Font size
Worksheetsstrive for excelllent
Total questions: 40
Worksheet time: 20mins
Konsep tamadun dari sudut pandangan islam menekankan pembangunan rohaniah.
Apakah yang berkaitan dengan pembangunan rohaniah ?
Kepelbagaian kepercayaan
Kepelbagaian kemahiran
Ketinggian pemikiran
Ketinggian tatasusila
Gambar 1 adalah tulisan hieroglif.
Tulisan tersebut dicipta oleh masyarakat dalam tamadun
Mesopotamia
Mesir Purba
China
Indus
Rajah 1 berkaitan dengan sistem pemerintahan yang diamalkan dalam Tamadun Rom.
Apakah kebaikan sistem pemerintahan tersebut ?
Mengawal kuasa pembesar
Memperkukuh kuasa gereja
Memulihkan sistem monarki
Menghalang pemusatan kuasa
Dialog berikut mungkin berlaku pada abad ke-9 Masihi.
Dimanakah Suvarnabhumi yang dimaksudkan dalam dialog tersebut ?
Funan
Angkor
Pulau Jawa
Tanah Melayu
Kerajaan Melayu berikut diasaskan di sekitar Selat Melaka pada abad ke-5 Masihi dan abad ke 7 Masihi.
- Kedah Tua
- Srivijaya
Kemajuan dan perkembangan kedua-dua kerajaan tersebut berkaitan dengan
bantuan daripada negara luar
perkembangan agama Hindu
keluasan kawasan pertanian
aktiviti perdagangan
Proses gali cari telah menemukan artifak berikut di Kedah.
- Manik
- Tembikar China
- Pelita tembaga
Penemuan artifak tersebut dapat dikaitkan dengan kewujudan
kegiatan penaklukan
pelabuhan entreport
penghantaran ufti
pusat pengajian
Khalifah Abu Bakar al-Siddiq merupakan pemerintah Islam Madinah yang pertama selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W.
Apakah tindakan beliau untuk memperkukuh negara Islam Madinah? [Pilih 2 jawapan]
Menghapuskan golongan murtad
Mewujudkan pentadbiran wilayah
Menghantar utusan damai ke Makkah
Mengadakan gencatan senjata dengan Rom
Uthman bin Affan dihantar untuk berunding dengan orang Quraisy Makkah setelah orang Islam disekat di Hudaibiyah dalam perjalanan menuju ke Makkah.
Apakah faktor pemilihan beliau?
Memiliki sifat diplomasi
Keturunan Bani Hasyim
Disokong kaum Ansar
Seorang hartawan
Apakah sumbangan tokoh berikut kepada kerajaan Islam?
- Khalid bin al-Walid
- Usamah bin Zaid
Melancarkan gerakan membasmi nabi palsu
Menjadi panglima angkatan tentera
Mengembangkan pengajaran Al-Quran
Memeterai perjanjian dengan kerajaan Parsi
Masyarakat Arab pada Zaman Jahiliah sering bergaduh sesama sendiri.
Mengapakah pergaduhan tersebut berlaku?
Pertukaran hak menguasai telaga zamzam
Perebutan hak milik untuk mengawal Kaabah
Pertelagahan kuasa mengutip cukai
Pengamalan semangat kesukuan
Golongan al-Riddah muncul selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW.
Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan golongan tersebut? [Pilih 2 jawapan]
Mengaku sebagai nabi
Memerangi pemberontak
Mengetuai kehidupan kafilah
Mengingkari pembayaran zakat
Zaman kegemilangan kerajaan Bani Abbasiyah ialah semasa pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid dan al-Makmun.
Apakah faktor kegemilangan tersebut?
Kekayaan hasil bumi
Kekuatan tentera laut
Pencapaian intelektual
Perkembangan industri
Apakah strategi dakwah yang digunakan oleh para mubaligh Islam di Asia Tenggara untuk memudahkan penyebaran Islam?
Memfokuskan golongan muda
Mendirikan institusi pendidikan
Mendekati golongan pemerintah
Menawarkan bantuan dan hadiah
Tokoh berikut berpendapat Islam sampai ke Asia Tenggara melalui China.
- S.Q Fatimi
Apakah bukti yang menyokong pendapat tokoh tersebut?
