wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Perniagaan Tingkatan 4

Total questions: 10

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Aktiviti manakah yang berkaitan dengan peranan bahagian fungsian kewangan dalam organisasi perniagaan?

a)

Aktiviti mendapatkan nama dan mengagihkan dana dengan cekap

b)

Aktiviti menentukan objektif kewangan organisasi untuk jangka panjang

c)

Aktiviti merancang, menyusun, mengarah, dan mengawal sumber kewangan

d)

Aktiviti mengawal kewangan setiap bahagian dalam organisasi perniagaan

2.

Pernyataan manakah yang berkaitan dengan tujuan perniagaan kepada peniaga?

a)

Mewujudkan faedah kepada pengguna

b)

Mengagihkan barang daripada pengeluar kepada pengguna

c)

Menjual barang dan perkhidmatan untuk mendapatkan keuntungan

d)

Melakukan pengeluaran barang dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan

3.

Manakah yang boleh digolongkan sebagai perniagaan bersaiz kecil?

a)

Kilang kasut

b)

Kedai kek dan biskut

c)

Kedai sejaras

d)

Kontrak pengeluaran

4.

Kegiatan manakah yang digolongkan dalam sektor tertier?

a)

Syarikat Prima Sdn Bhd menghasilkan pelbagai jenis dan model kenderaan

b)

Bank XYZ Bhd menyediakan perkhidmatan perbankan kepada para pengilang

c)

Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) melaksanakan usaha cari gali minyak

d)

Tenaga Nasional Berhad (TNB) membekalkan tenaga elektrik ke seluruh negara

5.

Bagaimanakah tindakan bank pusat meningkatkan kadar faedah boleh mengatasi masalah inflasi?

a)

Peniaga akan meminjam untuk menambahkan keluaran barang

b)

Perbelanjaan penduduk menurun kerana kos pengeluaran meningkat

c)

Peniaga akan meningkatkan harga jualan kerana kos pengeluaran meningkat

d)

Pengguna akan mengurangkan perbelanjaan kerana kuasa beli semakin menurun

6.

Syarikat QCC Sdn Bhd menggunakan sumber sumber dalaman dalam proses pengambilan pekerja.

Apakah kelebihan yang dinikmati oleh Syarikat QCC Sdn Bhd?

a)

Pekerja sedia ada lebih bermotivasi

b)

Pekerja dapat membawa idea baharu

c)

Pekerja membawa kemahiran baharu

d)

Tidak akan wujud kekosongan jawatan lain

7.

Manakah yang merujuk kepada persamaan visi, misi, dan objektif (VMO) organisasi bermotifkan untung (OBU) dan organisasi bukan bermotifkan untung (OBBU)?

a)

Memaksimumkan keuntungan

b)

Menyediakan produk yang berkualiti

c)

Menjual produk di bawah kos pengeluaran

d)

Meminimumkan kos pengendalian operasi

8.

Syarikat CMS Berhad sedang menikmati pertumbuhan.

Manakah bukti bahawa syarikat sedang menikmati pertumbuhan?

a)

Syarikat kerap kali mengubah lokasi perniagaan

b)

Syarikat meningkatkan bilangan pekerja sebanyak 50%

c)

Syarikat membawa masuk modal tambahan setiap tahun

d)

Syarikat mengalami peningkatan keuntungan berterusan

9.

Puan Mastura menghasilkan sejenis patung unik dan memasarkan melalui laman web. Apakah saluran agihan yang digunakan oleh Puan Mastura?

a)

Pengeluar -> Pengguna

b)

Pengeluar -> Ejen -> Pengguna

c)

Pengeluar -> Ejen -> Peruncit -> Pengguna

d)

Pengeluar -> Pemborong -> Peruncit -> Pengguna

10.

Bagaimanakah perkembangan dalam teknologi maklumat dan komunikasi membantu usahawan menjana idea perniagaan?

a)

Usahawan dapat mempercepat sistem pengeluaran produk

b)

Usahawan dapat memperoleh maklumat daripada pelbagai sumber

c)

Usahawan dapat berinteraksi dengan rakan strategik dengan murah

d)

Usahawan dapat menjalankan operasi perniagaan dengan lebih cekap