wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

2018 F5 SEJ 百题大赛

Total questions: 100

Worksheet time: 5hrs 0mins

Name
Class
Date
1.

Menurut pandangan Islam,konsep tamadun memberi penekanan kepada pembangunan unsur-unsur tertentu.

Apakah unsur-unsur tersebut?

a)

Bandar dan seni

b)

Lahiriah dan falsafah

c)

Lahiriah dan rohaniah

d)

Bandar dan budaya

2.

Setiap negara kota dalam tamadun Mesopotamia mempunyai pelbagai bentuk pintu gerbang. Hal ini melambangkan

a)

kekayaan

b)

kepatuhan agama

c)

kekuasaan pemerintah

d)

kemahiran pengukir

3.

Mengapakah masyarakat Mesopotamia membina bangunan tersebut?

a)

Penjara bagi rakyat yang melakukan kesalahan

b)

Tempat menyimpan abu mayat bangsawan

c)

Kubu pertahanan dari serangan musuh

d)

Menjalankan upacara keagamaan

4.

Sistem pemerintahan di Mesopotamia berasaskan sistem beraja. Apakah bentuk sistem beraja tersebut?

a)

Oligarki

b)

Demokrasi

c)

Aristokrasi

d)

Teokrasi

5.

Apakah prinsip undang-undang tersebut?

a)

mengutamakan konsep permuafakatan

b)

berasaskan sistem kepercayaan tempatan

c)

berteraskan hak rakyat terhadap keadilan

d)

hukuman yang sama untuk semua golongan

6.

Pada Zaman Dinasti Chou di China, pembesar mesti taat setia kepada raja. Bagaimanakah pembesar membuktikan kesetiaan mereka?

a)

mengawal kawasan istana

b)

menyerahkan hasil pertanian

c)

menggubal undang-undang wilayah

d)

memberikan bantuan ketenteraan

7.

Apakah persamaan sistem demokrasi yang diamalkan di Yunani dengan sistem demokrasi yang diamalkan pada masa kini?

a)

penglibatan rakyat dalam pembentukan kerajaan

b)

golongan agama menjadi penasihat pemerintah

c)

pilihan raya diadakan setiap lima tahun

d)

raja mengadi ketua pentadbir negara

8.

Masyarakat Athens mementingkan sukan, seni berpidato dan kesusasteraan dalam sistem pendidikan. Mengapakah bidang tersebut penting?

a)

memudahkan mobiliti sosial

b)

membina watak kepimpinan

c)

melahirkan rakyat yang seimbang

d)

memperkukuh jati diri masyarakat

9.

Golongan Helot dalam kelas sosial masyarakat Sparta merujuk kepada

a)

pengusaha tanah

b)

golongan hamba

c)

angkatan tentera

d)

ahli agama

10.

Andaikan anda seorang ahli Dewan Senat dalam sistem republik di Rom pada tahun 509 S.M.

Apakah tugas anda?

a)

merangka undang-undang

b)

mencadang dasar kerajaan

c)

melantik pegawai pentadbir

d)

mengatur strategi ketenteraan

11.

Mengapakah tiang Asoka diletak di tepi jalan?

a)

memudahkan rakyat membaca

b)

mempamerkan ketinggian seni

c)

melambangkan kemahiran penduduk

d)

membuktikan kemasyhuran pemimpin

12.

Gambar di atas menunjukkan sebahagian daripada Tembok Besar China.

Mengapakah tembok tersebut dibina?

a)

menandakan sempadan negeri

b)

menjamin keselamatan wilayah

c)

menjadi benteng penghalang banjir

d)

melambangkan keagungan kerajaan

13.

Bagaimanakah pemerintah kerajaan Agraria di Asia Tenggara memajukan sektor pertanian?

a)

membina sistem pengairan

b)

membawa masuk tenaga buruh

c)

menaik taraf kemudahan pelabuhan

d)

memperkenal kaedah penggiliran tanaman

14.

Bagaimanakah kerajaan Funan berubah daripada kerajaan agraria kepada kerajaan maritim?

a)

pertahanan laut kuat

b)

pelabuhan yang strategik

c)

persaingan antara kerajaan

d)

kemerosotan hasil pertanian

15.

