wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bab 3 T5 : Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen

Total questions: 40

Worksheet time: 1hrs 20mins

Name
Class
Date
1.

Apakah ciri persamaan undang-undang berikut?

• Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895

• Undang-undang bagi Diri Kerajaan Terengganu 1911

a)

Membuktikan pemerintahan mutlak

b)

Menunjukkan pengaruh birokrasi Barat

c)

Menjejaskan kedaulatan raja yang memerintah

d)

Menyerlahkan ciri pemerintahan raja berperlembagaan

2.

Gambar di bawah menunjukkan Sultan Pahang, Sultan Ahmad. Bagaimanakah kedudukan baginda semasa penjajahan British?

a)

Menjadi ketua kerajaan

b)

Memerintah secara mutlak

c)

Menerima nasihat daripada Residen

d)

Menyerahkan kuasa kepada Penasihat British

3.

Maklumat berkaitan dengan Perlembagaan Malaysia. "Memperuntukkan peranan Yang di-Pertuan Agong dalam memelihara hak istimewa serta kedudukan orang Melayu dan bumiputera Sarawak dan Sabah."

Apakah kuasa yang dimiliki oleh baginda?

a)

Kuasa Eksekutif

b)

Kuasa Kehakiman

c)

Kuasa Perundangan

4.

Rajah berikut berkaitan sistem pentadbiran di Malaysia.

P --• Membubarkan Parlimen.

• Mengisytiharkan darurat.

P merujuk kepada peranan

a)

Dewan Negara

b)

Dewan Rakyat

c)

Perdana Menteri

d)

Yang di-Pertuan Agong

5.

Jika seorang pegawai tinggi angkatan tentera dijatuhi hukuman, siapakah yang berkuasa memberi pengampunan kepada pegawai tersebut?

a)

Perdana Menteri

b)

Menteri Pertahanan

c)

Yang di-Pertuan Agong

d)

Hakim Mahkamah Tinggi

6.

Antara berikut, yang manakah berkaitan Dewan Undangan Negeri?

a)

Ahlinya dipilih melalui pilihan raya

b)

Menggubal undang-undang bagi negeri

c)

Terdapat di Kuala Lumpur, Labuan danPutrajaya

d)

Mengadili pertikaian antara pemerintah dengan rakyat

7.

Apakah tugas utama Jemaah Menteri?

a)

Menggubal dasar negara

b)

Menjamin keadilan sosial

c)

Melaksanakan undang-undang

d)

Melindungi hak istimewa bumiputera

8.

Bagaimanakah pemerintahan beraja mampu mengimbangi pemerintahan demokrasi?

a)

Mencontohi model Westminster England

b)

erdasarkan kuasa budi bicara Yang di-Pertuan Agong

c)

Melalui kerjasama permuafakatan pelbagai parti politik

d)

Raja berkecuali dalam hal politik, ekonomi dan dasar negara

9.

Kerjasama politik menekankan soal perkongsian kuasa antara kaum berdasarkan prinsip

a)

kebebasan

b)

keyakinan

c)

tolak ansur

d)

perundingan

10.

Kesultanan Melayu Melaka telah mengamalkan pemerintahan raja berkuasa mutlak.

Bagaimanakah konsep ini diperkukuhkan?

a)

Berkuasa terhadap pentadbiran

b)

Berkuasa terhadap kehakiman

c)

Berkuasa menasihati negara luar

d)

Berkuasa merampas kerajaan lain

11.

Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka diperkukuhkan dengan konsep Islam . Hal ini menjadikan raja sebagai

a)

Ketua pedagang

b)

Ketua penghulu

c)

Ketua agama Islam

d)

Ketua berbendaharaan

12.

British telah menggunakan teknik X untuk meluaskan pengaruhnya di negeri Melayu.

Apakah X ?

a)

Pecah perintah

b)

Menggunakan tentera

c)

Mengahwini anak Raja

d)

Perjanjian

13.

Apakah tujuan negeri-negeri Melayu mengubal Undang-undang Tubuh Negeri

a)

Untuk tunjuk kehebatan

b)

Menghalang pengaruh British

c)

Meluaskan pengaruh

d)

Kekuasaan

14.

British juga berminat untuk campur tangan di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB). Justeru iaitu British telah meletakkan

a)

Penasihat British

b)

Gabenor British

c)

Askar British

d)

Residen

15.

