WorksheetsBAHASA MELAYU TAHUN 3
Total questions: 50
Worksheet time: 25mins
"Jangan beritahu ___________ rahsia
kepada Ipin," pesan Akim kepada
rakan-rakannya.
bila-bila
apa-apa
siapa-siapa
mana-mana
Pasu bunga yang dijual di pameran kraf tangan itu dihasilkan ..............................tanah liat.
dari
pada
akan
daripada
________daripada makanan itu telah
dihabiskan oleh murid-murid.
Semua
Segelintir
Separuh
Sesetengah
Dalam bekas itu terdapat_________ keris pusaka warisan keluarganya.
sebilah
sebuah
sekeping
setongkol
Puan Wan Khazanah berasa sungguh gembira apabila mendapat ___________ anak kembar perempuan.
sederet
seorang
sepasang
sepasukan
1. "________ mestilah patuh kepada nasihat guru," kata Syafiq kepada kawan-kawannya.
Kita
Kami
Dikau
Beliau
Terdapat beberapa ____________jagung di belakang lori itu.
sisir
tongkol
tandan
rumpun
Pak Cik Ismel _____________ lubang di belakang rumahnya untuk menanam tin-tin kosong itu.
menggali
membina
mengolah
memotong
Sikap Effa yang __________ menyebabkan dia disukai oleh kawan-kawannya.
ramah
garang
hormat
kedekut
Alif ________________ kepalanya tanda tidak bersetuju dengan cadangan Sabri.
menanduk
menggeleng
mengangguk
menghentak
Izni ialah anak ketiga _____________ lima orang adik-beradik.
dari
daripada
akan
pada
Fatihah tidak termakan buah jambu yang rasanya___________itu.
kelat
masam
pahit
pedas
Alisya menonton televisyen ________ menggosok bajunya.
sambil
tatkala
namun
kecuali
Ibu _____________ rambut Joyah dengan penuh kasih sayang.
menekan
membelai
menyelak
menampar
Cikgu Aznida membeli se_________cincin di kedai Emas Port Dickson.
utas
tandan
bentuk
gugus
"________, berani kau kacau kekasih aku!" kata Dickie.
Hai
Cis
Aduhai
Nah
1. Ain seorang gadis yang agak kasar ____________ baik hati.
lalu
sambil
kecuali
tetapi
Cikgu Zarin menampal keputusan kuiz itu_______ papan kenyataan sekolah.
di
pada
akan
kepada
Mak Intan membeli_____________ pisang dan _______________ sayur kangkung di pasar tani itu.
sebiji.......seikat
setandan.......seikat
sesikat.......setongkol
sejambak......sesikat
Seekor anjing sedang ___________ seketul tulang.
mengeram
mengunyah
mencengkam
menggonggong
Sham __________ menunggu kawannya walaupun hari sudah lewat petang.
ingin
akan
masih
hendak
Mak Cik Salmah pandai memasak ________ menjahit baju kurung.
dan
kecuali
setelah
manakala
Adam Daniel dipatuk oleh _________ ular.
sebuah
sekeping
sekor
sebiji
Abot seorang budak yang nakal. ________ suka melastik burung.
Dia
Saya
Kami
Kalian
Emak _____________ mee kicap untuk makanan sarapan pagi.
menggoreng
mengukus
memasak
mengawet
Kakak telah ________________ patung adik di bawah katil.
meletakkan
menyerahkan
membekalkan
menyorokkan
Semua penduduk Kampung Baru sibuk __________ sarung ketupat sempena sambutan Hari Raya.
menenun
menganyam
menyirat
memancing
Konsert amal Siti Nurhaliza akan bermula _____________ pukul 9.00 malam.
di
oleh
bagi
pada
1. Amir terjumpa sebuah beg tangan. _________ menyerahkan beg tangan tersebut kepada polis.
Kami
Dia
Hamba
Beta
Kebanyakan penduduk negara Somalia masih ______________ akibat kebulur.
merasa
meminta
mengalami
menderita
Hati Nazua _________ akan kata-kata nasihat daripada ibunya.
menyentuh
disentuh
tersentuh
bersentuh
Fikiran Alif ___________ apabila mengenangkan ibunya yang sakit di kampung.
terganggu
mengganggu
diganggu
berganggu
Senarai tugasan ditampal ______________________dinding kelas.
di
pada
ke
kepada
Kamil ________ apabila nampak seekor ular memasuki rumahnya.
diterperanjatkan
memeranjatkan
terperanjat
menterperanjatkan
Kapal terbang yang baru berlepas itu menuju _____ Sarawak.
di
pada
ke
kepada
“_______ mahu ke mana?” tanya Sarah kepada Aleesya dan Farah.
Anda
Kamu
Kalian
Engkau
Pada bulan Mac hingga September pada setiap tahun, penyu akan mendarat di ______ Rantau Abang Terengganu untuk bertelur.
Lembah
pantai
bukit
sungai
Pasukan ekspedisi __________ Gunung Tahan itu bertolak dari Kuala Tahan pada pukul tujuh pagi.
melewati
menaiki
mendaki
meredah
“Tolong belikan____________sekaki payung dan sekotak
susu segar,” kata Rogayah kepada Asmah.
kami
saya
kita
mereka
____________________________ seorang raja yang adil serta bijak mentadbir negara.
Beliau
Baginda
Patik
Beta
Puan Mursyidah akan___________________ke sekolah baharu minggu hadapan.
berpindah
dipindah
memindahi
memperindahan
Pokok–pokok bunga di halaman rumah itu kelihatan ___________________ dan cantik.
segar
cerah
ceria
basah
Zauyah bercadang untuk membeli sebuah kereta baharu yang lebih____________.
besar
lebar
sempit
leper
Reza membeli se_________________ pisang emas di Pasar Raya Rahmat semalam.
sup
sikat
tandan
rumpun
Ibu menggunakan pisau yang_____________________ untuk menghiris bawang merah itu.
tajam
tumpul
runcing
licin
Rahimah Wati membersihkan buah-buahan segar itu_______
memasukkannya ke dalam peti sejuk.
dengan
lalu
tetapi
kerana
“Pisang goreng ini sungguh enak jika dimakan ________________, ” kata Hakim kepada Azua.
senyap-senyap
panas-panas
rapat-rapat
jauh-jauh
“ Walaupun buku itu sangat__________________ tetapi isinya kurang padat,” kata Alif kepada Yati.
kusam
tebal
panjang
usang
Nizam mengambil wang ibunya yang disorok di_____________
bantal tanpa pengetahuan ibunya
luar
hujung
bawah
tepi
Firdaus terpaksa_________________dengan orang ramai untuk membeli tiket perlawanan akhir bola sepak di antara Parit FC dengan Bota FC.
berduyun-duyun
berlonjak-lonjak
berhimpit-himpit
berpusu-pusu
