wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

CTU152 - PEDP

Total questions: 50

Worksheet time: 56mins

Name
Class
Date
1.

Etika berasal daripada Bahasa Yunani iaitu ethos.

Maksud etika yang paling tepat ialah...

a)

hukum, suasana dan budi pekerti.

b)

kepelbagaian adat, kelaziman dan budi pekerti.

c)

hukum, adat resam, kebiasaan dan budi pekerti.

d)

budaya dan sosiologi bangsa.

2.

Pilih kronologi pembentukan susur masa etika dan peradaban yang paling tepat.

a)

Pra-kolonial > Kolonial > Pasca kolonial

b)

Pasca kolonial > Kolonial > Pra Kolonial

c)

Kolonial > Pra Kolonial > Pasca Kolonial

d)

Kolonial > Pasca Kolonial > Pra kolonial

3.

[Menyedari dan menghormati budaya etnik lain serta mempertahankan budaya hidup masing-masing ]

Pernyataan di atas merujuk kepada tahap-tahap hubungan etnik di Malaysia iaitu...

a)

Segregasi

b)

Akomodasi

c)

Akulturasi

d)

Asimilasi

4.

[ Menerima unsur kebudayaan dari satu kelompok masyarakat lain tetapi tidak menyebabkan kehilangan identiti asal masyarakat Contoh - pemaikaian tali leher dan seluar ]

Kenyataan-kenyataan di atas merujuk kepada tahap-tahap hubungan etnik di Malaysia iaitu...

a)

Akomodasi

b)

Akulturasi

c)

Asimilasi

d)

Amalgamasi

5.

[ Proses apabila budaya atau ras bercampur aduk dan membentuk ras atau generasi baru]

Kenyataan di atas merujuk kepada tahap-tahap Hubungan etnik di Malaysia iaitu...

a)

Akulturasi

b)

Akomodasi

c)

Asimilasi

d)

Amalgamasi.

6.

“Penyatuan pelbagai kelompok yang mempunyai latar belakang sosial dan kebudayaan yang berbeza menjadi satu entiti fizikal.”


Kenyataan di atas merujuk kepada ________

a)

Kesepaduan Sosial

b)

Kesepaduan Nasional

c)

Etos Nasional

d)

Etos Sosial

7.

Alat utama teras kesepaduan nasional terdiri daripada ____________ dan _____________.

a)

Perlembagaan Persekutuan

b)

Rukun Negara

c)

Kontrak Sosial

d)

Bendera Kebangsaan

8.

Berikut merupakan ciri-ciri kemajmukan bangsa KECUALI _________

a)

Berkongsi norma hidup

b)

Berkongsi agama

c)

Berkongsi persamaan nilai

d)

Berkongsi kerencaman sosial

9.

Asas utama kesepaduan sosial adalah _____________


(Lebih daripada satu jawapan)

a)

Persaingan antara kaum

b)

Masyarakat tanpa konflik

c)

Mewujudkan keadaan yang stabil

d)

Pengkhususan ekonomi mengikut kaum

10.

Tapak _________ adalah anak kunci kepada kesepaduan.

a)

Etnik

b)

Konstruk

c)

Integrasi

d)

Komuniti

11.

Detik-detik perpaduan boleh berlaku dalam suasana berikut, KECUALI ____________

a)

pemakanan

b)

aktiviti sukan

c)

ritual keagamaan

d)

bantuan bencana

12.

Bakso, nasi lemak, roti canai dan sebagainya boleh dijadikan detik perpaduan masyarakat Malaysia dalam aspek ___________

a)

perkahwinan

b)

sukan

c)

kesihatan

d)

makanan

13.

Kepelbagaian agama dan kepercayaan di Malaysia dapat dipupuk melalui perpaduan dengan cara ____________

a)

meraikan agama lain dengan ritual tertentu

b)

menganggap agama adalah sama sahaja

c)

sembahyang bersama-sama

d)

budaya kunjung-mengunjung

14.

Variasi kaum dan agama melahirkan diversiti ritual dan amalan kepercayaan. Bagaimanakah cara terbaik bagi menangani isu ini?

a)

Menafikan hak dan kepercayaan kaum lain

b)

Titik perbezaan kaum dan kepercayaan diterima dan berlapang dada

c)

Melupakan sebentar identiti kepercayaan sendiri dan menyertai kaum lain

d)

Menghapuskan kaum lain agar tidak berlaku lagi sebarang konflik

15.

Bilakah pengisytiharan Rukun Negara?

a)

31 Ogos 1957

b)

31 Ogos 1970

c)

16 September 1963

d)

16 September 1970

16.

Objektif utama Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilaksanakan oleh kerajaan adalah...

a)

Memodenkan kehidupan luar bandar.

b)

Mewujudkan kumpulan perusahaan kecil.

c)

Mengurang dan membasmi kemiskinan.

d)

Menambah daya pengeluaran,

17.
  • Mewujudkan perpaduan yang lebih erat dalam seluruh masyarakat.
  • Membina sebuah masyarakat progresif berlandaskan sains dan teknologi moden.