Persamaan unsur budaya
Persamaan seni bina masjid
Persamaan sistem perundangan
Persamaan struktur pentadbiran
Pendidikan dalam kalangan masyarakat Melayu mengalami perubahan selepas kedatangan Islam.
Apakah perubahan tersebut?
Pembesar membiayai penubuhan sekolah
Bahasa Arab menjadi bahasa pengantar
Melibatkan semua lapisan masyarakat
Terhad dalam golongan bangsawan
Maklumat berikut berkaitan dengan institusi pendidikan di Tanah Melayu selepas kedatangan Islam.
• Berdasarkan sukatan pelajaran
• Dijalankan secara kelas
• Diawasi oleh mudir
Apakah institusi pendidikan tersebut?
Istana
Pondok
Madrasah
Surau
Mengapakah Parlimen Britain meluluskan Akta Pemagaran pada abad ke-18 ? [Pilih 2 jawapan]
Memajukan kegiatan pertanian
Memperluas kawasan perindustrian
Menggalakkan penggunaan mesin
Menjamin hak pemilik tanah
Gambar 2 menunjukkan tindakan yang dilakukan oleh kumpulan Luddite di Britain pada abad ke-10.
Mengapakah kumpulan Luddite bertindak demikian?
Kadar upah rendah
Masa bekerja panjang
Kanak-kanak dieksploitasi
Penggunaan mesin meluas
Pada abad ke-19, peniaga tempatan di Tanah Melayu terpaksa mendapatkan khidmat komprador atau orang tengah.
Mengapakah terjadi demikian?
Mendapatkan konsesi tanah
Memohon pinjaman bank
Menguasai bahan mentah
Mengawal tenaga buruh
Pada abad ke-20, kapal korek mula digunakan dalam kegiatan perlombongan di Tanah Melayu.
Apakah kesan penggunaan kapal korek tersebut?
Pembesar Melayu menjadi pemodal
Kegiatan pertanian semakin merosot
Lombong milik pelombong Cina ditutup
Pemodal Eropah menjadi pengeluar utama
Perkembangan teknologi berikut berlaku pada abad ke-19.
Apakah kesan perkembangan teknologi tersebut terhadap Asia Tenggara?
Perkembangan pengangkutan laut
Peningkatan taraf hidup penduduk
Perluasan imperialisme Barat
Pertambahan imigran Eropah
Muhammadiyah adalah pertubuhan penting dalam gerakan nasionalisme tahap pertama di Indonesia.
Mengapakah pertubuhan tersebut ditubuhkan?
Menentang sekularisme
Melancarkan pemberontakan
Menuntut kebebasan bersuara
Membentuk kerajaan campuran
Maklumat berikut berkaitan dengan perjuangan pertubuhan Melayu pada tahun
1930-an.
Mengapakah KMM melaksanakan strategi tersebut?
Menghalau penjajah asing
Menyekat pengaruh komunis
Mendapatkan petempatan khas
Menghalang kemasukan imigran
Rentap adalah wira masyarakat Iban yang menentang pentadbiran Brooke di Sarawak.
Apakah tindakan beliau untuk menentang pentadbiran Brooke?
Menyerang kubu pertahanan
Enggan membayar cukai tanah
Mengutip hasil hutan tanpa lesen
Meminta bantuan tentera asing
Persidangan Damai Paris menghasilkan Deklarasi Empat Belas Perkara Woodrow Wilson.
Apakah kesan deklarasi tersebut terhadap Eropah?
Sistem beraja dipulihkan
Kuasa gereja diperkukuh
Negara bangsa baharu muncul
Pakatan tentera serantau dibentuk
Rajah 2 berkaitan dengan fasal yang terkandung dalam perlembagaan atau Undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu.
Mengapakah perlembagaan atau undang-undang tubuh tersebut diperkenalkan?
Menghalang perluasan kuasa asing
Menyekat penghijrahan penduduk
Melindungi hak penduduk tempatan
Menyeragamkan sistem kutipan cukai
Gambar 3 adalah pemerintah Johor yang berusaha menghalang campur tangan British.
Bagaimanakah baginda bertindak menghalang British daripada menguasai negeri Johor ?
Menyatupadukan pelbagai kaum
Menggubal perlembagaan bertulis
Menyekat kemasukan buruh asing
Mendapatkan bantuan kerajaan berjiran
Maklumat berikut berkaitan dengan pentadbiran penjajah di Tanah Melayu.
