wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SOALAN ULANGKAJI BAHAGIAN A SEMESTER 1

Total questions: 100

Worksheet time: 50mins

Name
Class
Date
1.

Yang manakah bertepatan dengan konsep negara berdaulat.

a)

Mempunyai komuniti tertentu

b)

Mempunyai sempadan negara yang nyata

c)

Mempunyai hubungan dengan negara luar

d)

Mempunyai ketua negara yang dilantik rakyat

2.

Yang manakah diamalkan dalam sistem pemerintahan di Malaysia.

I Demokrasi Berparlimen

II Demokrasi Terpimpin

III Raja Berpelembagaan

IV Raja Mutlak

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

3.

Gabungan beberapa buah negeri membentuk kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Terdapat pembahagian kuasa pentadbiran dan perundangan antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri.

Penyataan di atas merujuk kepada kerajaan

a)

Kesatuan

b)

Gabungan

c)

Konfederasi

d)

Persekutuan

4.

X warganegara Jepun dan isteri kepada warganegara Malaysia. Telah bermastautin di Malaysia selama 10 tahun.

Cara yang manakah untuk X mendapatkan kewarganegaraan?

a)

Masukan

b)

Pendaftaran

c)

Percantuman wilayah

d)

Kuat kuasa undang-undang

5.

Yang di-Pertuan Agong hendaklah berunding dengan Majlis Raja-Raja apabila Baginda ingin melantik

a)

Peguam Negara

b)

Ketua Polis Negara

c)

Akauntan Negara

d)

Ketua Hakim Negara

6.

Yang manakah termasuk di bawah bidang kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong?

I Seorang tentera yang telah dijatuhi hukuman oleh Mahkamah Tentera

II Encik Y yang telah dijatuhi hukuman penjara oleh Mahkamah Tinggi Kuching, Sarawak

III Encik X yang telah dijatuhi hukuman mati mandatori oleh Mahkamah Tinggi Labuan

IV Encik Z yang telah dijatuhi hukuman denda dan penjara oleh Mahkamah Syariah Kedah

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

7.

Ketua Audit Negara berhak mengaudit perbelanjaan yang dilaksanakan oleh

a)

Telekom Malaysia Berhad

b)

Khazanah Nasional Berhad

c)

Tenaga Nasional Berhad

d)

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd

8.

Yang manakah benar tentang Dewan Rakyat?

I Yang Di-Pertua Dewan Rakyat dibantu oleh dua orang timbalan

II Perdana Menteri mempengerusikan mesyuarat Dewan Rakyat

III Setiausaha Dewan Rakyat dilantik oleh Yang Di-Pertua Dewan Rakyat

IV Parti yang menguasai majoriti kerusi di Dewan Rakyat akan membentuk kerajaan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

9.

Undang-undang hanya boleh dikuatkuasakan setelah

a)

diluluskan oleh Majlis Parlimen

b)

diwartakan sebagai warta kerajaan

c)

ditandatangani oleh Ketua Hakim Negara

d)

diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong

10.

Penggerak perubahan pentadbiran dan pengurusan bagi Perkhidmatan Awam

Agen transformasi system penyampaian Perkhidmatan Awam

a)

Unit Inovasi Khas

b)

Unit Kerjasama Awam Swasta

c)

Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan

d)

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Manusia

11.

Yang manakah badan penyelaras antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan?

I Majlis Perancangan Negara

II Majlis Kewangan Negara

III Majlis Keselamatan Negara

IV Majlis Tanah Negara

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

12.

Yang manakah tanggungjawab Pejabat Setiausaha Persekutuan Cawangan Sabah dan Sarawak?

a)

memantau agensi kerajaan negeri berkenaan

b)

mengawasi kakitangan awam negeri berkenaan

c)

merancang belanjawan persekutuan di negeri berkenaan

d)

menjaga kepentingan harta Persekutuan di negeri berkenaan

13.

  • Memastikan dasar ekonomi mencapai matlamat yang diharapkan
  • Mengawasi kegiatan agensi dan perbadanan awam

Pernyataan di atas merujuk kepada fungsi

a)

Perbendaharaan

b)

Unit Perancangan Ekonomi

c)

Jabatan Perkhidmatan Awam

d)

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan

14.

