wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH T4/B6

Total questions: 37

Worksheet time: 37mins

Name
Class
Date
1.
Pada zaman pemerintahan khulafa al-Rasyidin, seseorang khalifah dilantik melalui sistem syura
Apakah kebaikan sistem tersebut?
T4 ms 143 (SPM 2010)
a)
A. Menjamin kesinambungan pemerintahan
b)
B. Meneruskan tradisi masyarakat Arab
c)
C. Mendapat sokongan orang bukan Arab
d)
D. Menjamin pemilihan pemimpin berkelayakan
2.
Antara berikut yang manakah termasuk dalam golongan al-Riddah yang muncul selepas  kewafatan Nabi Muhammad SAW?  
 I. Menjadi ketua khalifah
 II. Memerangi pemberontakan
 III. Mengaku sebagai nabi
 IV. Mengingkari pembayaran zakat              
T4 ms 145 (SPM 2004)
a)
A. I dan II
b)
B. I dan IV
c)
C. II dan III 
d)
D. III dan IV 
3.
Antara yang berikut, yang manakah sumbangan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq kepada kerajaan Islam Madinah?  
 I. Memerangi golongan al-Riddah
 II. Memperkenalkan pelbagai cukai
 III. Menubuhkan Jabatan Kehakiman
 IV. Menyelesaikan perpecahan umat Islam              
T4 ms 145 (SPM 2014)
a)
 A. I dan II
b)
B. I dan IV
c)
C. II dan III 
d)
D. III dan IV 
4.
Apakah pembaharuan yang telah dilaksanakan oleh Khalifah Abu Bakar al-Siddiq dalam sistem  pemerintahan negara?
T4 ms 144-145 (SPM 2011)
a)
A. Menyediakan pakaian seragam tentera
b)
B. Membentuk tentera sukarela
c)
C. Memperkukuh tentera laut
d)
D. Memperkenalkan gaji untuk tentera
5.
Senarai berikut berkaitan dengan konsep politik dalam sistem pemerintahan Islam. 
• Musyawarah  
• Syura
 
• Baiah 

Apakah kepentingan amalan konsep tersebut terhadap sesebuah negara?
 I. Melahirkan pemimpin berwibawa 
 II. Memperkukuh sistem berkuasa mutlak 
 III. Mengehadkan kuasa pentadbir wilayah 
 IV. Memperkuat ikatan rakyat dengan pemimpin 
T4 ms 143 (SPMU 2015)
a)
A. I dan II 
b)
 B. I dan IV 
c)
C. II dan III 
d)
 D. III dan IV 
6.
Apakah sumbangan tokoh berikut kepada kerajaan Islam? 
• Khalid bin al-Walid  
• Usamah bin Zaid 
   
T4 ms 145 (SPM 2016)
a)
A. Menjadi panglima tentera
b)
B. Mengembangkan pengajian Al-Quran
c)
C. Melancarkan gerakan membasmi nabi palsu
d)
D. Memeterai perjanjian dengan kerajaan Parsi 
7.
Tokoh berikut telah membantu mengukuhkan pemerintahan Khalifah Abu Bakar al- Siddiq
• Khalid bin al-Walid  
• Usamah bin Zaid 

 Apakah bantuan yang diberikan oleh tokoh-tokoh tersebut?
T4 ms 145 (SPM 2014)
a)
A. Menggubal undang-undang
b)
B. Mengatasi ancaman kuasa luar
c)
C. Memperkukuh sistem pendidikan
d)
D. Mempelbagaikan kegiatan pertanian
8.
Bagaimanakah Khalifah Abu Bakar al-Siddiq berjaya mengatasi ancaman kuasa Rom dan Parsi
 T4 ms 145  (SPMU 2014)
a)
A. Menghantar ekspedisi perang
b)
B. Mengutus utusan damaI
c)
C. Mendapatkan bantuan luar
d)
D. Memperkuat angkatan laut
9.
Orang Mawali ialah orang bukan Arab yang memeluk Islam.  
Antara yang berikut , yang manakah berkaitan dengan mereka?    
T4 ms 145 (SPM 2009)
a)
A. Diwajibkan menyertai kerahan tenaga
b)
B. Dikenakan bayaran cukai tambahan
c)
C. Dilantik mengetuai pentadbiran wilayah
d)
D. Dipertanggungjawabkkan membina terusan 
10.
Bagaimanakah Khalifah Umar bin Al-Khattab mengawal hakim daripada melakukan  penyelewengan ?
T4 ms 146 (SPM 2015)
a)
A. Mewujudkan peraturan yang tegas
b)
B. Memberikan gaji setiap bulan
c)
C. Melantik pegawai risikan
d)
D. Membuat pemantauan
11.
Apakah langkah Khalifah Umar bin al-Khattab r.a. mengawal penyelewengan hakim?
T4 ms 146 (
SPM 2005)
     
