wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SPM K1 T5B2

Total questions: 45

Worksheet time: 2hrs 30mins

Name
Class
Date
1.

SPMU 2018

Maklumat berikut berkaitan dengan perjuangan pertubuhan Melayu pada tahun 1930-an. T5 B2 ms 56 [ P3 B2-B3 ]

Kesatuan Melayu Muda (KMM) - Bekerjasama dengan Jepun

Mengapakah KMM melaksanakan strategi tersebut?

a)

Menghalau penjajah asing

b)

Menyekat pengaruh komunis

c)

Mendapatkan petempatan khas

d)

Menghalang kemasukan imigran

2.

SPMU 2018

Rentap adalah wira masyarakat Iban yang menentang pentadbiran Brooke di Sarawak. T5 B2 ms 34 [ P1 B2-B6 ]

Apakah tindakan beliau untuk menentang pentadbiran Brooke?

a)

Menyerang kubu pertahanan

b)

Enggan membayar cukai tanah

c)

Mengutip hasil hutan tanpa lesen

d)

Meminta bantuan tentera asing

3.

SPM 2017

Revolusi Perindustrian yang berlaku di Eropah telah mendorong British menguasai ekonomi Tanah Melayu.

T5 B2 ms 30 [ P3 B3-B4 ]

Bagaimanakah British bertindak untuk menguasai ekonomi Tanah Melayu ?

a)

Meningkatkan cukai eksport

b)

Menyediakan peluang pekerjaan

c)

Menyalurkan bantuan kewangan

d)

Memeterai pelbagai perjanjian

4.

SPM 2017

Tokoh berikut menentang pentadbiran Brooke di Sarawak.

T5 B2 ms 34 [ P2 B5 ]

 Syarif Masahor

 Datu Patinggi Abdul Gapur

Mengapakah mereka menentang pentadbiran Brooke ?

a)

Menyekat kedatangan imigran

b)

Mempertahan hak mengutip cukai

c)

Mengawal kegiatan mencari hasil hutan

d)

Mengekalkan sistem pemerintahan beraja

5.

SPM 2017

Bagaimanakah Tok Janggut menentang British di Kelantan?

T5 B2 ms 41 [ P2 B9-B12 ]

a)

Menyerang Pasir Puteh

b)

Meminta bantuan Siam

c)

Menyekat bekalan makanan

d)

Menghalang laluan kapal dagang

6.

SPM 2017

Gambar 1 adalah pemimpin Kesatuan Melayu Singapura pada awal abad ke-20. T5 B2 ms 54 [ P3 B11-B13 ]

Apakah sumbangan beliau kepada orang Melayu Singapura ?

a)

Membina pusat pendidikan

b)

Membuka kawasan pertanian

c)

Menubuhkan pusat kebudayaan

d)

Memperoleh petempatan khas

7.

SPMU 2017

Akhbar berikut memberikan saranan untuk kemajuan ekonomi orang Melayu pada awal abad ke-20 di Tanah Melayu.

 Warta Malaya  Warta Negara  Majlis

Apakah saranan tersebut? T5 B2 ms 51 [ RAJAH, KOTAK KEDUA ]

I. Menjalankan aktiviti perniagaan

II. Menubuhkan syarikat kerjasama

III. Mengasaskan institusi kewangan

IV.Melaksanakan penyatuan tanah

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

8.

SPMU 2017

Pada awal abad ke-20, gerakan nasionalisme di Indonesia mempengaruhi gerakan nasionalisme di Tanah Melayu. Mengapakah keadaan tersebut berlaku?

T5 B2 ms 48 [ P5 B4 ] ms 49 [ P1 B1 ]

I. Pengaruh komunis

II. Bantuan ketenteraan

III. Pengaruh hasil karya

IV. Kedudukan geografi

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

9.

SPM 2016

Maklumat berikut berkaitan dengan gerakan anti British di Tanah Melayu pada tahun 1940an. T5 B2 ms 56 [ P3 B2-B3 ]

  • Kesatuan Melayu Muda - Menghalau British dari Tanah Melayu

Apakah tindakan yang diambil oleh pertubuhan tersebut untuk mencapai matlamat perjuangan?

a)

Membantu perjuangan golongan kiri

b)

Bergabung dengan kuasa Barat lain

c)

Mendapatkan sokongan pembesar

d)

Bekerjasama dengan pihak Jepun

10.