Antara berikut peranan Unit Perancangan Ekonomi

a)

Merancang dan mengurus sumber pendapatan negara

b)

Menggubal dasar-dasar personel untuk keperluan Negara

c)

Mengawal dan menilai pencapaian pembangunan negara

d)

Memantau dan menyelaras pelaksanaan pembangunan negara

15.

Yang manakah benar tentang Majlis Tanah Negara

a)

Menukar status tanah

b)

Meluluskan permohonan tanah

c)

Menentukan pengawalan dan penggunaan Tanah

d)

Membayar ganti rugi setiap tanah yang diambil kerajaan

16.

Yang manakah benar tentang Setiausaha Kerajaan Negeri?

a)

Meluluskan dasar Kerajaan Negeri

b)

Menyelaras pelaksanaan dasar Kerajaan Negeri

c)

Melantik ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri

d)

Menggubal Dasar -Dasar Kerajaan Negeri

17.

Yang manakah benar tentang Yang Dipertua Negeri?

a)

Komponen Dewan Undangan Negeri

b)

Penasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan

c)

Ketua agama Islam di negeri berkenaan

d)

Ahli mesyuarat Majlis Raja-raja semasa pelantikan Yang di-Pertuan Agong

18.

Yang manakah kes yang didengar di Mahkamah Tinggi?

a)

Petisyen keputusan pilihan raya

b)

Rayuan sivil Mahkamah Syariah

c)

Tuntutan pekerja swasta terhadap majikan

d)

Pertikaian tentang syarat-syarat perkhidmatan

19.

Pihak yang manakah terlibat dalam pelantikan hakim Mahkamah Tinggi?I Peguam Negara

II Perdana Menteri

III Ketua Setiausaha Negara

IV Yang di-Pertuan Agong

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

20.

Yang manakah kes-kes jenayah yang dibicarakan di Mahkamah Syariah?

I Pengamalan ajaran sesat

II Penjualan minuman keras

III Pengambilan anak angkat

IV Pembahagian harta pusaka

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

21.

Kes yang manakah boleh dirujuk kepada Mahkamah Perusahaan?

a)

Pegawai polis yang dikenakan tindakan turun pangkat

b)

Pegawai tentera yang dikenakan tindakan oleh Mahkamah Tentera

c)

Kerani Sekolah Rendah Kebangsaan dikenakan tindakan tatatertib

d)

Pembantu makmal sekolah menengah persendirian yang dibuang kerja

22.

Yang manakah benar tentang ahli Suruhanjaya Pilihan Raya?

a)

Boleh terdiri daripada kalangan ahli Parlimen

b)

Boleh memegang jawatan berpendapatan tetap

c)

Saraan diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Yang Disatukan

d)

Dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Perdana Menteri

23.

Yang manakah peranan utama Suruhanjaya Pilihan Raya ?

a)

Menerima petisyen pilihan raya

b)

Menentukan tarikh pembubaran Parlimen

c)

Mencadangkan persempadanan kawasan pilihan raya

d)

Mencadangkan nama-nama calon yang akan bertanding

24.

Yang manakah tidak layak untuk menjadi calon pilihan raya?

a)

Muflis yang belum dilepaskan

b)

Tidak mewakili mana-mana parti politik

c)

Pernah hilang wang pertaruhan dalam pilihan raya lalu

d)

Pernah didakwa dalam kes rasuah dan telah dibebaskan

25.

Yang manakah akan menyebabkan Encik X hilang kelayakannya sebagai seorang ahli Dewan Rakyat?

a)

Mendapat taraf pemastautin tetap negara lain

b)

Menjalani hukuman penjara selama 1 tahun dan denda RM1000

c)

Menjalankan kegiatan perniagaan dan menjadi pemilik beberapa buah syarikat

d)

Tidak menghadiri persidangan Parlimen selama 6 bulan berturut-turut tanpa izin

26.

Yang manakah benar tentang sumber kewangan Kerajaan Negeri?

a)

Duti hiburan

b)

Lesen perniagaan

c)

Lesen memandu kereta

d)

Cukai Keuntungan Harta Tanah

27.

Yang manakah kriteria peruntukan kewangan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri

I Keluasan negeri

II Bilangan penduduk

III Jumlah hasil negeri

IV Panjang jaringan jalan raya

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

28.

Yang manakah benar tentang Badan Tidak Berkanun?

a)

Ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965

b)

Pegawai Perkhidmatan Awam boleh dipinjam

c)

Anggaran belanjawan tahunan tertakluk kepada kawalan agensi pusat

d)

Tidak boleh menubuhkan anak syarikat

29.

