wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ASPEK PERUNDANGAN PERNIAGAAN

Total questions: 26

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Berikut merupakan sebab-sebab yang membawa kepada penamatan tawaran berdasarkan Akta Kontrak 1950 kecuali

a)

kematian dan ketidaksiuman pembuat tawaran

b)

Luputnya tarikh

c)

Pembatalan tawaran oleh pembuat tawaran sebelum wujudnya penerimaan

d)

Penolakan penerima tawaran atas sebab wujudnya unsur penipuan

e)

Semua jawapan di atas

2.

Yang manakah pernyataan berikut menjelaskan maksud "tawaran" yang paling tepat

a)

Suatu aku janji yang dibuat oleh pembuat tawaran bersama penerima tawaran untuk mengikat di sisi undang-undang

b)

Suatu perjanjian yang boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang iaitu berdasarkan Akta kontrak 1950

c)

Suatu aku janji oleh suatu pihak terhadap pihak yang lain bahawa ia akan melakukan sesuatu atau menahan diri daripada melakukan sesuatu

d)

Satu perjanjian bersama yang dibuat oleh pembuat tawaran dengan penerima tawaran dengan mewujudkan hubungan yang sah dari segi undang-undang

e)

Semua jawapan di atas

3.

Pengecualian kontrak tanpa balasan dikira sah disebabkan oleh faktor seperti yang berikut:

a)

Perjanjian bertulis berasaskan keperluan hidup

b)

Perjanjian berasaskan hubungan peribadi

c)

Perjanjian untuk membayar hutang faedah milikan ke atas perjanjian niaga

d)

Pemberian pampasan secara sukarela atau diarahkan oleh mahkamah

4.

Jika seseorang itu belum berumur 18 tahun, dia tidak berupaya untuk berkontrak. Berikan penghalang lain terhadap seseorang daripada memasuki kontrak

a)

orang yang tidak mempunyai pengenalan diri

b)

Orang yang yang tidak bermastautin di sesuatu negara

c)

Orang yang berakal sempurna dan waras

d)

Orang yang hilang keupayaan untuk berkontrak

e)

semua jawapan di atas

5.

Apakah Jenis kontrak yang seorang kanak-kanak dibawah umur 18 tahun dibenarkan untuk memasuki ?

a)

kontrak keperluan hidup

b)

Kontrak insurans

c)

kontrak Biasiswa

d)

kontrak perkahwinan

e)

semua jawapan di atas

6.

Jelaskan faktor sesebuah kontrak itu menjadi kontrak batal

a)

Perjanjian yang dibentuk dengan melakukan tipu muslihat

b)

Bersifat mengecewakan mana-mana pihak

c)

kematian

d)

ketidakupayaan satu pihak yang berkontrak

7.

Berikut merupakan elemen-elemen penting dalam tindakan penerimaan kecuali:

a)

Sesuatu penerimaan akan dianggap lengkap sebaik sahaja pembuat tawaran mengetahui dan menerimanya

b)

Sesuatu penerimaan yang dibuat mesti dikomunikasikan

c)

Penerimaan perlu dibuat dalam jangka masa yang munasabah

d)

Sesuatu penerimaan mesti sah di sisi undang-undang

e)

Sesuatu penerimaan perlu jelas, tepat dan mutlak

8.

Berikut merupakan elemen-elemen penting dalam tindakan balasan kecuali:

a)

Sesuatu balasan akan dianggap lengkap sebaik sahaja penerima tawaran mengetahui dan menerimanya

b)

Balasan mestilah sesuatu yang sah di sisi undang-undang

c)

Balasan tidak semestinya datang daripada penerima janji

d)

Sesuatu balasan tidak semestinya berpadanan

e)

Mempunyai unsur timbal balik, iaitu kedua-dua pihak mesti mendapat balasan

9.