Apakah faktor yang membolehkan kerajaan Srivijaya menjadi sebuah kerajan maritim yang terulung di Asia Tenggara?

a)

sumber asli diterokai

b)

bekalan buruh ramai

c)

angkatan tentera kuat

d)

sistem pengairan moden

16.

Gambar di atas ialah Gunung Jerai di Kedah.

Apakah kepentingan gunung tersebut kepada kemajuan kerajaan Kedah Tua?

a)

memudahkan kedatangan pedagang

b)

simbol penguasaan alam semesta

c)

lambang kekuatan pemerintah

d)

benteng pertahanan negeri

17.

Dalam kerajaan awal Asia Tenggara, rakyat biasa takut untuk menderhaka kepada raja. Mengapakah mereka bersikap demikian?

a)

Raja menguasai empayar

b)

Raja menjadi ketua pendeta

c)

Raja adalah bayangan tuhan

d)

Raja memilik kekuatan tentera

18.

Gambar berikut menunjukkan candi Angkor Wat di Kemboja.

Mengapakah kerajaan Angkor membina candi tersebut?

a)

Sebagai pusat kegiatan perdagangan

b)

Menjadi pusat pentadbiran

c)

Lambang penguasaan alam semesta

d)

Memperkukuhkan sistem pertahanan negara

19.

Unsur mitos merupakan elemen penting dalam kerajaan awal di Asia Tenggara. Apakah kepentingan unsur tersebut?

a)

memperkukuh kedudukan pemerintah

b)

mendaulatkan sistem perundangan

c)

mengiktiraf golongan pendeta

d)

mengekalkan warisan tradisi

20.

Mengapakah Perang al-Basus berlaku selama 40 tahun di Tanah Arab pada Zaman Jahiliah?

a)

perebutan sumber air

b)

pelanggaran syarat perjanjian

c)

menuntut pembebasan tawanan

d)

mengamalkan semangat assabiah

21.

Nabi Muhammad SAW diamanahkan oleh pemimpin Arab Quraisy untuk meletakkan Hajar Aswad ke tempat asalnya.

Apakah kepentingan peristiwa tersebut kepada masyarakat Arab?

a)

penyebaran Islam di Makkah

b)

Perbalahan antara kaum dielakkan

c)

perkembangan perdagangan di Makkah

d)

pelantikan pemimpin dari kalangan orang Islam

22.

Nabi Muhammad SAW menerima wahyu pertama iaitu surah al-Alaq ayat 1-5 pada 6 Ogos 610 Masihi (17 Ramadhan).

Apakah yang diperintah oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW menerusi surah tersebut?

a)

mengekalkan persamaan taraf sesama manusia

b)

penyatuan umat di bawah satu akidah

c)

pembelaan terhadap agama

d)

membaca untuk meningkatkan ilmu

23.

Selepas Abu Talib dan Siti Khadijah meninggal dunia, penentangan terhadap penyebaran Islam di Makkah semakin meningkat. Bagaimanakah Nabi Muhammad SAW menangani penentangan tersebut?

a)

membenarkan orang Islam berhijrah ke Habsyah

b)

mengadakan rundingan dengan orang Quraisy

c)

mendapatkan bantuan penduduk Madinah

d)

mengasingkan diri di dalam Gua Hirak

24.

Bentuk pemulauan terhadap keluarga Nabi Muhammad SAW yang dilakukan oleh orang Quraisy Makkah adalah larangan ....

a)

mendekatti orang ramai

b)

menjalin hubungan luar

c)

memasuki kota Makkah

d)

menjalankan perniagaan

25.

Abdullah bin Arqat membantu Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah. Apakh bentuk bantuan yang diberikan?

a)

kawalan keselamatan

b)

menjadi penunjuk jalan

c)

menyiasat pergerakan musuh

d)

membekal barang keperluan

26.

Sambutan Maal Hijrah diadakan setiap tahun di Malaysia bagi memperingati

a)

perjuangan umat Islam

b)

turunnya wahyu pertama

c)

pembukaan kota Makkah

d)

kelahiran Nabi Muhammad SAW

27.

