wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Semester 1 STPM - Latihan dalam Cuti (2018)

Total questions: 30

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Perkataan "Melayu" yang digunakan dalam catatan I-Tsing merujuk kepada


I - kerajaan Jawa

II - kerajaan Melayu

III - kerajaan Sriwijaya

IV - kerajaan Majapahit

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

2.

Bahasa yang manakah termasuk dalam kelompok bahasa yang berusia 2500 hingga 5000 tahun?

a)

Austris

b)

Nusantara

c)

Kalimantan

d)

Austronesia

3.

Mahir dalam pelayaran dan bercucuk tanam Menduduki pesisir pantai dan lembah di Asia Tenggara Berhijrah dari Yunan pada tahun 1500 Sebelum Masihi


Hal di atas berkaitan dengan

a)

Melayu Proto

b)

Melayu Deutro

c)

masyarakat Negrito

d)

kaum Naga di Assam

4.
  • - dngan
  • - talaga


Berdasarkan senarai di atas, apakah ciri yang ditunjukkan?

a)

Tiada penggunaan vokal "a"

b)

Bunyi "b" digantikan oleh bunyi "w"

c)

Konsonan diucapkan dengan bunyi aspirasi

d)

Bunyi konsonan "ny" jarang-jarang digunakan

5.

Batu bersurat yang mengandungi bahasa Melayu kuno yang ditemukan di kawasan berbahasa Jawa ialah

a)

batu bersurat Kota Kapur

b)

batu bersurat Gandasuli

c)

batu bersurat Karang Brahi

d)

batu bersurat Kedukan Bukit

6.

Kata bahasa Melayu kuno yang manakah terdapat hurufnya yang menggantikan konsonan "ny"?

a)

Niujari

b)

Tatkalana

c)

Sukhacitta

d)

Makasakit

7.

Yang berikut ialah batu bersurat zaman bahasa Melayu kuno yang menggunakan tulisan Palava, KECUALI

a)

Kedukan Bukit

b)

Karang Brahi

c)

Talang Tuwo

d)

Gandasuli

8.

Yang manakah ciri bahasa Melayu klasik?


I - Menggunakan bahasa istana

II - Tulisannya mirip huruf bahasa Arab

III - Menerima pengaruh daripada India

IV - Tidak menggunakan kata pangkal ayat

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

9.

Yang manakah TIDAK berkaitan dengan bahasa Melayu klasik?

a)

Perkembangannya serentak dengan kedatangan Islam ke Nusantara

b)

Penggunaannya ditemukan pada batu bersurat, surat raja-raja Melayu, dan sebagainya

c)

Mengalami perancangan agar dapat saling terjemah dengan bahasa moden lain dari semasa ke semasa

d)

Ayatnya panjang-panjang dengan mengutamakan bentuk pasif dan songsang

10.

Perkataan yang manakah menggunakan huruf Jawi yang baru dicipta untuk menyebut bunyi yang tiada dalam bahasa Arab?

a)

Teruna

b)

Larang

c)

Falsafah

d)

Sentiasa

11.

Mengapakah huruf vokal diperkenalkan pada suku kata pertama dan suku kata kedua dalam tulisan Jawi?

a)

Supaya mudah disebut

b)

Supaya memendekkan penulisan

c)

Supaya menghindarkan masalah homograf

d)

Supaya lebih ramai pembaca menyukai tulisan Jawi

12.

Yang berikut ialah fungsi bahasa Melayu klasik, KECUALI

a)

sebagai bahasa kesusasteraan

b)

sebagai bahasa penyatuan

c)

sebagai bahasa agama

d)

sebagai lingua franca

13.

Yang manakah bahan bukti penggunaan bahasa Melayu klasik dari aspek hukum kanun?

a)

Sulalatus Salatin

b)

Syair Burung Pingai

c)

Hikayat Raja-Raja Pasai

d)

Undang-Undang Laut Melaka

14.