Berikut merupakan elemen-elemen penting dalam tindakan tawaran kecuali:

a)

Tawaran mestilah jelas, lengkap, dan muktamad

b)

Tawaran perlulah dikomunikasikan

c)

Penerimaan tawaran harus ditentukan

d)

Tawaran adalah berbeza daripada pelawaan tawaran

10.

"ialah kesilapan yang berlaku dan skopnya lebih sempit berbanding salahnyataan dan fraud".


Pilih fakta yang tepat merujuk perkara di atas.

a)

salah nyataan

b)

Pelepasan Kontrak

c)

Khilaf

d)

fraud atau penipuan

e)

Paksaan

11.

" Dibuat oleh seseorang atau sesuatu pihak yang ingin memasuki sesuatu kontrak dengan niat ingin membuat tipu daya kepada pihak yang lain"


Pilih fakta yang tepat merujuk perkara di atas.

a)

Salah nyataan

b)

paksaan

c)

fraud atau penipuan

d)

khilaf

e)

Pengaruh tak berpatutan

12.

Berikut merupakan Empat jenis remedi di bawah Akta Kontrak 1950

a)

Penamatan Kontrak, pelanggaran kontrak, ganti rugi, dengan pelaksanaan

b)

Ganti rugi, Injunksi, pelepasan kontrak, pelanggaran kontak

c)

Injunksi, Ganti rugi, menamatkan Kontrak, Quantum merit

d)

Quantum meruit, Induksi, ganti rugi, menamatkan kontrak

e)

Ganti rugi, Quantum meruit, injunksi, menamatkan kontrak,

13.

Berikut merupakan syarat-syarat kontrak yang wujud di bawah Akta Kontrak 1950

a)

Penamatan Kontrak, Ganti rugi, kontrak perkahwinan, kontrak sah

b)

kontrak keperluan hidup, kontrak sah, kontrak tidak sah, Remedi

c)

kontrak tak sah, kontrak sah, kontrak boleh batal, kontrak insurans

d)

kontrak sah, kontrak tidak sah, remedi, pelepasan kontrak

e)

Injunksi, kontrak tidak sah, kontrak boleh batal, kontrak sah

14.

Di bawah undang-undang kontrak, terdapat beberapa cara untuk sesuatu kontrak boleh dilepaskan kecuali.

a)

Dengan persetujuan semua pihak yang terlibat

b)

Dengan pelaksanaan

c)

Dengan penguatkuasaan undang-undang

d)

Dengan tiada kemungkinan

e)

Semua jawapan di atas

15.

_______________merupakan suatu perjanjian yang boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang, iaitu berdasarkan Akta kontrak 1950


Pilih fakta yang sesuai untuk diisi pada ruangan kosong di atas

a)

Elemen kontrak

b)

Syarat kontrak

c)

Undang-undang kontrak

d)

Kontrak

e)

Akta kontrak 1950

16.

______________berlaku apabila suatu pihak menerima cadangan daripada pihak yang membuat tawaran


Pilih fakta yang sesuai untuk diisi pada ruangan kosong di atas

a)

keupayaan

b)

Niat

c)

Penerimaan

d)

Tawaran

e)

Balasan

17.

______________tindakan seseorang menahan diri untuk mendapat persetujuan daripada pihak lain untuk berkontrak boleh menggambarkan niat pihak yang menahan diri untuk melakukan kontrak


Pilih fakta yang sesuai untuk diisi pada ruangan kosong di atas

a)

keupayaan

b)

Niat

c)

Penerimaan

d)

Tawaran

e)

Balasan

18.

______________faedah yang sepatutnya diperoleh kedua-dua belah pihak daripada urus niaga mereka seperti yang telah dipersetujui kedua-dua belah pihak yang mengikat perjanjian


Pilih fakta yang sesuai untuk diisi pada ruangan kosong di atas

a)

keupayaan

b)

Niat

c)

Penerimaan

d)

Tawaran

e)

Balasan

19.

