Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH EZY F5

Total questions: 61

Worksheet time: 45mins

Name
Class
Date
1.

(SPMU 2017 T5 B1)

Pada tahun 1932, Parti Rakyat telah melancarkan revolusi di Thailand. Apakah kesan revolusi tersebut?

a)

Dasar tutup pintu diperkuat

b)

Pemerintahan republik dilaksanakan

c)

Kuasa pembesar tempatan diperkukuh

d)

Sistem raja berkuasa mutlak tamat

2.

(SPMU 2016 T5 B1)

Apakah faktor yang membolehkan Thailand mengekalkan kemerdekaannya?

a)

Kekuatan tentera

b)

Perkongsian kuasa

c)

Kedudukan strategik

d)

Pemodenan pentadbiran

3.

(SPM 2015 T5 B1)

Antara yang berikut, yang manakah mencetuskan semangat nasionalisme di Asia Tenggara?

a)

Perang Rusia-Jepun

b)

Perang DIngin di Eropah

c)

Perjuangan golongan Luddite

d)

Perjuangan Parti Komunis Malaya

4.

(SPMU 2015 T5 B1)

Liga Antipemisahan adalah sebuah gerakan nasionalisme di Burma yang menentang tindakan British memisahkan pentadbiran India dengan Burma pada tahun 1920an.


Mengapakah Liga Antipemisahan menentang tindakan tersebut?

a)

Memperjuangkan kemerdekaan negara

b)

Menyekat perluasan fahaman komunis

c)

Melindungi kepentingan golongan petani

d)

Mempertahankan kedudukan golongan pelajar

5.

(SPM 2014 T5 B1)

British telah memperkenalkan sistem birokrasi Barat di Tanah Melayu. Mengapakah sistem tersebut ditentang oleh penduduk tempatan?

a)

Kegiatan ekonomi tradisional terjejas

b)

Pengaruh golongan agama merosot

c)

Pemimpin kehilangan kuasa

d)

Tanah peribumi dirampas

6.

(SPM 2012 T5 B1)

Mengapakah negara-negara Barat memberikan tumpuan kepada negara China pada abad ke-19?

a)

Bahan mentah banyak

b)

Tenaga mahir ramai

c)

Tanah subur

d)

Pasaran luas

7.

(SPM 2011 T5 B1)

Maklumat ini berkaitan dengan pertubuhan X.

Ditubuhkan pada tahun 1906

Menggunakan isi kasut


Apakah nama pertubuhan X?

a)

LIga Antipemisahan

b)

Persatuan Belia Buddha

c)

Liga Pembebasan AntiFasis

d)

Parti Dobama Asiayone

8.

(SPM 2017 T5 B2)

Revolusi Perindustrian yang berlaku di Eropah telah mendorong British menguasai ekonomi Tanah Melayu.


Bagaimanakah British bertindak untuk menguasai ekonomi Tanah Melayu?

a)

Meningkatkan cukai eksport

b)

Menyediakan peluang pekerjaan

c)

Menyalurkan bantuan kewangan

d)

Memeterai pelbagai perjanjian

9.

(SPM 2017 T5 B2)

Apakah sumbangan Muhammad Eunos Abdullah kepada orang Melayu Singapura?

a)

Membina pusat pendidikan

b)

Membuka kawasan pertanian

c)

Menubuhkan pasukan keselamatan

d)

Memperoleh petempatan khas

10.

(SPM 2016 T5 B2)

Penghulu Dol Said telah melakukan penentangan terhadap British di Naning antara tahun 1831 hingga tahun 1833.


Mengapakah beliau menentang British?

a)

Pembinaan balai polis

b)

Pencabulan adat tradisi

c)

Pembayaran ufti tahunan

d)

Pengenalan peraturan tanah

11.

(SPM 2015 T5 B2)

Senarai berikut merupakan tokoh luar negara yang mempengaruhi Gerakan Islah di Tanah Melayu pada awal abad ke-20.