* Menyediakan pasar awam

*Membina pondok menunggu bas

Kemudahan di atas disediakan oleh.......

a)

Pejabat Tanah dan Daerah

b)

Pihak Berkuasa Tempatan

c)

Perbadanan Pembangunan Bandar

d)

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

30.

Yang manakah kriteria yang digunakan oleh Kerajaan Persekutuan semasa memberi peruntukan kepada Kerajaan Tempatan

a)

Panjang jalan raya

b)

Tahap kemajuan

c)

Bilangan penduduk

d)

Pendapatan per kapita penduduk

31.

Yang manakah benar mengenai Kerajaan Tempatan ?

a)

Melantik ahli majlis kerajaan tempatan

b)

Berkuasa menentukan sempadan kawasan sendiri

c)

Mempunyai kuasa menggubal undang-undang kecil

d)

Semua kerajaan tempatan ditadbir oleh kerajaan negeri

32.

Yang manakah komponen utama tadbir urus yang mantap

I Mengutamakan pelanggan

II Mengamalkan Akauntibiliti

III Membangunkan modal insan

IV Mengkritik setiap dasar

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

33.

Yang manakah tanggungjawab utama agensi mengurus

a)

Mengawal perjalanan jentera kerajaan

b)

Merancang segala dasar negara

c)

Menyelaras segala pembangunan negara

d)

Memberikan perkhidmatan kepada masyarakat

34.

*Menjadi pengerusi Pasukan Petugas Khas Pemudah Cara Perniagaan

*Menjadi setiausaha Mesyuarat Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua


Penyataan di atas merujuk kepada peranan

a)

Perdana Menteri

b)

Ketua Setiausaha Negara

c)

Setiausaha Kerajaan Negeri

d)

Menteri Besar/Ketua Menteri

35.

Yang manakah merujuk kepada kepentingan tadbir urus yang baik

I Daya saing dapat dikurangkan

II Pengekalan tahap profesionalisme

III Memberi keyakinan kepada pihak pelanggan

IV Menjamin peluang pekerjaan yang banyak dapat diwujudkan

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

36.

Yang manakah ciri memastikan tadbir urus dapat dilaksanakan dengan berkesan

a)

Tahap keilmuan yang tinggi

b)

Mempunyai kemahiran komunikasi

c)

Berakauntabiliti dalam bidang tugas

d)

Ada hubungan baik dengan pegawai atasan

37.

Yang manakah aspek yang perlu dipatuhi untuk memastikan tadbir urus yang baik

I Pengekalan prestasi

II Amalan sistem birokrasi

III Pematuhan undang-undang

IV Persekitaran yang menarik

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

38.

Tadbir urus yang terbaik dalam sektor awam adalah berteraskan prinsip

a)

prosedur

b)

budi bicara

c)

akauntabiliti

d)

kawalan dalaman

39.

*Ahli-ahli dilantik oleh Ketua Negeri

*Agensi diketuai oleh Ketua Kerajaan Negeri

Pernyataan di atas adalah merujuk kepada

a)

Dewan undangan Negeri

b)

Unit Perancangan Ekonomi Negeri

c)

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri

d)

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri

40.

*Meningkatkan daya saing Malaysia bagi mencapai matlamat Model EkonomiBaru.

*Mengkomersilkan

hasil penemuan penyelidikan dan pembangunan (R&D) oleh universiti di institusi.

Hasrat di atas akan dapat dicapai melalui penubuhan

a)

Unit Penyelarasan danPelaksanaan (UPP)

b)

Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS)

c)

Unit Perancang Ekonomi (EPU)

d)

Unit Inovasi Khas (UNIK)

41.

*Menggubal dan mentadbir dasar pengurusan perolehan kerajaan

*Menguruskan pinjaman bagi pihak kerajaan

Penyataan di atas merujuk kepada peranan

a)

Jabatan Audit Negara

b)

Bank Negara Malaysia

c)

Perbendaharaan Malaysia

d)

Jabatan Akauntan Negara

42.

*Cukai Taksiran Harta

*Lesen Pusat Hiburan

Pihak berkuasa yang bertanggungjawab untuk memungut hasil di atas ialah

a)

Pihak berkuasa Tempatan

b)

Lembaga Hasil Dalam Negeri

c)

Perbadanan Pembangunan Bandar

d)

Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta

43.

