wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ CERPEN MUNSYI

Total questions: 25

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Siapakah watak utama dalam cerpen Munsyi?

a)

Mas

b)

Mel

c)

Munsyi

2.

Tema cerpen Munsyi adalah tentang

a)

kesungguhan seorang anak muda menceburi bidang keusahawanan dan pertanian

b)

pengalaman seorang pelancong yang suka melancong

c)

semangat cinta akan agama,bangsa,bahasa dan budaya yang tersemai dalam jiwa sekumpulan warganegara

3.

Apakah hubungan antara Munsyi dan bonda?

a)

Sahabat baik

b)

Adik beradik

c)

Sepupu

d)

Rakan sekerja

4.

Apakah alasan yang diberikan oleh bonda setiap kali Mel meluahkan hasratnya untuk bermastautin di ibu kota?

a)

Bahasa ibunda Mel masih lemah

b)

Umur Mel masih terlalu muda untuk bermastautin di ibu kota

c)

Mel tidak tahu selok-belok di ibu kota

d)

Bonda tidak sanggup duduk berjauhan daripada anak lelakinya,Mel

5.

Apakah persoalan yang terdapat dalam cerpen Munsyi?

a)

Usaha mengembalikan hak yang telah diambil oleh orang lain

b)

Kemewahan dan gaya hidup moden yang mengancam kehidupan haiwan liar

c)

Perlunya perancangan dan persediaan untuk mengharungi cabaran hidup

d)

Usaha menghidupkan roh patriotisme dan jati diri dalam jiwa anak-anak muda

6.

Siapakah watak sampingan yang terdapat dalam cerpen Munsyi?

a)

Munsyi

b)

Mas

c)

Mel

d)

Azam

7.

Apakah perwatakan Mel yang dapat dilihat dalam cerpen Munsyi?

a)

Seorang yang bijak dan petah berhujah

b)

Seorang yang patuh akan nasihat dan arahan bondanya

c)

Seorang yang berhemat ketika berbelanja

d)

Seorang yang degil dan tidak patuh akan arahan yang diberikan

8.

Kebanyakan warga kota memperdagangkan maruah dan peribadi serta hanyut dengan keseronokan hidup.


Pernyataan di atas merujuk kepada latar masyarakat ...

a)

yang berjuang meningkatkan martabat bahasa ibunda

b)

yang mempertahankan maruah dan harga diri

c)

yang menjadi mangsa pembangunan

d)

kota yang hilang maruah dan jati diri

9.

"Saya teringat cerita bonda tentang kota mewah itu yang pernah mencalit sejarah hitam empat dekad lampau."


Teknik yang digunakan dalam petikan di atas ialah teknik...

a)

kejutan

b)

dialog

c)

imbas kembali

d)

pemerian

10.

"Manusia dipisahkan oleh benteng-benteng ketaksuban..."


Pernyataan di atas merupakan

a)

peribahasa

b)

ayat panjang

c)

metafora

d)

personafikasi

11.

Contoh nilai tanggungjawab yang terdapat dalam cerpen Munsyi ialah

a)

bonda mahu Mel menghargai jasa dan usaha yang dilakukan oleh nenek moyang terdahulu

b)

bonda bertanggungjawab menjaga khazanah dan buku-buku lama yang tidak ternilai harganya

c)

Mel membatalkan keinginannya yang meruap-ruap untuk mencari pengalaman baharu di ibu kota

d)

Mel amat menghormati Munsyi sebagai seorang pejuang bahasa

12.

Mengapakah bonda menyuruh Mel mencari Munsyi apabila Mel sudah tiba di ibu kota?

a)

bonda mahu anaknya bergambar dengan rakan lamanya,Munsyi

b)

bonda mengamanahkan Mel untuk memberikan khazanah dan buku-buku lama kepada Munsyi

c)

bonda mahu anaknya tinggal bersama-sama dengan rakan lamanya,Munsyi di ibu kota

d)

bonda mengirim barangan terpakai kepada Munsyi

13.

Apakah pengajaran yang dapat diperoleh daripada cerpen Munsyi?

a)

Kita hendaklah memiliki perasaan simpati terhadap golongan miskin

b)

Kita hendaklah bersimpati terhadap masalah yang menimpa orang lain

c)

Kita tidak seharusnya terlalu mengharapkan bantuan orang lain,sebaliknyakita hendaklah berdikari

d)

Kita hendaklah mencintai agama, bangsa, bahasa, budaya dan adat resam turun-temurun

14.

Apakah perwatakan bonda yang telah dipaparkan oleh penulis di dalam cerpen Munsyi?

a)

Seorang yang berpengetahuan tentang selok-belok sejarah tanah air

b)

Seorang yang mencintai hidupan liar

c)

Seorang wanita yang bercita-cita tinggi

d)

Seorang yang tidak menghargai khazanah Melayu lama

15.

Apakah perkara yang boleh dilakukan oleh Mel bagi mendapatkan keizinan bonda untuk berhijrah ke ibu kota?

a)

Tunggu sehingga usianya cukup matang untuk berhijrah ke tempat baru

b)

Melengkapkan diri dengan ilmu agama dan menguasai bahasa ibunda dengan baik

c)

Merayu setiap hari kepada bondanya untuk mengizinkannya berhijrah ke ibu kota

d)

Pergi ke ibu kota secara senyap-senyap tanpa pengetahuan bonda

16.

Di manakah tempat tinggal Mel dan bondanya?

a)

Ibu kota

b)

Taman perumahan

c)

Kampung

d)

Perkampungan tradisi

17.

Mengapakah Mel pada mulanya mahu berhijrah ke ibu kota?

a)

Mel mahu bersiar-siar di ibu kota

b)

Mel sudah bosan hidup di kawasan perkampungan

c)

Mel mahu membina kehidupannya di ibu kota seperti kebanyakan remaja yang lain

d)

Mel mahu merasa suasana kehidupan di ibu kota

18.

Mengapakah bonda mengatakan bahawa kota besar di bandar itu sudah hilang nlai-nilai tradisinya?

a)

Banyak bangunan bersejarah telah diruntuhkan untuk membina bangunan baharu

b)

Budaya dan bahasa pertuturannya sudah bercapur aduk

c)

Kota tersebut dibangunkan hanya dengan sekadar kempen dan slogan

d)

Penduduknya hidup bersatu-padu dan tidak memetingkan diri sendiri

19.

Pada pendapat anda,apakah persediaan yang perlu dilakukan oleh seseorang sebelum berhijrah ke suatu tempat yang baru? (Pilih dua jawapan yang paling tepat)

a)

Mencari maklumat tentang tempat yang ingin dituju

b)

Mencari maklumat tentang restoran yang mempunyai makanan yang lazat

c)

Mempelajari budaya tempat baharu

d)

Tidak membuat apa-apa persediaan kerana setiap tempat adalah sama

20.

Antara yang berikut,manakah merupakan contoh untuk teknik saspens?

a)

Saya teringat cerita bonda tentang kota mewah itu yang pernah mencalit sejarah hitam dekad lampau

b)

Selepas kejadian itu,berhari-hari saya cuba menjejak Munsyi,namun kelibatnya langsung tidak ditemui

c)

Saya mendengar khabar bahawa syarikat perumahan akan mengambil alih kampung tradisi yang didiami oleh Munsyi

d)

Saya pandang bonda sambil mengangguk sebelum kembali membelek helaian demi helaian kitab-kitab lama yang hampir lusuh itu

21.

Antara peristiwa berikut,yang manakah merupakan klimaks dalam cerpen Munsyi?

a)

Mel terkedu melihat rumah Munsyi bersama-sama dengan puluhan buku yang diberikan oleh bondanya hancur diranap oleh jentera berat

b)

Mel gagal menjejaki orang tua yang bernama Munsyi itu.

c)

Bonda tidak bersetuju dengan keinginan anakandanya yang mahu berhijrah ke kota

d)

Mel melihat anak-anak muda hilang maruah diri serta tidak segan silu menjual bahasa ibunda dan melanggar hukum agama

22.

Bilakah negara kita mula dijajah oleh kuasa luar?

a)

Tiga ratus tahun yang lampau

b)

Empat ratus tahun yang lampau

c)

Satu ratus tahun yang lampau

d)

Lima ratus tahun yang lampau

23.

Huraikan dua nilai kemanusiaan yang terdapat dalam cerpen Munsyi?

a)

Nilai bertanggungjawab dalam menyampaikan amanah

b)

Nilai kebijaksanaan dalam membuat perancangan perbelanjaan

c)

Nilai kerajinan dalam membaca hasil karya salah satu penulis tersohor negara

d)

Nilai ketaatan dalam mendengar nasihat seorang ibu

24.

Antara yang berikut,manakah merupakan latar masyarakat bagi cerpen Munsyi? Pilih dua jawapan yang paling tepat.

a)

Masyarakat yang amat mempertahankan maruah dan harga diri

b)

Masyarakat penulis yang banyak meninggalkan hasil penulisan yang berkualiti

c)

Masyarakat yang sedia memikul amanah

d)

Masyarakat yang berjuang meningkatkan martabat bahasa ibunda

25.

Mengapakah semangat cinta akan agama, bangsa, bahasa dan budaya perlu dipupuk oleh generasi muda pada masa kini?

a)

Agar generasi muda hidup dapat bersatu padu

b)

Kecintaan generasi muda pada hari ini semakin terhakis

c)

Membantu negara menjadi lebih harmoni

d)

Untuk mempertahankan kemerdekaan negara