wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

2021 MODUL PPMP JPN JOHOR SEJ K1 (SET 1)

Total questions: 40

Worksheet time: 1hrs 20mins

Name
Class
Date
1.

Maklumat berikut merujuk kepada

Hukum Kanun Melaka

Undang-undang Laut Melaka

m/s 7

a)

Undang-undang kerajaan Alam Melayu

b)

Undang-undang bertulis

c)

Undang-undang Islam

d)

Undang-undang adat

2.

Apakah maksud nasionalisme dalam konteks orang Melayu sebelum merdeka? m/s 23

a)

Mengiktiraf hak setiap kaum negara ini

b)

Mengembalikan kegemilangan Kesultanan Melayu

c)

Menuntut keadilan kepada anak bangsa

d)

Mendapatkan kembali kedudukan unggul dalam negeri

3.

Majalah Bulan Melayu diterbitkan pada tahun 1930 di Johor Bahru. Apakah isu majalah tersebut ? m/s 43

a)

Kepentingan perpaduan kaum

b)

Kemajuan dan pendidikan wanita

c)

Kesedaran tentang isu semasa negara

d)

Kebenaran agama Islam sebagai agama rasmi

4.

Jadual berikut menunjukkan ideologi baharu yang menjadi faktor tercetusnya Perang Dunia Kedua di Eropah. Pasangan manakah yang betul? m/s 58

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

5.

Jepun ingin mengeksploitasi kekayaan bahan mentah di negara kita bagi keperluan perindustrian dan operasi ketenteraan Jepun. Apakah rancangan Jepun untuk mengukuhkan ekonominya? m/s 68

a)

Menanamkan semangat antipenjajah Barat

b)

Mengusir penjajah di negara-negara Asia Tenggara

c)

Mengenakan sekatan ekonomi terhadap pihak Bersekutu

d)

Membentuk kawasan Lingkungan Sekemakmuran Asia Timur Raya

6.

Bintang Tiga telah menguasai Tanah Melayu lebih kurang 14 hari kerana kelewatan pendaratan semula tentera British. Bagaimanakah penguasaan tersebut berlaku? m/s 84

I Membuat kad catuan makanan

II Menguasai balai polis

III Membunuh pegawai daerah

IV Melaksanakan sekatan jalan raya

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

7.

Rajah berikut menunjukkan perubahan pentadbiran British di Tanah Melayu.

Mengapakah British melakukan perubahan tersebut? m/s 96

a)

Melicinkan pentadbiran

b)

Menyeragamkan sistem cukai

c)

Meningkatkan ekonomi orang Melayu

d)

Memperkukuhkan pemerintahan beraja

8.

Berikut merupakan tindakan British terhadap nasionalis di Sabah.

Menawarkan kenaikan pangkat

 Memindahkan ahli dan pemimpin

Apakah tujuan British berbuat demikian? m/s 116

a)

Mendorong kelahiran intelektual

b)

Mengurangkan tekanan komunis

c)

Meningkatkan taraf hidup penduduk

d)

Melumpuhkan gerakan nasionalisme

9.

Piagam Atlantik telah diisytiharkan pada bulan Ogos 1941. Piagam ini dirangka oleh Britain dan Amerika Syarikat. Bagaimanakah British bertindak mematuhi Piagam Atlantik di Tanah Melayu? m/s 133

a)

Memperkukuhkan sistem pertahanan

b)

Menamatkan gagasan Malayan Union

c)

Mengurangkan kuasa Raja-raja Melayu

d)

Melonggarkan syarat kewarganegaraan

10.

Apakah kepentingan Persekutuan Tanah Melayu 1948 dalam pembinaan negara dan bangsa Malaysia? m/s 137

I Kewarganegaraan dilonggarkan

II Melahirkan identiti bangsa Malayan Union

III Memupuk perpaduan dan toleransi kaum

IV Hak mutlak memerintah negara yang berdaulat

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

11.

Gambar 1 menunjukkan kad pengenalan Persekutuan Tanah Melayu.

Mengapakah penggunaan kad pengenalan diperkenalkan? m/s 156

a)

Memudahkan edaran makanan kepada penduduk

b)

Membezakan orang awam dengan komunis

c)

Mengenal pasti penduduk Kampung Baru

d)

Mengenal pasti penduduk asal Tanah Melayu

12.

Pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan untuk membanteras komunis dan mengembalikan keamanan negara kita. Apakah peranan generasi muda untuk menghargai keamanan tersebut? m/s 163

a)

Mendapatkan pendidikan tinggi

b)

Memberi keadilan ekonomi kepada rakyat

c)

Mempertahankan negara daripada musuh

d)

Menyertai proses pilihan raya umum

13.

Tokoh berikut memberikan sumbangan kepada negara sebelum merdeka.