SPM 2016

Penghulu Dol Said telah melakukan penentangan terhadap British di Naning antara tahun 1831 hingga tahun 1833.

T5 B2 ms 32 [ P1 B4 & B5 ]

Mengapakah beliau menentang British?

a)

Pembinaan balai polis

b)

Pencabulan adat tradisi

c)

Pembayaran ufti tahunan

d)

Pengenalan peraturan tanah

11.

SPMU 2016

Kaum Muda gagal meluaskan pengaruhnya ke Negeri –Negeri Melayu berbanding Negeri-Negeri Selat.

Mengapakah keadaan tersebut berlaku?

T5 B2 ms 50 [ P1 B13 ]

a)

Bilangan ahli sedikit

b)

Sumber kewangan kurang

c)

Penyebaran risalah disekat

d)

Kemudahan perhubungan terhad

12.

SPMU 2016

Tokoh berikut adalah pengarang Majalah Guru - 1920an.

 Yusuf Ahmad  Mohd Sidin Rashid

Apakah isu yang dibangkitkan dengan orang Melayu yang dibangkitkan oleh pengarang tersebut? T5 B2 ms 52 [ RAJAH, KOTAK PERTAMA ]

I. Kemunculan golongan radikal

II. Pendidikan anak-anak

III. Kemunduran ekonomi

IV. Pengurangan kuasa pembesar

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

13.

SPMU 2016

Jawatan berikut diwujudkan oleh British di Negeri–Negeri Melayu pada abad ke- 19 dan awal abad ke-20 T5 B2 ms 30 [ P3 B2 ]

 Residen  Penasihat British

Apakah muslihat British mewujudkan jawatan tersebut?

a)

Menguasai sumber alam

b)

Memajukan kemudahan asas

c)

Mengekalkan sistem monarki

d)

Mempertahan kuasa pembesar

14.

SPM 2015

Senarai berikut adalah tokoh luar negara yang mempengaruhi Gerakan Islah di Tanah Melayu pada awal abad ke-20.

 Syeikh Muhammad Abduh  Sayyid Jamaluddin al-Afghani

Apakah bukti yang menunjukkan mereka berpengaruh?

T5 B2 ms 48 [ P4 B2 ]

a)

Kekukuhan perpaduan pelbagai kaum

b)

Kemunculan semangat kebangsaan

c)

Peluasan penggunaan tulisan jawi

d)

Perkembangan kegiatan kesenian

15.

SPM 2015

Apakah tindakan J.W.W Birch yang menyebabkan orang Melayu bangkit menentang British di Pasir Salak, Perak?

T5 B2 ms 37 [ P2 POINT 4 ]

a)

Larangan mengutip hasil hutan

b)

Menghalang kemasukan imigran

c)

Campur tangan dalam pentadbiran

d)

Mengambil alih aktiviti perlombongan

16.

SPMU 2015

Dialog berikut mungkin berlaku di Durian Sebatang, Perak pada tahun 1875.

Pembesar Y : Saya mencadangkan J.W.W. Birch dibunuh.

Ahli Mesyuarat : Kami semua sangat setuju

Mengapakah pembesar tersebut mencadangkan supaya J.W.W. Birch dibunuh? T5 B2 ms 37 [ JADUAL ]

a)

Kedaulatan negeri terancam

b)

Jawatan Residen dimansuhkan

c)

Pelaksanaan pendidikan sekular

d)

Kos sara hidup rakyat meningkat

17.

SPMU 2015

Maklumat berikut berkaitan dengan tokoh pengasas Kesatuan Melayu Singapura. T5 B2 ms 54 [ P3 B5-B6 ]

 Tengku Kadir Ali  Embok Suloh

 Mohammad Eunos Abdullah

Antara berikut yang manakah berkaitan dengan tokoh tersebut?

I Mendapat pendidikan Inggeris

II Menentang pentadbiran Inggeris

III Memperjuangkan kepentingan politik

IV Memperjuangkan kepentingan sosioekonomi

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

18.

