WorksheetsSOALAN PERCUBAAN ULANGAN 2018
Total questions: 40
Worksheet time: 30mins
Mengapakah masyarakat Mesopotamia membina bangunan tersebut ?
Menjalankan upacara keagamaan
Kubu pertahanan dari serangan musuh
Tempat menyimpan abu mayat bangsawan
Penjara bagi rakyat yang melakukan kesalahan
Mohenjo Daro
Harrappa
Apakah faktor kemajuan Bandar tersebut? T4 B1 ms 27
Penambahan penduduk
Penguasaan ilmu geometri
Perubahan struktur organisasi
Perkembangan sistem pengangkutan
Peristiwa ini pernah berlaku di dalam tamadun Yunani
Mengapakah perubahan sistem pemerintahan tersebut berlaku? T4 B2 ms 43
ARISTOKRASI ~~~~~>TIRANI
Desakan dari rakyat
Campur tangan kuasa asing
Penubuhan Dewan Senat
Pembubaran Dewan Perhimpunan
Apakah persamaan sistem demokrasi yang diamalkan di Yunani dengan sistem demokrasi yang diamalkan pada masa kini ? T4 B2 ms 43
Penglibatan rakyat dalam pembentukan kerajaan
Golongan agama menjadi penasihat pemerintah
Pilihan raya diadakan setiap lima tahun
Raja menjadi ketua pentadbir negara
Apakah faktor kemajuan kerajaan Srivijaya sebagai pusat perdagangan utama di Asia Tenggara dari abad ke-7 hingga abad ke-13 Masihi ?
T4 B3 ms 80
Hasil galian banyak
Tenaga kerja cekap
Kadar cukai rendah
Tentera laut kuat
Mengapakah kerajaan maritim sangat bergantung kepada kerajaan agraria?
T4 B3 ms 83
Mendapat bekalan makanan
Memperkuat sistem pertahanan
Meningkatkan kutipan cukai
Memperluas kawasan taklukan
Mengapakah masyarakat Arab jahiliah marah dan bermasam muka apabila menerima kelahiran anak perempuan ?
T4 B4 ms 101
Harta tergadai
Hilang jawatan
Maruah tercabar
Keluarga terancam
Bentuk pemulauan terhadap keluarga Nabi Muhammad SAW yang dilakukan oleh orang Quraisy Makkah adalah larangan ...
T4 B4 ms 112
mendekati orang ramai
menjalin hubungan luar
memasuki kota Makkah
menjalankan perniagaan
Penghijrahan orang islam Makkah ke Madinah
Apakah kepentingan peristiwa tersebut ? T4 B5 ms 122 & 127
I Persaudaraan ummah diperkukuh
II Kerajaan yang adil dibentuk
III Perang saudara tamat
IV Struktur masyarakat berubah
I dan II
II dan III
III dan IV
I dan IV
Apakah peristiwa yang membawa kepada pembukaan semula kota Makkah ?
T4 B5 ms 134
Penyeksaan terhadap golongan hamba
Pencabulan syarat Perjanjian Hudaibiyah
Pemulauan terhadap keluarga Bani Hashim
Pertelingkahan antara suku Aus dan Khazraj
Maklumat berikut berkaitan dengan sumbangan Ibn al-Nafis T4 B6 ms 152
Ibn al- Nafis ( 1210 -1288 ) adalah seorang doktor Arab yang banyak
menyumbang kepada kemajuan ilmu perubatan dan sains pada abad ke-13. Beliau juga terlibat dalam perundangan, politik dan kajian anatomi.
Sumber : http://www.ncbi..nlm.nih.gov/pubmed/18481505
Apakah sumbangan beliau?
Menulis ensiklopedia undang-undang
Membuka pusat pengajian akademik
Membetulkan teori peredaran darah
Menubuhkan hospital pesakit kusta
Bagaimanakah Khalifah Umar bin Al-Khattab memajukan bidang pertanian ?
T4 B6 ms 147
Mengeksport lebihan hasil
Membina sistem pengairan
Memperkenalkan penggunaan batas
Melaksanakan sistem penggiliran
Maklumat berikut berkaitan dengan teori kedatangan islam ke Asia Tenggara
*Islam dari Semenanjung Tanah Arab#
Islam dari China
Islam dari India
Mengapakah pakar sejarah fokus wilayah tersebut apabila membincangkan tentang teori kedatangan islam ?
T4 B7 ms 175-178
Kedudukan wilayah tersebut di tengah-tengah kawasan Asia Tenggara
Unsur budaya wilayah tersebut mempengaruhi budaya Asia Tenggara
Hubungan wilayah tersebut dengan Asia Tenggara telah lama terjalin
Wilayah tersebut pernah menjadi sebahagian wilayah Asia Tenggara
Apakah kepentingan Sultan Mansur Shah( Melaka) menghantar kitab al-dur al-Manzum ke Sumatera –Pasai ?