______________merujuk kepada kontrak yang sah mestilah mempunyai pernyataan yang jelas bagi setiap perkara yang dijanjikan


Pilih fakta yang sesuai untuk diisi pada ruangan kosong di atas

a)

keupayaan

b)

ketentuan

c)

Penerimaan

d)

Tawaran

e)

Balasan

20.

______________merujuk kepada kemampuan seseorang itu menjalinkan perjanjian kontrak


Pilih fakta yang sesuai untuk diisi pada ruangan kosong di atas

a)

keupayaan

b)

ketentuan

c)

Penerimaan

d)

Tawaran

e)

Balasan

21.

Terdapat tiga perkara yang harus wujud dalam kontrak jualan antaranya ialah:

a)

Wujudnya dua pihak, iaitu penjual dan pembeli / barang merupakan subjek yang dikontrakkan / wujudnya balasan 'wang' daripada satu pihak kepada pihak lain

b)

Barang merupakan subjek yang dikontrakkan / melibatkan pemindahan hak milik daripada penjual kepada pembeli / wujudnya perjanjian

c)

Menggunakan borang yang sesuai / wujud asas undang-undang/ tiada keraguan

d)

wujudnya dua pihak iaitu penjual dan pembeli,/ wujudnya balasan 'wang' daripada satu pihak kepada pihak lain/wujud persetujuan sebenar

22.

"Ialah satu kontrak yang mana penjual memindahkan atau bersetuju memindahkan hak milik terhadap barang kepada pembeli pada suatu harga tertentu"


Pilih fakta yang tepat merujuk perkara di atas.

a)

kontrak

b)

kontrak sah

c)

Kontrak jualan

d)

Kontrak barang

e)

kotntrak boleh batal

23.

"Ialah satu tuntutan ganti rugi ke atas bayaran perkhidmatan dan pekerjaan yang munasabah"


Pilih fakta yang tepat merujuk perkara di atas.

a)

Remedi

b)

Ganti rugi

c)

Menamatkan kontrak

d)

Injunksi

e)

Quantum meruit

24.

"Merupakan satu remedi di bawah undang-undang ekuiti untuk mengekalkan status quo pihak yang terlibat apabila sesuatu kes ditangguhkan"


Pilih fakta yang tepat merujuk perkara di atas.

a)

Remedi

b)

Ganti rugi

c)

Menamatkan kontrak

d)

Injunksi

e)

Quantum meruit

25.

"Jika sesuatu pihak yang telah memungkiri perjanjian kontrak, pihak yang satu lagi boleh menamatkan perjanjian kontrak dan tidak perlu meneruskan pelaksanaan perjanjian kontrak tersebut malah berhak menuntut ganti rugi"


Pilih fakta yang tepat merujuk perkara di atas.

a)

Remedi

b)

Ganti rugi

c)

Menamatkan kontrak

d)

Injunksi

e)

Quantum meruit

26.

Pihak A menetap di Kuala Lumpur bersetuju untuk menjual lembunya yang berada di kedah kepada B yang bersetuju untuk membelinya dengan harga RM 2,000. Pada waktu perjanjian dibuat, kedua-dua pihak tidak mengetahui bahawa lembu itu sebenarnya sudah mati.


Berikan jawapan anda berdasarkan situasi di atas?

a)

Wujudnya paksaan dan ancaman daripada pihak A yang menyebabkan sesuatu kontrak boleh dibatalkan atas pihak yang telah dipaksa

b)

Pihak A mempunyai niat memperdayakan pihak lain yang membuat perjanjian dengannnya dan menyembunyikan fakta sebenar bahawa lembu tersebut sudah mati.

c)

Salah nyataan yang dibuat oleh pihak A tidak membatalkan kontrak yang dibuat kerana salah nyataan yang dibuat dianggap ikhlas

d)

Khilaf fakta. wujud kesilapan fakta penting oleh kedua-dua pihak yang memasuki kontrak dan kontrak menjadi kontrak boleh batal.