Syeikh Muhammad Abduh

Sayyid Jamaluddin al-Afgani

Apakah bukti yang menunjukkan mereka berpengaruh?

a)

Kekukuhan perpaduan pelbagai kaum

b)

Kemunculan semangat kebangsaan

c)

Peluasan penggunaan tulisan jawi

d)

Perkembangan kegiatan kesenian

12.

(SPMU 2017 T5 B2)

Pada awal abad ke-20, gerakan nasionalisme di Indonesia mempengaruhi gerakan nasionalisme di Tanah Melayu.


Mengapakah keadaan tersebut berlaku?

I. Pengaruh komunis

II. Bantuan ketenteraan

III. Pengaruh hasil karya

IV. Kedudukan geografi

a)

I & II

b)

I & IV

c)

II & III

d)

III & IV

13.

(SPM 2015 T5 B2)

Apakah tindakan J.W.W Birch yang menyebabkan orang Melayu bangkit menentang British di Pasir Salak, Perak?

a)

Larangan mengutip hasil hutan

b)

Menghalang kemasukan imigran

c)

Campur tangan dalam pentadbiran

d)

Mengambil alih aktiviti perlombongan

14.

(SPMU 2017 T5 B3)

Itali dan Jerman adalah dua buah negara bangsa moden di Eropah pada abad ke-19.

Apakah kaedah yang digunakan untuk memajukan negara tersebut?

a)

Realpolitik

b)

Perjanjian

c)

Perundingan damai

d)

Kuat kuasa undang-undang

15.

(SPM 2010 T5 B2)

Pada awal abad ke-20, kegiatan berpersatuan di Sabah tidak menonjol. Mengapakah keadaan tersebut berlaku?

a)

Halangan daripada pemerintah

b)

Kelemahan sistem perhubungan

c)

Menghadapi masalah kewangan

d)

Perbezaan taraf hidup antara etnik

16.

(SPM 2010 T5 B2)

Akhbar berikut digunakan oleh Kaum Muda sebagai wadah perjuangan mereka di Tanah Melayu pada tahun 1930-an.

Al-Imam

Neracha

Saudara


Apakah isu yang dimuatkan oleh akhbar tersebut?

a)

Peranan golongan pembesar

b)

Mengkritik kelemahan raja

c)

Penghapusan amalan perhambaan

d)

Menggalakkan pendidikan Inggeris

17.

(SPM 2006 T5 B2)

Pengasuh, 1918

Majalah Guru, 1924

Bulan Melayu, 1930

Mengapakah majalah di atas penting ketika itu?

a)

Menghayati ajaran agama

b)

Menghargai warisan bangsa

c)

Meningkatkan kemajuan bangsa

d)

Menggalakkan budaya membaca

18.

(SPM 2017 T5 B3)

Berikut berkaitan dengan revolusi yang berlaku di Eropah pada abad ke-17.


Revolusi Inggeris 1688

Revolusi Perancis 1789


Apakah kesan revolusi tersebut terhadap Eropah?

a)

Sistem sosialis tamat

b)

Ideologi komunis meluas

c)

Kuasa rakyat bawahan terjejas

d)

Negara berasaskan bangsa dibentuk

19.

(SPM 2016 T5 B3)

Berikut adalah ciri-ciri sesuatu bangsa.

Persamaan adat resam

Persamaan bidang kesenian

X


Apakah X?

a)

Persamaan pandangan dunia

b)

Persamaan bahasa pertuturan

c)

Persamaan sistem kepercayaan

d)

Persamaan dasar pemerintahan

20.

(SPM 2016 T5 B3)

Deklarasi 14 Perkara Woodrow Wilson


Apakah perkara yang dicadangkan dalam deklarasi tersebut?

a)

Pemulihan sistem monarki

b)

Pengharaman amalan realpolitik

c)

Penyatuan rakyat melalui agama

d)

Penetapan sempadan negara berasaskan bangsa

21.

