Font size
Worksheetstatabahasa- KATA KERJA
Total questions: 18
Worksheet time: 12mins
Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang sesuai.
1. Budi bahasa memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat yang..................kaum.
berbilang
beraneka
berjenis
berkumpulan
2. Masyarakat harus............tenaga agar integriti menjadi cara hidup yang melekat kukuh dalam sanubari.
mengerjakan
menghulurkan
mengembleng
menggabungkan
3. Daniel..................telefon bimbit yang tertinggal oleh seorang pelanggan di atas meja makan.
menghantar
mengirimkan
memulangkan
menghulurkan
4. Murid yang dilantik menjadi pemimpin................amanah yang besar untuk membimbing rakan sebaya mereka
mengalih
memikul
menyandang
mengangkat
Kenal pasti kesalahan ayat yang bergaris. Tulis jawapan kesalahan tanpa perlu menyalin ayat semula.
1. Sikap amanahnya perlu dicontohi oleh pihak lain agar dapat mencungkil sebuah masyarakat yang bertanggungjawab dan jujur
(a)
2. Para pengguna boleh menghasilkan laporan kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat sebarang kegiatan cetak rompak
(a)
3. Pemimpin perlu bersikap jujur dan berintegriti dalam menyelesaikan tanggungjawab mereka kepada masyarakat
(a)
4. Kita tidak boleh terlalu mengakui maklumat di laman sosial yang kebanyakkannya tidak bersumberkan bukti yang salih.
(a)
5. Tunjuklah teladan yang baik kepada remaja dengan mengamanatkan nilai-nilai murni.
(a)
6. Sikap Nazri yang jujur dan berhemat tinggi disenangi oleh semua pekerja di syarikat itu.
(a)
Ayat-ayat berikut mungkin betul atau mungkin salah. Teliti kesalahan dalam ayat-ayat berikut.
1.Peranan ibu bapa amat dititikberatkan dalam menyemai keperibadian yang terpuji dalam diri anak-anak.
dititikberatkan
menyemai
terpuji
Tiada kesalahan
2. Sahsiah dapat dibentuk melalui didikan oleh ibu bapa di rumah dan dilengkapkan oleh guru di sekolah.
dibentuk
didikan
dilengkapkan
Tiada kesalahan
3 Remaja perlu bersedia untuk mengukuhkan diri dengan nilai hidup yang hebat berasaskan integriti.
bersedia
mengukuhkan
berasaskan
Tiada kesalahan
Pilih jawapan yang sesuai untuk ayat-ayat yang bergaris.
1. Media massa memainkan peranan penting dalam penjadian sahsiah golongan belia.
dalam penyelaman sahsiah
dalam penghasilan sahsiah
dalam pembentukan sahsiah
dalam penjadian sahsiah
2. Dia tidak mendengar nasihat yang diamanahkan oleh ibu bapanya.
dibahaskan oleh ibu bapanya
dikenakan oleh ibu bapanya
diberikan oleh ibu bapanya
dimanahkan oleh ibu bapanya
3. Jauhilah rasuah kerana tindakan ini menjatuhkan imej negara di mata dunia dan menggugat kemajuan negara dari segi ekonomi.
menurunkan imej negara
menghapuskan imej negara
memusnahkan imej negara
menjatuhkan imej negara
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
I Azmin menggalas tanggungjawab sebagai pengurus syarikat dengan penuh amanah.
II Pemuda itu menggalas sebuah beg yang penuh berisi barangan keperluan selepas membuat bayaran di kaunter.
III Azhar pulang ke rumah dengan menggalas masalah dibahunya.
IV Siva menggalas mejanya supaya tidak bergoyang
I dan II sahaja
III dan IV sahaja
I, II dan III sahaja
II, III dan IV sahaja
I Pekerja itu didakwa di mahkamah kerana membocorkan rahsia syarikat kepada pihak lain.
II Kamarul yang pendendam itu telah membocorkan tayar kereta kawannya.
III Pegawai itu dituduh membocorkan soalan kertas Pentaksiran Tingkatan 3
IV Penculik itu telah berjaya membocorkan diri daripada kepungan pihak polis.
I dan II sahaja
III dan IV sahaja
I, II dan III sahaja
II, III dan IV sahaja