Tokoh yang manakah memberikan sumbangan kepada perkembangan bahasa Melayu pada zaman pascamerdeka?

a)

Nik Safiah Karim

b)

Abdullah Munsyi

c)

Raja Ali Haji

d)

Za'ba

15.

Pertubuhan yang manakah menganjurkan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu?


I - Pejabat Karang Mengarang

II - Angkatan Sasterawan 50

III - Universiti Malaya

IV - Dewan Bahasa dan Pustaka

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

16.

Semua urusan kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, dan pihak berkuasa tempatan hendaklah menggunakan bahasa kebangsaan.


Peruntukan di atas adalah tentang

a)

bahasa pengantar

b)

Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67

c)

Barisan Bertindak Bahasa Kebangsaan

d)

Akta DBP 1959 Dewan Bahasa dan Pustaka

17.

Yang manakah berkaitan dengan perancangan korpus bahasa Melayu?


I - Meninjau hasil dan kesan perancangan bahasa

II - Mengembangkan bahasa Melayu menjadi saling terjemah dengan bahasa moden lain

III - Menghasilkan variasi yang seragam dari aspek tatabahasa, ejaan, sebutan, dan makna

IV - Membuat keputusan dasar tentang bahasa yang hendak dirancang, pengumpulan data, dan penyusunan strategi

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

18.

Apakah sumbangan penting bahasa asing kepada perkembangan bahasa Melayu moden?

a)

Ayat

b)

Klausa

c)

Kosa kata

d)

Tatabahasa

19.

Yang manakah benar tentang daerah artikulasi?


I - Menghasilkan bunyi bersuara dan tak bersuara

II - Dapat disentuh oleh artikulator

III - Berada dalam keadaan tidak bergerak

IV - Hujung lidah merupakan alat yang paling aktif

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

20.

Yang manakah perkataan yang bermula dengan bunyi vokal belakang sempit dan berakhir dengan bunyi vokal depan luas?

a)

Umpama

b)

Imaginasi

c)

Usahawati

d)

Imperalisme

21.

Yang manakah perkataan yang mengandungi gabungan dua huruf yang diwakili oleh satu lambang fonetik?


I - Kurung

II - Senyum

III - Gempita

IV - Keluarga

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

22.

Yang manakah perkataan yang vokalnya terdiri daripada vokal depan sempit?

a)

Jalan

b)

Benteng

c)

Bimbing

d)

Lombong

23.

Frasa yang manakah mengandungi diftong?

a)

Amat baik budi

b)

Lauk ikan sungai

c)

Daun belimbing buluh

d)

Menyertai sayembara itu

24.

Kumpulan bunyi yang manakah semuanya terhasil tanpa sebarang sekatan terhadap udara?

a)

[a], [e], [g]

b)

[o], [b], [u]

c)

[k], [m], [h]

d)

[i], [e], [o]

25.

Bunyi konsonan [k], [g], dan [x] sama dari segi

a)

cara udara dilepaskan

b)

menggetarkan pita suara

c)

rongga hidung dalam keadaan terbuka

d)

halangan terjadi pada daerah artikulasi yang sama

26.

Yang manakah perkataan yang TIDAK mengandungi diftong?

a)

Samurai

b)

Meraung

c)

Harimau

d)

Berkonvoi

27.

Yang manakah titik artikulasi?

a)

Lidah

b)

Anak tekak

c)

Lelangit keras

d)

Lelangit lembut

28.

Perkataan yang dieja dengan salah ialah

a)

lakon

b)

ke 61

c)

se-Malaysia

d)

rumah tangga

29.

Yang manakah perkataan yang mematuhi pola keselarasan huruf vokal?

a)

Tulen

b)

Gembleng

c)

Pelancong

d)

Tempoyak

30.

Yang manakah perkataan yang terdiri daripada dua suku kata yang mengandungi pola KVK pada suku kata praakhir?

a)

Lopak

b)

Pendek

c)

Gelegak

d)

Tempurung