NEW
Font size
WorksheetsPENDIDIKAN SIVIK TINGKATAN 3 - PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR
Total questions: 28
Worksheet time: 21mins
Maksud pemeliharaan alam sekitar ialah usaha untuk..
melindungi, merancang dan mengurus sumber alam supaya tidak dimusnahkan oleh manusia
membaik pulih sumber yang telah diteroka supaya sumber tersebut kembali kepada keadaan yang asal
mengadakankempen, ceramah dan pendidikan alam sekitar
menanam semula kawasan pembalakan
Antara berikut, yang manakah bukan agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam penjagaan alam sekitar?
Jabatan Alam Sekitar
Jabatan Landskap Negara
Jabatan Perikanan
Jabatan Perparitan dan Saliran
Yang manakah antara berikut bukan cara-cara untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem?
Mengadakan kempen pendidikan alam sekitar
Membentras penebangan pokok yang dilakukan secara haram
Menanam semula pokok yang sudah ditebang
Mengurangkan aktiviti pembangunan terutamanya di bandar-bandar
- Menerbitkan artikel dan jurnal berkaitan dengan alam sekitar
- Membincangkan dan menentukan resolusi yang berkaitan dengan alam sekitar di dalam dan luar negara
Agensi yang manakah mempunyai fungsi seperti di dalam maklumat di atas?
Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS)
Jabatan Perhutanan
Sahabat Alam Malaysia (SAM)
Jabatan Alam Sekitar (JAS)
Yang manakah antara berikut bukan tujuan penubuhan Jabatan Alam Sekitar?
Memantau kegiatan individu yang menggunakan sumber alam
Mengurus alam sekitar bagi menjamin kesimbangan ekosistem
Mengawal selia aktiviti-aktiviti pemeliharaan alam sekitar
Menggunakan sumber alam untuk tujuan pembangunan
Apakah tujuan Kempen Kitar Semula diadakan?
Memudahkan lagi tugas pekerja pemungut sampah
Menebus guna tapak pelupusan sampah yang sudah lama digunakan
Meningkatkan jumlah pendapatan negara
Menjimatkan kos pelupusan sampah
Amalan yang manakah menunjukkan sikap bertanggungjawab terhadap alam sekitar?
Pemuliharaan cerun bukit dilakukan ketika membina lebuh raya
Penggunaan baja kimia untuk meningkatkan hasil pengeluaran
Pembakaran tayar, pakaian buruk dan juga tin-tin kosong
Penerokaan hutan untuk projek pembangunan
Kesan aktiviti pertanian terhadap alam sekitar ialah..
gelongsoran struktur tanah
pemusnahan kawasan tadahan air
kemasukan bahan toksik ke dalam tanah
penyebaran gas ammonia dari tanah
Kerajaan telah mengadakan pelbagai kempen alam sekitar tetapi kempen ini masih kurang berjaya. Apakah faktor yang menyebabkan kegagalan kempen tersebut?
Kempen memerlukan peruntukan yang tinggi
Kempen yang dianjurkan tidak menarik
Masyarakat tidak memberikan kerjasama yang padu
Tempoh pelaksanaan kempen yang terhad
Mengapakah kita perlu menyokong usaha kerajaan untuk menjaga alam sekitar?
Menjamin kehidupan yang lebih selesa dan sejahtera
Membantu mempercepat proses pembangunan negara
Mengurangkan beban tugas pihak berkuasa
Memastikan kita tidak dikenakan sebarang tindakan
Yang berikut merupakan aktiviti Amalan Hijau yang boleh dilaksanakan di sekolah, kecuali..
menanam pokok di sekitar sekolah
memastikan persekitaran sekolah sentiasa bersih
menggunakan tong kitar semula
menggunakan kertas tisu untuk kegunaan harian
Apakah tugas utama Majlis Perhutanan Negara?
Menjalankan penyelidikan dan pembangunan hutan
Mengurus, memelihara dan memulihara hutan
Menjaga taman negara dan hidupan liar
Memberikan pendidikan konservasi hutan
Apakah tujuan utama Penilaian Kesan kepada Alam Sekitar (EIA) diwujudkan?