Apakah kepentingan Piagam Madinah yang dirangka oleh Nabi Muhammad SAW pada tahun 622 Masihi?

a)

memberi panduan pemerintahan negara

b)

melindungi tradisi masyarakat Arab

c)

menamatkan permusuhan dengan Rom

d)

menyediakan strategi menghadapi ancaman Quraisy Makkah

28.

Setelah rombongan orang Islam dari Madinah disekat di Hudaibiyah pada tahun 628 Masihi, Rasulullah SAW bertindak menghantar Uthman bin Affan menemui pemimpin Quraisy di Makkah.

Mengapakah Rasulullah SAW bertindak sedemikian?

a)

memberi peringatan

b)

menjelaskan tujuan kedatangan

c)

membuat rundingan kedamaian

d)

meninjau kekuatan tentera musuh

29.

Selepas dua tahun perjanjian Hudaibiyah dimeterai, orang Quraisy Makkah mencabuli perjanjian tersebut dengan menyokong Bani Bakar yang berperang dengan Bani Khuza’ah.

Apakah kesan daripada pencabulan tersebut?

a)

penduduk Madinah semakin terancam

b)

penghijrahan Nabi Muhammad SAW terancang

c)

pembukaan semula kota Makkah

d)

penyebaran Islam tergendala

30.

Pada zaman pemerintahan khulafa al-Rasyidin, seseorang khalifah dilantik melalui sistem syura.

Apakah kebaikan sistem tersebut?

a)

menjamin kesinambungan pemerintahan

b)

meneruskan tradisi masyarakat Arab

c)

mendapat sokongan orang bukan Arab

d)

menjamin pemilihan pemimpin berkelayakan

31.

Antara yang berikut, yang manakah sumbangan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq

kepada kerajaan Islam Madinah?


I Memerangi golongan al-Riddah

II Memperkenalkan pelbagai cukai

III Menubuhkan Jabatan Kehakiman

IV Menyelesaikan perpecahan umat Islam

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

32.

Antara berikut yang manakah termasuk dalam golongan al-Riddah yang muncul selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW? 什么是golongan al-Riddah?

I Mengaku sebagai nabi

II Menjadi ketua khalifah

III Memerangi pemberontakan

IV Mengingkari pembayaran zakat

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

33.

Apakah langkah Khalifah Umar bin al-Khattab mengawal penyelewengan hakim?

a)

mengenakan hukuman yang berat

b)

membuat pemantauan yang kerap

c)

memberikan gaji bulanan yang lumayan

d)

meningkatkan kefahaman terhadap Islam

34.

Apakah sumbangan Khalifah Uthman bin Affan kepada kemajuan sistem

pertahanan negara Islam Madinah?

a)

Membina markas tentera

b)

Mewujudkan pasukan tentera tetap

c)

Menubuhkan angkatan tentera laut

d)

Melantik panglima tentera sebagai gabenor

35.

Kerajaan Bani Umaiyah telah memperkenalkan sistem hijabah bertujuan untuk

a)

mengukuhkan pertahanan laut

b)

mengawal keselamatan khalifah

c)

mengumpul rekod baitulmal

d)

mengurus pelantikan wazir

36.

Sistem wazarah telah diperkenalkan oleh kerajan Bani Umaiyah.

Bagaimanakah sistem tersebut dilaksanakan?

a)

Urus setia menguruskan rekod kewangan

b)

Wazir dilantik mengetuai pentadbiran

c)

Pelbagai jabatan kerajaan ditubuhkan

d)

Ulama dilantik menjadi pentadbir

37.

Bagaimanakah khalifah dilantik pada zaman pemerintahan kerajaan Bani Abbasiyah?

a)

Pemilihan dilakukan oleh ulama

b)

Mengamalkan sistem perwarisan

c)

Melalui perundingan Majlis Syura

d)

Berdasarkan wasiat khalifah terdahulu

38.

Dasar sosial Islam yang diamalkan kerajaan Turki Uthmaniyah telah menarik minat orang Kristian di Eropah untuk memeluk Islam.

