wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Reka Bentuk Mekanikal Tingkatan 2

Total questions: 15

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Reka bentuk mekanikal ialah

a)

membina peranti baharu menggunakan sistem mekanikal bagi melakukan tugas yang dikehendaki

b)

membina alatan yang cantik dan terkini supaya lebih menarik

c)

mereka projek menggunkan besi yang tahan karat agar dapat digunakan dalam tempoh masa yang lama

d)

menghasilkan rekaan mekanikal yang mempunyai satu komponen yang tidak bergerak

2.

Sistem mekanikal ialah

a)

komponen yang memudahkan sesuatu kerja

b)

alatan yang mempunyai komponen mekanikal

c)

sistem yang dapat mengurangkan tenaga mekanikal manusia dalam melakukan pekerjaan

d)

sistem yang memanjangkan tempoh sesuatu kerja

3.

Apakah fungsi alatan ini?

a)

Memindahkan barang

b)

Memindahkan kuasa

c)

Penghubung komponen

d)

Digunakan dalam mesin gerudi

4.

Komponen A adalah komponen yang digunakan sebagai pengantara bagi objek yang berputar. Komponen ini juga dapat mengurangkan geseran dan melancarkan pergerakan bagi gerakan berputar. Komponen A merupakan _____________ .

a)

rantai

b)

tali sawat

c)

gear

d)

galas bebola

5.

Tuil atau tuas merupakan sistem yang berkaitan daya, beban dan fulkrum. Komponen ini mempunyai 3 kelas iaitu Kelas 1, Kelas 2 dan Kelas 3. Nyatakan contoh alatan bagi Kelas 3.

a)

Stapler

b)

Kereta sorong

c)

Playar

d)

Gunting

6.

Komponen mekanikal yang terdapat pada basikal beserta fungsinya yang salah adalah

a)

Galas bebola : menggerakkan hendal dan roda

b)

Tuas dan tuil : memberhentikan basikal

c)

Aci engkol : menghasilkan tenaga untuk pergerakan basikal

d)

Rantai : pengantar bagi penghantaran kuasa antara dua gear

7.

Dalam menghasilkan sesuatu gajet, lakaran adalah salah satu perkara penting yang perlu dilakukan. Mengapa lakaran sangat penting?

a)

Memastikan gajet yang dihasilkan menepati kehendak pelanggan

b)

Memastikan fungsi komponen boleh diubah

c)

Menjimatkan kos bahan yang digunakan

d)

Meningkatkan kretiviti pereka untuk melukis

8.

Semasa menganalisis kesesuaian komponen yang digunakan, aspek ini perlu ditekankan kecuali…

a)

Reka bentuk komponen

b)

Jenis bahan yang digunakan

c)

Kemasan

d)

Lakaran

9.

Setelah membuat penyediaan komponen, apakah yang perlu dilakukan oleh pereka bagi melaksanakan projek?

a)

Membuat kaji selidik

b)

Melakar

c)

Menghasilkan komponen

d)

Memasang komponen

10.

Langkah terakhir bagi sesebuah projek adalah

a)

Sesi Brief

b)

Sesi kritik

c)

Pengujian

d)

Kemasan

11.

Apakah perbezaan tali sawat dengan rantai?

a)

Tali sawat adalah pendek manakala rantai adalah panjang

b)

Tali sawat dipasang pada motor elektrik manakala rantai dipasang antara dua gear

c)

Tali sawat digunakan pada basikal manakala rantai digunakan pada motosikal berkuasa besar

d)

Tali sawat berbentuk komponen kecil yang disambungkan manakala rantai berbentuk tali

12.

Gajet yang dihasilkan diuji terlebih dahulu sebelum membuat kemasan. Setelah diuji, gajet tersebut tidak berfungsi dengan baik. Apakah yang perlu dilakukan?

a)

Lakaran kerja

b)

Penyediaan semula komponen

c)

Penghasilan semula komponen

d)

Pemasangan semula komponen

13.

Berikut merupakan aspek yang dicadangan untuk dilakukan penambahbaikan semasa penialaian dilaksanakan keatas projek kecuali

a)

Bahan

b)

Kemasan

c)

Lakaran

d)

Rupa bentuk

14.

Komponen mekanikal ini sesuai digunakan untuk memudahkan pergerakan lif.

a)

Gear dan Tali sawat

b)

Tuil dan Tuas

c)

Takal dan Gelongsor

d)

Aci engkol dan Bindu

15.

Bagi tual dan tuas Kelas 2, susunan yang betul adalah :

a)

Daya, Fulkrum, Beban

b)

Daya, Beban, Fulkrum

c)

Fulkrum, Daya, Beban

d)

Beban, Daya, Beban