wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

pstong - Kata Nama Terbitan Tahun 5_1

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Peserta pertama pihak pencadang akan membuat __________ hujah-hujah untuk pasukannya.

a)

penggulungan

b)

penggolongan

c)

penguasaan

d)

penggubalan

2.

Perdana Menteri menyeru rakyat supaya membeli lebih banyak barang __________ dalam negara.

a)

buangan

b)

susunan

c)

keluaran

d)

jualan

3.

Mereka dapat melihat __________ yang indah semasa matahari terbit.

a)

penglihatan

b)

pemerhatian

c)

pertumbuhan

d)

pemandangan

4.

Ahmad telah menerima __________ yang telah dipesan olehnya.

a)

kirim

b)

kiriman

c)

pengirim

d)

pengiriman

5.

Dia masih ragu-ragu tentang __________ anak muda yang baru dikenalinya itu.

a)

kesopanan

b)

kejujuran

c)

kebaikan

6.

__________ itu diberi untuk memudahkan peserta mencari jalan pulang.

a)

Panduan

b)

Pencarian

c)

Kebenaran

d)

Keputusan

7.

__________ Perdana Menteri terletak di Putrajaya.

a)

Kediaman

b)

Perumahan

c)

Kedudukan

d)

Penempatan

8.

__________ bangunan dan kawasan sekitarnya merupakan suatu yang dapat mencerminkan hemah dan budi tinggi penghuninya.

a)

Pengindahan

b)

Penghalusan

c)

Pembesaran

d)

Peninggian

9.

__________ wajah Intan Suraya telah memikat hati pemuda-pemuda di kampungnya.

a)

Kemurnian

b)

Kegagahan

c)

Kecantikan

d)

Ketampanan

10.

Wajah ibunya tiba-tiba terbayang di __________ matanya.

a)

lingkungan

b)

tempatan

c)

lapangan

d)

ruangan

11.

Para __________ mengambil tempat masing-masing sebelum keberangkatan tiba Sultan Terengganu.

a)

kebesaran

b)

jemputan

c)

kedatangan

d)

kenalan

12.

Dia selalu dimarahi emaknya kerana __________nya.

a)

kemalasan

b)

kedinginan

c)

kebenaran

d)

kerugian

13.

Baginda menganugerahkan satu __________ yang lengkap kepada Hang Tuah.

a)

persalinan

b)

persembahan

c)

persandingan

d)

pertukaran

14.

__________ Pulau Perhentian telah menarik ramai pelancong untuk pergi ke sana.

a)

Keindahan

b)

Pengindahan

c)

Memperindah

d)

Mengindahkan

15.

Penduduk kampung itu terpaksa menggunakan jalan lama berikutan __________ jambatan yang runtuh akibat banjir.

a)

keburukan

b)

pembatalan

c)

penutupan

d)

kemalangan

16.

Hamid terbaring __________ setelah menghabiskan tiga bungkus nasi lemak.

a)

kekenyangan

b)

kekeliruan

c)

keasyikan

d)

kealahan

17.

"Jemputlah makan walaupun __________nya yang tidak seberapa," kata Pak Malau kepada tetamunya.

a)

bantuan

b)

kiriman

c)

hidangan

d)

minuman

18.

Setiap __________ yang mendatang akan saya hadapi dengan tenang.

a)

sajian

b)

dugaan

c)

kecekalan

d)

kehidupan

19.

"Saudara harus berani menghadapi segala __________," kata jurulatih itu.

a)

sulit

b)

kesulitan

c)

mempersulit

d)

menyulitkan

20.

__________ yang dahsyat melibatkan beberapa buah rumah kedai telah berlaku pada pagi ini di Jalan Maharaja.

a)

Kepanasan

b)

Kebakaran

c)

Kemarakan

d)

Kehangusan