wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ANTOLOGI PROSA TRADISIONAL - BAHAGIA SESUDAH DERITA (3 Z)

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Apakah tema yang PALING TEPAT dalam prosa Bahagia Sesudah Derita ini?

a)

Keseksaan sepasang suami isteri yang hidup dalam kemiskinan di negeri Antara Beranta.

b)

Ketabahan sepasang suami isteri yang hidup dalam kemewahan di negeri Antara Beranta.

c)

Ketabahan sepasang suami isteri yang hidup dalam kemiskinan di negeri Antara Beranta.

d)

Kesedihan sepasang suami isteri yang hidup dalam kemiskinan di negeri Antara Beranta.

2.

Berikut merupakan persoalan yang terdapat dalam prosa tradisional ini KECUALI

a)

Kecekalan hati dalam menghadapi cabaran.

b)

Sikap memandang hina terhadap orang miskin.

c)

Kasih sayang seorang suami terhadap isterinya.

d)

Kemakmuran sesebuah negara yang ditadbir oleh sultan yang adil dan saksama.

3.

Berikut merupakan watak-watak yang terdapat dalam prosa tradisonal ini KECUALI

a)

Maharaja Indera Dewa

b)

Betara Karma Jaya

c)

Bentara Angkasa Indera Dewa

d)

Maharaja Indera Kayangan

4.

Berikut merupakan latar tempat dalam cerita prosa tradisional ini KECUALI

a)

Negeri Anta Beranta

b)

Tempat pembuangan sampah

c)

Taman Maharaja Indera Dewa

d)

Tebing sungai

5.

Berikut merupakan latar masa dalam cerita ini KECUALI

a)

33 hari kemudian.

b)

Tiga hari kemudian.

c)

Tiga bulan.

d)

Malam 14 hari bulan.

6.

Berikut merupakan latar masyarakat dalam cerita ini KECUALI

a)

Masyarakat yang memandang hina terhadap orang miskin.

b)

Masyarakat yang dahagakan kasih sayang daripada seseorang.

c)

Masyarakat yang mengamalkan sikap kasih sayang.

d)

Masyarakat yang memiliki sifat belas kasihan.

7.

Manakah antara berikut merupakan gaya bahasa yang BETUL.

a)

Penggunaan bahasa Arab : Allah subhanahu wataala.

b)

Sinkope : rupa kainnya carik-carik berjura-jurai seperti ubur-ubur rupanya.

c)

Penggunaan bahasa klasik : adapun, cetera, hatta

d)

Penggunaan bahasa Istana : baginda, kakanda, titah.

8.

Berikut merupaka nilai-nilai baik yang terdapat dalam prosa tradisional ini KECUALI.

a)

Hemah tinggi

b)

Kasih sayang

c)

Kegigihan

d)

Belas kasihan

9.

Berikut merupakan pengajaran dalam prosa tradisional Bahagia Sesudah Derita ini KECUALI

a)

Kita mestilah sayang akan isteri dan anak-anak serta menjaga mereka dengan sebaiknya.

b)

Kita perlulah berusaha dengan gigih untuk mendapatkan sesuatu perkara atau keinginan.

c)

Kita haruslah insaf akan kesalahan yang telah dilakukan untuk mengelakkan perkara tersebut berulang lagi.

d)

Kita haruslah mengamalkan sikap belas kasihan terhadap orang lain, terutamanya terhadap golongan susah.

10.

Video Bahagia Sesudah Derita tadi merupakan....

a)

Puisi Tradisonal

b)

Prosa Tradisional

c)

Cerpen

d)

Drama

11.

Susunkan plot berikut = Permulaan - Perkembangan - _____(i)_____ - _____(ii)_____ - Peleraian

a)

(i) Konflik/Perumitan (ii) Klimaks/Kemuncak

b)

(i) Klimaks/Kemuncak (ii) Konflik/Perumitan

12.

Manakah pernyataan di bawah menunjukkan peritiwa yang SALAH.

a)

Orang ramai membaling Si Miskin dan isterinya dengan kayu dan batu sehingga menyebabkan tubuh mereka luka dan bengkak-bengkak.

b)

Si Miskin dan isterinya makan makan sisa makanan dalam bungkusan dan sayuran yang busuk yang dijumpai di sebuah tempat pembuangan sampah.

c)

Betara Karna Jaya menjelmakan anak lelakinya menjadi ketupat dan anak perempuannya menjadi buku tebu.

d)

Si Miskin berteduh di bawah pohon kayu untuk membersihkan tubuh mereka yang luka itu.

13.

Tandakan peristiwa-peristiwa yang terdapat dalam prosa tradisonal Bahagia Sesudah Derita.

a)
b)
c)
d)
14.

Semasa Si Miskin membina sebuah pondok sebagai tempat tuduh mereka,apakah yang ditemuinya ketika sedang menggali tanah?

a)

Menemui sebuah tempayan yang berisi permata dan emas.

b)

Menemui barang-barang berharga seperi emas, perak, permata, dan berlian.

c)

Menemui sebuah tajau berisi emas.

d)

Menemui barang-barang berharga seperi barang kemas, duit emas dan perak, dan alatan perperangan.

15.

Berapakah lama untuk menyiapkan sepasang kaus daripada seorang saudagar yang ditemui oleh Si Miskin?

a)

Enam tahun.

b)

Tujuh tahun.

c)

Lapan tahun.

d)

Sembilan tahun.

16.

Apakah buah yang diidamkan oleh isteri Si Miskin ketika hamil?

a)

Buah nangka dan buah mempelam.

b)

Buah manggis dan buah cempedak.

c)

Buah mangga dan buah nangka.

d)

Buah cempedak dan buah limau.

17.

Siapakah nama anak lelaki Si Miskin?

a)

Maharaja Dewa Indera.

b)

Maharaja Dewa Karma.

c)

Mahakarma.

d)

Marakarma.

18.

Siapakah nama anak perempuan Maharaja Indera Angkasa?

a)

Tuan Puteri Nila Ratna.

b)

Tuan Puteri Nila Purnama.

c)

Tuan Puteri Nila Majalara

d)

Tuan Puteri Nila Kesuma.

19.

siapakah nama Si Miskin setelah beliau memerintah negeri Pura?

a)

Maharaja Indera Angkasa.

b)

Maharaja Indera Dewa.

c)

Maharaja Indera Pura.

d)

Maharaja Indera Kayangan.

20.

Apakah barang-barang yang dibeli oleh Si Miskin daripada saudagar?

a)

Sepersalinan pakaian suami isteri, alatan peperangan, dan makanan.

b)

Pedang, tombak, perisai, pakaian, keris dan kain.

c)

Tongkat, payung, pedang, otar-otar, keris, pelana kuda, dan kain.

d)

Keperluan makanan, peralatan peperangan, pakaian, dan hiasan diri.