NEW
Font size
WorksheetsSEMESTER 2 STPM - Soalan Sebenar Penggal 2 (2018)
Total questions: 30
Worksheet time: 30mins
Pernyataan yang manakah yang benar tentang bidang morfologi?
Satu kajian tentang pengesanan asal usul kata.
Satu kajian tentang rumus pemaknaan kata dan ayat.
Satu kajian tentang penggolongan kata dan rumus pembinaan kata.
Satu kajian tentang penggabungan bunyi bahasa untuk membina kata.
Terbahagi kepada tiga jenis
Ada yang boleh berdiri sendiri
Ada yang mempunyai fungsi nahuan
Merupakan unit tatabahasa yang terkecil
Yang manakah merupakan kata majmuk?
I - Air suam
II - Lebuh raya
III - Tengah hari
IV - Pinggan mangkuk
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Pasangan kata yang manakah yang kedua-duanya merupakan kata kerja terbitan?
Dekati - Seniwati
Mainkan - Duniawi
Hadirin - Turuti
Buatkan - Berkati
Padanan yang manakah yang betul bagi kategori bentuk kata dan golongan kata?
Bentuk kata: Kata akronim;
Golongan kata: Kata terbitan
Bentuk kata: Kata kerja;
Golongan kata: Kata adjektif
Bentuk kata: Kata majmuk;
Golongan kata: Kata tugas
Bentuk kata: Kata ganda;
Golongan kata: Kata akronim
Kata bilangan:
I - Sedikit
II - Tiap-tiap
III - Lima
Padanan yang manakah yang betul antara kata bilangan I, II, dan III dengan jenisnya?
I - Kardinal
II - Himpunan
III - Ordinal
I - Tak tentu
II - Ordinal
III - Kardinal
I - Pisahan
II - Pecahan
III - Ordinal
I - Tak tentu
II - Pisahan
III - Kardinal
Ayat yang manakah yang mengandungi kata hubung X dan kata hubung Y?
X: Samad memangku ibunya sambil membisikkan sesuatu.
Y: Air mata atlet itu menitis ketika lagu Negaraku dinyanyikan.
X: Kalau musuh mahu menyerang, kami tidak akan membiarkannya.
Y: Pak Salleh bekerja keras demi masa depan anak-anaknya.
X: Pelajar itu sering dipuji kerana kejujurannya.
Y: Rumah itulah yang dijadikan tempat persembunyian pengganas.
X: Tetamu itu bangun lalu mendendangkan sebuah lagu.
Y: Penonton tidak sedar bahawa pelakon itu ialah penduduk tempatan.
Frasa yang manakah yang mengandungi kata kerja tak transitif berimbuhan ter-?
Terjaga daripada tidur
Tersepak tunggul kayu
Terlanggar pasu bunga
Terbina dalam dua tahun
I - Pemerdagangan
II - Bergemuruh
III - Bergelimpangan
IV - Menyelusuri
Kata terbitan yang manakah yang kata dasarnya mengandungi sisipan?
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Ayat yang manakah yang mengandungi kata terbitan yang kata dasarnya terdiri daripada kata tugas?
Ayam serama itu mengais-ngais makanannya.
Dia berceramah dengan penuh bersemangat.
Dia sememangnya budak yang pandai.
Anak itu membesar dengan sihat.
Ayat yang manakah yang mengandungi perkataan yang diterbitkan dengan menggunakan apitan ke-...-an yang berfungsi sebagai imbuhan kata nama?
I - Banyak kesulitan dapat kami atasi dengan jayanya.
II - Mereka sering kebuntuan sewaktu menjalankan kerja itu.
III - Dia selalu kehabisan wang kerana sifatnya yang boros itu.
IV - Ahmad merupakan pelajar kebanggaan guru dan semua pelajar di sekolahnya.
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Ayat yang manakah yang TIDAK mengandungi perkataan yang mengalami proses pembentukan kata?
Jeriji besi itu terkunci dari dalam.
Pelipis anak perempuan saya cedera teruk.
Syarikat itu menganjurkan program jelajah Asia.
Pepohon ru di Pantai Cahaya Bulan tumbuh dengan rimbun.
Yang manakah ciri klausa?
I - Tidak mempunyai intonasi
II - Merupakan unsur pembentuk ayat
III - Tidak mengandungi subjek dan predikat
IV - Unsur paling tinggi dalam tatatingkat tatabahasa
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Semasa musim perayaan, banyak kes kemalangan jalan raya dilaporkan berlaku di negara ini.
Subjek bagi ayat di atas ialah
semasa musim perayaan
banyak kes kemalangan jalan raya
banyak kes kemalangan jalan raya dilaporkan
semasa musim perayaan banyak kes kemalangan jalan raya dilaporkan
- Boleh menjadi predikat dalam ayat
- Terdiri daripada dua perkataan atau lebih
- Tidak mempunyai unsur inti yang dapat mewakili seluruh binaannya
Pernyataan di atas adalah tentang
frasa nama
frasa kerja
frasa adjektif
frasa sendi nama
Kata bantu + kata kerja tak transitif + pelengkap + keterangan
Ayat yang manakah yang frasa kerjanya menepati binaan di atas?
