)

penempatan

10.

Petinju negara ............. lawannya sebelum melepaskan tumbukan

a)

melaga-laga

b)

mengacu-acu

c)

melibas-libas

d)

mengacah-acah

11.

Zulkifli telah meluahkan ..................... untuk memiliki sebuah komputer kepada ibunya.

a)

ada hati

b)

isi hati

c)

ambil hati

d)

jantung hati

12.

Penduduk di taman perumahan itu ........... kerana mereka saling membantu apabila melakukan sesuatu pekerjaan.

a)

seperti cincin dengan permata

b)

seperti bulan dengan matahari

c)

seperti aur dengan tebing

d)

seperti isi dengan kuku

13.

Beberapa ........ kertas dan beberapa ............ perca kain yang tidak diperlukan lagi dimasukkan ke dalam tong sampah.

a)

helai ... cebis

b)

keping ... bidang

c)

lembar ... rincih

d)

kajang ... gulung

14.

petani itu bermandikan keringat kerana bekerja dengan gigih di bawah panas matahari.

Perkataan seerti bagi gigih ialah

a)

tegap

b)

tekun

c)

tekad

d)

tegas

15.

Mereka bekerjasama untuk melakukan kerja-kerja menyokong bumbung pondok itu.

Perkataan berlawan bagi menyokong ialah

a)

membina

b)

memasang

c)

merobohkan

d)

merobekkan