Apakah aspek yang ditekankan dalam dasar tersebut?

a)

Warisan Bangsa

b)

Jurai keturunan

c)

Pengumpulan kekayaan

d)

Kecemerlangan individu

39.

Apakah sumbangan kerajaan Turki Uthmaniyah dalam bidang kesenian yang masih kekal hingga ke hari ini?

a)

seni teater

b)

seni arca

c)

seni bina

d)

seni tari

40.

Apakah peranan golongan Mudejar di Eropah?

a)

menerapkan cara hidup Islam

b)

Menyertai pasukan tentera khas

c)

Menggalakkan perkembangan ilmu

d)

Menjadi pembayar cukai tambahan

41.

Menurut catatan China, Perkampungan Ta Shih telah wujud di Sumatera Utara pada tahun 650 Masihi.

Kewujudan perkampungan tersebut membuktikan

a)

Kewujudan pusat pendidikan Islam

b)

Peranan pedagang menyebarkan Islam

c)

Kemunculan sebuah kerajaan Islam

d)

Perkembangan kesusasteraan Islam

42.

Apakah kriteria penganugerahan jawatan syahbandar kepada seorang pedagang Islam di sesebuah pelabuhan di Asia Tenggara?

a)

Mentaati pemerintah

b)

Mahir berniaga

c)

Bersifat jujur

d)

Cekap mentadbir

43.

Ulama Islam mengislamkan golongan raja dan bangsawan terlebih dahulu supaya Islam tersebar luas di Asia Tenggara.

Mengapakah ulama Islam bertindak demikian?

a)

Mematuhi konsep kedaulatan pemerintah

b)

Mengetahui kesetiaan rakyat kepada pemerintah

c)

Menghormati kuasa mutlak pemerintah

d)

Melindungi kepentingan pemerintah

44.

Mengapakah Sultan Mansur Shah menghantar kitab al-Dur al-Manzum ke Samudera-Pasai?

a)

Untuk dibahaskan

b)

Sebagai mas kahwin

c)

Untuk diterjemahkan

d)

Sebagai tanda persahabatan

45.

Mengapakah nasab keturunan sultan yang memerintah di Asia Tenggara sering dikaitkan dengan Iskandar Zulkarnain?

a)

Mengelakkan perpecahan rakyat

b)

Memperkukuh hubungan perdagangan

c)

Meningkatkan kewibawaan pemerintah

d)

Mengekalkan amalan adat tradisional

46.

Kedatangan Islam ke Asia Tenggara telah mengubah sistem pemerintahan dan pentadbiran.

Apakah bukti pernyataan di atas?


I Wazir dilantik mentadbir wilayah

II Institusi kesultanan diperkenalkan

III Undang-undang syariah dilaksanakan

IV Jawatan tradisional dimansuhkan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

47.

Perkara yang manakah menunjukkan kedatangan Islam ke Asia Tenggara mempengaruhi cara hidup bermasyarakat tempatan?

a)

Amalan bersemah

b)

Adat persandingan

c)

Persaudaraan ummah

d)

Cara bercucuk tanam

48.

Apakah ciri matrilineal dalam Adat Perpatih?

a)

Pelantikan ketua adat

b)

Nasab keturunan bapa

c)

Perkahwinan luar suku

d)

Perempuan mewarisi harta

49.

Antara yang berikut, yang manakah terkandung dalam Hukum Kanun Melaka?


I Kesalahan jenayah

II Tatacara peperangan

III Hubungan diplomatik

IV Bidang tugas pemerintah

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

50.

Rajah 2 menerangkan tentang kaedah pendidikan dalam masyarakat Melayu tradisional.

Apakah X?

a)

Menerusi pantun

b)

Mengadap guru

c)

Pembacaan kitab

d)

Pengajian sekolah pondok

51.

Rajah di atas menerangkan keadaan di Eropah selepas kejatuhan tamadun Rom.

Apakah Zaman X?

a)

Zaman Renaissance

b)

Zaman Pertengahan

c)

Zaman Peralihan

d)

Zaman Gelap

52.