Dato’ Onn Jaafar  E.E.C. Thuraisingham  Tan Cheng Lock

Apakah persamaan tokoh tersebut? m/s 175

a)

Menganggotai Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum

b)

Menjadi ahli Suruhanjaya Reid

c)

Menubuhkan Parti Perikatan

d)

Menganjurkan Konvensyen Kebangsaan

14.

Mengapakah sistem tersebut diperkenalkan di Tanah Melayu? m/s 178

1951---Sistem Ahli diperkenalkan

a)

Merangka perlembagaan baru

b)

Melaksanakan pilihan raya umum

c)

Membincangkan syarat kewarganegaraan

d)

Melatih penduduk tempatan berkerajaan sendiri

15.

Apakah syarat untuk menjadi calon dalam pilihan raya peringkat Majlis Perundangan Persekutuan 1955? m/s 200


I Berpendidikan Sekolah Inggeris

II Warganegara Persekutuan Tanah Melayu

III Berumur 21 tahun ke atas

IV Telah tinggal 15 tahun di Tanah Melayu

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

16.

Pembentukan Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) membuka peluang kepada rakyat tempatan untuk mentadbir. Apakah yang dapat disimpulkan berdasarkan pernyataan tersebut?m/s 204

a)

Penghapusan kegiatan komunis

b)

Perkongsian kuasa antara kaum

c)

Keengganan orang Melayu menerima imigran

d)

Kegagalan British mentadbir Tanah Melayu

17.

Gambar menunjukkan tokoh yang mengetuai Suruhanjaya Reid.

Apakah tujuan Suruhanjaya Reid dibentuk? m/s 221

a)

Menyusun perlembagaan

b)

Mengadakan pungutan suara

c)

Merundingkan kemerdekaan

d)

Membentuk pendidikan kebangsaan

18.

Inti pati Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 ialah pengamalan Raja Berperlembagaan dan Sistem Demokrasi Berparlimen. Siapakah yang berhak memilih Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara?m/s 224

a)

Parlimen

b)

Dewan Negara

c)

Majlis Raja-Raja

d)

Dewan Rakyat

19.

Apakah takrif kemerdekaan menurut pengertian Kamus Dewan? m/s 234

a)

Bebas daripada kemiskinan dan penderitaan

b)

Membebaskan diri daripada penjajahan Barat

c)

Merangkumi aspek politik, sosial dan ekonomi

d)

Bebas daripada penjajahan, kurungan atau naungan

20.

Selepas mencapai kemerdekaan tahun 1957, kerajaan telah melakukan pelbagai usaha untuk membangunkan ekonomi negara. Apakah usaha tersebut? m/s 244

I Menubuhkan HICOM

II Menubuhkan FELDA

III Mengadakan Rancangan Malaya

IV Mencipta kereta nasional pertama

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

21.

Maklumat berikut merupakan takrif perkataan kedaulatan dalam bahasa Yunani. m/s 4

supernuus

 superanus

Apakah maksud perkataan tersebut?

a)

Hak

b)

Kerajaan

c)

Kuasa

d)

Agung

22.

Malaysia adalah sebuah negara persekutuan yang mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen. Siapakah yang dilantik sebagai ketua Kerajaan? m/s 8

a)

Sultan

b)

Menteri Besar

c)

Perdana Menteri

d)

Yang di-Pertuan Agong

23.

Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Apakah bukti pengamalan sistem tersebut? m/s 29

a)

Penggubalan Perlembagaan negara

b)

Pelantikan Yang di-Pertuan Agong

c)

Mengadakan pilihan raya umum

d)

Mewujudkan pengagihan kuasa

24.

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dipinda pada tahun 1963 dan 1965. Nyatakan rasional pindaan tersebut dilaksanakan? m/s 30

a)

Mengekalkan keluhuran perlembagaan

b)

Perubahan politik dalam negara

c)

Desakan daripada negara luar

d)

Atas permintaan parti politik

25.

Maklumat berikut berkaitan dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Melayu.

• Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895

• Undang-undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu 1911

Apakah ciri persamaan undang-undang berikut? m/s 39

a)

Mengekalkan kedaulatan negeri

b)

Membuktikan pemerintahan mutlak

c)

Menunjukkan pengaruh birokrasi Barat

d)

Menyerlahkan ciri pemerintahan negeri beraja

26.

Majlis Raja-raja merupakan institusi beraja di Malaysia. Apakah peranan Majlis Raja-raja? m/s 44

I Melantik Menteri Besar dan Ketua Menteri

II Menentukan parti yang memerintah negara

III Menjadi lembaga pengampunan kes tertentu

IV Memperkenankan pindaan perlembagaan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

27.

Pentadbiran Kerajaan Malaysia dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan. Antara berikut, yang manakah merupakan Senarai Persekutuan? m/s 69

a)

Pertanian dan perhutanan

b)

Undang-undang Islam

c)

Hal ehwal luar negeri

d)

Tanah

28.

