Worksheetsf5 bab 9
Total questions: 54
Worksheet time: 27mins
Selepas merdeka, Malaysia telah menandatangani perjanjian dengan negara berikut
· Britain
· Australia
· New Zealand
Mengapakah perjanjian tersebut ditandatangani ? T5 ms 240
Memperkuat pertahanan
Menambah aset ketenteraan
Mengekalkan hubungan diplomatik
Menggalakkan kemasukan pelabur asing
Petikan berikut berkaitan dengan Perang dunia Kedua
Pada 1 September 1939, Hitler ( Jerman ) mara ke sempadan Poland . Dua hari kemudiannya, setelah mendesak agar Hitler berundur, Britain dan Perancis menyertai perang.
Sumber : B.H Liddell Hart History of the Second
World War, Da Capo Press 1990
Apakah alasan Britain dan Perancis menyertai perang tersebut ? T5 ms 233
Menguji kekuatan tentera
Mempertahankan keselamatan
Merampas kembali wilayah
Menyekat pengaruh komunis
Perjanjian Versailles merupakan perjanjian yang paling komprehensif, di mana sebahagian kuasa besar telah bersetuju untuk menghukum Jerman dan negara lain yang tewas dalam Perang
Dunia 1. Antara syarat dan terma yang utama ialah :
1. Penyerahan kesemua tanah jajahan atau koloni Jerman sebagaimana yang dimandatkan oleh Liga Bangsa ( League of nations ):
2. Wilayah Alsace – Lorrine dipulangkan kepada Perancis.
3. Penyerahan Eupen Malmedy kepada Belgium. Memel kepada Lithuania, daerah
Hultschin kepada Czechoslovakia.
4. Poznania, iaitu sebahagian Prussia Timur dan Upper Selesia diserah kepada
Poland.
5. Danzig dijadikan Bandar yang bebas
6. Plebiscites ( sejenis pungutan suara ) diadakan di sebelah utara Schleswig untuk menyelesaikan isu sempadan Denmark – Jerman.
7. Jerman membayar hutang perang sebanyak £6.600 juta.
Dipetik dan diubahsuai daripada : Wikipedia
Mengapakah Jerman dihukum sedemikian rupa? T5 ms232
A Mengaut hasil negara lain
Dituduh memulakan peperangan
Melakukan penghapusan etnik
Menyebarkan fahaman komunis
Perjanjian Versailles merupakan perjanjian yang paling komprehensif, di mana sebahagian kuasa besar telah bersetuju untuk menghukum Jerman dan negara lain yang tewas dalam Perang
Dunia 1. Antara syarat dan terma yang utama ialah :
1. Penyerahan kesemua tanah jajahan atau koloni Jerman sebagaimana yang dimandatkan oleh Liga Bangsa ( League of nations ):
2. Wilayah Alsace – Lorrine dipulangkan kepada Perancis.
3. Penyerahan Eupen Malmedy kepada Belgium. Memel kepada Lithuania, daerah
Hultschin kepada Czechoslovakia.
4. Poznania, iaitu sebahagian Prussia Timur dan Upper Selesia diserah kepada
Poland.
5. Danzig dijadikan Bandar yang bebas
6. Plebiscites ( sejenis pungutan suara ) diadakan di sebelah utara Schleswig untuk menyelesaikan isu sempadan Denmark – Jerman.
7. Jerman membayar hutang perang sebanyak £6.600 juta.
Dipetik dan diubahsuai daripada : Wikipedia
Apakah tindak balas Jerman terhadap syarat tersebut? T5 ms 233
Menutup pintu sempadan
Berdamai dengan negara jiran
Memperkuat sistem pertahanan
Melaksanakan sistem demokrasi
Senarai berikut adalah pertubuhan antarabangsa yang disertai oleh Malaysia.
· Komanwel
· Pergerakan Negara-Negara Berkecuali
· Negara-Negara Selatan
Apakah faedah yang Malaysia peroleh dalam pertubuhan tersebut? T5 m/s 243 & 250
I Ekonomi maju
II Keselamatan terjamin
III Identiti bangsa mantap
IV Kawasan perairan terkawal
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Rajah 5 menunjukkan kesan Perang Dunia Pertama terhadap Jerman. T5 m/s 232
Kesan Perang Dunia Pertama Terhadap Jerman
#Kehilangan tanah jajahan
#Bayaran pampasan tinggi
Apakah tindakan Jerman untuk menghadapi kesan tersebut?