Sistem feudal yang diamalkan pada awal Zaman Pertengahan di Eropah mempunyai persamaan dengan sistem feudal yang diamalkan dalam masyarakat Melayu tradisional.

Apakah persamaan tersebut?

a)

Raja pemilik tanah secara mutlak

b)

Golongan agama menerajui pentadbiran

c)

Petani berpeluang meningkatkan status sosial

d)

Rakyat berhak memilih pemerintah

53.

Golongan Patron muncul di Eropah pada Zaman Renaissance.

Apakah peranan golongan tersebut?

a)

Menyebarkan agama

b)

Menjelajah ke kawasan luar

c)

Menganggotai pasukan tentera

d)

Menaungi golongan pelukis

54.

Pada zaman Reformation di Eropah, pemimpin gereja sering dikritik oleh masyarakat. Mengapakah kritikan tersebut berlaku?

a)

Perpecahan sesama penganut

b)

Peningkatan kadar cukai

c)

Kepincangan amalan

d)

Perbezaan mazhab

55.

Pergerakan Luddite adalah gerakan sosial oleh pekerja industri tekstil di Britain pada abad ke-19.

Mengapakah gerakan tersebut muncul?

a)

Menentang penggunaan mesin

b)

Menentang penggunaan buruh wanita

c)

Membantah pengurangan masa bekerja

d)

Membantah penubuhan persatuan pekerja

56.

Kejatuhan harga getah menyebabkan British memperkenalkan Rancangan Sekatan Stevenson pada tahun 1922.

Bagaimanakah rancangan tersebut dapat mengatasi masalah kejatuhan harga getah?

Rancangan sekatan stevenson.

a)

Pengeluaran getah dihadkan

b)

Peningkatan mutu getah asli

c)

Penggunaan getah dipelbagai

d)

Penawaran getah tiruan dilarang

57.

Apakah tujuan Land Setttlement Order dikuatkuasakan di Sarawak pada tahun 1933?

a)

Taraf hidup meningkat

b)

Meneroka penempatan baru

c)

Kekal dengan pertanian tradisional

d)

Membayar cukai yang tinggi

58.

Kemasukan imigran Cina dan India ke Tanah Melayu telah mewujudkan


I pengasingan sosial dan budaya

II perbezaan pendidikan dan pekerjaan

III pertambahan keperluan bahan mentah

IV peningkatan taraf hidup penduduk

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

59.

Mengapakah sistem pendidikan pada zaman penjajah gagal menyatupadukan kaum di Tanah Melayu?

a)

Penubuhan sekolah Inggeris

b)

Pengaruh golongan mubaligh

c)

Pengamalan asuhan keluarga

d)

Perkembangan sekolah vernakular

60.

Mengapakah British membawa masuk buruh dari India dan China ke Tanah Melayu pada ke-19?

a)

Mengimbangi komposisi kaum

b)

Menambah bilangan penduduk

c)

Memaksimumkan keuntungan

d)

Melicinkan pentadbiran kerajaan

61.

Penjajah Barat telah melaksanakan sistem birokrasi Barat di tanah jajahan mereka di Asia Tenggara.

Apakah ciri sistem birokrasi tersebut?

a)

Pengekalan pemerintahan beraja

b)

Pelantikan pembesar daerah

c)

Pengenalan sistem ufti

d)

Pentadbiran melalui biro

62.

Penjajah Sepanyol telah memperkenalkan jawatan Encomiendero di Filipina.

Apakah tugas jawatan tersebut?


I Mengutip cukai

II Memelihara keamanan

III Menggubal undang-undang

IV Memajukan kegiatan pertanian

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

63.

Pembesar Mandarin di Vietnam dipilih melalui ?

a)

peperiksaan

b)

pemilihan rakyat

c)

pelantikan maharaja

d)

persetujuan golongan bangsawan

64.

Apakah kesan Sistem Tanaman Paksa terhadap penduduk Indonesia?

a)

Meningkatkan ekonomi

b)

Mewujudkan jurang ekonomi

c)

Menghapuskan cukai pertanian

d)

Menyediakan peluang pekerjaan

65.

