Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Soalan Percubaan Melaka 2018

Total questions: 40

Worksheet time: 37mins

Name
Class
Date
1.

Hieroglif

Ideogram

Cuneiform


Mengapakah sistem tulisan tersebut diwujudkan?

a)

Memudahkan pembangunan bandar

b)

Menyebarkan pengaruh politik

c)

Melahirkan kelas pertengahan

d)

Mencatat urusan keagamaan

2.

Bagaimanakah raja Dinasti Chou memastikan kesetiaan pembesar yang dilantiknya?

a)

Pembayaran ufti

b)

Pelafazan ikrar

c)

Perkahwinan siasah

d)

Pemusatan pentadbiran

3.

Rajah berikut merujuk perubahan corak pentadbiran dalam tamadun Rom.


Sistem Beraja -----------> Republik


Apakah faktor yang menyebabkan perubahan tersebut?

a)

Kemerosotan ekonomi

b)

Kelemahan pemerintah

c)

Kemasukan pengaruh luar

d)

Kemunculan golongan tentera

4.

Pernyataan berikut menerangkan dasar peluasan kuasa pemerintah tamadun Rom.

Julius Caesar berjaya meluaskan kuasa ke Macedonia, Yunani, Syam, Mesir, Perancis, Brittania dan wilayah Jerman.


Apakah kesan daripada peristiwa tersebut?

a)

Kewujudan tentera upahan

b)

Penyeragaman sistem ekonomi

c)

Pembentukan pemerintahan empayar

d)

Kemerosotan pengaruh golongan gereja

5.

Dialog 1 mungkin diucapkan pada masa pemerintahan Raja Indravarman I dalam kerajaan Angkor.

Penduduk A: Kita mempunyai bekalan beras yang amat

mencukupi.

Penduduk B: Ya! Bekalan beras ini mampu menanggung

keseluruhan penduduk Angkor.

Apakah faktor yang membawa kepada keadaan tersebut?

a)

Kemasukkan modal asing

b)

Kemajuan sistem pengairan

c)

Kepesatan aktiviti perdagangan

d)

Kemantapan hubungan diplomatik

6.

Apakah tujuan pembinaan candi tersebut?

a)

Menyimpan bekalan makanan

b)

Mengenang jasa pahlawan negara

c)

Melambangkan keagungan pemerintah

d)

Mempergiatkan aktiviti penterjemahan

7.

Antara berikut, yang manakah merupakan ciri ekonomi masyarakat Arab Jahiliah?

I Amalan bersedekah digalakkan

II Kewajipan melakukan rompakan

III Pengeksploitasian terhadap golongan miskin

IV Aktiviti perniagaan diljalankan secara tukar barang

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

8.

Wahyu pertama ialah surah Al Alaq yang menggalakkan aktiviti membaca.

Mengapa perkara ini diwajibkan kepada umat Islam?

a)

Melahirkan penyair berwibawa

b)

Menyaingi pencapaian tamadun asing

c)

Menjadi asas perkembangan tamadun

d)

Membolehkan penterjemahan kitab suci

9.

Mengapakah Nabi Muhammad s.a.w. menghantar Mus’ab bin Umair ke Madinah sejurus selepas termetarinya Perjanjian Aqabah Pertama?

a)

Menyebarkan dakwah

b)

Menggubal perlembagaan

c)

Mengembangkan ekonomi

d)

Menyelesaikan pergaduhan

10.

Maklumat berikut merupakan syarat dalam Perjanjian Hudaibiyah.

Orang Islam dan orang Arab Quraisy bersetuju mengadakan genjatan senjata selama 10 tahun.

Mengapakah orang Islam menganjurkan perdamaian?

a)

Menjaga hubungan diplomatik

b)

Menjaga selamatan harta benda

c)

Membantu penyebaran Islam

d)

Membolehkan penawanan kota Makkah

11.

Apakah tugas yang diberikan Khalifah Abu Bakar Siddiq kepada tokoh berikut ?


Zaid bin Thabit

a)

Mengumpul ayat al-Quran

b)

Mengatasi ancaman Yahudi

c)

Menyekat pengaruh orang Quraisy

d)

Menghapuskan golongan al- Riddah

12.

Maklumat berikut merujuk tokoh ilmuan Islam pada zaman keagungan tamadun Islam.


Ibn Battuta

Al-Masudi

Ibn Fadhlan


Tokoh tersebut memberi sumbangan dalam bidang..

a)

falsafah

b)

astronomi

c)

kesusasteraan

d)

pengembaraan

13.

Apakah bukti yang menyokong teori kedatangan Islam daripada negara China?

a)

Amalan cara hidup

b)

Penemuan batu nisan

c)

Kewujudan perkampungan

d)

Jalinan hubungan perdagangan

14.

Maklumat berikut merupakan usaha yang telah dibuat semasa pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam di Acheh.


