wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

pstong - Kata Seerti Tahun 5_2

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Nelayan-nelayan itu tidak akan turun ke laut selagi ombak belum teduh.

Perkataan seerti bagi teduh ialah

a)

reda

b)

naik

c)

pasang

d)

kocak

2.

Puan Zaiton menjunjung bakul yang sarat dengan ubi keledek.

Perkataan seerti bagi menjunjung ialah

a)

menghela

b)

membawa

c)

mengheret

d)

menjinjing

3.

Ramli berasa kurang senang kerana pendapatnya sering disanggah.

Perkataan seerti bagi disanggah ialah

a)

ditegur

b)

diherdik

c)

dibantah

d)

ditengking

4.

Puan Ida membantah keras cadangan suaminya untuk berpindah ke rumah baru.

Perkataan seerti bagi keras ialah

a)

kasar

b)

tegas

c)

segera

d)

marah

5.

Persatuan belia di kampung saya mengadakan bengkel menganyam tikar.

Perkataan seerti bagi menganyam ialah

a)

menjalin

b)

membuat

c)

menyusun

d)

menyulam

6.

Perigi itu menjadi tohor akibat banjir lumpur.

Perkataan seerti bagi tohor ialah

a)

luas

b)

cetek

c)

halus

d)

sempit

7.

Penonton tergelak apabila melihat persembahan badut itu.

Perkataan seerti bagi tergelak ialah

a)

tertawa

b)

terbeliak

c)

tersenyum

d)

terperanjat

8.

Ismail dan rakannya sedang menunggu Amin di perhentian bas.

Perkataan seerti bagi menunggu ialah

a)

menengok

b)

menanti

c)

menjemput

d)

menyambut

9.

Nenek mengunyah sirih sehingga hancur sebelum menelannya.

Perkataan seerti bagi mengunyah ialah

a)

menyiat

b)

menggigit

c)

mengoyak

d)

memamah

10.

Ahli Jawatankuasa Kebajikan telah mengesyorkan perkara itu dalam mesyuarat yang lalu.

Perkataan seerti bagi mengesyorkan ialah

a)

melaporkan

b)

merakamkan

c)

menyarankan

d)

mengisytiharkan

11.

Bingit telinga saya mendengar jerit pekik para penonton di stadium itu.

Perkataan seerti bagi Bingit ialah

a)

Kasar

b)

Bising

c)

Lantang

d)

Gempita

12.

Perompak itu telah diberkas oleh polis setelah berlaku kejadian tembak-menembak.

Perkataan seerti bagi diberkas ialah

a)

diikat

b)

dihalau

c)

ditambat

d)

ditangkap

13.

Setelah paras air mulai susut mangsa banjir pun pulang ke rumah masing-masing.

Perkataan seerti bagi susut ialah

a)

lisut

b)

surut

c)

kecut

d)

kurang

14.

Peserta kita telah kalah dalam pertandingan bahas pagi tadi.

Perkataan seerti bagi kalah ialah

a)

punah

b)

binasa

c)

tewas

d)

hancur

15.

Sewaktu berjalan ke rumah neneknya, Alimin terlanggar banir pokok durian.

Perkataan seerti bagi terlanggar ialah

a)

terkena

b)

tergesel

c)

terhalang

d)

tersadung

16.

Pihak pengurusan akan menyaring semua pemohon yang akan diambil bekerja.

Perkataan seerti bagi menyaring ialah

a)

menapis

b)

menekan

c)

memeriksa

d)

menyunting

17.

Ibu menghela adik yang malas mandi pagi ke bilik air.

Perkataan seerti bagi menghela ialah

a)

menarik

b)

menolak

c)

membawa

d)

mendorong

18.

Badan ayah berpeluh selepas memotong rumput di halaman rumah.

Perkataan seerti bagi berpeluh ialah

a)

berkeringat

b)

berpercikan

c)

bermandian

d)

berbasahan

19.

Semua peserta perkhemahan yang ingkar akan arahan akan dikenakan hukuman.

Perkataan seerti bagi ingkar ialah

a)

cuai

b)

salah

c)

patuh

d)

mungkir

20.

Rasa seronok juga sekali-sekala menjengah ke rumah ibu di kampung.

Perkataan seerti bagi menjengah ialah

a)

melihat

b)

melawat

c)

menjenguk

d)

berkunjung