(SPMU 2016 T5 B3)

Apakah kepentingan sistem Pembesar Empat Lipatan dalam pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Memastikan adat istiadat dipatuhi

b)

Memastikan sistem warisan terpelihara

c)

Menjamin keutuhan sistem pemerintahan beraja

d)

Mempertahan sistem perundangan tempatan

22.

(SPM 2014 T5 B3)

Apakah peranan Lembaga dalam sistem pentadbiran Adat Perpatih di Negeri Sembilan?

a)

Memilih Undang

b)

Menjadi ketua agama

c)

Menjaga alat kebesaran

d)

Menggubal dasar negara

23.

(SPM 2017 T5 B4)

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani pada tahun 1948.


Apakah kesan peristiwa tersebut terhadap perjuangan orang Melayu?

a)

Berkuasa mengawal pentadbiran

b)

Parti-parti politik digabungkan

c)

Syarat kerakyatan dipermudah

d)

Hak istimewa dilindungi

24.

(SPMU 2017 T5 B4)

Pertubuhan berikut wujud di Sabah pada tahun 1940an.

Persatuan Melayu Jesselton

Persatuan Kebangsaan Melayu Labuan


Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan pertubuhan tersebut?


I. Bersifat sederhana

II. Fokus kepada sosioekonomi

III. Berjuang untuk kemerdekaan

IV. Menerima bantuan dana asing

a)

I & II

b)

I & IV

c)

II & III

d)

III & IV

25.

(SPMU 2016 T5 B4)

Piagam Atlantik 1945 yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tidak menggalakkan penjajahan bentuk baru.


Apakah tindakan British di Tanah Melayu yang bersesuaian dengan piagam tersebut?

a)

Menamatkan Malayan Union

b)

Memperkukuh sistem pertahanan

c)

Mengawal kedatangan kaum imigran

d)

Mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu

26.

(SPMU 2016 T5 B4)

Pada 8 Februari 1946, Vyner Brooke mengisytiharkan penyerahan Sarawak kepada British.


Mengapakah penyerahan tersebut mendapat bantahan penduduk tempatan?

a)

Sistem beraja tergugat

b)

Sempadan wilayah berubah

c)

Negeri menjadi tanah jajahan

d)

Kegiatan perdagangan terjejas

27.

(SPM 2015 T5 B4)

Pertubuhan berikut menyokong pembentukan Malayan Union 1946.

Angkatan Wanita Sedar (AWAS)

Angkatan Pemuda Insaf (API)

Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)


Mengapakah pertubuhan tersebut bertindak demikian?

a)

Mengekalkan sistem beraja

b)

Melicinkan sistem pentadbiran

c)

Mempertahankan hak penduduk tempatan

d)

Mengukuhkan pemerintahan tradisional

28.

(SPMU 2015 T5 B4)

Kerakyatan Jus Soli

-Kelayakan menjadi rakyat Malayan Union kepada sesiapa sahaja yang lahir di Tanah Melayu dan Singapura.


Bagaimanakah isu tersebut berjaya diselesaikan?

a)

Kesamarataan agihan ekonomi

b)

Pelaksanaan perkongsian kuasa

c)

Mengehadkan kemasukan imigran

d)

Mengiktiraf hak istimewa orang Melayu

29.

(SPM 2011 T5 B4)

Mengapakah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) ditubuhkan pada tahun 1946?

a)

Mengeratkan perpaduan antara kaum

b)

Menentang pelaksanaan Malayan Union

c)

Memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu

d)

Mengimbangi kemajuan ekonomi antara rakyat

30.

(SPM 2017 T5 B5)

Sistem Ahli diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu pada tahun 1951. Sejauh manakah sistem tersebut menepati matlamat British untuk mematuhi proses dekolonisasi?

a)

Kabinet bayangan bebas daripada kerajaan pusat

b)

Pemimpin tempatan merangka dasar kerajaan

c)

Pengiktirafan terhadap pemerintahan beraja

d)

Penduduk tempatan diberikan peluang mentadbir

31.

(SPMU 2016 T5 B5)

Maklumat berikut adalah usaha untuk menyatukan kaum di Tanah Melayu.

Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC)

Pembukaan keahlian UMNO kepada orang bukan Melayu


Mengapakah usaha tersebut penting?

a)

Merangka perlembagaan Persekutuan

b)

Mempercepat kemerdekaan negara

c)

Menetapkan syarat kerakyatan

d)

Memantapkan Sistem Ahli

32.

(SPM 2015 T5 B5)

Apakah keputusan yang dicapai dalam Rundingan London pada tahun 1956?

a)

Pembentukan Jawatankuasa Antara Kaum

b)

Kelonggaran syarat mendapatkan kerakyatan

c)

Penubuhan suruhanjaya bebas mengkaji perlembagaan

d)

Pelaksanaan pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan

33.

(SPM 2013 T5 B5)

Pada bulan Februari 1952, UMNO Kuala Lumpur dan MCA telah menjalin kerjasama dalam bidang politik.


Apakah kesan kerjasama tersebut terhadap UMNO dan MCA?

a)

Ditentang hebat oleh Parti Kemerdekaan Malaya

b)

Mendapat bantuan kewangan daripada British

c)

Gagal mendapat sokongan semua kaum

d)

Menang dalam pilihan raya majlis perbandaran

34.

(SPM 2014 T5 B5)

Apakah yang dilaksanakan oleh pemimpian Tanah Melayu pada tahun 1950an untuk merealisasikan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu?

a)

Memperkukuh perpaduan kaum

b)

Mengadakan pungutan suara

c)

Mendapatkan sokongan luar

d)

Berunding dengan komunis

35.

(SPM 2015 T5 B5)

Konvensyen Kebangsaan dianjurkan oleh Tunku Abdul Rahman pada tahun 1953. Apakah hasil konvensyen tersebut?

a)

Pelaksanaan pilihan raya Majlis Perbandaran

b)

Penubuhan Parti Kemerdekaan Malaya

c)

Pelantikan Jawatankuasa Pilihan Raya

d)

Pembentukan Parti Perikatan

36.

(SPM 2017 T5 B6)

Mengapakah penduduk Sarawak dan Sabah menolak cadangan pembentukan Malaysia pada peringkat awal?

a)

Menghormati keputusan pemerintah tempatan

b)

Mempertahan kepentingan pembesar setempat

c)

Mengelakkan ancaman tentera Filipina

d)

Mengekalkan pentadbiran British

37.

(SPM 2016 T5 B6)

A.M. Azahari - Melancarkan Pemberontakan Brunei 1962


Mengapakah tokoh tersebut bertindak sedemikian?

a)

Menghalang penjajahan Barat

b)

Mempertahan hak pemerintah

c)

Menentang gagasan Malaysia

d)

Menuntut kemerdekaan

38.

(SPM 2016 T5 B6)

Pembentukan Malaysia telah ditentang oleh Indonesia kerana menganggap Malaysia sebagai satu bentuk penjajahan baharu.


Siapakah dalang di sebalik anggapan tersebut?

a)

Parti Komunis

b)

Orientalis Barat

c)

Golongan agama

d)

Penjajah Belanda

39.

(SPM 2015 T5 B6)

Mengapakah parti politik berikut menentang penyertaan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia pada peringkat awal?

Sarawak Chinese Association

Parti Pesaka Anak Sarawak

a)

Bimbang ancaman komunis

b)

Tekanan daripada Indonesia

c)

Ingin merdeka terlebih dahulu

d)

Menyokong Persekutuan Borneo

40.

(SPM 2014 T5 B6)

Mengapakah Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) bimbang penyertaan Sarawak dalam Malaysia?

a)

Kerajaan British menentang

b)

Ancaman komunis meningkat

c)

Tanah Melayu terlalu berkuasa

d)

Serangan tentera Kalimantan Utara

41.