Mendapatkan sokongan rakyat
Memperbesar angkatan tentera
Mengukuhkan kedudukan ekonomi
Menggabungkan wilayah-wilayah kecil
Pada tahun 1929, Jerman mengalami masalah kemelesetan ekonomi akibat kegagalan Amerika Syarikat menyediakan pinjaman. T5 m/s 232
Apakah tindakan kerajaan Jerman untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada masalah tersebut?
Mendapatkan pinjaman luar
Mewujudkan kerjasama serantau
Memperkuat bidang ketenteraan
Melaksanakan pilihan raya
Maklumat berikut berkaitan dengan Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN). T5 m/s 258
Tahun---> 1992
Perisytiharan--->Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA)
Apakah tujuan perisytiharan di atas?
I Memupuk kerjasama ekonomi
II Memansuhkan sekatan dagangan
III Mengawal keselamatan perairan
IV Mewujudkan syarikat perdagangan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Perang Dunia Pertama tercetus di Eropah mulai tahun 1914 hingga tahun 1918.
Mengapakah Amerika Syarikat turut terlibat dalam perang tersebut ? T5 m/s 231
Menguji senjata
Permintaan Britain
Mempertahankan Serbia
Menyekat ideologi komunis
Blok dunia berikut terbentuk semasa Perang Dingin. T5 m/s 235
· Blok kapitalis
· Blok komunis
Apakah ciri blok kapitalis ?
I. Mengamalkan pemerintahan demokratik
II.Mengamalkan sistem satu parti
III. Memiliknegarakan perniagaan
IV. Menjamin kebebasan individu
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Deklarasi Langkawi dihasilkan dalam Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) di Kuala Lumpur pada tahun 1989. T5 m/s 244
Apakah persetujuan yang dicapai dalam deklarasi tersebut ?
Penyelarasan bantuan teknikal
Menyediakan dana pendidikan
Mengatasi masalah pencemaran
Membanteras penyalahgunaan dadah
Peta 1 menunjukkan kawasan Koridor Raya Multimedia.
Mengapakah kerajaan mewujudkan koridor tersebut? T5 ms 261
Membangunkan wilayah pembangunan baru
Mewujudkan keseimbangan ekonomi
Merancakkan perkembangan perindustrian
Membentuk masyarakat yang bermaklumat
Sebagai anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) , Malaysia telah memberi sumbangan ke arah memelihara keamanan dunia. T5 ms 245-248
Apakah sumbangan tersebut?
I Menentang dasar aparteid
II Menghantar pasukan pemerhati
III Membebaskan negara yang dijajah
IV Menyarankan pembentukan tentera pelbagai negara
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Gambar berikut menunjukkan penderitaan yang dialami rakyat Palestin akibat kekejaman tentera Israel.
Bagaimanakah Malaysia membantu untuk mengurangkan penderitaan tersebut?
T5 ms 248
Menghantar bantuan ketenteraan
Menganjurkan persidangan antarabangsa
Meningkatkan kerjasama kebudayaan
Menambahkan pelaburan pelbagai sektor
Apakah kesan peperangan berikut terhadap Eropah? T5 ms 231
Tahun--->1914-918
Peperangan--->Perang Dunia Pertama
Keperluan bahan mentah meningkat
Kerjasama antara etnik diperkukuhkan
Pakatan tentera dibentuk
Pemerintahan beraja tamat
Jadual berikut berkaitan dengan Dasar Luar Malaysia tahap 1.
Tahap 1 (1957-1970)
Dasar Luar Malaysia
· Dasar Pro- Barat
· Dasar berbaik-baik dengan negara jiran dan tentera Komanwel
Mengapakah Malaysia mengamalkan dasar tersebut? T5 ms 240-241
I Keperluan pasaran
II Sikap diskriminasi
III Persamaan idealogi
IV Ancaman keselamatan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Pada 28 Jun 1914, peristiwa pembunuhan pewaris takhta Austria-Hungary berlaku.
Antara yang berikut, yang manakah kesan daripada peristiwa tersebut? T5 ms 230
Perang Dingin
Perang Saudara
Perang Dunia Pertama
Pembentukan Pakatan Bertiga
Tunku Abdul Rahman telah mencetuskan idea penubuhan OIC pada tahun 1971.
Antara matlamat penubuhan pertubuhan tersebut adalah untuk T5 ms 251
Mengekalkan keamanan dunia
Meningkatkan perhubungan sosiobudaya
Mengekalkan perdamaian antara negara Islam
Meningkatkan taraf hidup penduduk tempatan
Adolf Hitler
Tokoh berikut adalah pemimpin Jerman yang dituduh mengingkari Perjanjian Versailles, yang ditandatangani pada tahun 1919. T5 ms 232
Apakah bukti tuduhan tersebut?
