wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

TRIAL KELANTAN 2021

Total questions: 40

Worksheet time: 21mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang dimaksudkan dengan kedaulatan bagi sesebuah negara?

a)

Kepatuhan undang-undang

b)

Kekuasaan tertinggi

c)

Ketinggian budaya

d)

Kekuatan bangsa

2.

Maklumat menunjukan hubungan yang terjalin antara Kesultanan Melayu Melaka dengan kerajaan Dinasti Ming


· Kerajaan Dinasti Ming telah menghantar Laksamana Cheng Ho sebagai utusan bagi menjalinkan hubungan antara China dengan Melaka.


Apakah kesan hubungan tersebut kepada Melaka?

a)

Menggalakkan pelaburan asing

b)

Memajukan Pendidikan

c)

Mendapat pengiktirafan

d)

Meluaskan pengaruh

3.

Gambar berikut merupakan tokoh sejarahwan negara

Apakah pendapat tokoh tersebut berkaitan dengan nasionalisme?

a)

Gerakan meletakkan kesetiaan seseorang

b)

Menzahirkan suatu bangsa yang kuat

c)

Berpegang kepada faham kebangsaan

d)

Mengiktiraf hak setiap bangsa

4.

Tokoh berikut memainkan peranan yang penting dalam membangkitkan semangat nasionalisme di Tanah Melayu pada abad ke20


· Harun Aminurrashid

· Abdul Rahim Kajai


Bagaimanakah mereka berjaya menaikkan semangat nasionalisme di negara kita?

a)

Menghasilkan penulisan kreatif

b)

Menentang golongan penjajah

c)

Mengadakan ceramah umum

d)

Menubuhkan parti politik

5.

Bagaimanakah British menyekat pengedaran tulisan yang berkaitan dengan agama Islam dalam kalangan masyarakat Melayu?

a)

Memberi notis kepada sesiapa yang terlibat

b)

Menggunakan kekerasan ketua masyarakat

c)

Memberi ugutan kepada sesiapa yang ingkar

d)

Memperkenalkan Enakmen Undang-undang Islam

6.

Pilih dua jawapan yang betul


Manakah yang berikut merupakan faktor meletusnya Perang Dunia kedua(1939-1945)?

a)

Kemunculan ideologi baharu

b)

Kegagalan Liga Bangsa-bangsa

c)

Kebangkitan kuasa besar di Eropah

d)

ketidakpuasan hati negara anggota

7.

Mengapakah British Military Administration (BMA) mengarahkan MPAJA menyerahkan senjata kepadanya pada Disember 1945?

a)

Mengurangkan tekanan rakyat

b)

Menolak kepercayaan rakyat

c)

Memantapkan perjuangan

d)

Memulihkan keamanan

8.

Rajah berikut merupakan cara bantahan Raja-raja Melayu terhadap Malayan Union


Apakah X ?

a)

Membawa kes Malayan Union ke England

b)

Memimpin Gerakan penentangan

c)

Memulau perlantikan Gabenor

d)

Membantah Hasrat rakyat

9.

Apakah matlamat perjuangan nasionalis Melayu radikal semasa memperjuangkan kemerdekaan?

a)

Menobatkan Bahasa Melayu

b)

Mengukuhkan perpaduan

c)

Membebaskan tanah air

d)

menganjurkan kongres

10.

Maklumat berikut berkaitan dengan perlembagaan yang dihasilkan oleh AMCJA-PUTERA untuk menggantikan perjanjian Persekutuan Tanah Melayu


* PERLEMBAGAAN RAKYAT 1947


Apakah cadangan yang dikemukakan dalam perlembagaan tersebut?

a)

Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan

b)

Penyatuan Tanah Melayu dengan Indonesia

c)

Singapura diasingkan daripada Tanah Melayu

d)

Syarat Kewarganegaraan perlu diperketatkan

11.

Gambar berikut merupakan Tindakan yang telah dilakukan oleh Parti Komunis Malaya (PKM) di Tanah Melayu


Mengapakah PKM bertindak sedemikian?

a)

Menyekat kebebasan rakyat

b)

Menghalang kemasukan buruh

c)

Menguasai ekonomi tempatan

d)

Melumpuhkan ekonomi British

12.

Jadual berikut berkaitan dengan jumlah pasukan keselamatan yang terkorban dalam menangani ancaman komunis

Mengapakah berlakunya keadaan sedemikian?

a)

Kesiapsiagaan kerajaan

b)

Ketidakupayaan kerajaan

c)

Kegagalan dalam perundingan

d)

Kelemahan pasukan perisikan

13.

Apakah matlamat perjuangan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin oleh Dr Burhanuddin al-Helmi?

a)

Kerjasama kaum membentuk perpaduan

b)

Kuatkuasakan peraturan dalam negara

c)

Bertanggungjawab kepada rakyat

d)

Bertoleransi dengan negara luar

14.

