wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Lembaran Praktis

Total questions: 40

Worksheet time: 2hrs 12mins

Name
Class
Date
1.

Negara berdaulat hendaklah mempunyai

a)

komuniti tertentu

b)

sempadan negara yang nyata

c)

hubungan dengan negara luar

d)

ketua negara yang dilantik rakyat

2.

Yang manakah ciri sebuah negara yang berdaulat?

a)

Rakyat berbilang kaum

b)

Sempadan negara yang jelas

c)

Sistem pemerintahan yang sistematik

d)

Ketua negara yang dilantik oleh rakyat

3.

Malaysia ditubuhkan atas dasar untuk

a)

mewujudkan satu gagasan Melayu Raya

b)

menghalang penyebaran ideologi komunis

c)

meningkatkan jumlah penduduk di nusantara

d)

membolehkan pilihan raya dilaksanakan serentak

4.

Sesebuah negara mesti mempunyai

a)

raja yang berdaulat

b)

penduduk tetap

c)

hubungan luar

d)

pemerintahan demokrasi

5.

Yang manakah yang benar tentang Perlembagaan Persekutuan?

a)

Parlimen mengatasi Perlembagaan

b)

Asas kepada pembentukan kerajaan

c)

Tidak boleh dibuat sebarang pindaan

d)

Diluluskan oleh mahkamah Persekutuan

6.

Seseorang warganegara Malaysia hilang taraf kewarganegaraannya apabila

a)

belot semasa peperangan

b)

memohon kewarganegaraan negara lain

c)

memburuk-burukkan imej negara di luar negara

d)

dituduh menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong

7.

Jika X seorang anak kepada warga asing dan ibunya seorang warganegara Malaysia. X mendapat kewarganegaraannya melalui kaedah

a)

kuatkuasa undang-undang

b)

kemasukan

c)

pendaftaran

d)

tidak layak

8.

Yang manakah benar tentang pembahagian kuasa perundangan yang disenaraikan dalam Jadual Sembilan Perlembagaan Persekutuan?

a)

SP (Kajian, Siasatan dan Penyelidikan),

SN (Kebajikan orang Asli)

b)

SP (Keselamatan sosial),

SN (Perkhidmatan air)

c)

SP (Rekod perbakala),

SN (Menangkap ikan di sungai)

d)

SP (Kebajikan masyarakat),

SN (Tanah)

9.

Yang mana melambangkan peruntukan kebebasan dalam Perlembagaan Malaysia?

a)

Memilih kerajaan

b)

Menabur fitnah

c)

Melantik Ketua Kerajaan

d)

Menganjurkan demonstrasi

10.

Kedudukan agama dalam Perlembagaan Persekutuan adalah

a)

Agama Islam merupakan agama rasmi

b)

Parlimen berkuasa menggubal undang-undang agama Islam

c)

Setiap orang boleh menyebarkan ajaran agamanya kepada penganut agama lain

d)

Setiap orang boleh menubuh dan menyelenggarakan yayasan bagi agamanya

11.

Yang manakah kuasa perundangan Yang di-Pertuan Agong?


I. Memberi pengampunan kepada pesalah di Wilayah Persekutuan

II. Memanggil parlimen bermesyuarat dari semasa ke semasa

III. Memberi ucapan dalam mana-mana Majlis Parlimen

IV. Melantik Perdana Menteri

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

12.

Yang manakah yang benar tentang Doktrin Pengasingan kuasa yang dilaksanakan di Malaysia?

a)

Pengasingan kuasa Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Tempatan

b)

Pengasingan kuasa Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Tempatan

c)

Pengasingan kuasa ini dilaksanakan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri

d)

Pengasingan kuasa pentadbiran bagi menggubal, melaksana dan mengadili undang-undang

13.

Yang manakah diamalkan dalam sistem pemerintahan di Malaysia.


I. Demokrasi Berparlimen

II. Demokrasi Terpimpin

III. Raja Berperlembagaan

IV. Raja Mutlak

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

14.

Doktrin pengasingan kuasa bertujuan untuk

a)

menjamin rakyat mendapat keadilan undang-undang

b)

mengelakkan pemusatan kuasa di kalangan mana-mana pihak

c)

mengagihkan kuasa antara Dewan Rakyat dengan Dewan Negara

d)

membahagikan kuasa antara badan pemerintah Persekutuan dengan Negeri

15.