Memperbesar angkatan tentera
Menakluki wilayah Itali
Menyertai Kuasa Bersekutu
Mengamalkan pemerintahan dictator
MAPHILINDO Yang ditubuhkan pada tahun 1963 adalah pertubuhan serantau yang dianggotai oleh Malaysia, Filipina, dan Indonesia. T5 ms 254
Mengapakah pertubuhan tersebut ditubuhkan?
I. Meningkatkan hubungan persahabatan
II. Menyelesaikan pertelingkahan
III. Menggalakkan kerjasama pendidikan
IV. Mewujudkan kerjasama dalam bidang ketenteraan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Malaysia menentang dasar Apartheid yang diamalkan oleh Afrika Selatan. T5 ms 239
Apakah tindakan Malaysia terhadap negara tersebut?
Menamatkan perlindungan politik
Menghalang hubungan perdagangan
Memutuskan hubungan diplomatik
Menyekat bantuan kemanusiaan
Apakah matlamat penubuhan Liga Bangsa 1919? T5 ms 231
Memupuk keamanan dunia
Mengeratkan hubungan perdagangan
Menggalakkan kerjasama pendidikan
Meningkatkan kerjasama kebudayaan
Peristiwa berikut berlaku semasa Perang Dunia Kedua.
Tarikh--->6 dan 8 Ogos 1945
Peristiwa---> Pengeboman Hiroshima dan Nagasaki
Mengapakah Amerika Syarikat mengambil tindakan demikian? T5 ms 233
Menguji kekuatan senjata
Mengingkari Perjanjian Versailles
Mengelakkan perang berpanjangan
Mengatasi masalah kemelesetan ekonomi
Sebagai anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) , Malaysia telah memberi sumbangan ke arah memelihara keamanan dunia. T5 ms 246
Apakah sumbangan tersebut?
I. Menentang dasar Aparteid
II. Menghantar pasukan pemerhati
III. Membebaskan negara yang dijajah
IV. Menyarankan penggunaan dinar emas
B. C.
D.
I dan II
I dan IV
II dan III
III daan IV
Jadual 4 berkaitan dengan Pertubuhan Persidangan Islm (OIC). T5 ms 252
Tahun---> 2002
Tempat--->Kuala Lumpur
Peristiwa--->Persidangan Luar Biasa Menteri-Menteri Luar
Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)
Apakah isu yang diketengahkan dalam persidangan tersebut?
Mewujudkan kerjasama ketenteraan
Memerangi penyalahgunaan dadah
Memulihara alam sekitar
Menentang keganasan
Bagaimanakah Perang Dunia Kedua (1939 – 1945) bermula di Eropah? T5 ms 233
Rusia memasuki Berlin
Jerman menyerang Poland
Itali menceroboh Perancis
Austria mengancam Serbia
· Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASA) - 1961
· Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) - 1967
Kedua-dua pertubuhan di atas mempunyai matlamat yang sama iaitu
T5 ms 253-256
menyelaraskan sistem pentadbiran
mengadakan pakatan ketenteraan
mewujudkan kebudayaan serantau
menjalin kerjasama dalam pelbagai bidang
Perikatan Kuasa Tengah (1882)
#Jerman
#Austria-Hungary
#Itali
Rajah di atas merujuk kepada perikatan negara di Eropah yang wujud pada akhir abad ke-19. T5 ms 230-231
Apakah implikasi pembentukan pakatan tersebut?
