NEW
Font size
WorksheetsFitur Ekonomi
Total questions: 10
Worksheet time: 11mins
Berapakah fitur ekonomi yang terdapat dalam pembelian kredit?
2
3
4
5
Berikut merupakan fitur ekonomi dalam pembelian kredit kecuali:
Bayaran Pendahuluan
Jumlah yang tidak Perlu Dibayar
Kadar Faedah
Caj Kewangan
Peniaga lazimnya meminta pengguna membayar sejumlah wang apabila pengguna membeli sesuatu barang secara kredit.
Apakah fitur ekonomi yang dimaksudkan dalam pernyataan tersebut?
Caj Kewangan
Kadar Faedah
Bayaran Pendahuluan
Jumlah yang Perlu Dibayar
Caj ini dikenakan kepada pemegang kad kredit ke atas baki yang belum dijelaskan selepas tarikh tamat tempoh oleh pengeluar kad kredit. Pernyataan ini berkait rapat dengan
Bayaran Pendahuluan
Kadar Faedah
Caj Kewangan
Jumlah yang Perlu Dibayar
Dalam fitur ekonomi Kadar Faedah, jumlah faedah bergantung kepada tempoh bayaran balik pinjaman dan bayaran pendahuluan yang dibuat serta jenis produk yang dibeli.
Betul
Salah
Jumlah yang perlu dibayar merujuk kepada baki jumlah faedah yang perlu dibayar dalam pembelian kredit
Betul
Salah
Rumus Jumlah yang Perlu Dibayar:
Jumlah yang perlu dibayar = Harga belian - Deposit + Jumlah faedah yang dikenakan
Betul
Salah
Pilih pernyataan yang benar tentang bayaran pendahuluan
Bayaran pendahuluan perlu dipulangkan oleh penjual sekiranya barang tidak dapat diserahkan dalam tempoh yang ditetapkan
Penjual tidak mempunyai hak menghapus kira bayaran pendahuluan sekiranya pengguna enggan menunaikan kewajipannya
Peniaga lazimnya meminta pengguna membayar sejumlah wang apabila membeli sesuatu barang secara tunai
Jumlah bayaran pendahuluan yang dibayar bergantung kepada harga barang dan pertimbangan pembeli
Pilih pernyataan yang benar berkaitan Kadar Faedah
Kadar faedah untuk bayaran kredit ditentukan oleh pihak pembeli
Jumlah faedah bergantung kepada tempoh bayaran balik pinjaman dan bayaran pendahuluan yang dibuat serta jenis produk yang dibeli
Kebiasaannya, kadar faedah untuk pembelian kereta adalah tidak tetap
Pembelian kereta secara kredit tertakluk kepada kadar faedah terapung
Teliti petikan berikut:
Encik Hakeem membeli sebuah kenderaan bernilai RM38 000 secara kredit. Bayaran pendahuluan adalah sebanyak 20% dan bakinya dibayar secara ansuran selama 5 tahun. Kadar faedah yang dikenakan oleh bank perdagangan ialah 4% setahun. Berapakah bayaran ansuran bulanan Encik Hakeem?
RM610.00
RM608.00
RM506.00
RM600.00