(SPM 2012 T5 B6)

Apakah peranan Suruhanjaya Cobbold dalam menjayakan pembentukan Malaysia?

a)

Memujuk Singapura menyertai Persekutuan

b)

Menggalakkan penubuhan Parti Perikatan

c)

Melaksanakan sistem Birokrasi Barat

d)

Meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak

42.

(SPM 2010 T5 B6)

Pada bulan April 1961, Parti Barisan Sosialis telah memenangi pilihan raya Hong Lim, Singapura.


Mengapakah kemenangan parti tersebut membimbangkan Lee Kuan Yew?

a)

Kuasa British kukuh

b)

Proses kemerdekaan tergugat

c)

Kemajuan ekonomi tergendala

d)

Perpaduan kaum terjejas

43.

(SPM 2017 T5 B7)


Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA)

Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA)

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)


Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan badan berkanun tersebut?

I. Memiliki kuasa autonomi dalam bidang tertentu

II. Mempunyai peruntukan kewangan sendiri

III. Diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara

IV. Memiliki bilik gerakan di setiap negeri

a)

I & II

b)

I & IV

c)

II & III

d)

III & IV

44.

(SPM 2016 T5 B7)

Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan hak YDPA berdasarkan sistem Raja Berperlembagaan?


I. Bertindak atas nasihat Perdana Menteri

II. Boleh menggunakan kuasa budi bicara

III. Berkuasa penuh dalam hal kewangan negara

IV. Berhak membatalkan sesuatu undang-undang

a)

I & II

b)

I & IV

c)

II & III

d)

III & IV

45.

(SPMU 2016 T5 B7)

Apakah bidang kuasa Badan Kehakiman dalam Perlembagaan Persekutuan?


I. Melantik Jemaah Menteri

II. Menentukan kesahihan undang-undang

III. Membatalkan akta yang bercanggah dengan perlembagaan

IV. Menentukan bidang kuasa YDPA

a)

I & II

b)

I & IV

c)

II & III

d)

III & IV

46.

(SPM 2015 T5 B7)

Bagaimanakah Suruhanjaya Pilihan Raya bertindak memastikan pilihan raya di Malaysia adil dan telus?

a)

Menyediakan jadual awal berkempen bagi calon

b)

Menetapkan manifesto parti politik yang bertanding

c)

Membenarkan pengundi berdaftar sahaja layak mengundi

d)

Melarang pemerhati dari luar negara memantau pengundian

47.

(SPM 2014 T5 B7)

Seorang pegawai tinggi angkatan tentera telah dijatuhi hukuman. Siapakah yang berkuasa memberikan pengampunan kepada pegawai tersebut?

a)

Perdana Menteri

b)

Menteri Pertahanan

c)

Mahkmah Persekutuan

d)

Yang di-Pertuan Agong

48.

(SPMU 2014 T5 B7)

Mengapakah jata tersebut penting kepada negara dan bangsa Malaysia?


I. Memperkukuh perpaduan rakyat

II. Melahirkan rakyat bersemangat waja

III. Mempertahan semangat kenegerian

IV. Melambangkan kemajuan ekonomi

a)

I & II

b)

I & IV

c)

II & III

d)

III & IV

49.

(SPM 2012 T5 B7)

Rakyat Malaysia mesti berbangga dengan Jalur Gemilang kerana ia adalah lambang

a)

Keagungan

b)

Kegigihan

c)

Kemajuan

d)

Kedaulatan

50.

(SPM 2017 T5 B8)

Rancangan Malaya Pertama


Mengapakah rancangan tersebut gagal dicapai?

a)

Bahan mentah terhad

b)

Ancaman komunis

c)

Kelemahan pentadbiran

d)

Kekurangan kemudahan asas

51.

(SPM 2015 T5 B8)

Sistem persekolahan aneka jurusan telah diperkenalkan pada tahun 1965. Mengapakah sistem persekolahan tersebut diperkenalkan?

a)

Melahirkan tenaga kerja mahir

b)

Mengurangkan sekolah vernakular

c)

Memendekkan tempoh pembelajaran

d)

Menempatkan murid kelainan upaya

52.