  • Menaungi negeri kecil di Sumatra Utara
  • Menakluki negeri-negeri di Tanah Melayu


Mengapakah Pemerintah Acheh bertindak sedemikan?

a)

Menyekat kemaraan Portugis

b)

Menguasai jajahan takluk Johor

c)

Menghalang perkembangan agama Kristian

d)

Menghapuskan kerajaan Kesultanan Melaka

15.

Rajah berikut merujuk kepada motif ukiran di Tanah Melayu.


P - corak binatang -------> Q - Corak geometri


Perubahan dari P ke Q adalah disebabkan oleh

a)

perkembangan pengaruh Islam

b)

kehendak pemerintah tempatan

c)

peningkatan kemahiran pertukangan

d)

kemasukkan pengaruh Hindu-Buddha

16.

Pepatah berikut menjadi pegangan hidup masyarakat Melayu.


Seikat seperti sireh

Sedencing seperti besi

Serumpun seperti serai


Apakah nilai murni yang ingin diterapkan dalam pepatah tersebut ?

a)

Bersatu padu

b)

Bertolak ansur

c)

Rajin berusaha

d)

Hormat menghormati

17.


16 Maklumat berikut merujuk perkembangan yang berlaku di Eropah.


Zaman Renaissance telah menyebabkan kemajuan dalam bidang sains, teknologi, matematik, georafi, kartografi dan astronomi.


Apakah kesan daripada perkembangan tersebut ?

a)

Perkembangan ilmu kaji bintang

b)

Permulaan perdagangan antarabangsa

c)

Perkembangan seni bina dan perubatan

d)

Permulaan kegiatan penjelajahan dan penerokaan

18.

Gambar di atas merupakan tokoh pelopor gerakan Reformation di Eropah.


Mengapakah tokoh tersebut mengkritik Gereja Katolik ?

a)

Pemilikan hartanah

b)

Percetakan kitab Bible

c)

Pengutipan cukai tanah

d)

Pengamalan sijil Indulgences

19.

Maklumat berikut merupakan dasar British di Tanah Melayu pada abad ke-20.

  • Mengenakan tarif cukai yang rendah
  • Menyediakan kadar sewa tanah rendah
  • Mengecualikan cukai ekspot selama 50 tahun

Mengapakah British memperkenalkan dasar tersebut ?

a)

Memajukan tanaman padi

b)

Mengembangkan industri berat

c)

Menggalakkan penanaman getah

d)

Membangunkan sektor perlombongan

20.

Jadual 1 merujuk peratusan pengeluaran bijih timah oleh pemodal Eropah di Tanah Melayu.


Mengapakah pengeluaran pemodal Eropah meningkat?

a)

Penghapusan sewa tanah

b)

Penggunaan tenaga mahir

c)

Pengecualian cukai eksport

d)

Pengenalan teknologi moden

21.

Maklumat berikut merujuk undang-undang tanah yang diperkenalkan oleh pihak British di Tanah Melayu.


  • Peraturan Tanah Perak 1879
  • Kanun Tanah Selangor 1891
  • Peraturan Tanah Sungai Ujong 1887


Apakah tujuan undang-undang tersebut diperkenalkan ?

a)

Menyeragamkan sewa tanah

b)

Melicinkan pentadbiran tanah

c)

Memudahkan penjualan tanah

d)

Menggalakkan pembukaan tanah

22.

Pernyataan manakah berkaitan dengan maklumat berikut?


· Beban orang putih

· Tugas mentamadunkan manusia

a)

Melaksanakan dasar imperialisme

b)

Mengatasi masalah kepadatan penduduk

c)

Memajukan ekonomi penduduk tempatan

d)

Masyarakat Timur memerlukan bantuan Barat

23.

Apakah implikasi pelaksanaan birokrasi Barat kepada negara Thai.

a)

Persaingan kuasa Barat

b)

Pengekalan kemerdekaan

c)

Pemantapan kuasa raja

d)

Penguasaan ekonomi oleh pembesar

24.

Maklumat berikut merujuk kepada peristiwa penting di Perak semasa penjajahan British


Mesyuarat antara Dato’ Maharaja Lela dengan pembesar Melayu di Durian Sebatang.


Apakah kesan daripada peristiwa tersebut ?

a)

Pengenalan sistem cukai

b)

Pembunuhan residen British

c)

Pelantikan wakil kerajaan

d)

Perlaksanaan undang-undang Barat

25.

Maklumat berikut berkaitan dengan kegiatan imigran akibat daripada dasar British di Tanah Melayu.


Berniaga

Berdagang

Bekerja

Menetap

Apakah kesan kegiatan tersebut ke atas orang-orang Melayu?

a)

Kuasa politik disekat

b)

Penguasaan ekonomi tradisional

c)

Kehilangan kuasa ekonomi

d)

Kehilangan hak istimewa

26.

Tokoh berikut mengamalkan konsep Real politik serta politik darah dan besi semasa memerintah Jerman pada abad ke-19.


Mengapakah beliau mengamalkan konsep tersebut?

a)

Menyatukan negara

b)

Melicinkan pentadbiran

c)

Menghapuskan sistem beraja

d)

Menggubal perlembagaan moden

27.

