NEW
Font size
WorksheetsTITAS JULY 19
Total questions: 30
Worksheet time: 9mins
Apakah maksud tamadun menurut Syed Muhammad Naquib al-Attas?
Kehalusan tatasusila.
Pemerintahan.
Pendidikan.
Peraturan yang baik.
Mengapakah kebanyakan tamadun dunia yang muncul mempunyai sistem beraja dan sistem pentadbirannya yang tersendiri?
Perintah daripada agama.
Untuk mendapat interaksi tamadun yang pantas.
Untuk mengukuhkan kedudukan politik.
Untuk memperbaiki budaya masyarakat ke arah yang lebih baik.
Manakah antara berikut merupakan kesan interaksi yang negatif antara tamadun Islam dengan China?
Penyebaran agama Buddha dari China ke tanah Arab.
Penganut Islam dan Buddha sering berperang serta saling berbunuhan.
Para sami Buddha telah ditangkap, dipenjarakan dan kuil-kuil Buddha dimusnahkan.
Berlaku pemberontakan serta penghijrahan orang Islam China ke Asia Tenggara.
Apakah maksud Sunnah menurut konsep asas pengajian tamadun Islam?
Perkara-perkara yang meliputi perkataan,perbuatan, pengakuan dan sifat keperibadian Nabi Muhammad SAW.
Setiap perkara yang telah diperintahkan oleh Allah dan sampaikan kepada Nabi Muhammad SAW.
Perkara-perkara yang meliputi perkataan dan kelakuan Nabi Muhammad SAW.
Semua pekara yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW.
Antara sifat tamadun Islam ialah rabbaniyyah. Apakah yang dimaksudkan dengan sifat tersebut?
Tamadun Islam dimonopoli oleh satu kaum sahaja.
Tamadun Islam dikawal dan dipandu perjalanan hidup penganutnya ke arah ketaatan kepada Tuhan Yang Maha Pencipta.
Tamadun Islam menerima semua nilai murni tamadun lain selagi tidak bercanggah dengan prinsip Islam.
Tamadun Islam bersifat sepanjang zaman Syarikat Takaful Malaysia.
Bagaimanakah syariah dalam tamadun Islam memelihara akal seseorang muslim?
Menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas pemandu yang mabuk.
Kedudukan orang gila paling rendah menurut pandangan agama Islam.
Perbuatan yang merosakkan akal dianggap satu jenayah dalam undang-undang.
Mengharamkan minuman dan makanan yang memabukkan seperti arak.
Di manakah terletak kerajaan Islam Abbasiyyah (656H)?
Andalus
Baghdad
Casablanca
Damsyik
Apakah dua empayar melayu terawal yang merupakan asas kepada pembentukan asal-usul tamadun Melayu?
Empayar Funan dan empayar Majapahit.
Empayar Funan dan empayar Sri Langka.
Empayar Funan dan empayar Sri Vijaya
Empayar Funan dan empayar Demak
Kebudayaan dan kesenian antara bidang penting yang dicapai oleh tamadun Melayu. Pilih jawapan yang menunjukkan seni tarian tradisional Melayu.
Inang
Wayang Kulit
Gamelan
Marhaban
Mengapa Hukum Kanun Melaka bertentangan dengan kehendak hukum Islam?
Hukuman yang dikenakan berdasarkan perbezaan status sosial atau hierarki dalam masyarakat.
Hukuman tersebut dipengaruhi oleh semua agama.
Hukuman tersebut hanya melibatkan kekeluargaan sahaja tanpa melibatkan soal muamalat.
Hukuman dikenakan kepada rakyat yang memakai pakaian dan payung yang berwarna kuning.
Terdapat dua golongan masyarakat di India iaitu Indo-Arya dan Dravida. Antara ciri penting masyarakat Indo-Arya ialah
berbahasa Sanskrit
berpusat di Selatan
terletak di bandar Mohenjodaro
kedudukan wanita rendah
Apakah masyarakat yang tinggal di India Selatan?
Arya
Dravida
Indo-Arya
Indo-Muslim
Salah satu peringkat susun lapis masyarakat India (Ashrama Dharma) ialah peringkat menolak kehidupan duniawi. Peringkat ini merujuk kepada _____________.
Grihasta
Vanaprasta
Sanyasa
Brahmacarya
Agama Sikh juga mendapat tempat dalam kalangan masyarakat India selain agama Hindu, Buddha dan Islam. Pilih pernyataan yang BENAR tentang agama Sikh.
Penganut ajaran Sikh berpegang kepada Lapan Lapis Jalan Mulia.
Mengamalkan konsep ketuhanan lebih daripada satu (polytheism).
Konsep ajaran Sikh berteraskan materialistik dan globalisasi.
Ajaran agama Sikh terpengaruh dengan ajaran Hindu dan Islam.
Bidang perubatan merupakan antara pencapaian yang sangat menonjol dalam sejarah tamadun India. Apakah faktor utama yang menggalakkan perkembangan ilmu tersebut di India?
Minat yang mendalam dalam bidang tumbuhan menerusi aktiviti pertanian.
Hasil pengaruh ajaran agama Jaina, Bahai dan Zoroaster dalam masyarakat India.
Dorongan kuat hasil hubungan ahli perubatan India dengan para doktor Hellenistik.