(SPMU 2016 T5 B8)

Ordinan Pelajaran 1952 diperkenalkan untuk menyatukan penduduk di Tanah Melayu.


Berdasarkan ordinan tersebut, bagaimanakah perpaduan dapat dicapai?

a)

Menjadikan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar

b)

Mewajibkan pelajaran agama dan akhlak di peringkat sekolah menengah

c)

Memberikan pendidikan percuma kepada semua murid sekolah rendah

d)

Memperkenalkan kursus aliran kemahiran di sekolah bantuan kerajaan

53.

(SPM 2014 T5 B8)

Melalui Dasar Pertanian Negara, kerajaan telah memperkenalkan program pembangunan in-situ.


Apakah tujuan program tersebut dilaksanakan?

a)

Memulihkan kawasan berproduktiviti rendah

b)

Menggalakkan kemasukan pelabur asing

c)

Mengawal kemasukan buruh luar

d)

Menyusun semula masyarakat

54.

(SPM 2005 T5 B8)

Antara berikut, yang manakah syor Laporan Rahman Talib 1960?


I. Aliran vokasional diperkenalkan

II. Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sekolah menengah

III. Sekolah kebangsaan menggantikan sekolah umum

IV. Sistem persekolahan bercorak integrasi

a)

I & II

b)

I & IV

c)

II & III

d)

III & IV

55.

(SPM 2006 T5 B8)

Cabaran Ke-8 Wawasan 2020 - Menjamin masyarakat yang adil dan saksama ekonominya


Apakah langkah yang perlu diambil bagi menghadapi cabaran di atas?

a)

Kekayaan negara dikongsi

b)

Pelaburan asing ditingkatkan

c)

Peluang pekerjaan ditambah

d)

Budaya cemerlang diamalkan

56.

(SPM 2017 T5 B9)

Jepun menyerang tanah jajahan kuasa Barat di Asia dalam Perang Dunia Kedua. Apakah tindakan kuasa Barat untuk menghalang kemaraan Jepun?

a)

Membentuk pertubuhan serantau

b)

Mengisytiharkan ZOPFAN

c)

Menaja kegiatan subversif

d)

Melakukan serangan bom atom

57.

(SPMU 2017 T5 B9)

Apakah faktor yang menyebabkan Perang Dunia Pertama 1914?

a)

Perancis bersekutu dengan Rusia

b)

WIlayah Jerman diceroboh

c)

Bakal raja Austria dibunuh

d)

Pearl Harbour diserang

58.

(SPM 2016 T5 B9)

Pada tahun 1970an, Malaysia telah mengubah dasar luar daripada pro Barat kepada dasar berkecuali?


Mengapakah perubahan tersebut berlaku?

a)

Kejatuhan harga komoditi

b)

Kemerosotan pengaruh Britain

c)

Desakan daripada pedagang asing

d)

Mematuhi arahan kuasa besar dunia

59.

(SPMU 2014 T5 B9)

Pada tahun 1929, Jerman mengalami masalah kemelesetan ekonomi akibat kegagalan Amerika Syarikat menyediakan pinjaman.


Apakah tindakan kerajaan Jerman untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada masalah tersebut?

a)

Mendapatkan pinjaman luar

b)

Mewujudka kerjasama serantau

c)

Memperkuat bidang ketenteraan

d)

Melaksanakan pilihan raya

60.

(SPM 2011 T5 B9)

Bagaimanakah Malaysia membantu untuk mengurangkan penderitaan rakyat Palestin akibat kekejaman tentera Israel?

a)

Menghantar bantuan ketenteraan

b)

Menganjurkan persidangan antarabangsa

c)

Meningkatkan kerjasama kebudayaan

d)

Menambahkan pelaburan pelbagai sektor

61.

SOALAN KBAT

Individu manakah paling kacak, tampan dan ala-ala The Rock dalam kerajaan Malaysia kini?

a)

CIKGU HAFIZI

b)

DEKWAN :(

c)

HASBI :(

d)

KHAMRAAM :(