Mengapakah corak gerakan nasionalisme di Asia Tenggara berubah daripada sederhana kepada radikal?

a)

Sekatan pengaruh luar

b)

Perjuangan tidak berkesan

c)

Kekurangan sumber kewangan

d)

Sokongan pemerintah tempatan

66.

Apakah tuntutan gerakan nasionalisme tahap awal di Filipina?

a)

Hak mengundi

b)

Hak kebebasan bersuara

c)

Pengembalian kuasa raja

d)

Pemerintahan kerajaan sendiri

67.

Pada tahun 1932, Parti Rakyat melancarkan revolusi di Thailand.

Apakah kesan revolusi tersebut?

a)

Dasar tutup pintu dikuatkan

b)

Pemerintahan republik dilaksanakan

c)

Kuasa pembesar tempatan diperkukuh

d)

Sistem raja berkuasa mutlak tamat

68.

Mengapakah Naning berjaya mengalahkan British pada tahun 1831?

a)

Menggunakan askar upahan

b)

Mempunyai tentera yang terlatih

c)

Membina kubu pertahanan yang kukuh

d)

Mendapat sokongan pembesar tempatan

69.

Penghulu Dol Said telah melakukan penentangan terhadap British di Naning antara tahun 1831 hingga tahun 1833.

Mengapakah beliau menentang British?

a)

Pembinaan balai polis

b)

Pencabulan adat tradisi

c)

Pembayaran ufti tahunan

d)

Pengenalan peraturan tanah

70.

Haji Abdul Rahman Limbong telah memimpin penduduk tempatan Kuala Telemong, Terengganu menentang British.

Mengapakah penentangan tersebut dilakukan?

a)

Pengenalan pendidikan sekular

b)

Pengenalan peraturan tanah

c)

Perlucutan jawatan pembesar

d)

Pembunuhan penduduk tempatan

71.

Apakah kesan kesengsaraan berikut terhadap penduduk Tanah Melayu?

a)

Mendapatkan bantuan luar

b)

Menolak penguasaan kuasa asing

c)

Menyerah nasib kepada penjajah

d)

Membentuk sistem politik sendiri

72.

Kaum Muda gagal meluaskan pengaruhnya ke Negeri –Negeri Melayu berbanding Negeri-Negeri Selat.

Mengapakah keadaan tersebut berlaku?

a)

Bilangan ahli sedikit

b)

Sumber kewangan kurang

c)

Penyebaran risalah disekat

d)

Kemudahan perhubungan terhad

73.

Gerakan Islah bertujuan membetulkan pandangan orang Melayu terhadap Islam. Apakah saranan gerakan tersebut kepada orang Melayu?

a)

Mengutamakan pemimpin

b)

Memelihara warisan tradisi

c)

Berani mengkritik penjajah

d)

Bekerjasama dengan kaum imigran

74.

Majalah Guru memainkan peranan penting dalam memajukan bidang pendidikan pada awal abad ke-20 di Tanah Melayu.

Apakah isu yang difokuskan dalam majalah tersebut? Majalah Guru

a)

Menghargai warisan bangsa

b)

Memperjuangkan hak wanita

c)

Memajukan bidang kesusasteraan

d)

Mengekalkan nilai murni masyarakat

75.

Antara sumbangan Mohammad Eunos Abdullah terhadap orang Melayu di Singapura ialah

a)

Mewartakan tanah pertanian

b)

Memberi peluang pendidikan

c)

Mendapatkan petempatan khas

d)

Menyediakan tapak perniagaan

76.

Bagaimanakah pengaruh kekuasaan seseorang raja kerajaan Melayu tradisional ditentukan?

a)

Kesetiaan rakyat

b)

Kegiatan ekonomi

c)

Konsep ketuhanan

d)

Kekayaan hasil bumi

77.

Itali dan Jerman adalah dua buah negara bangsa moden di Eropah pada abad

ke-19.

Apakah kaedah yang digunakan untuk memajukan negara tersebut?

a)

Realpolitik

b)

Perjanjian

c)

Perundingan damai

d)

Kuat kuasa undang-undang

78.