Yang manakah penyataan yang benar tentang kuasa yang ada pada Pihak Berkuasa Tempatan?

I. Meluluskan pertukaran hak milik tanah

II. Mengeluarkan lesen pemaju perumahan

III. Menamakan jalan dan lorong di taman perumahan

IV. Mengenakan kompaun terhadap kesalahan membuang sampah

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

44.

*Memastikan dasar kerajaan seperti Program TransformasiEkonomi dan Program Transformasi Kerajaan *Mencapai matlamat Menjadi urus setia kepada Majlis Tindakan Negara

a)

Unit Inovasi Khas

b)

Unit Perancang Ekonomi

c)

Unit Penyelarasan Pelaksanaan

d)

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

45.

Yang manakah tugas Unit Perancang Ekonomi?

a)

Menyelaras penglibatan Malaysia dalam Pembangunan Pertumbuhan Segitiga

b)

Merancang pembangunan kawasan koridor dan serantau

c)

Memacu pelaksanaan agenda bumiputera melalui penerokaan inisiatif-inisiatif baru

d)

Melaksanakan projek kerjasama awam swasta melalui Penswastaan dan Inisiatif Pembiayaan Swasta

46.

Yang manakah pelanggaran kebebasan asasi menurut Perlembagaan Persekutuan?

a)

Encik A tidak dibenarkan memasuki negeri Sarawak

b)

Encik B diambil tanahnya dengan bayaran pampasan yang dipersetujui

c)

Encik C dirampas hartanya kerana terlibat dalam pengedaran dadah

d)

Encik D dihalang daripada berunding dengan peguam pilihannya semasa dalam tahanan

47.

Yang berikut ialah perkara-perkara yang menyebabkan kewarganegaraan seseorang warganegara Malaysia boleh dilucutkan kecuali

a)

membuat permohonan kewarganegaraan dengan maklumat palsu

b)

Ibu bapanya telah dilucutkan kewarganegaraan mereka

kerana terlibat dalam perbuatan yang mengkhianati Negara

c)

Dia tidak setia kepada raja dan Negara

d)

Dia menolak kewarganegaraan secara sukarela

48.

Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Jemaah Pengampunan berkuasa untuk mengampunkan kesalahan-kesalahan yang dibicarakan di


I Mahkamah Majistret di Johor

II Mahkamah Tinggi di Putrajaya

III Mahkamah Syariah di Sarawak

IV Mahkamah Sesyen di Selangor

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan III

d)

III dan IV

49.

Yang manakah yang benar tentang Perlembagaan Persekutuan?

I.Tidak boleh dibuat pindaan

II.Asas kepada pembentukan kerajaan

III. Merupakan undang-undang tertinggi

IV.Diluluskan oleh Mahkamah Persekutuan


a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

50.

Yang manakah yang terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan?

I. Keselamatan dalam negeri

II. Penetapan kurikulum sekolah

III.Pengeluaran lesen pembalakan

IV. Kesihatan awam

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

51.

Antara berikut, yang manakah merupakan kes-kes sivil mahkamah awam?

I Tuntutan cerai suami isteri

II Tuntutan hutang

III Menerima suapan

IV Memberi maklumat palsu di mahkamah

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

52.

Yang manakah penyataan yang benar tentang jawatan Ketua Audit Negara?

a)

Pemilihannya adalah dalam kalangan ahli Parlimen

b)

Saraannya ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong

c)

Pelantikannya dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

d)

Pemecatannya oleh Yang di-Pertuan Agong atas syor tribunal

53.

Kekosongan kerusi di Parlimen akan diisytiharkan apabilan seseorang ahli Parlimen itu hilang kelayakannya, meninggal dunia atau berhenti daripada menjadi ahli. Berapakah tempoh untuk mengisi kerusi di Parlimen bagi negeri di Sarawak?

a)

60 hari

b)

90 hari

c)

180 hari

d)

100 hari

54.

Sue Ann merupakan rakyat Taiwan dan berkahwin dengan Encik Mohd Farid, seorang warganegara Malaysia. Apakah syarat-syarat yang perlu dipenuhi oleh Sue Ann untuk menjadi warganegara Malaysia?

l Berpendidikan tinggi

ll Berniat untuk menetap di Malaysia

lll Memohon kewarganegaraan melalui cara masukan

lV Menetap di Malaysia sekurang-kurangnya dua tahun

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

55.