a)
A. Mengenakan hukuman yang berat
b)
B. Membuat pemantauan yang kerap
c)
C. Memberikan gaji bulanan yang lumayan
d)
D. Meningkatkan kefahaman terhadap Islam
12.
Mengapakah Khalifah Umar bin al-Khattab mewujudkan jawatan Wali atau Gabenor semasa  pemerintahan beliau? T4 ms 146  (SPM 2010)
a)
A. Mempergiat usaha penyebaran agama Islam
b)
B. Memperkukuh perpaduan penduduk
c)
C. Memperluaskan kawasan pemerintahan
d)
D. Mempertingkat sistem pentadbiran wilayah 
13.
Bagaimanakah Khalifah Uthman bin Affan r.a. berjaya meluaskan wilayah Islam?
 T4 ms 147 (SPM 2007)
a)
A. Semangat jihad dipupuk
b)
B. Armada laut diperkukuh
c)
C. Perkahwinan politik digalakkan
d)
D. Perjanjian dengan pemimpin tempatan dimeterai
14.
Bagaimanakah Khalifah Uthman bin Affan berjaya meluaskan wilayah Islam ?
T4 ms 147 (SPM 2015)
a)
A. Semangat jihad dipupuk
b)
B. Armada laut diperkukuhkan
c)
C. Perkahwinan politik digalakkan
d)
D. Perjanjian dengan pemimpin tempatan
15.
Apakah sumbangan Khalifah Uthman bin Affan kepada kemajuan sistem pertahanan negara Islam Madinah?
T4 ms 148 (SPM 2009)
a)
A. Membina markas tentera
b)
B. Mewujudkan pasukan tentera tetap
c)
C. Menubuhkan angkatan tentera laut
d)
D. Melantik panglima tentera sebagai gabenor
16.
Bagaimanakah Khalifah Umar bin Al-Khattab memajukan bidang pertanian ?
 T4 B6 ms 147 (SPMU 2016)
a)
A. Mengeksport lebihan hasil
b)
B. Membina sistem pengairan
c)
C. Memperkenalkan penggunaan batas
d)
D. Melaksanakan sistem penggiliran 
17.
Empangan Abu Musa  -  Basrah  
Terusan Amirul Mukminin  -  Mesir

