NEW
Font size
WorksheetsEkonomi
Total questions: 20
Worksheet time: 21mins
Ilmu ekonomi pada peringkat awal adalah dikaitkan dengan kegiatan ketua isi rumah untuk memenuhi kehendak dan kepuasan. Antara yang berikut, manakah menerangkan konsep ilmu ekonomi?
I. Ahli ekonomi menerangkan ilmu ekonomi dapat memenuhi keinginan dan kesanggupan manusia untuk memiliki sesuatu barang.
II. Ahli ekonomi menerangkan ilmu ekonomi sebagai sains sosial yang mengkaji gelagat pelaku ekonomi dalam membuat pilihan sumber-sumber pengeluaran.
III. Ahli ekonomi menerangkan ilmu ekonomi yang dapat memenuhi kehendak manusia yang tidak terbatas dengan menggunakan sumber ekonomi yang tidak terbatas.
IV. Ahli ekonomi klasik, Adam Smith menerangkan ilmu ekonomi sebagai sains kekayaan, iaitu individu, masyarakat dan negara boleh menjadi kaya dan dapat menikmati kemakmuran.
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apabila tingkat harga barang X meningkat kepada RM40, kuantiti diminta menurun daripada 100kg kepada 80kg. Sekiranya keanjalan harga permintaan ialah 0.2, berapakah harga permintaan asal bagi barang X.
RM 20
RM 30
RM 35
RM 40
Antara yang berikut, faktor yang manakah menyebabkan kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia meningkat dari 4.68% kepada 6.01% pada tahun 2014?
Penggunaan teknologi yang canggih dalam pengeluaran
Pengurangan kegunaan buruh tempatan dalam pengeluaran
Taraf pendidikan penduduk menurun
Tidak mengamalkan sikap keterbukaan masyarakat
Pelaksanaan liberalisasi perdagangan dan blok perdagangan adalah untuk menggalakkan kerjasama antara negara dalam ekonomi.
Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan faktor penggalak tersebut?
A. Pemberian visa ketika ketibaan
Kenaikan cukai bagi barang import terpilih
Penglibatan sektor swasta dalam pentadbiran kerajaan
Kebenaran menjalankan perniagaan tanpa keperluan lesen
Antara yang berikut, manakah benar tentang indeks harga pengguna?
Perubahan kuantiti diminta akibat daripada perubahan harga barang itu sendiri
Perubahan harga barang itu sendiri akibat daripada perubahan kuantiti yang ditawarkan
Perubahan harga purata sekumpulan barang bagi sesuatu tahun berbanding dengan tahun dasar
Perubahan harga purata sekumpulan barang bagi sesuatu tahun berbanding dengan tahun semasa
Jika nilai Ringgit Malaysia berubah daripada RM3.50 = US$1 kepada RM3.80 = US$1, apakah kesan kepada perniagaan yang mengimport barang pengantara?
Kos pengeluaran menurun
Keuntungan perniagaan meningkat
Kecekapan pengeluaran meningkat
Mengalami kenaikan harga faktor pengeluaran
Pilih implikasi yang akan timbul jika tingkat harga barang adalah lebih rendah daripada harga keseimbangan dalam pasaran barangan.
I. Tingkat harga barang akan cenderung untuk meningkat.
II. Berlaku lebihan penawaran dalam pasaran.
III. Tingkat harga barang akan cenderung untuk meningkat.
IV. Berlaku lebihan permintaan dalam pasaran.
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Pilih bentuk sekatan yang dilaksanakan dalam hubungan perdagangan antarabangsa.
I. Kawalan pertukaran asing
II. Duti eksais
III. Cukai Jualan dan perkhidmatan (GST)
IV. Sekatan bukan ekonomi
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Antara yang berikut, pilih situasi yang menggambarkan peranan isi rumah dalam ekonomi.
Syarikat MJ Land mengusahakan projek pembinaan 100 unit rumah teres dua tingkat.
Puan Chong berbelanja sebanyak RM350 untuk membeli barang keperluan di Pasaraya Milimewah
Encik Khalid menerima bayaran pencen bulanan sebanyak RM2 800.
Syarikat LGN membuat pinjaman sebanyak RM2 juta daripada bank saudagar
Penyelesaian masalah ekonomi adalah berdasarkan corak agihan pendapatan dalam masyarakat.
Masalah ekonomi diatas merujuk kepada
apa yang hendak dikeluarkan
berapa yang hendak dikeluarkan
bagaimana hendak dikeluarkan
untuk siapa dikeluarkan
Penawaran anjal berlaku apabila...
Perubahan harga lebih kecil daripada perubahan kuantiti ditawar
Perubahan harga lebih besar daripada perubahan kuantiti ditawar
Peratus perubahan harga lebih kecil daripada peratus perubahan kuantiti ditawar
Peratus perubahan harga lebih besar daripada peratus perubahan kuantiti ditawar
Pernyataan manakah yang betul jika kerajaan mengenakan cukai eksais terhadap permintaan tak anjal?
beban pengguna kurang daripada beban pengeluar
beban pengguna melebihi beban pengeluar
faedah pengeluar kurang daripada faedah pengguna
faedah pengeluar melebihi faedah pengguna
Subsidi yang diberi kepada petani menanam sayuran akan menyebabkan...
peralihan keluk penawaran sayuran ke kiri
peralihan keluk permintaan sayuran ke kanan
peralihan keluk penawaran sayuran ke kanan
peralihan keluk permintaan ke kiri
Pernyataan manakah yang menerangkan ciri-ciri barang sosial?
Manfaat kepada golongan masyarakat tertentu
Ada pengecualian penggunaan
Kos pengeluaran ditanggung oleh kerajaan
Dikeluarkan oleh pihak swasta
Antara yang berikut, manakah faedah sampingan yang ditawarkan kepada kakitangan kerajaan?
I. Pencen
II. Kemudahan pinjaman
III. Elaun kenaikan pangkat
IV. Kemudahan pinjaman peribadi
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Antara yang berikut, manakah yang merupakan objektif makroekonomi?
I. Pengangguran
II. Mekanisme harga
III. Pertumbuhan ekonomi
IV. Kestabilan imbangan pembayaran
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Mengapakah kerajaan ingin mencapai objektif pertumbuhan ekonomi?
I. Meningkatkan pengangguran
II. Mengurangkan kemiskinan
III. Meningkatkan kapasiti input pengeluaran
IV. Menurunkan taraf hidup masyarakat
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Y merupakan salah satu cara kerajaan untuk mengurangkan penawaran barang yang boleh memudaratkan kesihatan.
Apakah Y?
Cukai
Subsidi
Duti import
Undang - undang dan peraturan
Mengapakah kadar inflasi perlu diketahui?
Untuk mengukur kenaikan kadar faedah
Untuk mengukur kenaikan kadar nilai wang dan taraf hidup
Untuk mengukur kenaikan tingkat harga umum dan kos sara hidup
Untuk mengukur kenaikan kadar pendapatan negara
Inflasi tolakan permintaan berlaku apabila...
kos pengeluaran meningkat
harga barang import dari luar negara meningkat
jumlah permintaan terhadap barang dan perkhidmatan melebihi jumlah penawarannya
jumlah penawaran terhadap barang dan perkhidmatan melebihi jumlah permintaannya