Yang di-Pertuan Agong hendaklah berunding dengan Majlis Raja-raja apabila Baginda ingin melantik

a)

Peguam Negara

b)

Ketua Polis Negara

c)

Akauntan Negara

d)

Ketua Hakim Negara

16.

Pelantikannya dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan Majlis Raja-raja?

a)

Ketua Pendaftar Mahkamah

b)

Hakim Mahkamah Rayuan

c)

Hakim Mahkamah Sesyen

d)

Ketua Pengarah Kastam

17.

Yang manakah termasuk di bawah bidang kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong?


I. Seorang tentera dijatuhi hukuman oleh Mahkamah Tentera.

II. Encik Y dijatuhi hukuman penjara oleh Mahkamah Tinggi Kuching, Sarawak.

III. Encik X dijatuhi hukuman mati mandatori oleh Mahkamah Tinggi Labuan.

IV. Encik Z dijatuhi hukuman denda dan penjara oleh Mahkamah Syariah Kedah.

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

18.

Ketua audit Negara berhak mengaudit perbelanjaan yang dilaksanakan oleh

a)

Telekom Malaysia Berhad

b)

Khazanah Nasional Berhad

c)

Tenaga nasional Berhad

d)

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd.

19.

Yang manakah benar tentang Dewan Rakyat?


I. Yang di-Pertua Dewan Rakyat dibantu oleh dua orang timbalan.

II. Perdana Menteri mempengerusikan mesyuarat Dewan Rakyat.

III. Setiausaha Dewan Rakyat dilantik oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

IV. Parti yang menguasai majoriti kerusi di Dewan Rakyat akan membentuk kerajaan.

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

20.

Tugas Dewan Rakyat dan Dewan Negara ialah

a)

membahaskan masalah rakyat

b)

meluluskan dasar kerajaan

c)

membahaskan ideologi parti-parti politik

d)

menyelaras pelaksanaan dasar kerajaan

21.

I. Proses kelulusan Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

II. Dipersetujui secara kolektif oleh Jemaah Menteri.

III. Kementerian merangka dasar Rang Undang-undang.


Susun perkara-perkara yang di atas mengikut ururtan yang betul dalam proses penggubalan undang-undang Malaysia.

a)

II, I, III

b)

I, III, II

c)

III, II, I

d)

II, I, III

22.

Undang-undang hanya boleh dikuatkuasakan setelah

a)

diluluskan oleh Majlis Parlimen

b)

diwartakan sebagai warta kerajaan

c)

ditandatangani oleh Ketua Hakim Negara

d)

diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong

23.

Pihak plaintif boleh meminta pihak defendan ke mahkamah dengan cara-cara memohon mahkamah mengeluarkan

a)

writ

b)

sapina

c)

injunksi

d)

waran tangkap

24.

Yang manakah kes yang didengar di Mahkamah Tinggi?

a)

Petisyen keputusan pilihan raya

b)

Rayuan sivil Mahkamah Syariah

c)

Tuntutan pekerja swasta terhadap majikan

d)

Pertikaian tentang syarat-syarat perkhidmatan

25.

Pihak yang manakah terlibat dalam pelantikan Hakim Mahkamah Tinggi?


I. Peguam Negara

II Perdana Menteri

III. Ketua Setiausaha Negara

IV. Yang di-Pertuan Agong

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

26.

Yang manakah kes-kes jenayah yang dibicarakan di Mahkamah Syariah?


I. Pengamalan ajaran sesat

II. Penjualan minuman keras

III. Pengambilan anak angkat

IV. Pembahagian harta pusaka

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

27.

Yang manakah benar tentang Ketua Hakim Negara?

a)

Pengerusi Mahkamah Persekutuan

b)

Penasihat undang-undang kerajaan

c)

Dipecat melalui cadangan Tribunal Khas

d)

Saraan ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong

28.

Yang manakah yang merujuk kepada Doktrin Duluan?

a)

Hakim Mahkamah Persekutuan berhak membuat prinsip kehakimannya sendiri

b)

Hakim Mahkamah Tinggi mematuhi arahan Ketua Hakim Negara dalam usaha membicarakan kes

c)

Hakim Mahkamah yang kanan lebih berkuasa daripada Hakim Mahkamah yang baru dilantik

d)

Hakim Mahkamah berhak membuat pilihan antara prinsip-prinsip undang-undang yang terkandung dalam keputusan mahkamah yang lebih tinggi

29.

