wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kasih Sayang Terhadap Keluarga

Total questions: 18

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Ibu bapa adalah tonggak kebahagiaan anak-anak dan keluarga.

a)

BETUL

b)

SALAH

2.

Ibu bapa berperanan penting mencorak kehidupan anak-anak.

a)

BETUL

b)

SALAH

3.

Kita haruslah menghargai pengorbanan ibu bapa dengan mengingati tarikh lahir, ulang tahun perkahwinan dan tarikh penting lain.

a)

BETUL

b)

SALAH

4.

Ibu bapa adalah insan yang telah menjaga dan mendidik kita sejak kecil.

a)

BETUL

b)

SALAH

5.

Yang manakah antara berikut BUKAN merupakan cara anak-anak mentaati ibu bapa.

a)

Mendengar nasihat

b)

Mematuhi arahan

c)

Menghormati ibu bapa

d)

Melawan cakap ibu bapa

6.

Yang manakah merupakan jasa ibu bapa terhadap anak-anak.

a)

Membentuk individu berhemah tinggi dan bebudi pekerti.

b)

Membiarkan anak-anak hidup sendiri

c)

Tidak menyediakan keperluan anak-anak

7.

Puan Zuraini membeli sepasang baju untuk anaknya, Gauzi. Gauzi sepatutnya

a)

tidak berkata apa-apa

b)

memakai baju tersebut

c)

memberikan wang kepada ibunya

d)

berterima kasih kepada ibunya

8.

Setiap permasalahan yang timbul dalam keluarga seharusnya

a)

dibawa bincang

b)

dibuat kajian terperinci

c)

dihebahkan kepada semua

d)

dibiarkan hilang begitu sahja

9.

Ikmal baru sahaja balik dari sekolah. Ibunya akan

a)

menyuruhnya ke kedai

b)

bertanya tentang kerja sekolahnya

c)

menyuruhnya membuat kerja rumah

d)

menghidangkan makanan kepadanya

10.

Ibu bapa yang menyayangi anaknya tidak akan

a)

sentiasa berdoa untuk kesejahteraan anaknya

b)

berkorban apa-apa sahaja demi kebahagian anaknya

c)

memberikan kasih sayang dan perhatian kepada anaknya

d)

memberikan anaknya kepada orang lain yang hidupnya lebih sempurna

11.

Anak-anak tidak seharusnya menghantar ibu bapa mereka ke rumah orang-orang tua. Sebaliknya mereka haruslah

a)

menyuruh orang lain menjaga ibu bapa di rumah

b)

menjaga ibu bapa sepanjang hayat dengan baik

c)

menyuruh jiran tetangga memerhatikan ibu bapa

d)

mengupah orang gaji menjaga ibu bapa

12.

Apakah yang anda lakukan untuk bapa anda sempena sambutan Hari Bapa?

a)

Melupakan hari tersebut

b)

Membawa bapa makan di restoran

c)

Tidak mengetahui apa-apa yang berlaku

d)

Meminjam duit daripada bapa untuk membelikan hadiah untuknya

13.

Keluarga yang mempunyai perasaan _________ antara satu dengan yang lain akan melahirkan generasi yang berakhlak mulia.


I cinta

II sayang

III gembira

IV taat setia

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

14.

Amalan kasih sayang lahir dari hati yang


I) suci

II) indah

III) cantik

IV) ikhlas

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

15.

Apakah nilai yang dipelajari hari ini?

a)

Kasih sayang terhadap keluarga

b)

Kasih sayang

c)

Harga diri

d)

Hemah tinggi

16.

Ibu bapa kita bersusah payah membesarkan kita. Oleh itu, kita patut __________ segala jasa dan pengorbanan mereka.


I) membalas

II) menghargai

III) menyayangi

IV) memartabatkan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

17.

Yang manakah BUKAN amalan asuhan ibu bapa

a)

Menghormati warga istimewa yang memerlukan perhatian

b)

Menghormati anggota masyarakat supaya hidup sejahtera, aman dan damai.

c)

Menghormati ibu bapa yang bersusah payah membesarkan kita.

d)

Melayan orang dengan biadap

18.

Berikut merupakan kepentingan asuhan dan didikan ibu bapa KECUALI

a)

Anak-anak tidak mudah terjebak dengan gejala sosial.

b)

Melahirkan generasi yang berakhlak mulia dan menghormati orang tua.

c)

Melahirkan anak-anak yang hormat ibu bapa dan cemerlang dalam akademik.

d)

Anak-anak menghantar ibu bapa ke rumah orang tua