Kenyataan tersebut menjelaskan tentang objektif __________.

a)

Majlis Gerakan Negara (Mageran)

b)

Dasar Kebudayaan Kebangsaan

c)

Integrasi Nasional

d)

Rukun Negara

18.

Impak positif media digital adalah seperti berikut KECUALI...

a)

Memberi keseronokan game online yang pelbagai.

b)

Peningkatan jaringan komunikasi

c)

Meningkatkan taraf hidup

d)

Membuka ruang ilmu pengetahuan

19.

Perpaduan menjadi matlamat setiap bangsa dan negara agar hidup sentiasa harmoni dan aman. Berikut adalah detik-detik perpaduan dalam kehidupan masyarakat Malaysia KECUALI...

a)

Street Wedding

b)

Makanan

c)

Sukan

d)

Sambutan Perayaan

20.

Etika yang bertentangan dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi sehingga boleh memberi implikasi kepada kesepaduan nasional adalah seperti berikut KECUALI

a)

Membuat sebarang pernyataan yang menjatuhkan imej negara di media sosial.

b)

Memprovokasikan sesuatu isu yang menyalahi undang-undang

c)

Menyebarkan maklumat yang tidak sahih.

d)

Melibatkan diri dalam perniagaan online bagi menjana pendapatan.

21.

[ Memusnahkan data dan mencuri maklumat sulit yang dimiliki oleh organisasi ]

Pernyataan berikut merujuk isu-isu semasa berkaitan teknologi maklumat dan komunikasi yang merujuk kepada isu ..

a)

Plagiat

b)

Menggodam maklumat

c)

Melayari laman sesawang tak bermoral

d)

Menceroboh web

22.

Ketagihan media sosial seperti Twitter, TikTok, Instagram, Facebook, Online Game akan membawa kepada...

a)

budaya plagiat.

b)

pencerobohan laman web.

c)

pembaziran masa.

d)

kes jenayah.

23.

Berikut adalah nilai tanggungjawab sosial KECUALI

a)

bekerjasama

b)

ambil peduli

c)

menyuruh kebaikan mencegah kemungkaran

d)

mementingkan semangat perkauman.

24.

Perlembagaan persekutuan adalah...

a)

Dokumen utama yang menjadi panduan dan sempadan dalam pemerintahan dan pentadbiran negara

b)

Dokumen utama yang menjadi rujukan apabila wujudnya perselisihan antara kaum dalam negara

25.

Tiga platform integrasi...

a)

Makro, Meso dan Mikro

b)

Mikro, Proto dan Makro

26.

Integrasi bermaksud...

a)

Proses penyesuaian kepelbagaian tanpa menghilangkan ciri-ciri asal kepelbagaian

b)

Membentuk satu kebudayaan baharu dengan menghilangkan kebudayaan asal

27.

Peranan rakyat dalam usaha mengekalkan integrasi kaum yang ada...

a)

Mengekalkan rasa muhibbah dan perpaduan

b)

Memuatnaik isu-isu panas yang boleh mencetuskan permusuhan kaum

28.

Manakah antara berikut SALAH mengenai aspek yang menyumbang kepada kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka:

a)

Undang-undang Laut Melaka digunakan untuk menjaga keselamatan Laut Melaka

b)

Mengamalkan konsep pemerintahan tertutup

c)

Mempunyai sistem Pelabuhan yang cekap

d)

Berlaku interaksi dengan pelbagai budaya seperti Timur Tengah, China dan India

29.

Alam Melayu antara wilayah yang menjadi tempat tumpuan kedatangan pedagang dan penjajah, apakah faktor utama kedatangan penjajah British ke Alam Melayu?

a)

Kekayaan, keagamaan dan kebahagiaan

b)

Keselamatan, keagamaan dan kekayaan

c)

Kekayaan, kemegahan dan keagamaan

d)

Keamanan, kemegahan dan kegamaan

30.

Virus korona yang menyerang dunia sekarang tidak mengenal kelompok masyarakat yang ada. Gejala ini perlu dibanteras oleh semua pihak supaya tidak berleluasa dengan menganggap setiap individu sebagai barisan hadapan (frontliners) seperti pepatah Melayu:

a)

Melentur buluh biarlah dari rebung

b)

Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh

c)

Orang berbudi kita berbahasa

d)

Air dicincang takkan putus

31.

" Pelbagai adat yang perlu diikut dan ia melibatkan protokol yang tinggi "

Pernyataan di atas adalah merujuk .......

a)

Adab

b)

Adat resam

c)

Adat Istiadat

32.

Apakah yang dimaksudkan dengan ETIKA PASCAKOLONIAL ?

a)

Etika Tradisonal

b)

Etika Moden

c)

Etika Gabungan Tradisional dan Moden

33.

