wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahasa Melayu PT3 (Cikgu Rusmaliza)

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Kadar inflasi negara kita semakin meningkat ekoran daripada ________ harga barang.

a)

kenaikan

b)

kemasukan

c)

kedatangan

d)

kemunculan

2.

Pegawai yang disyaki _______ itu sedang disoal siasat oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

a)

makan hati

b)

makan gaji

c)

makan suap

d)

makan angin

3.

________ untuk meningkatkan taraf hidup rakyat di negara kita ini

a)

Pelbagai kemudahan telah disediakan oleh kerajaan

b)

Pelbagai kemudahan kerajaan telah sediakan

c)

Berbagai kemudahan telah sediakan oleh kerajaan

d)

Pelbagai kemudahan telah kerajaan sediakan

4.

Kawasan peranginan itu menjadi tumpuan para pelancong kerana pemandangannya yang _________

a)

sungguh indah

b)

amat terindah sekali

c)

paling terindah sekali

d)

sungguh terindah sekali

5.

Seorang pengadil dalam sesuatu perlawanan haruslah membuat pertimbangan atau keputusan yang tidak berat sebelah. Jika tidak, dia akan dikatakan

a)

bagai duri dalam daging

b)

bagai limau masam sebelah

c)

seperti abu di atas tunggul

d)

umpama kiambang di air, akarnya tidak jejak ke bumi

6.

Ketika kami bermain layang-layang di tepi sawah,_______ kami terdengar suara ibu memanggil kami pulang.

a)

samar-samar

b)

balam-balam

c)

nyaris-nyaris

d)

sayup-sayup

7.

Pak Husin dapat menyiapkan tujuh buah bakul rotan sehari berkat ketekunan dan kerajinannya kerana sikapnya yang ibarat _____

a)

ikan di dalam belat

b)

anai-anai makan kayu

c)

si kuding beroleh cincin

d)

kiambang di air, akarnya tidak jejak di bumi

8.

Peserta kuiz itu sungguh cerdik dan berpengetahuan luas.

Nyatakan pola ayat  dasar bagi ayat di atas.

a)

FN+FN

b)

FN+FK

c)

FN+FA

d)

FN+FS

9.

Anggota pengakap itu ____ air dengan menggunakan tin.

a)

mengukus

b)

merebus

c)

menjerang

d)

menanak

10.

Arisa sering teringat _______ kenangan sewaktu bercuti di perkampungan nelayan itu.

a)

akan

b)

tentang

c)

dengan

d)

terhadap

11.

Peribahasa ikan pulang ke lubuk bermaksud..

a)

sikap merendah diri

b)

pulang ke tempat asal

c)

menurut adat dan aturan di tempat yang didiami

d)

orang yang dapat menyesuaikan diri dalam pergaulan

12.

Semasa menjalankan tugas rasmi, Encik Hafiz terpaksa juga _________ yang diarahkan oleh ketua jabatannya.

a)

melaksanakan tugas lain-lain

b)

laksanakan pelbagai tugas-tugas lain

c)

melaksanakan tugas-tugas lain

d)

melaksanakan lain-lain tugas

13.

Rumah tradisional di hujung kampung itu sangat luas dan besar.

Nyatakan subjek bagi ayat tersebut.

a)

Rumah

b)

Rumah tradisional di hujung kampung

c)

Rumah tradisional

d)

Rumah tradisional di hujung kampung itu

14.

Pemain bola sepak itu menjaringkan gol kemenangan pasukannya pada minit-minit terakhir perlawanan.

Nyatakan pola ayat dasar bagi ayat di atas.

a)

FN+FN

b)

FN+FK

c)

FN+FA

d)

FN+FS

15.

Ibu _______ tepung gandum itu untuk membuat kuih kegemaran ayah.

a)

menguli

b)

mengadun

c)

menggentel

d)

menebar

16.

Pengetua sekolah kami yang baharu itu bekas pelajar sekolah ini.

Nyatakan frasa yang betul bagi predikat dalam ayat tersebut.

a)

Frasa Adjektif

b)

Frasa Nama

c)

Frasa Kerja

d)

Frasa Sendi Nama

17.

Pengguna Facebook akan terdedah ______ bahaya jika mendedahkan maklumat mereka secara terperinci di laman sosial.

a)

terhadap

b)

tentang

c)

pada

d)

kepada

18.

Penonton yang menyaksikan siaran langsung pertandingan bola sepak itu tidak berpuas hati kerana ________ asyik tersilap menyebut nama pemain.

a)

juruulas

b)

juruacara

c)

jurubahasa

d)

jururunding

19.

Pasukan _______ dari Malaysia telah berlepas ke Indonesia untuk membantu mangsa tsunami di sana.

a)

negarawan

b)

setiakawan

c)

sukarelawan

d)

cendekawan

20.

Mangsa kemalangan itu berjalan ________ beberapa meter sebelum rebah ke tanah.

a)

terkial-kial

b)

terkesot-kesot

c)

terhuyung-hayang

d)

terhenjut-henjut