Apakah tujuan pembinaan sistem pengairan di atas?
T4 ms 147 (SPM 2006)
a)
A. Membekalkan air bersih
b)
B. Mengatasi masalah banjir
c)
C. Meningkatkan pengeluaran pertanian
d)
D. Menyimpan air untuk musim kemarau
18.
Kerajaan Bani Umaiyah telah memperkenalkan sistem hijabah bertujuan untuk ......
 T4 ms 151 (SPMU 2014)
a)
A. mengukuhkan pertahanan laut
b)
B. mengawal keselamatan khalifah
c)
C. mengumpul rekod baitulmal
d)
D. mengurus pelantikan wazir
19.
Kerajaan Bani Umaiyah telah mewujudkan sistem hijabah.  
Bagaimanakah sistem tersebut dilaksanakan?    
T4 ms 151 (SPM 2008)
a)
A. Penetapan peraturan di istana
b)
B. Halangan mengkritik pemerintah
c)
C. Pemeriksaan untuk menemui khalifah
d)
D. Kebebasan bersuara dihadkan
20.
Sistem wazarah telah diperkenalkan oleh kerajan Bani Umaiyah.  
Bagaimanakah sistem tersebut dilaksanakan?    
T4 ms 151 (SPM 2012)
a)
A. Urus setia menguruskan rekod kewangan
b)
B. Wazir dilantik mengetuai pentadbiran
c)
C. Pelbagai jabatan kerajaan ditubuhkan
d)
D. Ulama dilantik menjadi pentadbir
21.
Mengapakah Cordova dianggap penting kepada dunia Islam dan Eropah pada abad Ke-10 M?  
I. pusat kebudayaan
II. pusat pengajian tinggi
III. pusat penterjemahan
IV. pusat perdagangan    
T4 ms 153 (SPM 2005)
a)
A. I dan II
b)
B. I dan IV
c)
C. II dan III
d)
D. III dan IV
22.
Maklumat berikut berkaitan dengan sumbangan Ibn al-Nafis 
Ibn al- Nafis ( 1210 -1288 ) adalah seorang doktor Arab yang banyak menyumbang kepada kemajuan ilmu perubatan dan sains pada abad ke-13. Beliau juga terlibat dalam perundangan, politik dan kajian anatomi.   Sumber : http://www.ncbi..nlm.nih.gov/pubmed/18481505
Apakah sumbangan beliau?    
T4  ms 152 (SPMU 2016)
a)
A. Menulis ensiklopedia undang-undang
b)
B. Membuka pusat pengajian akademik
c)
C. Membetulkan teori peredaran darah
d)
D. Menubuhkan hospital pesakit kusta
23.
Kerajaan Bani Umaiyah di Andalusia berjaya memajukan pertaniannya  
Antara berikut yang manakah merujuk kepada pernyataan di atas?  
 I. pembinaan sistem saliran
 II. penggunaan baja kimia
 III. perekaan peralatan pertanian
 IV. penghasilan benih berkualiti    
T4 ms 154 (SPM 2005)
a)
A. I dan II
b)
B. I dan IV
c)
C. II dan III
d)
D. III dan IV
24.
Bagaimanakah khalifah dilantik pada zaman pemerintanan kerajaan Bani Abbasiyah?
T4 ms 150 (SPM 2012)
a)
A. Pemilihan dilakukan oleh ulama
b)
B. Mengamalkan sistem pewarisan
c)
C. Melalui perundingan Majlis Syura
d)
D. Berdasarkan wasiat khalifah terdahulu
25.
Dasar sosial Islam yang dilaksanakan oleh kerajaan Turki Uthmaniyah telah menarik minat  orang Kristian untuk memeluk Islam.  
Mengapakah dasar tersebut menarik minat orang Kristian?    
T4 ms 161 (SPMU 2015)
a)
A. Memberi penekanan kepada kecemerlangan individu
b)
B. Mengutamakan kemewahan dalam kehidupan
c)
C. Memperkuat kedudukan sesuatu kabilah 
d)
D. Menjamin kemuliaan keturunan
26.
Dasar sosial Islam yang diamalkan kerajaan Turki Uthmaniyah telah menarik minat orang Kristian di Eropah untuk memeluk Islam.
Apakah aspek yang ditekankan dalan dasar tersebut? T4 ms 163     SPM 2011
a)
A. Warisan Bangsa
b)
B. Jurai keturunan
c)
C. Pengumpulan kekayaan
d)
D. Kecemerlangan individu
27.
Apakah sumbangan kerajaan Turki Uthmaniyah dalam bidang kesenian yang masih kekal hingga ke hari ini? T4 ms 161 (SPM 2009)
a)
A. Seni teater
b)
B. Seni arca
c)
C. Seni bina
d)
D. Seni tari
28.
Pertembungan tamadun:
Hubungan diplomatik 
Penaklukan 
Perdagangan 

Maklumat di atas merujuk kepada cara pertembungan tamadun Islam dengan tamadun luar. Apakah kesan daripada pertembungan tersebut ?  
I. Peningkatan ilmu
II. Penyerapan budaya 
III. Penguasaan kuasa
IV. Pembahagian kelas sosial    
T4 ms 165-169 (SPM 2004) 
 
a)
A. I dan II
b)
B. I dan IV
c)
C. II dan III
d)
D. III dan IV
29.
Mudejar:  Orang Islam setempat tinggal dalam kawasan pemerintahan orang Kristian  
Mozarab: Orang tempatan yang beragama Kristian yang   mengamalkan kebudayaan Islam.  