Berdasarkan Perkara 75 Perlembagaan Persekutuan, apakah rumusan tentang isi kandungan perlembagaan tersebut? m/s 80

a)

Undang-undang Negeri sama kedudukannya dengan undang-undang Persekutuan.

b)

Undang-undang Persekutuan dan Undang-undang Negeri dijalankan secara serentak.

c)

Parlimen dan Dewan Undangan Negeri boleh menggubal undang-undang secara bersama

d)

Undang-Undang Persekutuan lebih tinggi kedudukannya daripada Undang-undang Negeri

29.

Satu referendum diadakan di Singapura pada awal bulan September 1960. Apakah kesan daripada tindakan tersebut? m/s 100

a)

Penubuhan Suruhanjaya Cobbold

b)

Singapura menyertai Malaysia

c)

Kepentingan Singapura terjamin

d)

Singapura keluar daripada Malaysia

30.

Bagaimanakah kedudukan Bumiputera di Sarawak dan Sabah selepas pembentukan Malaysia? m/s 103

a)

Pengiktirafan sama seperti orang Melayu

b)

Diterima menjadi rakyat Tanah Melayu

c)

Mendapat bantuan kewangan Persekutuan

d)

Dilantik sebagai penjawat kerajaan awam

31.

Pemisahan Singapura menjadi cabaran utama selepas pembentukan Malaysia. Apakah punca pemisahan tersebut? m/s 119

I Konflik PAP dengan perikatan

II Tidak puas hati dengan cukai tambahan

III Pembangunan Singapura diabaikan

IV Tidak mendapat pinjaman kewangan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

32.

Berikut adalah Majlis yang diberikan kuasa untuk memerintah negara dari 16 Mei 1969 hingga 23 Februari 1971. m/s 130

MAGERAN

Apakah tanggungjawab majlis tersebut?

a)

Memperkenalkan dasar ekonomi negara

b)

Menyusun strategi pembangunan negara

c)

Menentukan pentadbiran negara licin

d)

Mengendalikan pilihan raya secara adil

33.

Gambar di bawah menunjukkan Buku Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Apakah matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan tersebut? m/s 144

I Melahirkan rakyat yang berilmu

II Menyediakan tenaga kerja mahir

III Merapatkan jurang ekonomi kaum

IV Melahirkan masyarakat yang berdisiplin

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

34.

Berikut merupakan program kokurikulum yang dianjurkan pada peringkat sekolah.

Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP)

Dasar 1 Murid 1 Sukan

Mengapakah program tersebut diperkenalkan? m/s 152

a)

Membina masyarakat progresif

b)

Memupuk semangat setia kawan

c)

Mencapai kecemerlangan akademik

d)

Melahirkan murid yang berketerampilan

35.

Jadual menunjukkan agensi kerajaan yang ditubuhkan untuk mempelbagaikan kegiatan ekonomi di negara kita. Padanan peranan agensi manakah yang betul ? m/s 169

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

36.

Matlamat Dasar Pembangunan Nasional (DPN) adalah untuk mencapai perpaduan negara melalui pengagihan kekayaan. Apakah Rancangan Ekonomi Lima Tahun yang dijalankan di bawah DPN? m/s 174

a)

Rancangan Malaysia Ketiga (1975-1980)

b)

Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985)

c)

Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990)

d)

Rancangan Malaysia Keenam (1991-1995)

37.

Perang Dingin ialah konflik politik yang melibatkan dua kuasa besar dunia.

Apakah kesan daripada peristiwa berikut kepada Malaysia? m/s 197

a)

Perubahan dasar luar

b)

Pengorbanan nyawa

c)

Bermula dasar proBarat

d)

Kemelesetan ekonomi

38.

Malaysia menjadi tuan rumah kepada Sidang Kemuncak NAM kali ke-13 pada tahun 2003. Apakah isu yang dibangkitkan dalam Deklarasi Kuala Lumpur semasa sidang ini? m/s 212

I Isu Palestin

II Isu alam sekitar

III Isu berkaitan Bosnia

IV Pencerohan ke atas Iraq

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

39.

Maklumat berikut merujuk kepada isu tuntutan sempadan Malaysia dan hak milik bertindih dengan negara lain. m/s 227


Pulau Batu Putih

Pulau Sipadan dan Ligitan


Bagaimanakah isu tuntutan ini diselesaikan?

a)

Kuasa pemutus oleh Amerika Syarikat

b)

Keputusan Mahkamah Antarabangsa

c)

Campur tangan negara Komanwel

d)

Rundingan dalam ASEAN

40.

Isu alam sekitar yang penting dan perlu ditangani oleh Malaysia serta negara di Asia Tenggara ialah isu jerebu. Apakah bentuk kerjasama antara Malaysia dengan Singapura untuk menangani isu ini? m/s 243

a)

Penciptaan produk teknologi hijau dalam pertanian

b)

Penciptaan kaedah hujan tiruan untuk mencegah kebakaran hutan

c)

Membantu Indonesia menghapus sisa pertanian secara mesra alam

d)

Penyelidikan berkaitan pencegahan kebakaran di tanah gambut