NEW
Font size
Worksheetskoleksi soalan SPM
Total questions: 33
Worksheet time: 17mins
o Encik Bakar beramal dengan kitab yang bernama al-Tazkirah.
o Beliau percaya malaikat adalah pancaindera Allah.
Pernyataan di atas merujuk kepada ajaran ___________
A. Bahai
B. Syiah
C. Taslim
D. Qadiani
#Tidak percaya kepada Allah SWT
# Mengingkari ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhamad SAW.
Pernyataan di atas merujuk kepada _______________
A. mulhid
B. nifak
C. syirik
D. kufur
Pilih pernyataan yang benar mengenai ajaran Taslim
i menghapuskan jihad
ii solat 9 rakaat sahaja 3 kali sehari
iii beriktikad bahawa alam bersifat qadim
iv solat secara niat tanpa rukun qauli dan fi’li
A. i dan ii
B. ii dan iii
C. iii dan iv
D. i dan iv
Golongan penyokong Saidina Ali yang berjuang menentang Muawiyah bin Abi Sufian tetapi mereka tidak menerima Majlis Tahkim
Pernyataan di atas merujuk kepada ______________
A. Ahli Sunnah waljamaah
B. Khawarij
C. Taslim
D. Syiah
Antara yang berikut yang manakah bukan punca perbuatan membunuh diri?
A. Berputus asa dengan rahmat Allah
B. Tidak menyakini kehidupan hari akhirat
C. Kelemahan pelaksanaan undang-undang
D. Tidak sanggup menghadapi kegagalan hidup
Syiah Zaidiah beriktikad bahawa pelaku dosa besar _______________
A. berada di antara keimanan dan kekufuran
B. masih lagi mukmin tetapi fasiq
C. murtad yang asi
D. kafir
Hukuman ke atas penzina muhsan ialah __________________
A. 80 kali sebatan
B. 100 kali sebatan
C. disula hingga mati
D. direjam sehingga mati
· Tanda persetujuan pihak lelaki untuk mengambil
perempuan sebagai isteri.
· Pihak lelaki harus memberi hadiah kepada pihak
perempuan.
Pernyataan di atas merujuk kepada
A. mahar
B. merisik
C. meminang
D. mas kahwin
Mengerjakan ibadat haji dan umrah secara serentak.
Pernyataan di atas merujuk kepada haji __________________
A. Ifrad
B. Qiran
C. Mabrur
D. Tamattuk
“ Mengambil iktibar daripada peristiwa yang berlaku kepada Siti Hajar yang berusaha mencari air untuk anaknya Nabi Ismail as. Ketabahan dan kecekalan itu Allah jadikan sebagai salah satu syiarnya untuk iktibar buat selama-lamanya”.
Pernyataan di atas merujuk kepada hikmah rukun haji ibadat ____________
A. sa’ie
B. tawaf
C. wukuf
D. bercukur
Antara yang berikut yang manakah perkara sunat dalam ibadat haji?
.
A. Memperbanyakkan ucapan talbiah
B. Memulakan niat Sa’ie semasa mula di Safa
C. Mempercepatkan tempoh berada di Padang Arafah
D. Memakai pakaian yang bewarna putih dan hitam.
Antara yang berikut yang manakah bukan hikmah ibadat haji kepada masyarakat?