Perebutan bahan mentah
Peningkatan ekonomi dunia
Permulaan persaingan kuasa
Pembentukan perpaduan sejagat
Apakah masalah yang dihadapi oleh negara bekas tanah jajahan Barat selepas
Perang Dunia Kedua? T5 ms 234
I. Membangunkan sektor ekonomi
II. Mewujudkan perpaduan kaum
III. Membentuk sempadan negara
IV. Menghapuskan warisan penjajah
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Mengapakah Rancangan Colombo penting kepada negara anggota Komanwel? T5 ms 244
Membiayai pengajian pelajar
Memajukan sektor pertanian
Menggalakkan aktiviti pelancongan
Menyediakan kemudahan perubatan
Telefon------> Internet
Berdasarkan rajah di atas, apakah kesan perkembangan teknologi tersebut kepada
Malaysia? T5 ms261
I. Peningkatan kadar celik huruf
II. Perkembangan globalisasi
III. Pembentukan masyarakat berpengetahuan
IV. Penyebaran maklumat dalam masa yang singkat
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Pakatan--->Perbelanjaan US$
Pakatan Bertiga--->125 bilion
Pakatan Kuasa tengah--->60 bilion
Jadual di atas menunjukkan perbelanjaan dalam Perang Dunia Pertama.Antara berikut yang manakah kesan ekonomi kepada negara yang menganggotai pakatan tersebut? T5 ms 231
I Kadar inflasi meningkat
II Beban hutang bertambah
III Penganugerahan bertambah
IV Nilai mata wang meningkat
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Dasar Luar Malaysia
Sebelum 1971---->Pro Barat
Selepas 1971--->Berkecuali
36. (36) Jadual di atas menunjukkan perubahan dasar luar Malaysia. T5 ms 241
Mengapakah berlaku perubahan dasar di atas?
Suasana yang aman di Vietnam
Bantuan pertahanan dari Komanwel
Pengaruh Britain di Timur berkurangan
Perjanjian Inggeris-Tanah Melayu ditandatangani
· Britain
· Austaralia
· New Zealand
Apakah tujuan Malaysia menandatangani perjanjian pertahanan dengan negara di atas? T5 ms 243
Membeli peralatan perang
Menjamin keselamatan negara
Memulihkan hubungan diplomatik
Meningkatkan kemasukan pelabur asing
Apakah faktor pembubaran Liga Bangsa? T5 ms 231
Kemelesetan ekonomi dunia
Perluasan pengaruh komunis
Kegagalan menghalang peperangan
Pengisytiharan kemerdekaan kebanyakan negara
Pergerakan Negara –Negara Berkecuali ( NAM )
· Ditubuhkan pada bulan September 1961
· Dianggotai oleh negara di Asia , Afrika dan Amerika Selatan
Antara berikut yang manakah berkaitan dengan pergerakan di atas? T5 ms 249
I Mengekalkan keamanan dunia
II Menggalakkan kerjasama teknologi
III Mengukuhkan kerjasama pertahanan
IV Menggalakkan hubungan negara anggota
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Mesyuarat Menteri - Menteri Luar ASEAN telah
berlangsung di Kuala Lumpur pada November 1971.
Apakah kesan daripada mesyuarat di atas? T5 ms 258
Pengisytiharan ZOPFAN
Penentangan keganasan di Israel
Penekanan kepada industri berat
Perjanjian kerjasama ketenteraan
Apakah kesan Perang Dunia Pertama terhadap negara-negara di Asia Tenggara ?
T5 ms 231
Kuasa raja dipulihkan
Kerajaan republik dibentuk
Semangat kebangsaan meningkat
Wujud pelbagai aliran politik
Mengapakah Malaysia menjalinkan hubungan rapat dengan Amerika Syarikat dan
Britain ? T5 ms 240
Memperoleh bahan mentah
Memerlukan pasaran modal
Meningkatkan teknologi pertanian
Mendapatkan bantuan ketenteraan
Mengapakah Malaysia tidak menjalinkan hubungan dengan negara Israel ?
T5 ms 239
Menjaga pendirian majoriti negara Islam
Tidak mempunyai kepentingan ekonomi
Tidak diiktiraf oleh negara sekutu Malaysia
Bukan anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Hubungan Luar Negara Malaysia
· Negara-negara Komanwel
· Negara-negara Berkecuali
· Negara-negara Selatan
Apakah tujuan Malaysia mengadakan hubungan luar dengan negara di atas ? T5 ms 240
I Menjamin keselamatan
II Mengukuhkan ekonomi
III Mengadakan pakatan ketenteraan
IV Memantapkan struktur pentadbiran
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Tempat---->Kuala Lumpur
Sukan--->Komanwel
Tahun--->1998
Apakah tujuan Malaysia menganjurkan temasya sukan di atas ? T5 ms 244
Mengukuhkan semangat perpaduan
Melambangkan kekuatan negara peserta
Memupuk kerjasama antara negara anggota
Menunjukkan kecekapan mengendalikan sukan dunia
Apakah sumbangan Malaysia untuk menghapuskan Dasar Apartheid di Afrika Selatan? T5 ms 244/246
Membantah campur tangan asing
Mencadangkan pemerintah yang baru
Menggugurkan keahliannya dalam Komanwel
Mengesyorkan penglibatan tentera Komanwel
Bagaimanakah Adolf Hitler mengembalikan semula maruah bangsa dan negaranya selepas Perang Dunia Pertama? T5 B9 ms 232 [ P2 B9-B10 ]
Mengadakan referendum
Memperbesar angkatan tentera
Membangunkan industri baharu
Memulihkan sistem monarki
Maklumat berikut menunjukkan perbelanjaan semasa Perang Dunia Pertama.