Biro Bantuan Guaman boleh membantu kes yang melibatkan

a)

pembantu rumah warga Indonesia yang ditipu majikannya

b)

janda yang menuntut bayaran nafkah ke atas bekas suaminya

c)

pembeli rumah yang tidak puas hati dengan keadaan rumahnya

d)

remaja yang didakwa atas tuduhan menjadi samseng di jalan raya

30.

Penyimpan Mohor Besar Raja-raja boleh

a)

membatalkan panggilan mesyuarat Majlis Raja-raja

b)

menyimpan cap mohor Majlis Raja-raja

c)

memanggil mesyuarat Majlis Raja-raja

d)

mencatat minit mesyuarat Majlis Raja-raja

31.

Kes yang manakah boleh dirujuk kepada Mahkamah Perusahaan?

a)

Pegawai Polis yang dikenakan tindakan turun pangkat

b)

Pegawai tentera yang dikenakan tindakan oleh Mahkamah Tentera

c)

Kerani sekolah rendah kebangsaan dikenakan tindakan tatatertib

d)

Pembantu makmal sekolah menengah persendirian yang dibuang kerja

32.

Kuasa mentafsir perlembagaan dan undang-undang dilaksanakan oleh

a)

Mahkamah Persekutuan

b)

Majlis Parlimen

c)

Majlis Raja-raja

d)

Jemaah Menteri

33.

Yang manakah benar tentang ahli Suruhanjaya Pilihan Raya?

a)

Boleh terdiri daripada kalangan ahli Parlimen

b)

Boleh memegang jawatan berpendapatan tetap

c)

Saraan diperuntukan daripada Kumpulan Wang yang Disatukan

d)

Dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Perdana Menteri

34.

Yang manakah yang benar tentang pilihan raya di Malaysia?

a)

Keputusan rayuan petisyen pilihan raya adalah muktamad

b)

Isteri pelajar sepenuh masa di luar negara boleh mengundi secara pos

c)

Persempadanan kawasan pilihan raya dilakukan oleh Jawatankuasa Parlimen

d)

Seorang banduan yang sedang menjalani hukuman penjara menjalani hukuman penjara layak menjadi calon

35.

Yang manakah tidak layak untuk menjadi calon pilihan raya?

a)

Muflis belum yang telah dilepaskan

b)

Tidak mendaftar di kawasan bertanding

c)

Pernah hilang wang pertaruhan dalam pilihan raya yang lalu

d)

Menjalani hukuman penjara pada tarikh penamaan calon

36.

Suruhanjaya Pilihan Raya berkuasa

a)

menentukan calon yang bertanding dalam pilihan raya

b)

meluluskan persempadanan semula kawasan pilihan raya

c)

menjalankan urusan pendaftaran pemilih baru dan semakan daftar pemilih

d)

menentukan tarikh persidangan dewan perundangan selepas pilihan raya

37.

Yang manakah akan menyebabkan Encik X hilang kelayakannya sebagai seorang Ahli Dewan Rakyat?

a)

Mendapat taraf pemastautin tetap negara lain

b)

Menjalani hukuman penjara selama 1 tahun dan denda RM1000

c)

Menjalankan kegiatan perniagaan dan menjadi pemilik beberapa buah syarikat

d)

Tidak menghadiri persidangan Parliimen selama 6 bulan berturut-turut tanpa izin

38.

YB X akan gugur sebagai anggota ahli Dewan Rakyat apabila

a)

dihadapkan ke mahkamah

b)

diisytiharkan muflis dan tidak dilepaskan

c)

dijatuhi hukuman denda sebanyak RM1000

d)

dirujukkan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan

39.

Suruhanjaya Pilihan Raya berperanan

a)

mengawal keselamatan pemilih

b)

menetapkan parti yang memerintah

c)

menentukan calon yang bertanding

d)

membuat kajian persempadanan kawasan

40.

Perdana Menteri berperanan sebagai

a)

ketua whip di Parlimen

b)

ketua Jemaah Menteri

c)

penasihat perundangan kepada YDPA

d)

penasihat Majlis Keselamatan negara