Ibu masih bersedih semenjak pemergian ayah.
Ekonomi negara itu semakin merosot sejak kebelakangan ini.
Kehilangan budak itu masih menjadi tanda tanya banyak orang.
Keputusan peperiksaan adik sudah bertambah baik sejak penggal lepas.
Padanan frasa nama yang manakah yang menepati binaan inti + inti dan inti + penerang?
Inti + inti: Rakan taulan
Inti + penerang: Hutan rimba
Inti + inti: Gunung Kinabalu
Inti + penerang: Tuan puan
Inti + inti: Budak kampung
Inti + penerang: Ribut taufan
Inti + inti: Wang ringgit
Inti + penerang: Anak muda
Ayat yang manakah yang subjeknya terdiri daripada klausa tak bebas?
Yang miskin perlu sentiasa dibantu oleh masyarakat.
Kami tahu bahawa di situ sering berlaku kemalangan.
Banyak guru sekolah tidak tinggal di taman perumahan itu.
Bapa mengharapkan agar keputusan peperiksaan adik lebih cemerlang.
Yang manakah ayat susunan biasa?
Haus bayinya sejak pagi tadi.
Ikhlas menjadi tuntutan agama.
Berpanjangan benar masalah peribadinya.
Kami harapkan keprihatinan semua pihak.
Ayat yang manakah yang mengalami pendepanan sebahagian predikat?
Fatimahlah gadis yang bertudung biru itu.
Bersenam di padang semua pelajar.
Berkunjung mereka ke pesta buku.
Lazat sekali masakan ibunya.
Padanan yang manakah yang betul antara istilah tentang ayat dengan pembahagiannya?;
I - Q; II - P; III - R; IV - S
I - P; II - S; III - R; IV - Q
I - Q: II - P; III - S; IV - R
I - S; II - R; III - Q; IV - P
Yang manakah ayat aktif transitif?
Pengetua sedang meneliti kertas kerja itu.
Budak perempuan itu menangis teresak-esak.
Pokok mempelam itu membesar dengan cepat.
Patung lilin itu menyerupai wajah sebenar artis tersebut.
Frasa kerja + objek 1 + objek 2 + frasa keterangan
Ayat yang manakah yang binaan predikatnya seperti di atas?
Ibu mahu menjahitkan baju kurung nenek di dalam bilik saya.
Mereka telah menyelamatkan beberapa ekor anak buaya di sungai itu.
Kami akan menghadiahi Cikgu Wati sepasang baju semasa hari lahirnya.
Seorang jururawat membantu ibu muda itu dengan menyapu luka anaknya.
Ayat yang manakah TIDAK boleh dipasifkan?
Wanita itu membaringkan anaknya di atas sofa.
Negara itu membangun dengan pesat pada masa ini.
Dia menghidupkan enjin kereta lantas beredar dari situ.
Ali sudah mengirimkan bungkusan itu keapda Mohan semalam.
Yang manakah ayat suruhan?
Mari kita pergi sekarang.
Sudilah menjamah juadah ini.
Tuan dilarang merokok di sini.
Berfikirlah semasak-masaknya.
Ayat majmuk yang manakah yang sesuai bagi X?
Budak itu dimarahi oleh ibu dan neneknya kerana ponteng sekolah.
Mereka saling membantu dalam pelajaran walaupun mereka tidak sependapat.
Mereka yang kurang berdisiplin tidak akan dilibatkan dalam program ekspedisi itu.
Dia tidak pernah memberitahu ahli keluarganya berapa jumlah hutangnya dengan usahawan itu.
Sebelum bertolak ke luar negara, Hasyim menghadiri taklimat yang diberikan oleh penaja biasiswanya, sebuah syarikat swasta yang terkemuka bukan sahaja di negara ini malah pada peringkat antarabangsa.
Apakah jenis ayat majmuk di atas?
Ayat majmuk relatif
Ayat majmuk campuran
Ayat majmuk gabungan
Ayat majmuk keterangan
Yang manakah BUKAN ayat komplemen?
Abang mencadangkan agar ibu berjumpa pakar di hospital itu.
Warga emas itu berseorangan dalam menempuh hari-hari tuanya.
Pihak terbabit cuba menghitung berapa jauh pesawat itu boleh terbang.
Plaintif memohon supaya perbicaraan ditangguhkan selama beberapa hari.
Proses penyusunan semula
Ayat yang manakah yang megnalami proses penerbitan di atas?
Rumah di hujung kampung itu milik ibu saya.
Langsir di rumah nenek itu dijahit oleh Khatijah.
Beliau akan hadir dan mempengerusikan mesyuarat itu.
Penyair tersohor itu mendeklamasikan puisi ciptaannya yang indah.
Ayat yang manakah yang menepati rajah pohon di atas?
Dia menganggap lelaki itu bapa angkatnya sejak dahulu.
Sultan telah menganugerahi pemimpin itu pingat kebesaran.
Kami mungkin membelikan ibu sebuah kereta walaupun dia tidak bersetuju.
Ayah akan menghadiahi adik basikal jika dia cemerlang dalam peperiksaannya.