Menggalakkan aktiviti perbahasan
Meningkatkan aktiviti terjemahan kitab
Merupakan lambang kedaulatan
Menjadi hadiah perkahwinan
Apkah karya sastera yang dibacakan kepada tentera Melaka ketika serangan Portugis ? T4 B7 ms 183
Hikayat Amir Hamzah
Hikayat Nabi Bercukur
Hikayat Nur Muhammad
Hikayat Merong Mahawangsa
Apakah faktor yang membantu perkembangan ilmu pengetahuan dalam kerajaan Melayu Melaka?
T4 B8 ms 202
Perubahan pucuk pimpinan
Peningkatan taraf hidup rakyat
Kegiatan perluasan kuasa
Kedatangan ulama dari luar negara
Gambar menunjukkan gambaran suasana penjualan surat pengampunan di Eropah pada adad ke -16.
Mengapakah Marthin Luther menentang aktiviti tersebut?
Menjejaskan kedudukan bangsawan
Menyekat perkembangan ekonomi
Menghalang kemajuan pendidikan
Menggugat kesucian ajaran agama
Antara berikut , yang manakah dapat dikaitkan dengan Zaman Renaissance di Eropah?
T4 B9 ms 217-219
Pengukuhan sistem feudal
Penghargaan terhadap seni
Peningkatan kuasa gereja
Peluasan tanah jajahan
Mengapakah undang – undang Enakmen Pendaftaran Sekolah 1920 dilaksanakan di Tanah Melayu ?
T4 B10 ms 265
Menyekat ajaran agama
Membasmi pengaruh komunis
Menyekat kemasukan imigran
Mewajibkan pendidikan vernakular
Jadual di atas menunjukkan peningkatan nilai eksport getah di Tanah Melayu pada awal abad ke-20. T4 B10 ms 250
Mengapakah peningkatan nilai eksport tersebut berlaku ?
Kemunculan teknologi moden
Kerjasama negara pengeluar
Permintaan dunia bertambah
Penglibatan pekebun kecil
Apakah faktor yang membolehkan Thailand mengekalkan kemerdekaannya ?
T5 B1 ms 13
Kekuatan tentera
Perkongsian kuasa
Kedudukan strategik
Pemodenan pentadbiran
Apakah kesan pengenalan Sistem Polo semasa pemerintahan Sepanyol di Filipina.?
T5 B1 ms 15
Pertambahan buruh luar
Penindasan penduduk peribumi
Pengenalan undang-undang tanah
Pengurangan hasil pertanian
Kaum Muda gagal meluaskan pengaruhnya ke Negeri –Negeri Melayu berbanding Negeri-Negeri Selat.
Mengapakah keadaan tersebut berlaku ? T5 B2 ms 50
Kekurangan jumlah ahli
Sumber kewangan terhad
Penyebaran risalah disekat
Kelemahan kepimpinan
Tokoh berikut adalah pengarang Majalah Guru pada tahun 1920an. T5 B2 ms 52
Muhammad Dato’ Muda Linggi
Yusuf Ahmad
Mohd Sidin Rashid
Apakah isu orang Melayu yang dibangkitkan oleh pengarang tersebut ?
I Hak sama rata wanita
II Pendidikan anak-anak
III Kemunduran ekonomi
IV Kehilangan kuasa raja
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Mengapakah British mewujudkan jawatan berikut di Negeri –Negeri Melayu pada abad ke-19 dan awal abad ke-20 T5 B5 ms 30
Residen
Penasihat British
Menguasai sumber alam
Memajukan kemudahan asas
Mengekalkan sistem beraja
Mempertahan kuasa pembesar
Apakah faktor kemunculan negera-negara berikut muncul di Eropah pada awal abad ke-20 ?T5 B3 ms 68
Poland
Yogoslavia
Czechoslovakia
Kedudukan yang strategik
Wujudnya kumpulan etnik
Kalah dalam peperangan
kekayaan hasil bumi
Apakah kepentingan sistem Pembesar Empat Lipatan dalam pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka? T5 B3 ms 78
Memastikan adat istiadat dipatuhi
Memastikan sistem warisan terpelihara
Menjamin keutuhan sistem pemerintahan beraja
Mempertahan sistem perundangan tempatan
Rajah 2 berkaitan dengan negeri yang diletakkan di bawah Malayan Union.
