NEW
Font size
WorksheetsSemester 3 STPM - Wacana
Total questions: 20
Worksheet time: 20mins
Yang manakah ayat yang mempunyai penanda rujukan?
Ayam itu sudah tua. Ayam itu mati beberapa hari kemudian.
Kamu perlu berfikiran terbuka. Amalan ini dapat memudahkan penyelesaian masalah.
Pengetua mengucapkan tahniah kepada pelajar yang cemerlang. Beliau sungguh gembira.
Penyanyi itu pendiam orangnya. Namun begitu, penyanyi itu suka memberikan pertolongan
Yang manakah keadaan wacana yang utuh?
I Hujah yang tepat
II Jalinan idea yang bertautan
III Penggunaan bahasa yang berkesan
IV Hubungan yang erat antara unsur-unsur tatabahasanya
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Yang manakah mengandungi penanda penggantian?
Budak itu memang begitu. Budak itu enggan mendengar sebarang nasihat.
Banglo pemberian ayahnya tidak sesuai untuknya. Dia mahu mencari kediaman lain.
Kawan-kawannya selalu mengambil berat tentangnya. Mereka memang kawan yang baik.
Kami dilahirkan di daerah yang sama. Pernah juga tinggal bersama ketika menuntut di universiti dahulu.
Yang berikut ialah kohesi nahuan, kecuali
I penanda rujukan
II penanda elipsis
III pengulangan
IV kolokasi
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Semua peserta pertandingan itu dipakaikan pakaian berwarna-warni. Pakaian tersebut cantik sekali.
Perkataan yang berhuruf condong dalam wacana di atas merupakan penanda
elipsis
rujukan
leksikal
penggantian
Penjawat awam itu terlibat dalam kes pecah amanah. Diadijatuhi hukuman penjara selama tujuh tahun.
Wacana di atas menunjukkan hubungan semantik dari segi
sebab dan hasil
syarat dan hasil
sebab dan akibat
latar dan kesimpulan
Yang manakah ayat yang memperlihatkan hubungan tujuan dan sebab dalam sesebuah wacana?
Rumah yang besar itu menarik sekali. Rupa-rupanya rumah pensyarah kami.
Dia terlalu letih selepas bermain sepanjang petang. Dia tertidur awal malam ini.
Derma itu dikutip untuk membantu keluarga miskin. Amalan ini dituntut oleh setiap agama.
Encik Yong sangat gigih berniaga. Pendapatan bulanannya melebihi gaji pegawai tinggi.
_____X______ dia berasa kurang selesa, dia tetap meneruskan tugasnya itu dengan penuh tanggungjawab.
Yang manakah penanda wacana yang TIDAK sesuai untuk mengisi ruang kosong yang bertanda X dalam ayat di atas?
Biarpun
Meskipun
Walaupun
Begitupun
Yang manakah penanda wacana yang membawa fungsi tambahan?
I Iaitu
II Malahan
III Selanjutnya
IV Sesuai dengan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Wacana yang manakah menunjukkan hubungan semantik syarat dan hasil?
Usaha mereka sangat gigih. Kejayaan yang diperoleh sungguh cemerlang.
Penduduk di situ saling membantu dalam segala urusan. Kehidupan mereka aman tenteram.
Semua anaknya dapat melanjutkan pengajian di universiti awam. Dia sangat mengambil berat tentang pelajaran dan keperluan anak-anak.
Awak patut menjadikan kejayaan abang-abang awak sebagai motivasi. Dengan cara itu awak juga akan memperoleh pencapaian seperti mereka.
Wacana bermaksud
unit bahasa yang melangkaui batas ayat
bahasa dalam konteks hubungan sosial
penggunaan bahasa dalam situasi yang betul
bahasa yang berfungsi untuk melahirkan fikiran
Pelajar harus gigih belajar. Kegigihan pelajar menentukan kecemerlangan akademik diri sendiri.
Wacana di atas mempunyai hubungan semantik dari segi
kesimpulan dan syarat
kesimpulan dan latar
sebab dan tujuan
syarat dan hasil
I - Perkaitan - Sehubungan dengan ini; dalam hal ini
II - Pertentangan - Namun begitu; akan tetapi
III - Tambahan - Dengan kata lain; selain itu
IV - Harapan - Semoga; lain halnya
Yang manakah padanan yang betul antara fungsi penanda wacana dengan contohnya?
I dan II
I dan III
II dan III
III dan IV
Tautan dalam sesebuah wacana tergambar melalui aspek yang berikut, kecuali
runtutan fikiran
penanda kohesi
jalinan kata, frasa atau ayat
jeeratan hubungan antara unsur linguistik
Kohesi nahuan terdiri daripada yang berikut, kecuali
elipsis
rujukan
penghubung
pengulangan
Yang manakah BUKAN ciri wacana?
mempunyai tujuan
maklumatnya bertentangan
mempunyai susunan yang berurutan
wujudnya hubungan penutur dengan pendengar
- Mengulang kata yang maknanya sama
- Mengulang kata yang berhiponim
- Perkataan yang saling berkait
Ciri di atas adalah mengenai
penanda elipsis
penanda leksikal
penanda rujukan
penanda penghubung
Penanda wacana yang menerangkan punca sesuatu perkara dipanggil
penghubung tempoh
penghubung musabab
penghubung tambahan
penghubung kesimpulan
Yang manakah berkaitan dengan kohesi?
Kesinambungan buah fikiran
Keserasian hubungan ketatabahasaan
Kekemasan isi dan susunan yang teratur
Makna yang jelas atau tidak mengelirukan
Yang manakah terdiri daripada wacana?
Judul sebuah lagu
Satu frasa kerja transitif
Sebuah novel berunsur sejarah
Beberapa patah perkataan dalam binaan satu ayat