SPM 2014

Mengapakah British menggunakan nama sultan Kelantan untuk mematahkan penentangan penduduk tempatan pada tahun 1915? T5 B2 ms 42 [ P1 B1 ] ms 44 [ P1 B2-B3]

a)

Menghormati sultan

b)

Mengekalkan kuasa sultan

c)

Kesetiaan rakyat kepada sultan

d)

Kuasa mutlak berada di tangan sultan

19.

SPM 2014

Maklumat berkaitan dengan pembesar-pembesar di Pahang yang menentang British. T5 B2 ms 40 [ P2 B9 ]

  • Dato’ Bahaman
  • Tok Gajah
  • Imam Rasul

Mengapakah mereka menentang British?

a)

Pembinaan balai polis

b)

Pencabulan perjanjian

c)

Pengenalan perdagangan bebas

d)

Pelaksanaan pendidikan sekular

20.

SPMU 2014

Mengapakah Gerakan Islah sukar bergerak di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu berbanding dengan Negeri-Negeri Selat? T5 B2 ms 50 [ P1 B9 ]

a)

Kekurangan sumber modal

b)

Penolakan ideologi Kaum Muda

c)

Penguatkuasaan undang-undang

d)

Ketiadaan pemimpin berkebolehan

21.

SPMU 2014

Haji Abdul Rahman Limbong telah memimpin penduduk tempatan Kuala Telemong, Terengganu menentang British.

Mengapakah penentangan tersebut dilakukan? T5 B2 ms 42 [ P2 B3-B4 ]

a)

Pengenalan pendidikan sekular

b)

Pengenalan peraturan tanah

c)

Perlucutan jawatan pembesar

d)

Pembunuhan penduduk tempatan

22.

SPM 2013

Bagaimanakah British menghalang Gerakan Islah di Negeri-Negeri Melayu pada awal abad ke-20 ?

T5 B2 ms 50 [ P1 B11 & B13 ]

I Mengugut pemimpin

II Menyekat kegiatan dakwah

III Menghalang kemasukan risalah

IV Menyekat peluang belajar ke luar negara

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

23.

SPM 2013

Tokoh berikut telah berjuang menentang penjajah.

T5 B2 ms 44 [ P3 B10 ]

 Mat Salleh  Dato’ Bahaman

Mengapakah perjuangan mereka gagal ?

a)

Senjata tidak lengkap

b)

Tenaga tentera kurang

c)

Kemudahan asas kurang

d)

Sokongan pembesar tidak cukup

24.

SPM2012

Jadual 7 menerangkan novel yang diterbitkan sebelum Perang Dunia Kedua di Tanah Melayu.

T5 B2 ms 53 [ JADUAL ]

  • Novel Melor Kuala Lumpur - Harun Aminurrashid

Apakah mesej yang disampaikan oleh pengarang dalam novel tersebut?

a)

Mencintai tanah air

b)

Menghargai warisan bangsa

c)

Kebebasan kaum wanita

d)

Perpaduan antara kaum

25.

SPM 2012

Gerakan Islah bertujuan membetulkan pandangan orang Melayu terhadap Islam. Apakah saranan gerakan tersebut kepada orang Melayu? T5 B2 ms 49 [ P3 B5 ]

a)

Mengutamakan pemimpin

b)

Memelihara warisan tradisi

c)

Berani mengkritik penjajah

d)

Bekerjasama dengan kaum imigran

26.

SPM 2011

Rajah berikut menerangkan perubahan jawatan Tok Janggut di Kelantan. T5 B2 ms 41 [ P2 B11-B12 ]


1910 (pemimpin tempatan) ------ 1915 (Perdana Menteri)


Apakah peristiwa yang menyebabkan perubahan tersebut?

a)

Pembunuhan penasihat British

b)

Peluasan kuasa British

c)

Penawanan Pasir Puteh

d)

Pengunduran tentera Siam

27.

SPM 2011

Novel berikut adalah karya Ishak Haji Muhammad (Pak Sako).

A. Anak Mat Lela Gila B. Putera Gunung Tahan


Apakah persamaan tema dalam novel tersebut?