Semasa Malayan Union, Majlis Sultan-sultan hanya berkuasa ke atas

a)

Pentadbiran

b)

Perbendaharaan

c)

Agama Islam

d)

Peperangan

16.

Gambar di atas adalah Yang di-Pertuan Agong Malaysia. Apakah kedudukan baginda seperti termaktub dalam Perkara 32 Perlembagaan persekutuan

a)

Ketua Hakim

b)

Ketua Anak Negeri

c)

Ketua Suruhanjaya Pilihanraya

d)

Ketua Utama Negara

17.

Yang

di-Pertuan Agong mempunyai kuasa dalam pemerintahan dan bertindak mengikut

nasihat Perdana Menteri.

Antara Kuasa Eksekutif baginda adalah

a)

Melantik Jemaah Menteri

b)

Melantik Wakil Rakyat

c)

Melantik Menteri Besar

d)

Melantik Ketua Polis Negara

18.

Sistem Raja Berpelembagaan dan Dewan Berparlimen mewujudkan mekanisme semak dan imbang dalam pemerintahan negara ini. Hal ini kerana

a)

Raja berkuasa mutlak

b)

Raja berkecuali

c)

Raja berwibawa

d)

Raja bertanggungjawab

19.

Pemerintahan beraja berkembang sejajar dengan peredaran masa seiring dengan konsep Demokrasi Berparlimen dalam pemerintahan negara kita pada hari ini dan telah mengiktiraf X. Apakah X?

a)

Gabenor

b)

Residen

c)

Raja Berpelembagaan

d)

Raja berkuasa mutlak

20.

Gambar menunjukkan zaman Kesultanan Melayu Melaka yang nmempelihatkan pemerintahan beraja yang berwibawa. Pada masa itu raja berkuasa mutlak dimana

a)

Berkuasa terhadap pentadbiran

b)

Berkuasa terhadap kehakiman

c)

Berkuasa menasihati negara luar

d)

Berkuasa merampas kerajaan lain

21.

Secara tradisinya Raja-raja Melayu dianggap sebagai

a)

Sumber undang-undang

b)

Penulis undang-undang

c)

Ketua bendahari

d)

Ketua kerajaan

22.

Sebagai rakyat dalam sebuah negara demokrasi, kita sewajarnaya memahami kepentingan pilihanraya. Apakah kepentingan pilihanraya

a)

Untuk memilih pemimpin yang berwibawa

b)

Untuk kebaikan pemimpin

c)

Untuk memuaskan hati raja

d)

Untuk kehebatan negara

23.

* Raja-raja Melayu

Selepas pentadbiran tempatan dikuasai oleh British dan Jepun, bagaimanakah kedudukan sistem pemerintahan beraja di negeri-negeri Melayu?

a)

Sistem pemerintahan beraja kekal

b)

Sistem pemerintahan beraja terhapus

c)

Sistem pemerintahan beraja digulingkan

d)

Sistem pemerintahan beraja di bawah Ratu England

24.

Pemerintahan beraja Kesultanan Melayu Melaka berdasarkan satu undang-undang iaitu

a)

Hukum Kanun Manu

b)

Hukum Kanun Melaka

c)

Undang-undang Laut Melaka - Johor

d)

Undang-undang Maritim Melaka

25.

Legasi Kesultanan Melayu Melaka diteruskan secara langsung oleh kesultanan berikut

a)

Perlis

b)

Pahang

c)

Selangor

d)

Kelantan

26.

Manakah antara kesultanan berikut merupakan kesinambungan daripada Kesultanan Johor Riau?

a)

Perak

b)

Kelantan

c)

Johor

d)

Terengganu

27.

Bagaimanakah kedudukan Raja-Raja Melayu semasa pengenalan Sistem Residen di Negeri-negeri Melayu Bersekutu? Pilih SATU jawapan tepat.

a)

Kedudukan raja digantikan oleh Gabenor

b)

Raja diberikan pencen bulanan

c)

Raja kekal sebagai pemerintah berdaulat

d)

Raja mesti menerima nasihat daripada Penasihat British.

28.

