WorksheetsPemeriksaan Kerja Pemasangan Jubin
Total questions: 10
Worksheet time: 10mins
Sambungan yang diisi dengan bahan berasaskan simen atau resin biasanya akan memudarkan warna. Cara terbaik membersihnya adalah dengan menggunakan
Cuka dan thinner
Cuka putih dan asid sitrik
Cuka putih sahaja
Asid sitrik
Apakah ujian yang dilakukan untuk menentukan kekuatan ikatan jubin yang telah diterap
Ujian Tarikan Jubin
Ujian Kekuatan Ikatan
Ujian Ikatan Jubin
Ujian Lekatan
Nyatakan personel yang diberi kuasa untuk mengendalikan pemeriksaan kerja jubin.
Boleh pilih lebih dari satu jawapan.
Majikan
Pihak Berkuasa Tempatan
Jurutera
Arkitek
Antara berikut merupakan kriteria pemeriksaan kerja penjubinan KECUALI
Dimensi, saiz dan ketebalan.
Saiz jubin seragam.
Kekuatan ikatan.
Harga jubin.
Apakah peralatan yang digunakan bagi memastikan kepersegian jubin seragam dan lurus ketika kerja memasang jubin dilakukan ?
Penukul
Penjarak Plastik (tile spacer)
Pembaris keluli
Sudip
Pemeriksaan kualiti diatur bagi memastikan kerja-kerja yang dijalankan mematuhi syarat-syarat persetujuan bangunan.
Benar
Salah
Antara berikut merupakan kecacatan yang sering berlaku pada permukaan jubin KECUALI ......
Perbezaan warna pada permukaan.
Pengelupasan
Lekuk, liang dan buih pada gilap.
Meleding.
Terdapat kawasan-kawasan yang disesuaikan untuk pemasangan jubin mengikut kumpulan jubin.
Kumpulan jubin yang manakah sesuai untuk digunakan bagi kemasan lantai lobi hotel ?
Kump 1: sesuai untuk tembok kediaman atau komersial. Tidak sesuai untuk laluan pejalan kaki.
Kump 2: sesuai untuk trafik kediaman ringan.Tidak sesuai untuk dapur, laluan keluar masuk, lantai bilik air yang diguna secara lasak
Kump 3: sesuai untuk semua kediaman dan kegunaan ringan
komersial untuk ruang pejalan kaki dan dimana-mana ruang dalam.
Kump 4: sesuai untuk semua kediaman,komersial sederhana dan industri ringan ( restoran, hotel dan lobi hospital)
Kump 5: sesuai untuk semua kediaman,komersial berat dan
industri (airport,Pasaraya, laluan bawah tanah dll)
Bilakah borang RFI (request for information/inspection) diperlukan ?
diperlukan pada kerja awalan projek
ketika berlakunya kemalangan di tapak bina
setiap kali kontraktor menghadapi kekeliruan atau masalah dalam melakukan sesuatu kerja
pada bila-bila masa
Yang manakah di antara berikut merupakan kriteria pemeriksaan kerja penjubinan ?
Boleh pilih lebih daripada satu.
Dimensi, saiz dan ketebalan.
Jajaran.
Kelembutan jubin.
Kepugakan
Kekuatan ikatan