T5 B2 ms 53 [ JADUAL ]

a)

Menghargai warisan bangsa

b)

Menghargai sumbangan tokoh

c)

Kepentingan pendidikan moden

d)

Cinta akan tanah air

28.

SPM 2010

Apakah kesan kesengsaraan berikut terhadap penduduk Tanah Melayu? T5 B2 ms 48 [ P1 B1 ]


Kesengsaraan Hidup Semasa Jepun

  • Kekurangan makanan
  • Kekurangan ubat-ubatan
  • Kekejaman pentadbiran
a)

Mendapatkan bantuan luar

b)

Menolak penguasaan kuasa asing

c)

Menyerah nasib kepada penjajah

d)

Membentuk sistem politik sendiri

29.

SPM 2010

Pantun berikut menggambarkan kedudukan pembesar di Perak semasa penjajahan British. T5 B2 ms 38 [ JADUAL ] POINT 2

Buah pala dari Makasar

Jatuh sebiji ke dalam dulang

Diberi pencen kepada pembesar

Jawatan diwarisi turut hilang


Bagaimanakah para pembesar tersebut berusaha untuk mengembalikan hak mereka?

a)

Mengadakan kerjasama dengan orang Bugis

b)

Menghapuskan sistem pemilikan hamba

c)

Memperkukuh sistem pentadbiran tradisional

d)

Berjuang untuk menolak campur tangan Barat

30.

SPM 2010

Akhbar berikut digunakan oleh kaum Muda sebagai wadah perjuangan mereka di Tanah Melayu pada tahun 1930-an. T5 B2 ms 49 [ P3 B6 ]

 Al-Imam  Neracha  Saudara

Apakah isu yang dimuatkan oleh akhbar tersebut?

a)

Peranan golongan pembesar

b)

Mengkritik kelemahan raja

c)

Penghapusan amalan perhambaan

d)

Menggalakkan pendidikan Inggeris

31.

SPM 2010

Pada awal abad ke-20, kegiatan berpersatuan di Sabah tidak menonjol. Mengapakah keadaan tersebut berlaku? T5 B2 ms 56 [ P1 B3 ]

a)

Halangan daripada pemerintah

b)

Kelemahan sistem perhubungan

c)

Menghadapi masalah kewangan

d)

Perbezaan taraf hidup antara etnik

32.

SPM 2009

Dialog di bawah mungkin berlaku di Naning semasa pentadbiran Penghulu Dol Said pada kurun ke-19.

A : Tok, British minta cukai.

B : Berapa banyak?

A : Satu persepuluh daripada hasil kita.

B : Jangan bayar walau sedikit pun.

Apakah tindakan British setelah arahannya diingkari?

T5 B2 ms 32 [ P1 B6 ]

a)

Menduduki Naning

b)

Membunuh Dol Said

c)

Merampas hasil penduduk

d)

Memulau wilayah Naning

33.

SPM 2009

Apakah idea yang diketengahkan oleh Kaum Muda pada awal abad ke-20? T5 B2 ms 49 [ P3 B1-B2 ]

a)

Penjanaan ajaran Islam untuk kemajuan

b)

Pembentukan negara yang merdeka

c)

Penubuhan syarikat kerjasama

d)

Pemeliharaan tradisi bangsa

34.

SPM 2009

Majalah Guru memainkan peranan penting dalam memajukan bidang pendidikan pada awal abad ke-20 di Tanah Melayu.


Apakah isu yang difokuskan dalam majalah tersebut? T5 B2 ms 52 [ RAJAH, KOTAK PERTAMA ]

a)

Menghargai warisan bangsa

b)

Memperjuangkan hak wanita

c)

Memajukan bidang kesusasteraan

d)

Mengekalkan nilai murni masyarakat

35.

SPM 2008

Jadual 2 menunjukkan tokoh tempatan yang telah menentang kuasa British pada abad ke-19. T5 B2 ms 34 [ P3 B3] ms 36 [ P1 B2 ]

  • RENTAP
  • MAT SALLEH

Mengapakah penentangan tersebut berlaku?

a)

Pencerobohan kawasan

b)

Penghapusan sistem perhambaan

c)

Peningkatan kemasukan imigran

d)

Paksaan membayar ufti

36.