Mengapakah British memperkenalkan sistem Ahli di Tanah Melayu pada April 1951?

a)

Memupuk perpaduan kaum

b)

Mengukuhkan lagi penguasaan politik

c)

Menerapkan sistem pentadbiran Barat

d)

Meningkatkan kemajuan ekonomi orang Melayu

15.

Di Sarawak pilihan raya tempatan yang pertama diadakan pada tahun 1956.


Mengapakah pilihan raya tersebut diadakan?

a)

Sebagai pra peralihan kuasa Brooke

b)

Memilih ketua penghuni rumah Panjang

c)

Persediaan awal ke arah berkerajaan sendiri

d)

Menentukan calon berwibawa dalam memimpin

16.

Gambar berikut merupakan Ahli Kabinet Kerajaan Persekutuan tahun 1955



Mengapakah kabinet pertama ini penting kepada negara? kita

a)

Penggabungan parti politik

b)

Menunjukkan kompromi antara kaum

c)

Mengukuhkan kuasa raja-raja Melayu

d)

Pertambahan kuasa Pesuruhjaya Tinggi

17.

Maklumat berikut berkaitan dengan pembentukan Suruhanjaya Reid di Tanah Melayu


· Mendapat persetujuan daripada raja-raja Melayu di London pada 8 Mac 1956


Apakah tugas suruhanjaya tersebut?

a)

Membentuk jawatan kuasa baharu

b)

Membatalkan perundangan

c)

Merangka perlembagaan

d)

Meminda hak warganegara

18.

Malaysian Chinese Association (MCA) telah mengemukakan tuntutan dalam pendidikan melalui memorandum kepada Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.


Apakah tuntutan tersebut?

a)

Meneruskan sekolah vernakular

b)

Mempertahankan hak kaum Cina

c)

Membubarkan sekolah aliran Inggeris

d)

Melonggarkan syarat kewarganegaraan

19.

Gambar berikut berkaitan dengan detik yang bersejarah yang berlaku pada 31 Ogos 1957 di negara kita


Pilih dua nilai yang diperoleh daripada peristiwa tersebut

a)

Bangga

b)

Toleransi

c)

Kejujuran

d)

Bersyukur

20.

Apakah Langkah yang diambil oleh pemimpin tempatan dalam menangani kesan kemerdekaan peringkat antarabangsa?

a)

Penguatkuasaan keselamatan

b)

Penjanaan nilai eksport negara

c)

Pemulihan kewangan untuk rakyat

d)

Pengukuhan hubungan dengan luar negara

21.

Gambar berikut menunjukkan istana kehakiman negara di Putrajaya

Mengapakah institusi berkenaan mesti bersifat bebas tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak?

a)

Memelihara kedaulatan negara

b)

Memastikan keberkesanan pentadbiran

c)

Meluluskan undang-undang negara

d)

Menjamin keamanan negara

22.

Maklumat berikut merupakan lambang negara yang diperkenalkan di Malaysia


· Jata negara

· Lagu Kebangsaan

· Bendera Jalur Gemilang


Mengapakah lambang tersebut perlu dihormati?

a)

Membina sahsiah diri

b)

Menanam semangat patriotik

c)

Mempertahankan kemerdekaan

d)

Mengekalkan sistem demokrasi

23.

Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi dalam sistem pemerintahan negara.


Apakah ciri tradisional perlembagaan tersebut?

a)

Agama Islam

b)

Kewarganegaraan

c)

Sistem demokrasi

d)

Kerajaan Persekutuan

24.

Maklumat berikut berkaitan dengan pindaan Perlembagaan pada tahun 1965


· Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj membawa usul untuk diluluskan di Parlimen


Mengapakah pindaan tersebut dilaksanakan?

a)

Pelaksanaan darurat

b)

Pemisahan Singapura

c)

Pembentukan Malaysia

d)

Pengukuhan institusi beraja

25.

Maklumat berikut berkaitan dengan sistem pentadbiran British


· Sistem Residen di Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB)

· Sistem Penasihat di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB)


Apakah kesan pelaksanaan sistem tersebut?

a)

Raja Melayu diturunkan takhta

b)

Pembesar tempatan diberi pencen

c)

Pembesar negeri diberi pampasan

d)

British mencampuri urusan pentadbiran

26.

Rajah berikut berkaitan dengan pengagihan kuasa dalam sistem pemerintahan negara kita


Manakah yang berikut berada di bawah bidang kuasa X ?

a)

Meluluskan undang-undang

b)

Mentafsir perlembagaan negara

c)

Menggubal dasar-dasar negara

d)

Menyemak dasar-dasar kerajaan

27.

Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Persekutuan.


Apakah maksud Persekutuan?

a)

Mewujudkan Jemaah Menteri

b)

Mengutamakan institusi beraja

c)

Mengamalkan sistem demokrasi

d)

Menggabungkan beberapa buah negeri

28.

Pada peringkat awal kemerdekaan kerajaan memberi tumpuan kepada pembukaan tanah baharu dan pembangunan In-Situ.


