Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

TRIAL SEJARAH JOHOR 2018

Total questions: 40

Worksheet time: 1hrs 20mins

Name
Class
Date
1.

Orang Mesir Purba menanam mayat bersama barangan dan peralatan keperluan manusia. Mengapakah amalan tersebut dilakukan? (f4 m/s 20)

a)

Menunjukkan darjat si mat

b)

Mengelak harta mereka dirampas

c)

Membalas budi si mati semasa hidup

d)

Percaya kepada kehidupan selepas mati

2.

Apakah keistimewaan golongan artisan di kalangan masyarakat di Lembah Indus? (f4 m/s 26)

a)

Mahir dalam penghasilan logam dan tembikar

b)

Merupakan golongan pembesar kerajaan

c)

Terlibat dalam penulisan karya sastera

d)

Pemimpin upacara keagamaan

3.

Polis ialah institusi politik yang merdeka di Yunani. Manakah antara berikut merupakan ciri-ciri polis? (f4 m/s 38)

I Mempunyai agora

II Mempunyai acropolis

III Mempunyai tentera berkuda

IV Mempunyai undang-undang tersendiri

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan IV

d)

III dan IV

4.

Mengapakah Maharaja Shih Huang Ti membina Tembok

Besar China? (f4 m/s 50)

a)

Menunjukkan kekuatan ketenteraan dinasti Chin

b)

Menunjukkan keindahan seni bina China

c)

Menahan daripada serangan orang gasar

d)

Memperingati jasa ayah baginda

5.

Rajah berikut menunjukkan tahap perkembangan sesebuah pelabuhan dalam kerajaan awal di Asia Tenggara.Pelabuhan X dalam rajah tersebut ialah (f4 m/s 79)

a)

pelabuhan bebas

b)

pelabuhan bandar

c)

pelabuhan nelayan

d)

pelabuhan kerajaan

6.

Dalam sistem pentadbiran kerajaan Srivijaya, terdapat jawatan datu. Apakah peranan datu dalam sistem pentadbiran tersebut ? (f4 m/s 89)

a)

Ketua agama

b)

Pentadbir daerah

c)

Pemerintah tentera

d)

Pencatat salasilah raja

7.

Nabi Muhammad SAW diamanahkan oleh pemimpin Arab Quraisy untuk meletakkan Hajar Aswad ke tempat asalnya. Apakah kepentingan peristiwa tersebut kepada masyarakat Arab ? (f4 m/s 105)

a)

Penyebaran Islam di Makkah

b)

Perbalahan antara kaum dielakkan

c)

Perkembangan perdagangan di Makkah

d)

Perlantikan pemimpin dari kalangan orang Islam

8.

Tokoh berikut telah memberi sumbangan kepada penyebaran Islam pada peringkat awal di Makkah

Bagaimanakah beliau menyumbang untuk membantu penyebaran Islam ? (f4 m/s 109)

a)

Membantu mengumpul ayat al-Quran

b)

Mengetuai kumpulan penghijrahan ke Habsyah

c)

Mewakafkan rumah sebagai pusat kegiatan dakwah

d)

Merisik maklumat penentangan daripada musyrikin Quraisy

9.

Antara berikut yang manakah berkaitan dengan penghijrahan Nabi Muhammad SAW ke Madinah? ( f4 m/s 122)

i) Wujudnya golongan Muhajirin dan Ansar

ii) Struktur pentadbiran dipimpin

oleh khalifah

iii)Terbinanya bangunan yang lengkap dengan infrastruktur

v) Mempersaudarakan orang Islam Makkah dan Madinah

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

iii dan iv

10.

Tokoh berikut telah memberi sumbangan dalam perkembangan Islam. Apakah sumbangan mereka? (f4 m/s 120)

a)

Meneruskan dakwah ke Taif

b)

Menandatangani Perjanjian Hudaibiyah

c)

Membantu Rasulullah berhijrah ke Madinah

d)

Menamatkan pemulauan terhadap orang Islam

11.

Kerajaan Bani Umaiyah telah mewujudkan sistem hijabah. Bagaimanakah sistem tersebut dilaksanakan ? (f4 m/s 151)

a)

Penetapan peraturan di istana

b)

Kebebasan bersuara dilakukan

c)

Halangan mengkritik pemerintah

d)

Pemeriksaan untuk menemui khalifah

12.

Golongan ghazi telah membawa kejayaan kepada kemunculan dan peluasan empayar Kerajaan Turki Uthmaniyyah. Mengapakah golongan ini dianggap penting? (f4 m/s 159)

a)

Terdiri daripada pahlawan

b)

Golongan yang dermawan

c)

Membina teknologi yang baru

d)

Mahir dalam bidang undang-undang

13.

Sifat amanah dan jujur di kalangan para pedagang Islam menyebabkan mereka diberi jawatan di pelabuhan. Apakah nama jawatan itu? (f4 m/s 180)

a)

Penggawa

b)

Laksamana

c)

Syahbandar

d)

Penghulu Bendahari

14.