Berdasarkan maklumat di atas, apakah kesimpulan yang dapat dibuat?
T4 ms 164-166 (SPM 2007) 
 
a)
A. Kebudayaan Islam mempengaruhi kehidupan masyarakat
b)
B. Bahasa Arab digunakan oleh sebahagian masyarakat
c)
C. Perkembangan ilmu pengetahuan meluas di Eropah
d)
D. Perluasan kawasan penaklukan Islam
30.
 Apakah peranan golongan Mudejar di Eropah?
T4 ms 166 (SPM 2008)
a)
A. Menerapkan cara hidup Islam
b)
B. Menyertai pasukan tentera khas
c)
C. Menggalakkan perkembangan ilmu
d)
D. Menjadi pembayar cukai tambahan
31.
Maklumat berikut berkaitan dengan tokoh pengembara Islam pada abad ke-14. 
 Ibn Battuta:   Hasil tulisan beliau menjadi rujukan    sejarawan hingga kini  

Mengapakah tulisan beliau menjadi rujukan sehingga kini?    
T4 ms 168 (SPM 2014)
a)
A. Ketepatan fakta
b)
B. Keunikan ilustrasi
c)
C. Keindahan bahasa
d)
D. Kepelbagaian teknik
32.
Apakah sumbangan Ibn Battuta yang menjadi rujukan sehingga kini?
T4 ms 168 (SPM 2007)
a)
A. Merancang strategi peperangan
b)
B. Mengasas teori matematik
c)
C. Memperkenalkan ilmu perubatan
d)
D. Mencatat fakta pengembaraan dengan tepat
33.
Kerajaan Rom Timur atau Byzantine dan kerajaan Parsi adalah kuasa yang mengancam keselamatan kerajaan Islam Madinah.
Bagaimanakah Khalifah Abu Bakar mengatasi ancaman tersebut?
(T4/B6 ms 145)
a)
Mengambil tindakan ketenteraan
b)
Menamatkan hubungan diplomatik
c)
Menghantar bayaran ufti setiap tahun
d)
Menandatangani perjanjian persahabatan
34.
Maklumat berikut berkaitan dengan sumbangan Khalifah Umar bin Al-Khattab.
⋅ Empangan Abu Musa di Basrah
⋅ Terusan Amirul Mukminin di Mesir
Mengapakah beliau membina kemudahan tersebut?
(T4/B6 ms 147)
a)
Membekalkan air bersih
b)
Mengelakkan banjir berlaku
c)
Meningkatkan produk pertanian
d)
Meningkatkan kegiatan perdagangan
35.
Jadual 2 menerangkan perbezaan sistem pelantikan khalifah dalam pentadbiran kerajaan Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW. (T4/B6 ms 150)
Khulafa al- Rasyidinmelalui musyawarah atau syura
Kerajaan Bani Umaiyah↔X
Apakah X?
a)
Secara warisan
b)
Pemilihan rakyat
c)
Keputusan majlis tahkim
d)
Cadangan Khalifah terdahulu
36.

Senarai berikut adalah tokoh pemerintah kerajaan Turki Uthmaniyah.

• Orhan I

• Murad I

• Mehmed II

Apakah persamaan sumbangan tokoh tersebut terhadap kerajaan Turki Uthmaniyah?

T4 ms 159 SPM 2018

a)

Menguatkuasakan Kanun Sulaiman

b)

Merintis kegiatan penterjemahan kitab

c)

Memajukan industri memproses kulit

d)

Memperluas wilayah Islam

37.

Maklumat berikut berkaitan dengan dasar politik yang dijalankan oleh kerajaan Turki Uthmaniyah di kawasan Balkan, Eropah.

• Diplomasi

• Toleransi

Apakah kesan pelaksanaan dasar tersebut?

T4/B6 ms163 SPM 2018

a)

Peluang pekerjaan bertambah

b)

Agama Islam mudah diterima

c)

Sistem feudal tempatan diperkukuh

d)

Hubungan dengan kerajaan kecil baik