Meluluskan sesuatu projek pembangunan
Meninjau masalah alam sekitar
Menilai impak sesuatu projek pembangunan terhadap alam sekitar
Mengkaji keberkesanan sesuatu projek alam sekitar
Antara berikut, amalan yang manakah menunjukkan sikap bertanggungjawab terhadap alam sekitar?
Para petani menggunakan baja kimia untuk meningkatkan hasil pengeluaran
Tayar buruk dan tin-tin kosong dibakar bersama sampah yang lain
Pemuliharaan cerun bukit dilakukan ketika membina jalan raya untuk menahan hakisan
Menebang hutan untuk tujuan pembangunan
- Sahabat Alam Malaysia
- Persatuan Perlindungan Alam Sekitar
Apakah peranan utama organisasi di atas?
Institusi yang menawarkan pendidikan alam sekitar
Badan yang menganjurkan kempen alam sekitar
Agensi yang membangunkan teknologi mesra alam
Agensi penguatkuasaan undang-undang alam sekitar
Kemusnahan hutan berlaku akibat aktiviti-aktiviti berikut kecuali..
penerokaan tanah untuk pertanian
pembalakan yang tidak terkawal
kegiatan perindustrian dan perumahan
projek penanaman semula
Bagaimanakah cara untuk memulihara alam sekitar?
Melupuskan sampah secara sistematik?
Menganjurkan kempen alam sekitar
Melakukan penebangan hutan yang terancang
Mengekalkan kehijauan tumbuh-tumbuhan
Sebagai seorang pelajar, bagaimanakah anda boleh memelihara dan memulihara sekolah?
Menyertai aktiviti pembersihan kawasan sekolah
Menjadi Pengerusi Kelab Alam Sekitar di sekolah
Mengadakan lawatan ke Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
Mengikuti perkhemahan di kawasan hutan simpan
Berikut merupakan projek yang boleh dilaksanakan oleh pihak sekolah untuk memelihara alam sekitar, kecuali
taman herba
projek rumah hijau
projek taman angkat
Kempen Cintailah Sungai Kita
Mengapakah kitar semula perlu diadakan?
Meningkatkan sumber pendapatan
Mengurangkan penggunaan bahan terpakai
Mengurangkan longgokan sampah sarap
Meringankan beban yang ditanggung oleh kerajaan
Apakah fungsi Tabung Hidupan Liar Dunia (WWF)?
Menyediakan habitat haiwan liar
Memperjuangkan isu pemeliharaan dan pemuliharaan hutan dan hidupan liar
Mencegah pengeksploitasian terhadap alam sekitar
Menyediakan tempat perlindungan kepada spesies yang terancam
Pihak manakah yang bertanggungjawab mengurus alam sekitar melalui kerja-kerja mengutip sampah dan membersihkan persekitaran?
PUAS Berhad
Pihak berkuasa tempatan
Alam Flora Sdn. Bhd.
Indah Water Konsortium
Antara berikut, yang manakah bukan kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar?
Pemanasan bumi
Kejadian gempa bumi
Pencemaran alam
Keputusan flora dan fauna
Apakah kesan daripada aktiviti penebangan hutan?
Hakisan tanah
Pencemaran tanih
Kesan rumah hijau
Penipisan lapisan ozon
Mengapakah aktiviti pertaniah turut dikaitkan sebagai penyebab kemusnahan alam sekitar?
Penerokaan kawasan yang luas
Pelaksanaan aktiviti pembalakan
Pelepasan asap yang berbahaya
Penggunaan baja kimia dan racun serangga
Antara langkah untuk mengelakkan hakisan adalah dengan menanam tanaman tutup bumi seperti..
getah
lalang
kekacang
kelapa sawit
Pilih padanan yang betul.
Jingga - Kaca
Biru - Kertas
Merah - Plastik
Coklat - Aluminium
Berikut merupakan cara-cara untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem kecuali..
Menanam pokok-pokok bunga
Memelihara dan memulihara alam sekitar
Mengadakan kempen berkaitan alam sekitar
Mencegah pencerobohan hutan