Apakah maksud pembangunan In-Situ ?

a)

Menyelaras kemajuan wilayah

b)

Menekankan pembangunan fizikal desa

c)

Menstrukturkan semula lokasi penempatan

d)

Menyusun semula strategi pemasaran

29.

Perjanjian Julai 1963 juga dikenali sebagai Perjanjian Malaysia.


Pilih dua inti pati perjanjian tersebut

a)

British mengiktiraf hak Filipina ke atas Sabah

b)

Brunei dan Singapura sebahagian Malaysia

c)

Pembentukan Malaysia pada 31 Ogos 1963

d)

Kelebihan Sarawak menubuhkan kabinet negeri

30.

Mengapakah Dr. SubandrioMenteri Luar Indonesia bertindak mengumumkan dasar konfrantasi terhadap Malaysia pada 20 Januari 1963?

a)

Mendakwa Sabah miliknya

b)

Mengancam kedudukan Indonesia

c)

Mengurangkan pengaruh orang Melayu

d)

Membelakangi gagasan Melayu Raya

31.

Selepas pembentukan Malaysia kita terpaksa menghadapi pelbagai cabaran.


Antara cabaran tersebut ialah

a)

Pembabitan golongan radikal

b)

Pelaksanaan pilihan raya umum

c)

Penyeragaman sistem pendidikan

d)

Perebutan kuasa antara pemimpin

32.

Gambar berikut berkaitan dengan peristiwa pengeboman Tugu Negara oleh Parti Komunis Malaya (PKM) pada 26 Ogos 1975

Bagaimanakah pihak keselamatan menangani peristiwa tersebut?

a)

Mengisytiharkan darurat

b)

Melaporkan kepada PBB

c)

Menangkap anggota PKM

d)

Memperkuat pasukan perisikan

33.

Maklumat berikut berkaitan dengan dasar pentadbiran British

· Pemisahan petempatan melalui kegiatan ekonomi

· Mewujudkan sistem Pendidikan vernakular dalam pendidikan

Apakah kesan kepada bangsa Malaysia pasca merdeka?

a)

Kepesatan ekonomi

b)

Kecekapan pentadbiran

c)

Kerenggangan hubungan

d)

Keberhutangan tinggi

34.

Akta Bahasa Kebangsaan telah digubal di bawah Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia.


Pilih dua cara Bahasa Melayu diperkasakan dalam sistem Pendidikan

a)

Menggalakkan penglibatan swasta

b)

Menubuhkan Kolej Sultan Abdul Halim

c)

Pembukaan sekolah menengah kebangsaan

d)

Mewajibkan penggunaannya dalam semua urusan

35.

Gambar berikut berkaitan dengan Rancangan Buku Hijau peringkat kebangsaan yang dilancarkan pada 20 Disember 1974

Apakah tujuan rancangan tersebut diperkenalkan?

a)

Menambahkan pendapatan rakyat

b)

Menyusun penempatan penduduk

c)

Menyokong dasar ekonomi baru

d)

Memperkenalkan tanaman komersil

36.

Maklumat berikut berkaitan dengan pelaburan modal saham yang telah dilancarkan oleh Permodalan Nasional Berhad pada 17 Mac 1978

Mengapakah kerajaan memperkenalkannya?

a)

Persaingan dengan pelabur asing

b)

Permulaan integrasi nasional

c)

Pengenalan ekonomi moden

d)

Pemilikan saham bumiputera

37.

Gambar berikut berkaitan dengan bantahan dasar Apartheid di Afrika Selatan

Mengapakah Malaysia turut menentang amalan tersebut?

a)

Menghapuskan sekatan pelaburan

b)

Mempertahankan hak asasi manusia

c)

Mengelakkan campur tangan asing

d)

Mengurangkan konflik ketenteraan

38.

Pada tahun 1963 persefahaman antara Malaysia Filipina dan Indonesia telah mewujudkan MAPHILINDO.


Apakah tujuan penubuhan MAPHILINDO?

a)

Menjalin kerjasama ekonomi

b)

Menangani ancaman komunis

c)

Mewujudkan kerjasama kebudayaan

d)

Menyelesaikan isu penubuhan Malaysia

39.

Pemerdagangan manusia merupakan satu strategi jenayah terancang.


Mengapakah Malaysia menjadi lokasi transit bagi jenayah tersebut?

a)

Kemakmuran negara

b)

Kelonggaran imigresen

c)

Kemajuan pelancongan

d)

Ketiadaan undang-undang

40.

Gambar menunjukkan inisiatif Malaysia dalam penyelidikan di Antartika

Mengapakah negara kita membangkitkan isu penerokaan secara tidak adil ke atas Antartika?

a)

Pengambilan secara haram

b)

Penyelidikan tanpa sekatan

c)

Penguasaan sebahagian kecil negara

d)

Penglibatan kuasa-besar dunia