Apakah sistem pentadbiran yang berkaitan dengan maklumat tersebut?
Malayan Union
Pentadbiran Tentera British
Negeri-negeri Melayu Bersekutu
Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu
Bagaimanakah masyarakat tempatan menentang penyerahan Sarawak kepada kerajaan British pada tahun 1946?
Menganjurkan kongres
Mengadakan demonstrasi
Melaksanakan pungutan suara
Mendapatkan bantuan kuasa asing
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 ditandatangani pada 15 Ogos 1957.
Mengapakah perjanjian tersebut penting kepada penduduk Tanah Melayu?
Meneruskan kuasa British
Majlis Mesyuarat Negeri dibentuk
Mendapat hak untuk memerintah sendiri
Menamatkan sistem pemerintahan monarki
Pada tahun 1956, Suruhanjaya Reid telah dibentuk untuk merangka perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.
Apakah perkara asas yang dipertimbangkan dalam rangka perlembagaan tersebut?
Kedudukan British
Jawatan tradisional
Bantahan negara jiran
Kuasa autonomi negeri
Maklumat berikut merujuk peristiwa yang berlaku di Indonesia.
Apakah kesan peristiwa tersebut?
Dasar Konfrontasi tamat
Pengaruh komunis kukuh
Pertumbuhan ekonomi terjejas
Pemerintahan republik dibentuk
Lee Kuan Yew menggunakan alasan berikut untuk membawa masuk Singapura dalam Persekutuan Malaysia.
• Mempercepat proses kemerdekaan
• Melemahkan ancaman komunis
Mengapakah Singapura dipisahkan daripada Persekutuan Malaysia pada tahun 1965?
Menghormati hak kaum imigran
Tidak mengiiktiraf parti berhaluan kiri
Enggan mematuhi dasar kerajaan
Memohon naungan pihak British
Bagaimanakah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dapat melaksanakan pilihan raya yang bebas dan adil di negara kita, Malaysia?
Tidak memihak kepada mana-mana parti politik
Membenarkan calon mengemukakan sebarang isu
Melantik pegawai pengurus pilihan raya luar negara
Tidak membenarkan wakil parti politik memantau pilihan raya
Perlembagaan Malaysia merupakan peraturan tertinggi negara kita.
Apakah kepentingan perlembagaan tersebut terhadap warganegara Malaysia? [Pilih 2 jawapan]
Menjamin keselamatan rakyat
Melicinkan pentadbiran kerajaan
Mengawal pertambahan penduduk
Memberi kebebasan memilih kerakyatan
Pernyataan berikut berkaitan dengan matlamat Dasar Ekonomi Baru yang dilancarkan pada tahun 1971.
- Membina perpaduan dan keharmonian dalam kalangan rakyat
Bagaimanakah matlamat tersebut boleh dicapai?
Memiliknegarakan industri
Mengurangkan hak milik asing
Kekayaan negara dikongsi bersama
Sistem kewangan disusun semula
Agensi berikut telah diswastakan oleh kerajaan melalui Dasar Penswastaan.
• Jabatan Pos ( Pos Malaysia Berhad)
• Lembaga Lektrik Negara ( Tenaga Nasional Berhad)
Pilih 2 jawapan.
Memajukan industri kecil
Mengurangkan beban kewangan
Meningkatkan kualiti perkhidmatan
Menggalakkan kemasukan modal asing
Bagaimanakah tokoh berikut mengembalikan semula maruah bangsa dan negaranya selepas Perang Dunia Pertama?
Mengadakan referendum
Memperbesar angkatan tentera
Membangunkan industri baharu
Memulihkan sistem monarki
Maklumat berikut menunjukkan perbelanjaan semasa Perang Dunia Pertama.
Mengapakah negara-negara yang terlibat membelanjakan banyak wang untuk berperang?
Menentang dasar apartheid
Menghapuskan keganasan
Memperluas pengaruh
Menguasai pasaran
MAPHILINDO merupakan gabungan Malaysia, Filipina dan Indonesia.
Apakah matlamat penubuhannya?
Meningkatkan persefahaman
Memajukan kegiatan perdagangan
Membentuk pakatan tentera serantau
Menghapuskan ancaman komunis