Antara yang berikut, yang manakah yang memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja?

l Melantik Jemaah Menteri

ll Mengubah tatacara persidangan Parlimen

lll Melantik anggota-anggota Mahkamah Khas Raja-Raja

lV Mempersetujui sesuatu undang-undang yang menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran raja-raja

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan IV

d)

III dan IV

56.

Antara yang berikut, yang manakah penyataan yang benar tentang kuasa yang ada pada Pihak Berkuasa Tempatan ?

l Meluluskan pertukaran hak milik tanah

ll Mengeluarkan lesen pemaju perumahan

lll Menyediakan tempat untuk tanah perkuburan

lV Menjaga keindahan kawasan dan menyediakankemudahan rekreasi

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

57.

Seseorang warganegara Malaysia akan menolak taraf kewarganegaraannya apabila

a)

menyebelahi musuh ketika peperangan

b)

memohon kewarganegaraan negara lain

c)

memburukkan imej negara di luar negara

d)

menderhaka kepada Yang Di-Pertuan Agong

58.

Dari kuasa perundangan Yang di-Pertuan Agong boleh

I.memanggil Parlimen bermesyuarat dari semasa ke semasa

II.menyampaikan Titah di Raja dalam mana-mana Majlis Parlimen

III. memberi pengampunan kepada pesalah di Wilayah Persekutuan

IV.melantik Perdana Menteri dari parti yang memenangi pilihan raya


a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

59.

Yang manakah menggambarkan tentang doktrin pengasingan kuasa yang dilaksanakan di

Malaysia?

a)

Pengasingan kuasa antara kerajaan persekutuan,kerajaan

negeri dan kerajaan tempatan

b)

Pengasingan kuasa antara badan eksekutif, perundangan

dan kehakiman

c)

Pengagihan kuasa antara badan eksekutif, perundangan

dan kehakiman

d)

Pembahagian kuasa antara badan eksekutif, perundangan

dan kehakiman

60.

Perdana Menteri berperanan sebagai

a)

Ketua Whip Parlimen

b)

Ketua Jemaah Menteri

c)

Pengerusi Majlis Tanah Negara

d)

Penasihat Majlis Keselamatan Negara

61.

Yang manakah merupakan prinsip tadbir urus baik?

I.Berdisiplin

II.Ketekunan

III.Fokus kepada pelanggan

IV. Akauntabiliti dan Intergriti

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

62.

*Perancang dan peneraju dalam pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi sektor awam

*Pakar runding dalam pengurusan organisasi dan teknologi maklumat dan komunikasi sektor awam

Penyataan di atas merujuk kepada

a)

Unit Perancang Ekonomi

b)

Unit Kerjasama Awam Swasta

c)

Unit Penyelarasan Pelaksanaan

d)

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan

Malaysia

63.

Yang manakah termasuk di bawah bidang kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong?

I Seorang anggota tentera berpangkat Koperal telah dijatuhi hukuman oleh Mahkamah Tentera.

II Encik Zaid telah dijatuhi hukuman dua tahun penjara oleh Mahkamah Tinggi Kuching.

III Encik Muthu telah dijatuhi hukuman mati mandatori oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

IV Encik Sazali telah dijatuhi hukuman denda dan penjara oleh Mahkamah Syariah Kelantan.

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

64.

Yang manakah antara penyelesaian berikut akan digunakan jika berlaku percanggahan antara undang-undang persekutuan dengan undang-undang negeri?

a)

Undang-undang persekutuan yang bercanggah akan dibatalkan

b)

Undang-undang persekutuan dan undang-undang negeri akan dipinda untuk mendapat persamaan

c)

Undang-undang persekutuan akan digunakan dan undang-undang negeri akan terbatal setakat yang bercanggah sahaja

d)

Undang-undang yang bercanggah itu akan dirujuk kepada Majlis Raja-Raja

65.

Antara yang berikut, yang manakah

membuktikan penglibatan rakyat dalam sesebuah negara demokrasi?

I Rakyat bebas memilih Ketua Negara

II Rakyat diwajibkan mengundi

III Rakyat memilih wakil ke Parlimen

IV Rakyat berhak menukar kerajaan melalui pilihan raya

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

66.

Yang manakah ciri-ciri negara berdaula

I Tidak dijajah oleh kuasa luar

II Mempunyai sempadan yang tetap

III Kerajaan yang teratur

IV Berupaya menjalin hubungan diplomatik dengan negara lain

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

67.