Semangat ketuhanan dan pegangan agama yang tinggi dalam hidup bangsa India
Berikut merupakan sistem hubungan kekeluargaan dalam masyarakat Cina (Wu Lun) KECUALI ____________.
hubungan antara kawan
hubungan adik beradik
hubungan antara sepupu
hubungan antara suami isteri
Manakah antara berikut BETUL mengenai ajaran Buddhisme?
Mengutamakan pemikiran sosiopolitik dan kekuasaan pihak pemerintah ke atas rakyat.
Tidak mempercayai konsep ketuhanan.
Mengamalkan konsep kemanusiaan ren dan kesusilaan li.
Diasaskan oleh Mo Zi.
Demi menjaga kesinambungan dan nama keluarga, apakah yang dilakukan oleh masyarakat Cina secara tradisinya?
Setiap nama anak digandingkan dengan nama nenek mereka.
Setiap nama anak digandingkan dengan nama abangnya.
Setiap nama anak digandingkan dengan nama ayahnya.
Setiap nama anak digandingkan dengan nama ibunya.
Pilih jawapan yang menunjukkan bahawa masyarakat Cina mengamalkan sistem patriachy.
Anak perempuan tidak berhak untuk hidup kerana sifatnya yang lemah.
Suami berhak untuk kahwin lebih sekiranya isteri tidak mampu mengurniakan zuriat lelaki.
Isteri berhak menuntut cerai sekiranya suami berkahwin lebih.
Ibu dan bapa berkuasa penuh menentukan jodoh anak lelaki.
Dominasi politik antara aspek utama dalam cabaran globalisasi masa kini. Pilih jawapan yang menunjukkan dominasi politik dalam konteks Malaysia
Ketirisan wang yang berlaku dalam sistem demokrasi negara.
Isu keruntuhan moral dan gejala sosial yang tiada kesudahan.
Perkahwinan campur yang hanya mengundang persepsi buruk.
Aktiviti migrasi yang membuka ruang eksploitasi hasil bumi.
Apakah ciri-ciri khusus yang boleh dilihat pada seni bina Taj Mahal?
Terdapat kesan pengaruh seni bina Islam-Parsi.
Seni bina tiangnya merupakan yang tertinggi di dunia.
Rekaan bangunannya menghadap ke arah kiblat.
Bentuk seni binanya menyamai seni bina pada Masjid Nabawi.
Interaksi antara tamadun India dan Cina memberikan banyak kesan positif. Pilih penyataan yang BENAR berkaitan tamadun Cina.
Penyebaran agama Kristian dan Hindu sehingga menjadi agama dominan dalam masyarakat.
Negara yang mempunyai populasi penduduk Islam paling ramai di dunia iaitu 30 juta.
Pusat pembuatan batu nisan terbesar dan menjadi pengimport utama di rantau Asia.
Sumbangan sains dan teknologi seperti pembuatan kertas, pencetakan dan bahan letupan.
Manakah antara berikut merupakan hasil kajian yang telah dicapai oleh Abbas Ibnu Firnas?
Kapal selam.
Prototaip kapal terbang.
Kereta terbang.
Jam loceng.
Bagaimanakah amalan sutti yang dilakukan oleh masyarakat India suatu ketika dahulu?
Suami akan merestui isterinya yang mengandung kali pertama.
Anak lelaki dikhatankan pada hari ke tujuh selepas lahir.
Isteri akan terjun ke dalam api yang membakar mayat suaminya.
Isteri akan mendapatkan restu ibu dan ayah sebelum berkahwin.
Berikut bahasa yang dituturkan oleh masyarakat Dravida KECUALI ___________________.
Telugu
Marathi
Tamil
Malayalam
Berikut adalah antara kesan positif globalisasi di Malaysia KECUALI ____________________.
kepelbagaian bahasa yang boleh menjadi sumber ekonomi negara.
perkongsian idea antara negara-negara untuk tujuan pembangunan
dapat membina jaringan perpaduan nasional antarabangsa
kemasukan pengaruh hedonisme Barat yang tidak terkawal
Pilih antara berikut pernyataan yang merujuk kepada contoh hegemoni Barat dalam aspek politik?
Pembunuhan yahudi beramai-ramai oleh Adolf Hitler.
Penubuhan negara haram Israel mendapat pengiktirafan oleh Barat.
Kemenangan Erdogan sebagai Presiden Turki baru-baru ini.
Mata wang dunia berpaksikan kepada kedudukan Amerika Syarikat.
Manakah antara berikut merupakan kesan dari perpecahan yang wujud dalam kalangan penganut agama Buddha?
Agama Buddha hilang sokongan dan lenyap di negara China.
Agama Buddha berpecah kepada dua aliran iaitu Hinayana dan Mahayana.
Agama Buddha kurang mendapat sambutan oleh masyarakat China.
Agama Buddha ditukar menjadi ajaran baharu iaitu Konfusianisme.
Manakah antara berikut merupakan contoh bahasa Tamil yang dipakai dalam bahasa Melayu?
Sudu
Guru
Kari
Kapur
Apakah perkataan bahasa Melayu yang dipinjamkan daripada bahasa Arab?
Lampu
Meja
Tingkap
Kitab