Tokoh tersebut ( Otto Eduard von Bismarck ) telah membangkitkan semangat rakyat Prussia di medan perang.


Bagaimanakah beliau berjaya membangkitkan semangat tersebut?

a)

Membebaskan golongan hamba

b)

Menyingkirkan golongan kapitalis

c)

Menyemai sikap antikuasa asing

d)

Menghapuskan pemerintahan diktator

79.

Pada tahun 1911, Sultan Zainal Abidin III meluluskan perlembagaan yang dikenali sebagai Undang-Undang Tubuh Kerajaan Terengganu.

Mengapakah perlembagaan tersebut diluluskan?

a)

Meluaskan wilayah pengaruh

b)

Mengekalkan kedaulatan negeri

c)

Membentuk kerajaan demokrasi

d)

Mengukuhkan hubungan dengan Siam

80.

Apakah bukti yang menunjukkan Adat Perpatih menepati ciri-ciri demokrasi?

I Masalah diselesaikan secara musyawarah

II Perkongsian kuasa pemerintahan diamalkan

III Wanita terlibat dalam sistem pentadbiran

IV Ketua dipilih dari peringkat bawah

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

81.

Apakah hasrat British membentuk sebuah bangsa Malayan Union

a)

Menumpukan taat setia

b)

Menguatkan pasukan tentera

c)

Membantu dalam pentadbiran

d)

Membanteras ancaman komunis

82.

Rajah menunjukkan pernyataan ketiga-tiga unit politik di Tanah Melayu dalam pentadbiran Malayan Union.

Mengapakah British bertindak demikian?

a)

Menjimatkan kewangan kerajaan

b)

Memelihara hak istimewa peribumi

c)

Memperkukuh pemerintahan beraja

d)

Melatih penduduk tempatan mentadbir

83.

Rajah berkaitan dengan negeri yang diletakkan di bawah Malayan Union.

Mengapakah Singapura dikecualikan?

a)

Sumber kewangan kerajaan terhad

b)

Majlis Raja-Raja membuat bantahan

c)

Kaum imigran melancarkan penentangan

d)

Bimbang taraf pelabuhan bebas akan terjejas

84.

Apakah faktor yang menyebabkan British menggantikan Malayan Union dengan Persekutuan Tanah Melayu 1948?

a)

Kekuatan perpaduan orang Melayu

b)

Pertambahan bilangan kaum imigran

c)

Memenuhi desakan orang dagang

d)

Akur tuntutan golongan radikal

85.

Pada 8 Februari 1946, Vyner Brooke mengisytiharkan penyerahan Sarawak kepada British.

Mengapakah penyerahan tersebut mendapat bantahan penduduk tempatan?

a)

Sistem beraja tergugat

b)

Sempadan wilayah berubah

c)

Negeri menjadi tanah jajahan

d)

Kegiatan perdagangan terjejas

86.

Pada tahun 1949, Gabenor Sarawak, Duncan Stewart telah dibunuh.

Apakah kesan peristiwa pembunuhan tersebut?

a)

Pengaruh golongan radikal meningkat

b)

Pentadbiran kerajaan menjadi lemah

c)

Rosli Dhobi dihukum gantung Rosli Dhobi

d)

Vyner Brooke melepaskan kuasa pemerintahan

87.

Apakah kebaikan Sistem Ahli kepada penduduk Persekutuan Tanah Melayu?

a)

Mendapat peluang mentadbir kerajaan

b)

Mengekalkan pentadbiran tradisional

c)

Mendapat pengiktirafan kuasa besar

d)

Menjimatkan kewangan kerajaan

88.

Gambar 1 adalah Dato' Onn bin Jaafar.

Apakah cadangan beliau untuk menyatupadukan penduduk Tanah Melayu sebelum merdeka?

a)

Membuka keahlian UMNO kepada semua kaum

b)

Menubuhkan Jawatankuasa Antara Kerajaan

c)

Menganjurkan Konvensyen Kebangsaan

d)

Membentuk Parti Perikatan

89.