·Dilahirkan di Malaysia dengan salah seorang ibu atau bapa adalah warganegara Malaysia.

· Dilahirkan di luar Malaysia dan bapanya adalah warganegara yang lahir di Malaysia.


Mereka yang dinyatakan di atas layak mendapat kewarganegaraan Malaysia melalui

a)

Pendaftaran

b)

Naturalisasi

c)

Penggabungan wilayah

d)

Kuatkuasa Undang-undang

68.

Antara pindaan-pindaan berikut, yang manakah memerlukan sokongan dua per tiga Majlis Parlimen dan persetujuan Majlis Raja-raja

I Bentuk sumpah dan ikrar

II Kewarganegaraan

III Kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera di

Sabah dan Sarawak

IV Hak warga Sabah dan Sarawak menjadi warganegara

Malaysia

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

69.

Menurut perkara 119 (3) Perlembagaan Persekutuan, mengapakah seseorang warganegara hilang kelayakan menjadi pemilih dalam pilihan raya umum?

a)

Dia tidak hadir ke pilihan raya tersebut

b)

Dia menghadapi kecelakaan semasa pilihan raya tersebut dijalankan

c)

Tempat pilihan raya yang jauh dari tempat kediamannya

d)

Pada tarikh kelayakan dia tidak sempurna akal

70.

Yang manakah keanggotaannya bergantung kepada keputusan sesuatu pilihan raya umum secara langsung?

I Ahli Dewan Rakyat

II Ahli Dewan Negara

III Ahli Dewan Undangan Negeri

IV Ahli Kabinet

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan III

d)

III dan IV

71.

Setelah Dewan Undangan Negeri dibubarkan, beberapa perkara tertentu hendaklah dilaksanakan dalam tempoh 120 hari. Yang manakah perkara yang terakhir sekali dilaksanakan?

a)

Penamaan calon yang akan bertanding dalam pilihan raya

b)

Rakyat membuang undi dalam pilihan raya Dewan Undangan Negeri

c)

Persidangan pertama Dewan Undangan Negeri

d)

Pelantikan Speaker Dewan Undangan Negeri

72.

Antara yang berikut , yang manakah benar tentang kuasa kehakiman?

a)

Sesuatu kes di Semenanjung Malaysia perlu dibicarakan di Mahkamah Rayuan sebelum kes itu dirayu kepada Mahkamah Persekutuan

b)

Sesuatu kes di Sabah dan Sarawak tidak perlu dibicarakan di Mahkmah Tinggi Sabah dan Sarawak sebelum kes itu dirayu kepada Mahkamah Rayuan

c)

Mahkamah Tinggi berkuasa untuk mendengar rayuan kes-kes yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan

d)

Mahkamah Sesyen berkuasa membicarakan semua kes kesalahan sivil dan jenayah.

73.

Kabinet bertanggungjawab secara kolektif kepada Parlimen


Pernyataan di atas membawa maksud

a)

Kesemua anggota Parlimen mesti mematuhi arahan Kabinet

b)

Kesemua anggota Kabinet sama-sama bertanggungjawab terhadap segala keputusan Parlimen

c)

Kesemua anggota Kabinet secara individu bertanggungjawab kepada Parlimen

d)

Kesemua anggota Kabinet mesti menghadirkan diri di Parlimen

74.

Yang manakah objektif utama penubuhan perbadanan awam?

I Membolehkan rakyat aktif dalam perniagaan

II Membolehkan kerajaan bergiat dalam bidang

pembangunan sosioekonomi

III Menjamin sektor yang tidak menguntungkan terus wujud

untuk kepentingan negara

IV Membolehkan kerajaan mencari keuntungan kewangan

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan III

d)

III dan IV

75.

Yang manakah merupakan sebab utama Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan badan penyelaras antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri?

a)

Mengelakkan percanggahan dan melicinkan pentadbiran antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri

b)

Menyekat campur tangan Kerajaan Persekutuan dalam hal ehwal Kerajaan Negeri

c)

Menyeragamkan pentadbiran Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan

d)

Meningkatkan kecekapan pentadbiran di peringkat persekutuan dan negeri

76.