Bagaimanakah kedudukan Raja-Raja Melayu semasa pendudukan Jepun? Pilih SATU jawapan yang tepat.

a)

Kedudukan Raja-raja Melayu diganti oleh Gabenor Jepun

b)

Raja-raja Melayu diberi pampasan pencen tahunan

c)

Raja-raja Melayu tidak diiktiraf sebagai ketua hal ehwal agama Islam

d)

Kedudukan Raja-raja Melayu di bawah pengawasan Gabenor Jepun.

29.

Apakah kesan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 terhadap kedaulatan Raja-raja Melayu?

a)

Kedaulatan Raja-raja Melayu dikembalikan

b)

Raja-raja Melayu tidak berkuasa dalam adat istiadat Melayu dan hal ehwal agama Islam

c)

Raja-raja Melayu tidak kekal di takhta tetapi berkuasa dalam pentadbiran dan perundangan

d)

Kedudukan Raja-raja Melayu diangkat sebagai Raja Berperlembagaan

30.

Manakah antara berikut berkaitan Durbar adalah benar di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu?

a)

Membincangkan undang-undang selain agama Islam

b)

Majlis Persidangan bagi Raja-Raja Melayu

c)

Membincangkan hal ehwal pentadbiran Kerajaan Persekutuan dengan pihak British

d)

Menentang perlaksanaan Malayan Union di Tanah Melayu

31.

Durbar diwakili oleh sultan-sultan. Siapakah yang mempengerusikan Durbar?

a)

Raja-raja Melayu

b)

Residen British

c)

Gabenor Malayan Union

d)

Pesuruhjaya Tinggi British

32.

Gambar di atas berkaitan Majlis Sultan-sultan. Siapakah yang mempengerusikan Majlis Sultan-Sultan?

a)

Raja-raja Melayu

b)

Ketua Setiausaha Malayan Union

c)

Gabenor Malayan Union

d)

Pesuruhjaya Tinggi British

33.

Siapakah yang diberi bidang kuasa untuk menguruskan Majlis Raja-Raja?

a)

Raja-raja Melayu

b)

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

c)

Penasihat undang-undang

d)

Pesuruhjaya Tinggi British

34.

Kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Utama Negara termaktub dalam _______ Perlembagaan Persekutuan.

a)

Perkara 4

b)

Perkara 11

c)

Perkara 32

d)

Perkara 132

35.

Menurut Perlembagaan Persekutuan, siapakah yang mempunyai bidang kuasa untuk membuat pengisytiharan darurat?

a)

Perdana Menteri

b)

Ketua Hakim Negara

c)

Yang di-Pertuan Agong

d)

Panglima Angkatan Tentera

36.

Mengapakah kebebasan asasi yang diperuntukkan dalam perlembagaan tidak bersifat mutlak?

a)

Menjamin pengekalan parti yang memerintah

b)

Memberi amaran dan peringatan kepada rakyat

c)

Memastikan pembangunan ekonomi negara berterusan

d)

Memastikan ketenteraman dan kesejahteraan awam terjamin.

37.

Dalam prinsip pengasingan kuasa di Malaysia, siapakah punca kuasa kepada badan perundangan, eksekutif dan kehakiman?

a)

Perdana Menteri

b)

Jemaah Menteri

c)

Yang di-Pertuan Agong

d)

Majlis Raja-Raja Melayu

38.

Parlimen terdiri daripada tiga komponen. Selain Yang di-Pertuan Agong, Nyatakan salah satu komponen dalam Parlimen?

a)

Dewan Rakyat

b)

Dewan Negeri

c)

Dewan Persekutuan

d)

Dewan Undangan Negeri

39.

Pemerintahan beraja diteruskan selepas kemerdekaan Tanah Melayu 1957. Antara berikut manakah pindaan dalam Perlembagaan Persekutuan agar sesuai dengan konsep demokrasi?

a)

Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Utama Negara

b)

Pembentukan negara adalah tidak melibatkan rakyat

c)

Pilihan raya dilaksana dengan persetujuan raja Melayu

d)

Bahasa Melayu ditabal sebagai Bahasa rasmi di istana

40.

Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, telah terserlah kehidupan bernegara dan ciri sistem berperlembagaan. Buktikan.

a)

Taklukan wilayah dengan peperangan

b)

Perkahwinan antara kaum kerabat diraja

c)

Pemerintahan berdasarkan undang-undang

d)

Raja berkuasa mengutip cukai daripada rakyat