Konvensyen Kebangsaan dianjurkan oleh Tunku Abdul Rahman pada tahun 1953. Apakah hasil konvensyen tersebut?

a)

Pelaksanaan pilihan raya Majlis Perbandaran

b)

Penubuhan Parti Kemerdekaan Malaya

c)

Pelantikan Jawatankuasa Pilihan Raya

d)

Pembentukan Parti Perikatan

90.

Pada tahun 1956, Suruhanjaya Reid telah dibentuk.

Apakah peranan suruhanjaya tersebut?

a)

Merancang pembangunan ekonomi

b)

Melatih rakyat tempatan dalam pentadbiran

c)

Membentuk Jawatankuasa Perpaduan Kaum

d)

Merangka perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

91.

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah ditandatangani oleh Raja-Raja Melayu dan British pada 15 Ogos 1957.

Apakah kesan perjanjian tersebut?

a)

Pemisahan kuasa negeri dengan persekutuan

b)

Pembentukan kerajaan bercorak republik

c)

Pesuruhjaya Negeri dikekalkan

d)

Pengaruh golongan kiri dihapuskan

92.

Mengapakah kerajaan Belanda bersikap pilih kasih dalam menyediakan kemudahan pendidikan di Indonesia?

a)

Menghalang perkembangan sekolah agama

b)

Mengehadkan aktiviti budaya tempatan

c)

Menyekat rakyat mendapat pekerjaan

d)

Memecahbelahkan perpaduan rakyat

93.

Dalam konteks negara moden, bangsa merujuk kepada sekumpulan manusia yang mempunyai persamaan dari segi

I agama

II bahasa

III adat resam

IV kegiatan ekonomi

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

94.

Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor yang dikuatkuasakan pada tahun 1895

mempunyai ciri asas bagi pembinaan negara dan bangsa.

Apakah buktinya?

a)

Pemerintahan raja berkuasa mutlak

b)

Perlembagaan bertulis yang lengkap

c)

Pengiktirafan kerakyatan pelbagai kaum

d)

Persamaan dengan hukum Kanun Melaka

95.

Apakah bukti yang menunjukkan Adat Perpatih menepati ciri-ciri demokrasi?

I Masalah diselesaikan secara musyawarah

II Perkongsian kuasa pemerintahan diamalkan

III Wanita terlibat dalam sistem pentadbiran

IV Ketua dipilih dari peringkat bawah

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

96.

Apakah peranan Lembaga dalam sistem pentadbiran Adat Perpatih di Negeri Sembilan?

a)

Memilih Undang

b)

Menjadi ketua agama

c)

Menjaga alat kebesaran

d)

Menggubal dasar negara

97.

Rajah di atas menunjukkan perubahan pentadbiran British di Tanah Melayu.

Apakah tujuan British melakukan perubahan di atas?

a)

Melicinkan pentadbiran

b)

Memajukan penduduk tempatan

c)

Menghapuskan sempadan negeri

d)

Menghapuskan pengaruh komunis

98.

Piagam Atlantik yang ditandatangani oleh 50 buah negara pada 24 Jun 1945 telah menjadi piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Apakah manfaat piagam tersebut terhadap negara-negara di Asia Tenggara?

a)

Berpeluang menubuhkan kerajaan sendiri

b)

Pembentukan masyarakat berbilang kaum

c)

Menyeragamkan sistem pentadbiran

d)

Meningkatkan kerjasama ekonomi

99.

Apakah langkah kerajaan British di Tanah Melayu yang bersesuaian dengan Piagam Atlantik 1945?

a)

Mengadakan rundingan dengan AMCJA- PUTERA

b)

Membentuk Jawatankuasa Perundingan Kerjasama Kaum

c)

Menerima cadangan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu

d)

Mengekalkan kedudukan Negeri-Negeri Bersekutu

100.

Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada British pada tahun 1946.

Mengapakah penyerahan tersebut tidak dipersetujui oleh penduduk Sarawak?

a)

Mencanggahi Perlembagaan 1941

b)

Mendapat tentangan ahli Majlis Negeri

c)

Mengugut pembesar bagi mendapat persetujuan

d)

Menghapus hak istimewa pemimpin tempatan