Antara yang berikut merupakan Prinsip utama tadbir urus terbaik kecuali

a)

Menerajui transformasi perkhidmatan

b)

Pengurusan Perubahan

c)

Akauntibiliti dan integriti

d)

Fokus kepada pelanggan

77.

Nilai aspirasi yang perlu ada pada masyarakat progresif dan dinamik dalam konsep 1 Malaysia ialah

a)

kesederhanaan

b)

berbudi Bahasa

c)

ketabahan

d)

keadilan sosial

78.

Yang manakah benar tentang ciri-ciri sebuah negara yang berdaulat?

I Mempunyai sempadan negara yang luas

II Mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi

III Bebas menjalin hubungan diplomatik dengan negara lain

IV Rakyat menentukan nasib negara sendiri tanpa campur

tangan kuasa asing

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

79.

*Berumur 18 tahun atau lebih

*Telah bermastautin di Persekutuan sekurang-kurangnya 5

tahun dalam tempoh 7 tahun sebelum tarikh permohonan

*Berniat untuk bermastautin tetap di Persekutuan

Encik X yang disebut di atas boleh memperoleh kewarganegaraan Malaysia secara

a)

Kuat kuasa undang-undang

b)

Pendaftaran

c)

Pencatuman wilayah

d)

Masukan

80.

*Menambah baik tatacara pentadbiran kerajaan *Mewujudkan kecekapan jentera pentadbiraan kerajaan

*Melaksanakan kajian mengenai sistem dan pengurusan

pejabat

a)

Perbendaharaan

b)

Unit Perancang Ekonomi

c)

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

d)

Unit Inovasi Khas

81.

*Mengeluarkan permit untuk pertunjukkan sarkas

*Mengeluarkan kompaun terhadap salahlaku meliatkan

papan iklan perniagaan

*Menamakan jalan dan lorong di taman perumahan


Pihak berkuasa yang bertanggungjawab melaksanakan tanggungjawab di atas ialah

a)

Kementerian Dalam Negeri

b)

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

c)

Kerajaan Negeri

d)

Pihak Berkuasa Tempatan

82.

Yang manakah antara kes-kes pembuangan kerja berikut boleh dirujuk kepada Mahkamah Perusahaan?

I Seorang pembantu makmal yang telah dipecat oleh

Pengetua SMK Ayer Tawar, Perak

II Seorang askar wataniah yang dibuang kerja oleh Majlis

Angkatan Tentera

III Seorang kerani yang dibuang kerja oleh Syarikat Federal

Express Sdn Bhd.

IV Seorang pengawal keselamatan dipecat oleh Tenaga

Nasional Bhd.

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

83.

Yang manakah yang berkaitan dengan Yang di-Pertua Negeri?

I Mempunyai kuasa budi bicara untuk menolak permintaan

untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri

II Merupakan sebahagian daripada Dewan Undangan Negeri

III Dipilih secara sulit oleh Majlis Raja-raja Melayu

IV Merupakan ketua agama Islam negeri

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

84.

Yang manakah merupakan prinsip tadbir urus awam yang baik?

I Berdaya Saing

II Ketekunan

III Ketelusan

IV Akauntabiliti

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

85.

Yang manakah antara berikut adalah badan penyelaras yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan untuk tujuan penyelarasan antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri

I Majlis Tanah Negara

II Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan

III Majlis Perhutanan Negara

IV Majlis Perumahan Negara

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

86.

Yang manakah kebebasan diri setiap warganegara Malaysia?

a)

Boleh berunding dengan peguamnya selepas ditahan

b)

Mendapat layanan yang sama di sisi undang-undang

c)

Bebas bercakap dan mengeluarkan fikiran

d)

Menubuhkan khairat untuk agamanya

87.

Yang manakah cara pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan kewarganegaraan?

a)

Memperoleh suara majoriti dari Dewan Rakyat

b)

Memperoleh suara dua pertiga dari Dewan Negara

c)

Memperoleh suara dua pertiga dari Majlis Parlimen dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong

d)

Memperoleh suara dua pertiga dari Majlis Parlimen dan mendapat keizinan Majlis Raja-raja

88.

Yang manakah kuasa yang boleh dilaksanakan oleh Yang di-Pertuan Agong terhadap negeri baginda?

a)

Mengurniakan gelaran dan pingat kebesaran

b)

Merasmikan sidang Dewan Undangan Negeri

c)

Mengampunkan permaisuri dan anak-anak baginda

d)

Mempersetujui pembubaran Dewan Undangan Negeri

89.

