Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

UJIAN FORMATIF (JIRIM)

Total questions: 16

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.
Apakah yang dimaksudkan dengan jirim?
a)
Jirim ialah bahan yang mempunyai jisim.
b)
Jirim ialah objek yang mempunyai jisim, mmenuhi ruang dan boleh dilihat.
c)
Jirim ialah objek yang memenuhi ruang yang diisi.
d)
Jirim ialah pepejal 
2.
Penyiasatan ini menunjukkan sifat gas ialah ..........................
a)
Memenuhi ruang
b)
Mengambil bentuk bekas yang diisikan.
c)
Mempunyai jisim.
d)
Boleh dimampatkan
3.
Seketul mentega diletakkan didalam kuali yang panas. Apakah proses  yang berlaku?
a)
Kondensasi
b)
Peleburan
c)
Pencairan
d)
Pembekuan
4.
Embun yang terbentuk dihujung rumput pada setiap pagi adalah hasil daripada proses....
a)
Peleburan
b)
Penyejatan
c)
Pendidihan
d)
Kondensasi
5.
Dua proses yang terlibat dalam kejadian awan dan hujan ialah...
a)
Pendidihan dan kondensasi
b)
Penyejatan dan kondensasi
c)
kondensasi dan peleburan
d)
Peleburan dan penyejatan
6.
Antara berikut adalah cara kita menjaga sumber air daripada tercemar kecuali...
a)
Tidak membuang sampah ke dalam sungai
b)
Memastikan kilang dibina jauh dari sumber air
c)
Membiakkan baka ikan didalam sungai
d)
Membuat kebun sayur berhampiran sungai.
7.

Antara berikut, yang manakah mewakili zarah-zarah bahan dalam botol kicap yang ditunjukkan pada rajah?

a)
b)
c)
d)
8.

Antara berikut, pernyataan manakah menjelaskan mengenai jirim?

a)

Kuantiti jirim dalam sesuatu objek

b)

Jirim mempunyai jisim dan memenuhi ruang.

c)

Jirim wujud dalam keadaan pepejal dan cecair sahaja.

d)

Tidak boleh dilihat, dirasa dan disentuh

9.

Rajah menunjukkan sejenis bahan diisi dalam tiga bekas berlainan. Apakah sifat jirim bahan itu?

a)

Cecair mempunyai jisim

b)

Cecair memenuhi ruang

c)

Cecair tidak mempunyai bentuk tetap

d)

Cecair tidak boleh dimampatkan

10.

Apakah keadaan bahan yang ditunjukkan oleh anak panah pada rajah?

a)

pepejal

b)

cecair

c)

gas

d)

plasma

11.

Apakah proses yang terlibat dalam situasi yang ditunjukkan dalam rajah?

a)

Peleburan

b)

Penyejatan

c)

Kondensasi

d)

Pendidihan

12.

Rajah menunjukkan kitar air semula jadi. Apakah kepentingan hujan yang turun kepada Bumi?

a)

Menyejukkan suhu Bumi

b)

Menyebabkan banjir kilat

c)

Memastikan haiwan dapat terus hidup.

d)

Memudahkan kita mencuci kenderaan

13.

Rajah menunjukkan titisan air pada dinding luar gelas berisi ais. Antara berikut, yang manakah menjelaskan kejadian itu?

a)

Air dalam gelas meresap keluar melalui dinding gelas.

b)

Wap air di udara terkondensasi menjadi titisan air pada dinding luar gelas.

c)

Wap air di udara menyerap haba dan terkondensasi menjadi titisan air.

d)

Ais dalam gelas melebur menjadi air dalam gelas.

14.

Apakah peranan Matahari dalam kitar air seperti ditunjukkan pada rajah?

a)

Membekalkan haba kepada air

b)

Menerangi Bumi pada waktu siang

c)

Membolehkan tumbuhan melakukan fotosintesis

d)

Memanaskan Bumi

15.

Dalam aktiviti membuat aiskrim susu yang lepas, apakah kegunaan garam yang diletakkan pada ais?

a)

Untuk mencairkan ais.

b)

Untuk menambah rasa pada ais.

c)

Untuk memastikan ais tidak cair.

d)

Untuk menurunkan suhu ais.

16.

Pilih dua kepentingan kitaran air semula jadi.


i. Menaikkan suhu Bumi.

ii. Membekalkan sumber air bersih untuk manusia sebagai bekalan air minuman, memasak, membersihkan badan, pakaian dan sebagainya.

iii. Memastikan semua kereta dapat dibasuh.

iv. Bekalan air mencukupi untuk manusia bercucuk tanam dan menternak haiwan.

a)

i dan ii

b)

iii dan iv

c)

ii dan iv

d)

i dan iii