NEW
Font size
WorksheetsPENDIDIKAN SIVIK TINGKATAN 5 (UNIT 2)
Total questions: 15
Worksheet time: 15mins
Apakah maksud empati?
daya menyelami dan memahami perasaan atau emosi orang lain
daya membantu kesusahan orang lain dalam bentuk wang atau harta
daya memerhati kesusahan orang lain dengan jelas
daya memantau gaya hidup orang susah
Sifat-sifat yang wajar bagi manusia yang berperikemanusiaan termasuklah __________.
i. bersikap empati
ii. menjaga maruah
iii. menghargai nyawa
iv. cinta akan keamanan
i, ii dan iii
i, ii dan iv
i, iii dan iv
i, ii, iii dan iv
Bagaimanakah anda menunjukkan cara hidup yang bersifat menjaga maruah diri di sekolah?
berpakaian seragam sekolah dengan kemas
terjebak dalam gejala merokok
terlibat dalam kes salah laku sekolah
melepak bersama rakan sebaya di kafe siber
Apakah matlamat kerajaan Malaysia dalam perancangan pembangunan negara ke arah kesejahteraan negara?
i. usaha pembentukan jati diri remaja
ii. keutuhan bangsa dan negara
iii. pembinaan insan kamil dalam masyarakat
iv. pemfokusan kesejahteraan masyarakat minoriti Malaysia sahaja
i, ii dan iii
i, ii dan iv
ii, iii dan iv
i, ii, iii dan iv
Kata-kata hikmah manakah yang menasihatkan masyarakat supaya menghargai nyawa orang lain?
pandu cermat jiwa selamat
jiran sepakat membawa berkat
berbudi bahasa amalan kita
negara bersih rakyat sihat
Peh Chin Shi bersikap empati terhadap rakannya, Almeric Yap yang merupakan mangsa banjir di Kuching.
Berdasarkan kenyataan tersebut, jelaskan sikap Peh Chin Shi yang bersifat empati terhadap rakannya.
i. memahami kesedihan
ii. melahirkan perasaan simpati
iii. merasakan perasaan mangsa banjir
iv. suka berbaik-baik dengan orang lain
i, ii dan iii
i, ii dan iv
i, iii dan iv
i, ii, iii dan iv
Amalan X:
- simpati nasib mangsa penderaan
- berperikemanusiaan
- nyawa amat berharga
- mengelakkan kes jenayah
- tidak mahu siksaan Tuhan di akhirat
Berdasarkan pernyataan tersebut, amalan X mewakili sifat _______.
menghargai maruah diri
cinta akan keamanan
menghargai nyawa
empati
Antara berikut, yang manakah contoh amalan cintakan keamanan?
i. bergotong-royong
ii. gejala bohsia
iii. menghormati agama dan kebudayaan orang lain
iv. mengamalkan semangat kejiranan
i dan iii
i,ii dan iii
i, iii dan iv
ii, iii dan iv
Peribahasa manakah yang menggambarkan sikap cinta akan keamanan?
bersatu teguh bercerai roboh
seperti kacang lupakan kulit
ada udang di sebalik batu
sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit
Pengetua SMK Sungai Tapang telah mengadakan aktiviti antibuli di sekolah. Kegiatan ini dilancarkan dengan penglibatan murid dan pihak berwajib dalam program NBOS.
Pernyataan di atas berkaitan dengan ___________.
penjelasan konsep cinta akan keamanan dalam masyarakat
pembudayaan disiplin yang baik di sekolah
mempermudahkan masalah disiplin sekolah
menjelaskan objektif disiplin dalam pengajaran
Apakah matlamat utama kerajaan Malaysia mengadakan PLKN bagi golongan belia 18 tahun di Malaysia?
melahirkan masyarakat yang peka kepada masalah sosial negara
memupuk aktiviti semangat berpasukan dalam kalangan belia
mempertahankan maruah negara daripada jatuh ke tangan musuh negara
menanam semangat kecergasan dalam kalangan belia Malaysia
Bagaimanakah ibu bapa dapat membantu negara untuk memupuk sikap menjaga maruah diri dalam diri anak-anak mereka?
i. memberikan didikan agama secukupnya
ii. memberikan contoh teladan akhlak dan sahsiah yang baik kepada anak-anak
iii. mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak
iv. menuruti segala kemahuan anak-anak
i, ii dan iii
i, ii dan iv
i, iii dan iv
ii, iii dan iv
Apakah kesan jika manusia tidak mementingkan keamanan dalam hubungan antara negara-negara dunia?
i. negara akan kucar-kacir
ii. negara akan menjadi mundur
iii. negara akan menjadi kuasa ekonomu dunia
iv. negara menjadi aman dan damai
i dan ii
i dan iv
ii dan iv
iii dan iv
Pelajar yang berdua-duaan di dalam kawasan sekolah sepatutnya mengamalkan sifat _________
empati
menjaga maruah diri
menjaga harta benda
cinta akan keamanan
Apakah cara-cara masyarakat Malaysia memupuk semangat cinta akan keamanan di kawasan taman perumahan?
i. mengadakan aktiviti gotong-royong
ii. mengadakan aktiviti rukun tetangga meronda kawasan taman perumahan pada waktu malam
iii. mengadakan aktiviti larian muhibah di kawasan taman perumahan dalam kalangan jiran tetangga
iv. mengadakan aktiviti jualan murah di kawasan taman perumahan
i, ii dan iii
i, ii dan iv
i, iii dan iv
ii, iii dan iv