Wilayah berikut termasuk dalam jajahan takluk Kesultanan Melayu Melaka. Apakah usaha sultan Melaka untuk memperkukuh kedudukan Islam di wilayah tersebut ? (f4 m/s 181)

a)

Membina institusi pendidikan

b)

Melatih pendakwah tempatan

c)

Mendirikan pusat penterjemahan

d)

Menghantar ulama mengajar agama

15.

Undang-undang berikut dilaksanakan dalam kerajaan Melayu sebelum kedatangan penjajahan Barat. Apakah kepentingan undang-undang tersebut ? (f4 m/s 191-200)

a)

Menentukan corak pemerintahan sesebuah kerajaan

b)

Menyekat perluasan pengaruh kerajaan luar

c)

Menetapkan sempadan antara negeri

d)

Mengehadkan bidang kuasa raja

16.

Apakah perkara yang paling penting sebelum para

pedagang dapat menjalankan aktiviti jual beli di Melaka? (f4 m/s 211)

a)

Membuka gerai

b)

Membayar cukai

c)

Membayar zakat

d)

Berjumpa laksamana

17.

Berdasarkan jadual di atas, yang manakah berkaitan dengan tokoh tersebut ? (f4 m/s 223-224)

a)

Penerokaan kawasan Timur

b)

Penerokaan kawasan Barat

c)

Perebutan takhta pemerintahan

d)

Peperangan sesama mazhab Kristian

18.

Kegiatan ekonomi negara jajahan telah distruktur oleh penjajah kesan daripada imperialisme. Mengapakah hal ini terjadi? (f4 m/s 237)

a)

Memajukan negara jajahan

b)

Memenuhi keperluan industri

c)

Mewujudkan peluang pekerjaan

d)

Melaksanakan pentadbiran baru

19.

Apakah kesan penggunaan kapal korek dalam kegiatan perlombongan bijih timah di Tanah Melayu pada abad ke-20? (f4 m/s 251)

a)

Lombong orang Cina terpaksa ditutup

b)

Pembesar Melayu menyediakan modal

c)

Kuala Lumpur sebagai pusat pengeluaran

d)

Syarikat Eropah menjadi pengeluar utama

20.

Maklumat berikut berkaitan dengan cara kemasukan buruh dari luar ke Tanah Melayu pada kurun ke-19. Mengapakah sistem tersebut dipilih oleh para imigran? (f4 m/s 255)

a)

Keselamatan dijamin oleh pihak berkuasa

b)

Latihan kemahiran disediakan oleh kerajaan

c)

Tambang pengangkutan dibayar oleh majikan

d)

Tempat penginapan disediakan oleh agensi yang dilantik

21.

Perkembangan teknologi berikut berlaku pada abad ke-19. Apakah kesan perkembangan teknologi tersebut terhadap Asia Tenggara? (f5 m/s 6)

a)

Perkembangan pengangkutan laut

b)

Peningkatan taraf hidup penduduk

c)

Perluasan imperialisme Barat

d)

Pertambahan imigran Eropah

22.

Penjajah Barat telah melaksanakan sistem birokrasi Barat di tanah jajahan mereka di Asia Tenggara.


Apakah ciri sistem birokrasi tersebut? (f5 m/s 8)

a)

Pengekalan pemerintahan beraja

b)

Pelantikan pembesar daerah

c)

Pengenalan sistem ufti

d)

Pentadbiran melalui biro

23.

Setiap nasionalis pasti akan memperjuangkan kebebasan negaranya daripada cengkaman penjajah asing.

Apakah faktor kejayaan perjuangan para nasionalis tersebut? (f5 m/s 23)

a)

Bantuan golongan bangsawan

b)

Perpaduan penduduk peribumi

c)

Kerjasama dengan kuasa asing

d)

Kepelbagaian hasil dalam negara

24.

Andaikan anda seorang pembesar tempatan di Pasir Salak, Perak semasa British memperkenalkan pentadbiran Barat. Mengapakah anda menentang British ? (f5 m/s 37)

I. Hilang kawasan pegangan

II. Peraturan membuka tanah baru

III. Larangan memungut hasil hutan

IV. Campur tangan dalam adat resam

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

iii dan iv

25.

Maklumat berikut berkaitan dengan perjuangan pertubuhan Melayu pada tahun1930-an. Mengapakah KMM melaksanakan strategi tersebut? (f5 m/s 56)

a)

Menghalau penjajah asing

b)

Menyekat pengaruh komunis

c)

Mendapatkan petempatan khas

d)

Menghalang kemasukan imigran

26.

Negara bangsa Jerman dan Itali dibentuk pada abad ke-19. Apakah persamaan pembentukan kedua-dua negara bangsa tersebut? (f5 m/s 68)

a)

Mengekalkan sistem monarki

b)

Menggunakan kaedah realpolitik

c)

Mengamalkan prinsip demokrasi

d)

Menguatkuasakan falsafah legalisme

27.