SPM 2007

21 Julai 1875

Mesyuarat antara Dato’ Maharaja Lela dengan pembesar-pembesar Melayu di Durian Sebatang

Peristiwa di atas berlaku di negeri Perak. Apakah kesan peristiwa tersebut?

T5 B2 ms 38 [ JADUAL, KOTAK KEEMPAT ]

a)

Pengurangan kuasa sultan

b)

Pemecatan Sultan Ismail

c)

Pembunuhan J.W.W. Birch

d)

Pemansuhan jawatan Residen

37.

SPM 2007

Haji Abdul Rahman Limbong telah memimpin penduduk tempatan Kuala Telemong, Terengganu menentang British.

T5 B2 ms 42 [ P2 B3 ]

Mengapakah penentangan itu dilakukan?

a)

Pengenalan pendidikan sekular

b)

Pengenalan peraturan tanah

c)

Perlucutan jawatan pembesar

d)

Pembunuhan penduduk tempatan

38.

SPM 2006

Apakah kesan dasar pentadbiran British di Tanah Melayu pada awal abad ke 20?

T5 B2 ms 46 [ P3 B6 & P4 B1 ]

I Pembukaan bandar baru

II Pertambahan buruh asing

III Pengenalan pendidikan tinggi

IV Peningkatan taraf hidup penduduk tempatan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

39.

SPM 2006

Mengapakah Gerakan Islah boleh berkembang di Negeri-Negeri Selat ? T5 B2 ms 50 [ P1 B9 ]

a)

Tiada tentangan agama

b)

Banyak sumber kewangan

c)

Ramai pemimpin berkaliber

d)

Tiada sekatan undang-undang

40.

SPM 2006

 Pengasuh, 1918

 Majalah Guru,1924

 Bulan Melayu, 1930

Mengapakah majalah di atas penting ketika itu?

T5 B2 ms 52 [ P1 B7 ]

a)

Menghayati ajaran agama

b)

Menghargai warisan bangsa

c)

Meningkatkan kemajuan bangsa

d)

Menggalakkan budaya membaca

41.

SPM 2005

Andaikan anda seorang pembesar tempatan di Pasir Salak, Perak semasa British memperkenalkan pentadbiran Barat.

Mengapakah anda menentang British ?

T5 B2 ms 37 [ RAJAH, ISI 3 & 4 ]

I Hilang kawasan pegangan

II Peraturan membuka tanah baru

III Larangan memungut hasil hutan

IV Campur tangan dalam adat resam

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

42.

SPM 2005

Guru : Tema novel Melor Kuala Lumpur yang dihasilkan pada tahun 1930-an berbeza dengan novel – novel sezamannya.

Murid : Bolehkah cikgu terangkan perbezaannya?


Dialog di atas mungkin berlaku dalam sesi pengajaran Sejarah. Apakah perbezaan tema novel tersebut?

T5 B2 ms 53 [ RAJAH, KOTAK KEEMPAT ]

a)

Perpaduan guru

b)

Kebebasan wanita

c)

Penentangan penjajahan

d)

Semangat perjuangan pemuda

43.

SPM 2005

Antara sumbangan Mohammad Eunos Abdullah terhadap orang Melayu di Singapura ialah T5 B2 ms 54 [ P3 B13 ]

a)

Mewartakan tanah pertanian

b)

Memberi peluang pendidikan

c)

Mendapatkan petempatan khas

d)

Menyediakan tapak perniagaan

44.

SPM 2004

Mengapakah kedatangan British ditentang oleh pemimpin setempat? T5 B2 ms 30

[ P1 B2-B3 ] & ms 31 [ P1 B2 ]



I Menguasai daerah mereka

II Mempengaruhi masyarakat tempatan

III Menyelaraskan penggunaan mata wang

IV Memperkenalkan sistem pentadbiran baru

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

45.

SPM 2004

Mengapakah Naning berjaya mengalahkan British pada tahun 1831? T5 B2 ms 32 [ P1 B9 ]

a)

Menggunakan askar upahan

b)

Mempunyai tentera yang terlatih

c)

Membina kubu pertahanan yang kukuh

d)

Mendapat sokongan pembesar tempatan