wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BCD1013 FALSAFAH DAN KURIKULUM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Istilah falsafah berasal daripada dua perkataan Yunani iaitu philos dan sophia. Apakah maksud kedua-dua perkataan tersebut?

a)

mencintai dan kebijaksanaan

b)

kebijaksanaan dan mencintai

c)

menyayangi dan mengasihi

d)

ilmu dan pengetahuan

2.

Apakah pendapat yang diutarakan oleh Russell (1946) tentang konsep falsafah?

a)

Falsafah sebagai pemikiran reflektif yang sistematik terhadap kehidupan.

b)

Falsafah adalah sebagai sesuatu fahaman dan pengertian di antara teologi dan sains.

c)

Falsafah adalah usaha untuk berfikir secara rasional dan kritis terhadap perkara-perkara penting.

d)

Perkara yang berkaitan dengan falsafah ialah bukan menentukan peraturan, tetapi menganalisis pendapat peribadi terhadap penjelasan umum.

3.

Antara berikut yang manakah BUKAN faktor yang mempengaruhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan?

a)

Sosial

b)

Agama

c)

Ekonomi

d)

Masyarakat

4.

Apakah pengertian kurikulum yang dikemukakan oleh Hirst (1975)?

a)

Kurikulum sebagai semua kesempatan pembelajaran yang dirancang oleh guru-guru untuk murid sekolahnya.

b)

Kurikulum sebagai program berisi aktiviti yang direka bentuk supaya kanak-kanak akan mencapai pendidikan tertentu.

c)

Kurikulum sebagai satu program yang mengandungi aktiviti-aktiviti pembelajaran dan disusun oleh guru untuk mencapai objektif.

d)

Kurikulum sebagai semua pelajaran yang dirancangkan dan dibimbing oleh sekolah sama ada dilaksanakan secara individu atau kelompok.

5.

Antara berikut yang manakah BUKAN faktor yang mempengaruhi pembentukan

kurikulum?

a)

Kehendak sarwa sejagat

b)

Kehendak dan keperluan murid

c)

Kehendak dan keperluan negara

d)

Kehendak dan keperluan masyarakat

6.

Antara berikut yang manakah kategori utama di dalam matlamat kurikulum?


I Afektif

II Aplikasi

III Kognitif

IV Kemahiran

a)

I dan II

b)

I, III dan IV

c)

II, III dan IV

d)

I, II, III dan IV

7.

Yang manakah komponen penting yang BENAR dalam kurikulum ideal?


I Sukatan Pelajaran

II Buku Panduan Guru

III Bahan-bahan Pelajaran

IV Sistem Perlaksanaan Kokurikulum

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

8.

Antara berikut yang manakah model kurikulum yang berasaskan kepada objektif dan proses?

a)

Model Kurikulum Taba

b)

Model Kurikulum Tyler

c)

Model Kurikulum Waldorf

d)

Model Kurikulum Stenhouse

9.

Antara berikut yang manakah BUKAN aktiviti di dalam Model Kurikulum Stenhouse?

a)

Aktiviti yang membolehkan murid membuat keputusan dan refleksi sendiri

b)

Aktiviti yang memerlukan murid melibatkan diri secara pasif dalam situasi pembelajaran

c)

Aktiviti yang melibatkan murid dan guru dalam penanggungan risiko kejayaan dan kegagalan

d)

Aktiviti yang membolehkan murid menyelesaikan masalah mengikut kebolehan masing-masing

10.

Siapakah penulis buku Life in Classroom?

a)

Edward Thorndike

b)

P.W Jackson

c)

Sharifah Alwiah

d)

E.D Miller