Manakah antara berikut penjajah yang PALING DOMINAN dalam membentuk etika dan peradaban di Malaysia?

a)

Portugis

b)

British

c)

Jepun

d)

Belanda

34.

Manakah antara berikut kesan penjajahan British di Malaysia?

a)

Raja Berperlembagaan

b)

Menu Mee Hailam

c)

Pengunaan Kata Lebai

d)

Kewujudan bangsa Melayu sahaja

35.

Manakah antara berikut, BUKAN pengaruh peradaban China ke atas etika dan peradaban di Malaysia ?

a)

Penggunaan perkataan GARFU

b)

Budaya memberi duit raya ketika perayaan

c)

Seni bina berbentuk pagoda

36.

Sebelum kedatangan penjajah, falsafah dan pemikiran di Tanah Melayu dipengaruhi oleh ajaran .....

a)

Hindu

b)

Kristian

c)

Islam

d)

Budha

37.

Keterbukaan Kesultanan Melayu Melaka dalam aspek KEPENDUDUKAN telah membentuk ...

a)

Masyarakat Baba dan Nyonya

b)

Hukum Kanun Melaka

c)

Pelabuhan Entrepot

38.

Manakah antara berikut pengaruh Peradaban India terhadap peradaban di Malaysia ? (pilih 2 sahaja)

a)

Amalan Yoga

b)

Bahasa Sanskrit

c)

Tulisan Jawi

d)

Amalan memakai telekung.

39.

Apakah yang membentuk etika pada era pra-kolonial di wilayah Alam Melayu?

a)

Adab dan adat

b)

Etika dan Etiket

c)

Adat Resam dan Etos

40.

Apakah ciri-ciri akhlak yang paling utama yang membezakannya dengan etika?

a)

Akhlak berdasarkan akal semata-mata. Etika berdasarkan wahyu dan akal.

b)

Akhlak melibatkan perbuatan zahir dan batin. Etika zahir sahaja.

c)

Akhlak berdasarkan wahyu. Etika berdasarkan akal sahaja.

d)

Akhlak ada konsep pembalasan di hari Akhirat. Etika tiada.

41.

Akhlak terbahagi kepada dua bahagian iaitu ______ dan ______.

a)

Mahmudah

b)

Mamduhah

c)

Mazmudah

d)

Mazmumah

42.

Apakah yang boleh menyumbang kepada kegagalan sesebuah ketamadunan?

a)

Penekanan Adab dan Akhlak

b)

Meninggalkan Budaya Etnik

c)

Melanggar Perlembagaan

d)

Pelanggaran Nilai Etika dan Moral

43.

Bilakah kesatuan berpecah?

a)

13 Mei 1957

b)

31 Januari 1990

c)

17 Januari 1980

d)

13 Mei 1969

44.

Bagaimana memupuk sikap kesukarelawan? (Pilih 2 jawapan)

a)

Mempunyai kesedaran dan cakna terhadap isu yang berlaku terhadap masyarakat

b)

Mementingkan kehidupan peribadi sahaja

c)

Bekerja di Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)

d)

Berusaha menyumbang dengan idea, tenaga mahupun kewangan

45.

___________ sebagai suatu hasrat yang diidamkan adalah sukar diukur, dilihat secara nyata mahupun berkekalan.

a)

. Bersatu padu

b)

Perpaduan

c)

Kesepaduan

d)

Kerjasama

46.

Apakah yang dimaksudkan dengan Takrifan Harian?

a)

Suatu tindakan yang ditentukan oleh diri sendiri, keluarga atau komuniti

b)

Suatu tindakan yang ditentukan oleh kerajaan atau pemerintah

c)

Suatu tindakan yang ditentukan oleh Tuhan

47.

Apakah maksud Takrifan Autoriti

a)

Suatu tindakan yang ditentukan oleh diri, keluarga atau komuniti

b)

Suatu tindakan yang tidak ditentukan mana-mana pihak

c)

Suatu tindakan yang ditentukan oleh kerajaan atau pemerintah

48.

Siapakah yang memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru [DEB]?

a)

Tun Abdul Rahman

b)

Tun Abdul Razak

c)

Tun Hussein Onn

d)

Tun Mahathir

49.

Apakah maksud Tanggungjawab Sosial

a)

Suatu kekuatan untuk menepis segala kemahuan nafsu dan kehendak diri

b)

Suatu tanggungjawab yang digalas oleh pemerintah

c)

Kemampuan refleksi terhadap pandangan hidup yang dipegang demi kesejahteraan hidup bersama

d)

Tidak peduli terhadap penderitaan dan kesusahan yang dialami orang lain

50.

Siapakah nama pensyarah CTU152 anda?

a)

Md Azzaat Ahsanie Lokman

b)

Azzaat Lokman

c)

Azzat Ahsanie Lokman

d)

Mohd Azzat Lokman