· Melaksanakan pentadbiran negeri

· Bertanggungjawab secara bersama kepada Dewan

Undangan Negeri


Penyataan di atas merujuk kepada

a)

Dewan Undangan Negeri

b)

Pejabat Kemajuan Negeri

c)

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri

d)

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri

90.

Yang manakah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan?

a)

Meluluskan lesen pendaftaran perniagaaan

b)

Mengeluarkan permit menguburkan

c)

Mengutip cukai taksiran harta

d)

Membuat undang-undang negeri

91.

Beliau hanya boleh dipecat daripada jawatannya oleh Yang di-Pertuan Agong dengan syarat satu resolusi telah diluluskan Dewan Undangan Negeri dengan undi tidak kurang daripada 2/3 jumlah Ahli Dewan

a)

Ketua Menteri / Menteri Besar

b)

Yang dipertua Negeri

c)

Setia usaha Kerajaan Negeri

d)

Yang dipertua Dewan Undangan Negeri

92.

Yang manakah berperanan untuk menyelaraskan tadbir urus antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri?

I Mesyuarat Majlis Raja-Raja

II Mesyuarat Majlis Perancangan Negara

III Mesyuarat Setiausaha-Setiausaha Kementerian

IV Mesyuarat Menteri-Menteri Besar / Ketua Menteri

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

93.

Yang manakah merujuk kepada ahli suruhanjaya?

I Dilantik dalam kalangan ahli Majlis Parlimen

II Boleh dipecat melalui syor tribunal penyiasatan

III Dipilih dalam kalangan Ahli Dewan Undangan

negeri

IV Memegang jawatan selagi diperkenankan oleh Yang

di-Pertuan Agong

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan IV

d)

II dan III

94.

Yang manakah benar mengenai tugas Ketua Audit Negara?

a)

Menggubal undang-undang kewangan

b)

Mengaudit akaun pihak berkuasa awam

c)

Mengawal perbelanjaan Kerajaan Persekutuan

d)

Membentangkan laporan audit di Dewan Rakyat

95.

Yang manakah kepentingan tadbir urus yang baik?

I Mengekalkan kepimpinan sedia ada

II Meningkatkan pertumbuhan ekonomi

III Menerajui Transformasi Perkhidmatan

IV Menyusun agihan sumber tenaga kepada semua

sektor

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

96.

Yang manakah berikut merupakan ahli badan perundangan negeri?

a)

Penasihat Undang-Undang Negeri Pulau Pinang

b)

Pegawai Kewangan Negeri Melaka

c)

Setiausaha Negeri Sarawak

d)

Setiausaha Negeri Sabah

97.

Antara yang berikut, yang manakah benar tentang calon Pilihan Raya?

a)

Dicalonkan oleh Perdana Menteri

b)

Saraan dibayar oleh Perbendaharaan

c)

Tinggal menetap di negeri beliau bertanding

d)

Seorang pegawai kanan dalam perkhidmatan awam

98.

Yang manakah yang termasuk dalam bidang tugas Suruhanjaya Pilihan Raya ?

I. Membuat semakan daftar pemilih

II. Membatalkan sesuatu keputusan pilihan raya

III.Mencadangkan persempadanan semula kawasan pilihan

raya

IV.Menetapkan bahawa pilihan raya diadakan empat tahun sekali.

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

99.

Siapakah yag layak mengundi melalui pos ?

I. Anggota tentera yang sedang bertugas

II.Banduan yang sedang menjalani hukuman penjara

III. Warganegara Malaysia yang bekerja di luar negara

IV.Pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya yang bertugas pada

hari pengudian

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

100.

Yang Dipertua Dewan Rakyat telah mengistiharkan kekosongan kerusi Dewan Rakyat bagi kawasan Parlimen X.


Antara yang berikut yang manakah situasi yang menyebabkan tindakan di atas diambil ?

I Ahli Parlimen tersebut telah bankrap dan belum dilepaskan

II Ahli Parlimen tersebut sedang didakwa di Mahkamah Tinggi atas kes rasuah

III Ahli Parlimen tersebut tidak menghadiri persidangan Parlimen selama tempoh tiga bulan kerana berada di luar negeri

IV Ahli Parlimen tersebut gagal mengemukakan penyata

perbelanjaan kempen pilihan raya dalam masa dan cara

yang dikehendaki.

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV