WorksheetsSemester 3 STPM - Pragmatik: Peribahasa
Total questions: 15
Worksheet time: 15mins
Yang manakah peribahasa yang mempunyai maksud selapis?
Kiasan
Pepatah
Perbilangan
Perumpamaan
Yang manakah bidalan?
Indah khabar dari rupa
Umpama si amang kurang kayu
Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis
Tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan
Simpulan bahasa yang berikut berkaitan dengan kepercayaan orang ramai, KECUALI
buruk siku
salah bantal
lebai malang
bunting pelamin
Yang manakah kiasan asal?
Bagai telur di hujung tanduk
Umpama limau masam sebelah
Sangat baik hati macam malaikat
Laksana si buta kehilangan tongkat
Jenis peribahasa yang manakah isinya tentang peraturan yang menjadi panduan dalam hidup bermasyarakat?
Perbilangan
Perumpamaan
Madah pujangga
Simpulan bahasa
Yang manakah terdiri daripada kiasan melompat?
Datang bulan
Panjat rambutan
Demamnya meringan
Tersenyum dalam duka lara
Ayat yang manakah mengandungi kiasan sandar?
Dia serkap jarang sahaja tentang peristiwa itu.
Ibu bapa umpama pelita demi kehidupan anak-anak.
Dia ditemukan dalam keadaan nyawa-nyawa ikan di situ.
Orang rumah Haji Bakhtiar melahirkan cahaya mata mereka yang kedua.
Yang berikut ialah kiasan pemanis, KECUALI
I Berbadan dua
II Ke sungai besar
III Gelombang perasaannya
IV Panas pagi itu menggigit kulitnya
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah maksud peribahasa neraca berbatu intan?
Orang yang sangat kaya
Orang yang berlagak kaya raya
Undang-undang yang sangat adil
Peraturan yang memerlukan bukti yang kukuh
Keputusan telah dilaksanakan, tetapi kemudiannya ada cakap-cakap yang menggambarkan rasa tidak puas hati.
Keadaan di atas sesuai dengan peribahasa
Nasi sedap gulai mentah
Belum duduk sudah berlunjur
Nyamuk mati, gatal tak lepas
Rumah sudah siap, pahat masih berbunyi
"Anak raja yang beribukan orang bangsawan"
Maksud di atas sesuai untuk peribahasa
Raja Muda
Raja sehari
Anak gahara
Puteri bunian
Simpulan bahasa otak kapur bermaksud
Orang yang lembam
Orang yang cepat lupa
Orang yang kurang berfikir
Orang yang mudah diperdaya
"Tak kena tepuk dengan tarinya"
Maksud untuk peribahasa di atas ialah
anak tunggal tetapi perangainya buruk
melakukan pekerjaan yang tidak digemari
nampak salah orang lain, salah sendiri tidak disedari
hal lain yang ditanya kepadanya, lain pula jawapan yang diberikan
Peribahasa yang manakah mempunyai maksud yang sama dengan peribahasa berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Hidup sandar-menyandar bagai aur dengan tebing
Ke bukit sama-sama didaki, ke lurah sama-sama dituruni
Di mana kelintung berbungui, di situlah kerbau tinggal diam
Hukum berdiri dengan saksi, adat berdiri dengan tanda
Jamilah sangat ingin berkhidmat sebagai pegawai polis tetapi tidak terpilih. Akhirnya dia berpuas hati walaupun dapat berkhidmat sebagai polis bantuan sahaja.
Situasi di atas sesuai untuk peribahasa
Tiada rotan akar pun berguna
Bagai kain menunjukkan corak bangsanya
Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih
Dari telaga yang jernih tak akan mengalir air yang keruh
