wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENGAJIAN AM (S1)

Total questions: 20

Worksheet time: 14mins

Name
Class
Date
1.

Tujuan pembentukan Malaysia adalah untuk

a)

mengimbangi penduduk

b)

memerdekakan negara Asia Tengah

c)

menjaga keamanan negara serantau

d)

meningkatkan kemajuan ekonomi getah

2.

Yang manakah ciri asas sesebuah negara?

a)

Diterajui oleh parti politik tertentu

b)

Ditadbir secara demokrasi berparlimen

c)

Diperintah oleh kerajaan yang berdaulat

d)

Diperkukuh oleh sistem ekonomi yang baik

3.

Yang manakah berkaitan dengan penubuhan Suruhanjaya Cobbold?

I. Mempercepat kemerdekaan Singapura

II. Meninjau pandangan penduduk Sabah dan Sarawak

III. Memberi kebebasan dan keadilan kepada semua pihak

IV. Merangka perlembagaan untuk mengekalkan kemerdekaan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

4.

Yang manakah menunjukkan Malaysia ialah sebuah negara berdaulat?

I. Sistem pentadbiran yang telus

II. Bebas daripada konkongan kuasa asing

III. Identiti negara berasaskan pengamalan Rukun Negara

IV. Pentadbiran negara yang cekap dan berkarisma

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

5.

Yang manakah ciri konsep asas sebuah negara?

I. Raja yang berdaulat

II. Penduduk yang tetap

III. Sistem ekonomi yang kukuh

IV. Sistem kerajaan yang teratur

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

6.

Dasar sesebuah negeri di Malaysia Barat diluluskan oleh

a)

Dewan Undangan Negeri

b)

Jawatankuasa Tindakan Negeri

c)

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri

d)

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri

7.

“Wujudnya penduduk tetap”

Pernyataan di atas merujuk kepada

a)

Konsep negara

b)

Kedaulatan sesebuah negara

c)

Pembinaan sesebuah negara

d)

Pembangunan sesebuah negara

8.

Mengapakah permuafakatan politik penting dalam pembangunan negara?

a)

Membolehkan setiap kaum memegan jawatan tinggi

b)

Membolehkan masalah kaum diselesaikan secara musyawarah

c)

Membolehkan semua kaum bersatu dalam kegiatan satu parti politik

d)

Membolehkan setiap kaum melaksanakan kewajipan masing-masing

9.

Yang manakah merupakan tujuan penubuhan Malaysia?

I. Keselamatan

II. Kemajuan ekonomi

III. Pembangunan politik

IV. Mengeratkan perhubungan luar negara

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

10.

Negara manakah yang menentang penubuhan Malaysia?

a)

Kemboja dan Brunei

b)

Indonesia dan Filipina

c)

Filipina dan Singapura

d)

Indonesia dan Myanmar

11.

Yang manakah yang benar tentang kuasa Yang di-Pertuan Agong?

I. Kuasa pemerintahan bagi Persekutuan

II. Kuasa mengisytiharkan darurat jika negara terancam

III. Kuasa pengampunan di Mahkamah Syariah untuk negeri-negeri di Semenanjung Malaysia

IV. Kuasa budi bicara dalam menganugerahkan pingat dan pangkat kepada pembesar negara

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

12.

Yang manakah berkaitan dengan pindaan Perlembagaan?

I. Mendapatkan suara majoriti dalam Parlimen

II. Mendapatkan kelulusan dari Kerajaan Negeri

III. Mendapatkan persetujuan 2/3 ahli Majlis Parlimen

IV. Mendapatkan persetujuan selepas berbincang dengan agensi pusat

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

13.

Yang manakah berkaitan dengan kebebasan asasi?

a)

Mencuri

b)

Menjadi hamba abdi

c)

Setiap orang mempunyai kesamarataan

d)

Menyelesaikan tugas atas arahan majikan

14.

Yang berikut merupakan jawatan-jawatan yang boleh disandang oleh seseorang Menteri Besar tanpa menjejaskan jawatannya, kecuali

I. Ahli Kabinet

II. Ahli Suruhanjaya

III. Ahli Dewan Negara

IV. Ahli Jemaah Pengampunan

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

15.

Yang manakah yang benar tentang Dewan Rakyat?

a)

Ketua Setiausaha Negara merupakan Setiausaha Dewan Rakyat

b)

Ahli Dewan Rakyat boleh mewakili dua buah kawasan Dewan Rakyat

c)

Yang Dipertua Dewan Rakyat mesti dipilih dalam kalangan ahli Dewan Rakyat

d)

Rang Undang-undang Perbekalan dikemukakan dan dimulakan di Dewan Rakyat

16.

Yang berikut merupakan komponen dalam Dewan Undangan Negeri, kecuali

I. Menteri Besar

II. Yang Dipertua Negeri

III. Yang di-Pertuan Agong

IV. Ahli Dewan Undangan Negeri

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

17.

Antara yang berikut, yang manakah terkandung dalam Perlembagaan Negeri?

I. Hak memperoleh kewarganegaraan

II. Hak pembahagian beban kewangan

III. Bidang kuasa yang Dipertua Negeri

IV. Fungsi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

18.

Yang manakah benar mengenai Dewan Undangan Negeri?

I. Berfungsi menolak usul Dewan Rakyat

II. Berfungsi menjaga Perlembagaan negeri

III. Berfungsi memilih masa bersidang Parlimen

IV. Berfungsi seperti Dewan Rakyat dan Dewan Negara

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

19.

Yang manakah yang benar tentang anggota Suruhanjaya PIlihan Raya?

a)

Lantikannya oleh Perdana Menteri

b)

Saraannya di bawah peruntukan Parlimen

c)

Pemecatannya dibuat oleh Jemaah Menteri

d)

Terma jawatannya ditentukan oleh Ketua Setiausaha Negara

20.
  • Sun Yat Ming dilahirkan di Taiwan pada 1 September 1957.
  • Bapa dan emaknya adalah warganegara Persekutuan.

Pernyataan di atas merujuk kepada perolehan warganegara secara

a)

Naturalisasi

b)

Pendaftaran

c)

Undang-undang

d)

Percantuman wilayah