Sultan Abu Bakar merupakan pemerintah negeri Johor.


Apakah sumbangan penting tokoh tersebut?

a)

Mengukuhkan sistem raja berkuasa mutlak

b)

Membentuk Sistem Jemaah Menteri

c)

Memperkenalkan perlembagaan bertulis

d)

Meneruskan warisan Kesultanan Melayu Melaka

28.

Apakah muslihat British memperkenalkan Malayan Union di Tanah Melayu pada tahun 1946?

a)

Menyekat pengaruh dan campurtangan luar

b)

Mendapatkan sokongan penduduk tempatan

c)

Mengurangkan kemasukan orang dagang

d)

Menghapuskan negara dan bangsa Melayu

29.

Mengapakah surat di bawah dikeluarkan oleh British kepada rakyat Sarawak?


Surat pekeliling no 9

a)

Penjajahan tentera Jepun di Sarawak

b)

Penguasaan Keluarga Brooke di Sarawak

c)

Penentangan penduduk Sarawak terhadap keluarga Brooke

d)

Penentangan penduduk Sarawak terhadap penyerahan Sarawak

30.

Antara berikut yang manakah berkaitan dengan Siatem Ahli?


I Membuat dasar pentadbiran

II Ahli dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi

III Ahlinya terdiri daripada pelbagai kaum

IV Bertanggungjawab meluluskan undang-undang

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

31.

Mengapakah parti berikut ditubuhkan?


Pada tahun 1951 Parti Kemerdekaan Malaya

telah ditubuhkan oleh Dato’ Onn bin Jaafar

a)

Menyekat pengaruh komunis

b)

Mewujudkan perpaduan kaum

c)

Mempertahankan hak peribumi

d)

Mengurangkan pengaruh golongan radikal

32.

Pada 27 Mei 1961, Tuanku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu telah mencadangkan pembentukan Malaysia di Singapura.


Mengapakah beliau bertindak demikian?


I Memperkasa sistem beraja

II Memperkukuh politik negara

III Memantapkan kerjasama ekonomi

IV Mengimbangi pengaruh kuasa pembesar

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

33.

Apakah hak keistimewaan yang diperoleh Sarawak dan Sabah apabila menyertai Persekutuan Malaysia pada tahun 1963?

a)

Menentukan agama rasmi negara

b)

Mengawal hal ehwal imigresen

c)

Menentukan dasar luar negeri

d)

Mengawal sumber kewangan negeri

34.

Perkara 25 Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa seseorang warganegara boleh dilucutkan kerakyatannya.


Perkara manakah yang boleh membawa keadaan tersebut?

a)

Mengkritik dasar kerajaan

b)

Melanggar undang-undang

c)

Membocorkan rahsia negara

d)

Mengabaikan peranan sebagai pengundi

35.

Perlembagaan Malaysia menetapkan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong.


Antara yang berikut, yang manakah bidang kuasa baginda?

I Membubarkan Parlimen

II Mengisytiharkan darurat

III Mengetuai Kerajaan Persekutuan

IV Mempengerusikan perkhidmatan awam

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

36.

Dasar Kependudukan bermatlamat meningkatkan jumlah penduduk Malaysia menjadi 70 juta dalam tempoh 115 hingga 120 tahun


Mengapakah kerajaan melaksanakan dasar tersebut?


I Mengimbangi kekuatan tentera negara jiran

II Merapatkan jurang ekonomi antara kaum

III Menambahkan bilangan tenaga kerja

IV Meningkatkan pasaran keluaran barangan tempatan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

37.

Gambar di atas berkaitan dengan logo Sukan Malaysia (SUKMA) 2010.

Apakah tujuan sukan tersebut diadakan?

a)

Memantapkan ekonomi negara

b)

Memperkukuh perpaduan rakyat

c)

Memajukan industri pelancongan

d)

Mengimbangi ekonomi antara kaum

38.

Tokoh di atas adalah pemimpin Jerman yang dituduh mengingkari Perjanjian Versailles yang ditandatangani pada tahun 1919.


Apakah bukti tuduhan berikut?

a)

Memperbesar angkatan tentera

b)

Menakluki wilayah Itali

c)

Menyertai Kuasa Bersekutu

d)

Mengamalkan pemerintahan diktator

39.

Jadual di atas menunjukkan perubahan dasar luar Malaysia.

Mengapakah berlaku perubahan dasar di atas?

a)

Suasana yang aman di Vietnam

b)

Bantuan pertahanan dari Komanwel

c)

Pengaruh Britain di Timur berkurangan

d)

Perjanjian Inggeris-Tanah Melayu ditandatangani

40.

Maklumat berikut merujuk kepada usaha kerajaan dalam menghadapi cabaran globalisasi abad ke-21.

  • melahirkan k-ekonomi
  • membina k-masyarakat


Bagaimanakah cabaran tersebut dihadapi?

a)

Meningkatkan daya saing

b)

Membendung gejala sosial

c)

Mengurangkan kadar kemiskinan

d)

Mengimbangkan pembangunan wilayah