Pakatan Negara Eropah -----> Perbelanjaan (Dolar US)
Pakatan Bertiga ----> 125 billion
Perikatan Kuasa Tengah ---> 60 billion
Mengapakah negara-negara yang terlibat membelanjakan banyak wang untuk berperang? T5 B9 ms 231 [ P4 B1-B7 ]
I Menentang dasar apartheid
II Menghapuskan keganasan
III Memperluas pengaruh
IV Menguasai pasaran
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
MAPHILINDO merupakan gabungan Malaysia, Filipina dan Indonesia.
Apakah matlamat penubuhannya? T5 B9 ms 254 [ P4 B1-B5 ]
Meningkatkan persefahaman
Memajukan kegiatan perdagangan
Membentuk pakatan tentera serantau
Menghapuskan ancaman komunis
Rajah 6 berkaitan dengan cantuman nama tiga buah negara di Asia Tenggara.T5 B9 ms 254 [ P4 B4 ]
MAPHILINDO
Malaysia
Filipina
Indonesia
Mengapakah MAPHILINDO ditubuhkan oleh negara – negara tersebut ?
Menghapus komunis
Menamatkan persengketaan
Menyelaras kawasan sempadan
Membentuk kerjasama tentera
Jepun menyerang tanah jajahan kuasa Barat di Asia dalam Perang Dunia Kedua.
Apakah tindakan kuasa Barat untuk menghalang kemaraan Jepun ? T5 B9 ms 233 [ P7 B9-B10 ]
Membentuk pertubuhan serantau
Mengisytiharkan ZOPFAN
Menaja kegiatan subversif
Melakukan serangan bom atom
Perang Dunia Pertama tercetus pada tahun 1914.
Apakah faktor yang menyebabkan perang tersebut ?
T5 B9 ms 230-231 [ P3 B2-B3 ]
Perancis bersekutu dengan Rusia
Wilayah Jerman diceroboh
Bakal raja Austria dibunuh
Pearl Harbour diserang
Melalui Komanwel, Malaysia dengan lantang menentang Dasar Aparteid yang diamalkan di Afrika Selatan. T5 B9 ms 239 [ P2 B5-B6 ]
Mengapakah Malaysia menentang ideologi tersebut?
Ideologi komunis berkembang
Perdagangan antarabangsa terjejas
Keselamatan negara jiran terancam
Penindasan terhadap rakyat berleluasa
Pada tahun 1970an Malaysia telah mengubah dasar luar daripada pro Barat kepada dasar berkecuali? T5 B9 ms 241 [ P3 B4-B5 ]
Mengapakah perubahan tersebut berlaku?
Kejatuhan harga komoditi
Kemerosotan pengaruh Britain
Desakan daripada pedagang asing
Mematuhi arahan kuasa besar dunia
Perang Dunia Kedua tercetus pada tahun 1939 apabila Jerman menyerang Poland. T5 B9 ms 231 [ P5 B2 ] ms 232 [ P1 B3 ]
Apakah faktor yang mencetuskan perang tersebut?
I Pembunuhan Franz Ferdinand di Sarajevo
II Perkembangan kuasa imperialis baharu
III Kegagalan Perjanjian Versailles
IV Kemelesetan ekonomi dunia
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
MAPHILINDHO merupakan gabungan Malaysia, Filipina dan Indonesia.
Apakah matlamat penubuhannya? T5 B9 ms 254 [ P4 B3-B4 ]
Meningkatkan persefahaman
Menghapuskan ancaman komunis
Memajukan kegiatan perdagangan
Membentuk pakatan tentera serantau
Jadual 3 berkaitan dengan Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara ( ASEAN )
Tahun----> 1971
Tempat ---> Kuala Lumpur
Peristiwa ---> Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Asean
Apakah keputusan yang dicapai dalam mesyuarat tersebut?
T5 B9 ms 258 [ P2 B7 ]
Penubuhan Pusat Kajian Bahasa Inggeris ( RELC )
Pembentukan Perundingan Ekonomi Asia Timur ( EAEC )
Pengisytiharan Zon Aman, Bebas dan Berkecuali ( ZOPFAN )
Pembinaan Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik ( RECSAM )