Dalam konteks negara moden, bangsa merujuk kepada sekumpulan manusia yang mempunyai persamaan dari segi (f5 m/s 73)

I. agama

II. bahasa

III. adat resam

IV. kegiatan ekonomi

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

iii dan iv

28.

Maklumat berikut berkaitan dengan pentadbiran penjajah di Tanah Melayu. Apakah sistem pentadbiran yang berkaitan dengan maklumat tersebut? (f5 m/s 96)

a)

Malayan Union

b)

Pentadbiran Tentera British

c)

Negeri-negeri Melayu Bersekutu

d)

Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu

29.

Piagam Atlantik 1945 yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa – Bangsa Bersatu tidak menggalakkan penjajahan bentuk baharu. Apakah tindakan British di Tanah Melayu yang bersesuaian dengan piagam tersebut? (f5 m/s 104)

a)

Menamatkan Malayan Union

b)

Memperkukuh sistem pertahanan

c)

Mengawal kedatangan kaum imigran

d)

Mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu

30.

Antara yang berikut, manakah jenis kerakyatan yang telah diterima dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957? (f5 m/s 127)

I. Melalui permohonan

II. Kuat kuasa undang-undang

III. Perkenan Raja-Raja Melayu

IV. Kelulusan Dewan Undangan Negeri

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

iii dan iv

31.

Apakah yang dilaksanakan oleh pemimpin Tanah Melayu pada tahun 1950-an untuk merealisasikan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu? (f5 m/s 131)

a)

Berunding dengan komunis

b)

Mengadakan pungutan suara

c)

Mendapatkan sokongan luar

d)

Memperkukuh perpaduan kaum

32.

Pada tahun 1946, Sabah diserahkan kepada British oleh Syarikat Borneo Utara British. Apakah kesan penyerahan tersebut terhadap Sabah? (f5 m/s 148)

a)

Pentadbiran tradisional kekal

b)

Sistem feudal berakhir

c)

Menjadi tanah jajahan

d)

Berkerajaan sendiri

33.

Seorang pegawai tertinggi angkatan tentera telah dijatuhi hukuman. Siapakah yang berkuasa memberi pengampunan kepada pegawai tersebut? (f5 m/s 168)

a)

Perdana Menteri

b)

Menteri Pertahanan

c)

Mahkamah Persekutuan

d)

Yang di-Pertuan Agong

34.

Apakah syarat untuk menjadi Ahli Dewan Negara dalam sistem pemerintahan di Malaysia? (f5 m/s 172)

a)

Menang dalam pilihan raya

b)

Aktif dalam pertubuhan politik

c)

Berumur sekurang-kurangnya 21 tahun

d)

Cemerlang dalam perkhidmatan awam

35.

Gambar berikut adalah bendera Jalur Gemilang yang menjadi kebanggaan bangsa dan rakyat Malaysia

Rakyat Malaysia mesti berbangga dengan bendera tersebut kerana ia adalah lambang (f5 m/s 190)

a)

Keagungan

b)

Kegigihan

c)

Kemajuan

d)

Kedaulatan

36.

Dasar Penswastaan dilancarkan dalam Rancangan Malaysia Keempat. Apakah matlamat dasar tersebut? (m/s 207)

I. Mengimbangi pemilikan harta antara kaum

II. Mengurangkan beban kewangan kerajaan

III. Meningkatkan kemajuan ekonomi

IV. Memperhebatkan pembukaan tanah

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

iii dan iv

37.

Gambar berikut berkaitan dengan logo Sukan Malaysia (SUKMA 2018).

Apakah tujuan sukan tersebut diadakan? (f5 m/s 218)

a)

Memantapkan ekonomi negara

b)

Memperkukuh perpaduan rakyat

c)

Memajukan industri pelancongan

d)

Mengimbangi ekonomi antara kaum

38.

Pada 28 Jun 1914, peristiwa pembunuhan pewaris takhta Austria-Hungary berlaku. Antara yang berikut, yang manakah kesan daripada peristiwa tersebut? (f5 m/s 230)

a)

Perang Dingin

b)

Perang Saudara

c)

Perang Dunia Pertama

d)

Pembentukan Pakatan Bertiga

39.

Jadual berikut menunjukkan perubahan dasar luar Malaysia

Mengapakah berlaku perubahan dasar di atas? (f5 m/s 241)

a)

Pengaruh Britain di Timur berkurangan

b)

Bantuan pertahanan dari Komanwel

c)

Suasana yang aman di Vietnam

d)

Perjanjian Inggeris-Tanah Melayu ditandatangani

40.

Jadual berikut berkaitan dengan Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN). Apakah keputusan yang dicapai dalam mesyuarat tersebut? (f5 m/s 258)

a)

Pembinaan Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik (RECSAM)

b)

Pengisytiharan Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN)

c)

Pembentukan Perundingan Ekonomi Asia Timur (EAEC)

d)

Penubuhan Pusat Kajian Bahasa Inggeris (RELC)