wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KEM MEMBACA SATU MALAYSIA - SEK MENENGAH

Total questions: 10

Worksheet time: 3mins

Name
Class
Date
1.

Padankan maksud berikut dengan peribahasa yang betul.


Orang yang mementingkan diri sendiri

a)

buluh dalam hutan melepaskan pucuk masing-masing

b)

pokok di tengah hutan melepaskan pucuk masing-masing

c)

aur dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing

d)

enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing

2.

Encik Ali tegas dan tidak suka bercakap banyak. ........................., dia sabar melayan kerenah anak-anaknya.

a)

Walau bagaimanapun

b)

Oleh itu

c)

Sebelum itu

d)

Seterusnya

3.

Titah Sultan Mahmud kepada Bendahara Tun Mamat, “ _____________mahu penderhaka itu dipenjarakan.”

a)

Patik

b)

Hamba

c)

Baginda

d)

Beta

4.

Murid baru itu _____________ hendak menjadi ketua kelas.

a)

ada angin

b)

ada bakat

c)

ada hati

d)

ada sangat

5.

Lyana menerima pekerjaan guru sandaran itu sebagai ____________ untuk memperoleh pekerjaan yang lebih baik.

a)

batu loncatan

b)

batu api

c)

durian runtuh

d)

tanda mata

6.

Puan Mazlifah Sudin membeli .......................... semasa mengunjungi pusat kraf tangan itu untuk menyimpan air minuman di rumahnya.

a)

agar-agar

b)

labu-labu

c)

kisi-kisi

d)

epok-epok

7.

Perasaannya ....................... sejak anaknya disahkan menghidap penyakit kronik.

a)

tunggang-langgang

b)

gundah-gulana

c)

riuh-rendah

d)

kelam-kabut

8.

Abang ________ otak untuk mencari dan mengisi jawapan yang betul pada ruangan teka silang kata itu

a)

mengilap

b)

menerjah

c)

memerah

d)

mencanai

9.

Pasukan bola sepak sekolahnya gigih menjalani latihan. ________, mereka gagal menjuarai pertandingan itu.

a)

Setelah itu

b)

Kalau begitu

c)

Tambahan pula

d)

Namun demikian

10.

Air sungai itu semakin hari semakin ________kerana banyak bahan buangan dan sampah sarap mendap di dasarnya.

a)

lesu

b)

dangkal

c)

deras

d)

jernih