A. Mengadakan perbincangan mengenai permaslahatan ummah.
B. Membentuk pakatan bersama menghadapi musuh Islam.
C. Mengingati sejarah kecemerlangan tamadun Islam
D. Saling berkenalan sesama umat Islam
Semua yang berikut merupakan rukun nikah, kecuali
A. wali
B. imam
C. bakal isteri
D. bakal suami
Bidang kuasa Mal Mahkamah Syariah sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak Negeri merangkumi kes seperti ____________
A. minum arak
B. sumbang mahram
C. tidak solat jumaat
D. kesahtarafan anak
Berikut adalah faktor-faktor kegemilangan kerajaan Bani Abbasiah kecuali
i kestabilan politik
ii perpaduan antara kaum
iii sokongan padu daripada negara-negara jiran
iv kegemilangan pemerintahan Umar bin Abdul Aziz
A. i dan ii
B. ii dan iii
C. iii dan iv
D. i dan iv
o Penemuan penyakit baru dan punca
o Penemuan dalam bidang farmasi
o Membangunkan teknologi perubatan
Pernyataan di atas merujuk kepada _________________
A. Ibnu Sina
B. Ibnu Khaldun
C. Al-Khawarizmi
D. Al-Hassan bin al-Haitham
Pernyataan manakah yang tidak menerangkan tentang syarat hadis sahih yang ditetapkan oleh Imam al-Bukhari?
A. Perawi orang Islam
B. Perawi bersifat thiqah
C. Perawi mempunyai ingatan dan akal yang kuat
D. Sanadnya bersambung terus kepada sahabat Rasulullah SAW.
o Mendapat ganjaran Allah SWT
o Rezeki akan bertambah
X
Pernyataan di atas menerangkan kelebihan memberi hadiah dan sedekah.
Antara yang berikut yang manakah pernyataan yang tepat bagi X.
A. Hidup lebih selesa
B. Jiwa menjadi lebih tenang
C. Gejala sosial dapat dibendung
D. Disukai masyarakat sekeliling
# Ihsan
# Kerjasama
#Menjauhi perkara yang haram
Pernyataan di atas merujuk kepada adab _________________
A berniaga
B bermusafir
C memberi sedekah
D amar makruf nahi munkar
________________ ialah kesalahan yang dikenakan hukuman tertentu di dunia dan amaran azab di akhirat.
Dosa kecil
Dosa besar
Iman menurut bahasa bermaksud _________________ , mengakui dan membenarkan sesuatu tanpa mendustakannya
ikrar
iktiraf
o Rosli tidak taat kepada Allah dan rasulNya.
o Beliau telah melakukan perbuatan dosa besar berzina.
o Beliau juga sering melihat video lucah dan gambar-gambar aurat perempuan di laman sosial.
Mengikut istilah asas ilmu akidah, Rosli digelar _________________
mukmin
muslim
asi
Mengikut Syiah Imamiah, jawatan “Imam” umat Islam hanya layak disandang oleh __________________ .
ahlul bait
sahabat
Antara rukun gadaian ialah penggadai, pemegang gadai, __________________ , ijab & qabul serta bayaran.
barang yang digadai
surat gadai
Tindakan Encik Faizal menceraikan isterinya yang solehah tanpa sebarang sebab hukumnya adalah __________________.
makruh
sunat
Perhubungan suami isteri menjadi haram sehingga suami membayar
____________ zihar.
kafarat
rujuk
# Cara haji ini lebih afdhal serta tidak dikenakan dam.
#Jemaah haji mengambil masa yang panjang untuk mengerjakan haji
Pernyataan di atas merujuk kepada kebaikan mengerjakan haji secara ____________________.
haji qiran
haji ifrad
Al-Imam Ahmad bin Hanbal telah menghasilkan kitab _______________ yang mengandungi 40,000 hadis
al-musnad
al-tarikh
Kerajaan Abbasiah memberikan tumpuan kepada tiga sektor utama bagi menggiatkan ekonomi iaitu pertanian, perdagangan dan ____________________
perindustrian
perladangan
Memastikan pesakit bersih tubuh badan, pakaian dan tempat merupakan adab menjaga pesakit dari aspek __________________ .
fizikal
rohani
Orang Islam _______________ melaksanakan amar makruf dan nahi munkar mengikut kemampuan masing-masing
sunat
wajib
Perbuatan merosakkan atau memusnahkan kemudahan-kemudahan awam merupakan satu perbuatan ______________
berdosa
harus
Adab pemimpin terhadap rakyat ialah berlaku adil,menyediakan keperluan asas dan___________________
syariat islam ditegakkan
mengambil tindakan sesuka hati
