wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PRINSIP PASCAL

Total questions: 13

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.

Rajah menunjukkan satu pam hidraulik.Perbandingan yang manakah benar?

a)

Daya F sama dengan berat beban

b)

Daya F lebih besar dari berat beban

c)

Tekanan pada omboh P sama dengan pada omboh Q

d)

Tekanan pada omboh P lebih kecil daripada tekanan pada omboh Q

2.

Rajah menunjukkan satu alat hidraulik.Daya,F dapat menyokong beban yang mempunyai berat,W. Apakah hubungan diantara W,F,A dan a ?

a)
b)
c)
d)
3.

Apabila omboh ditolak ke dalam seperti dalam rajah, air dipancut keluar ke semua arah dengan kelajuan yang sama kerana

a)

daya tujah dikenakan ke atas air menolak air keluar

b)

daya lekitan molekul air bertambah menyebabkan air dipaksa keluar

c)

cecair sukar dimampatkan dan tekanan cecair dipindahkan secara seragam

d)

tekanan bertambah menyebabkan molekul air menjauhi antara satu sama lain

4.

Gambar rajah menunjukkan sebuah kelalang berlubang diisi penuh dengan air.Antara pernyataan berikut, yang manakah tidak betul apabila omboh ditolak ke dalam?

a)

Air memancut keluar ke semua arah

b)

Air memancut keluar dengan laju yang sama

c)

Tekanan air semakin besar

d)

Tekanan dipindahkan secara seragam ke seluruh air

5.

Gambarajah menunjukkan suatu sistem hidraulik ringkas.

Antara pernyataan berikut yang manakah betul mengenai sistem di atas?

a)

Daya, F, lebih besar daripada berat basikal

b)

Sistem berfungsi berdasarkan prinsip Bernoulli

c)

Berat maksimum yang boleh diangkat ialah 200 N

d)

Tekanan di A1 adalah sama dengan tekanan di A2

6.

Gambarajah menunjukkan satu sistem hidraulik yang ringkas.Luas omboh B adalah empat kali ganda luas omboh A. Berapakah daya minimum yang diperlukan untuk menyokong pemberat pada omboh B?

a)

30 N

b)

50 N

c)

80 N

d)

100 N

7.

Gambar rajah menunjukkan sistem hidraulik yang digunakan di sebuah bengkel kereta. Luas keratan rentas omboh ialah 400 cm2 dan luas keratan rentas takungan minyak ialah 6000 cm2.Hitungkan jarak penurunan aras minyak dalam takungan jika kereta itu perlu dinaikkan setinggi 2.0 m.

a)

0.13 cm

b)

1.33 cm

c)

7.50 cm

d)

13.3 cm

8.

Rajah menunjukkan omboh yang ditolak dengan daya yang tetap ke dalam kelalang yang berlubang.Antara pernyataan berikut, yang manakah salah apabila omboh ditolak ke dalam kelalang?

a)

Daya itu mengenakan suatu tekanan pada permukaan air.

b)

Tekanan dipindahkan melalui air semakin bertambah.

c)

Air terpancut keluar daripada lubang pada semua arah.

d)

Tekanan dipindahkan melalui air.

9.

Kehadiran gelembung-gelembung udara di dalam sistem brek hidraulik akan menyebabkan sistem tidak cekap. Pernyataan manakah menerangkan pemerhatian ini ?

a)

Gelembung-gelembung udara mengurangkan kelikatan cecair brek

b)

Gelembung-gelembung udara terbebas keluar apabila brek ditekan

c)

Gelembung-gelembung udara mengembang apabila sistem brek menjadi panas disebabkan oleh geseran

d)

Gelembung-gelembung udara dimampatkan apabila brek ditekan

10.

Rajah menunjukkan satu pam hidraulik diguna untuk mengangkat sebuah kereta berjisim 1600 kg.Nisbah diameter omboh besar kepada diameter omboh kecil ialah 4. Berapakah daya untuk menaikkan kereta tersebut?

a)

100 N

b)

400 N

c)

1000 N

d)

4000 N

11.

Rajah menunjukkan satu alat hidraulik. Diberi luas A ialah 0.02 m dan luas B ialah 0.01 m. Daya, F yang dikenakan ke atas omboh kecil ialah 20 N.Hitungkan daya yang dikenakan pada omboh besar apabila pemberat W diletakkan .

a)

4 N

b)

10 N

c)

20 N

d)

40 N

12.

Peralatan yang manakah menggunakan prinsip tekanan Pascal?

a)

pam angkat

b)

Hidrometer

c)

Penunu Bunsen

d)

Jek hidraulik

13.

Rajah menunjukkan seorang pelajar sedang memicit satu tiub ubat gigi.Ubat gigi mengalir keluar kerana

a)

tekanan di Y sama dengan tekanan di X

b)

tekanan di Y lebih besar berbanding tekanan di X

c)

tekanan di Y lebih kecil berbanding dengan tekanan di X