Mengapakah Singapura dikecualikan ? T5 B4 ms 96
Sumber kewangan kerajaan terhad
Majlis Raja-Raja membuat bantahan
Kaum imigran melancarkan penentangan
Bimbang taraf pelabuhan bebas akan terjejas
Pada 8 Februari 1946, Vyner Brooke mengisytiharkan penyerahan Sarawak kepada British. T5 B4 ms 110
Mengapakah penduduk tempatan membantah penyerahan tersebut?
Sistem beraja tergugat
Sempadan wilayah berubah
Negeri menjadi tanah jajahan
Kegiatan penduduk terjejas
Maklumat berikut adalah usaha untuk menyatukan kaum di Tanah Melayu.
Mengapakah usaha tersebut penting ? T5 B5 ms 120 -121
Merangka perlembagaan Persekutuan
Mempercepat kemerdekaan negara
Menetapkan syarat kerakyatan
Memantapkan Sistem Ahli
Sistem Ahli diperkenalkan di Tanah Melayu pada tahun 1951. T5 B5 ms 118
Bagaimanakah sistem tersebut dapat memperkukuh perpaduan rakyat ?
Keahlian daripada pelbagai negeri
Kejayaan pembentukan persatuan
Ahli dilantik daripada pelbagai kaum
Bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi
Brunei telah menarik diri daripada menyertai Persekutuan Malaysia.
Apakah kesan sekiranya Brunei menyertai Malaysia? T5 B6 ms 140
Kerajaan Kalimantan Utara menjadi semakin kuat
Hubungan dengan Filipina dapat diperkukuh
Pengaruh golongan sosialis meningkat
Sumber ekonomi bertambah banyak
Rajah 3 menunjukkan idea awal wilayah yang akan membentuk PersekutuanMalaysia.
Mengapakah British menyokong wilayah dan negeri tersebut digabungkan dalam Persekutuan Malaysia ? T5 B6 ms 139
I Dapat menghalang kemasukan imigran
II Mampu membendung pengaruh komunis
III Berupaya memperkukuh sistem pertahanan
IV Boleh mengekalkan sistem pemerintahan beraja
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah bidang kuasa Badan Kehakiman dalam Perlembagaan Persekutuan? T5 B7 ms 174-175
I Menggubal undang-undang
II Menentukan kesahihan undang-undang
III Mentafsir undang-undang persekutuan
IV Menentukan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Pernyataan berikut berkaitan dengan sistem pentadbiran di Malaysia
Bagaimanakah sistem tersebut dapat mewujudkan kestabilan dan kemakmuran negara ? T5 B7 ms 161-162
I Rakyat berpeluang membentuk kerajaan
II Pandangan rakyat biasa diambil kira
III Kuasa raja adalah bersifat mutlak
IV Kebebasan mutlak rakyat terjamin
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Ordinan Pelajaran 1952 diperkenalkan untuk menyatukan penduduk di Tanah Melayu. T5 B8 ms 213
Berdasarkan Ordinan tersebut, bagaimanakah perpaduan dapat dicapai ?
Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar
Pelajaran agama diwajibkan di sekolah rendah
Pendidikan percuma kepada semua murid
Pengenalan kursus aliran kemahiran
Rajah 4 berkaitan dengan satu cabaran Wawasan 2020.
Bagaimanakah cabaran tersebut dapat ditangani ? T5 B8 ms 221
Mengekalkan keadilan ekonomi
Meningkatkan etika masyarakat
Memantapkan perpaduan rakyat
Membina masyarakat yang saintifik
MAPHILINDHO merupakan gabungan Malaysia, Filipina dan Indonesia.
Apakah matlamat penubuhan pertubuhan tersebut ? T5 B9 ms 254
Meningkatkan persefahaman
Menghapuskan ancaman komunis
Memajukan kegiatan perdagangan
Membentuk pakatan tentera serantau
Jadual 3 berkaitan dengan Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara ( ASEAN )
Apakah keputusan yang dicapai dalam mesyuarat tersebut ? T5 B9 ms 258
Penubuhan Pusat Kajian Bahasa Inggeris ( RELC )
Pembentukan Perundingan Ekonomi Asia Timur ( EAEC )
Pengisytiharan Zon Aman, Bebas dan Berkecuali ( ZOPFAN )
Pembinaan Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik ( RECSAM )
Piagam Atlantik 1945 yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa – Bangsa Bersatu tidak menggalakkan penjajahan bentuk baharu.
Apakah tindakan British di Tanah Melayu yang bersesuaian dengan piagam tersebut ? T5 B4 ms 104
Menamatkan Malayan Union
Memperkukuh sistem pertahanan
Mengawal kedatangan kaum imigran
Mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu
