Font size
WorksheetsSEJARAH SPM 2015
Total questions: 40
Worksheet time: 21mins
Bagaimanakah ciri kehidupan bandar yang bertamadun menurut pandangan cendekiawan Islam?
kebebasan mengamalkan agama
kemajuan pesat dalam bidang ekonomi
kesejahteraan semua lapisan rakyat
ketinggian tatasusila masyarakat
Masyarakat dalam Tamadun Indus (2000 s.m) berjaya membina bandar terancang tertua di dunia. Kemampuan masyarakat dalam tamadun tersebut membina bandar terancang adalah disebabkan...
amalan sikap terbuka
pertembungan dengan budaya lain
perluasan wilayah pemerintahan
kejayaan kegiatan penjelajahan
Masyarakat Athens mementingkan sukan, seni pidato dan kesusasteraan dalam sistem pendidikan. Mengapakah bidang tersebut penting?
memudahkan mobiliti sosial
membina watak pemimpin
melahirkan rakyat yang seimbang
memperkukuh jati diri masyarakat
Bagaimanakah kedudukan seorang raja di India diperkukuhkan? T4 ms44
Penggunaan gelaran maharaja
Perlantikan golongan Ksyatria
Pengamalan upacara keagamaan
Pengiktirafan golongan Brahmin
Dalam kerajaan awal di Asia Tenggara, raja dikaitkan dengan konsep berikut.
Dewa Raja
Order Kosmos
Mengapakah konsep tersebut dikaitkan dengan raja ? T4 ms85
Mengekalkan pemerintahan yang adil
Memantapkan adat istiadat di istana
Mempelbagai upacara keagamaan
Memantapkan kuasa pemerintahan
Gambar 1 ialah Gunung Jerai di Kedah. T4 ms82
Apakah kepentingan gunung tersebut kepada kemajuan kerajaan Kedah Tua ?
Memudahkan kedatangan pedagang
Simbol penguasaan alam semesta
Lambang kekuatan pemerintah
Benteng pertahanan negeri
Dialog berikut mungkin berlaku dalam kalingan pemimpin musyrikin Quraisy di Makkah pada Zaman Jahiliah.
[Pemimpin 1 : Kita perlu menenteng Muhammad habis-habisan kerana dia menggugat kedudukan kita Pemimpin 2 : Ya, tambahan pula ajarannya bertentangan dengan amalan nenek moyang kita]
Apakah kesan dialog tersebut terhadap Nabi Muhammad SAW ? T4 ms112
Penyebaran Islam tersekat
Perjanjian damai dimeterai
Penghijrahan baginda ke Habsyah
Pemulauan terhadap keluarga baginda
Pada peringkat awal penyebaran Islam di Makkah, golongan hamba adalah golongan yang mula-mula tertarik kepada ajaran Islam. Mengapakah mereka tertarik kepada ajaran Islam ? T4 ms110
Mempertahankan prinsip kesamarataan
Mendapat galakan daripada keluarga
Diberi jaminan keselamatan
Peka terhadap perubahan
Apakah peristiwa yang dapatdikaitkan dengan maklumat berikut ? T4 ms119
Menyediakan tempat tinggal
Menjanjikan keselamatan
Kesediaan mempertahankan Islam
Perjanjian Hudaibiah
Perjanjian Aqabah
Baiah al-Ridwan
Majlis Tahkim
Rajah 1 berkaitan dengan rentetan peristiwa hijrah Nabi Muhammad S.A.W. T4 ms121
[Menerima wahyu --- X ---singgah di Quba --- Sampai di Mekah]
Apakah x?
Bersetuju memeterai Perjanjian Aqabah
Sepakat membina masjid al-Nabaw
Muafakat dengan golongan Ansar
Bersembunyi di Gua Thur
Bagaimanakah Khalifah Uthman bin Affan Berjaya melumaskan wilayah Islam ? T4 ms147
Semangat jihad dipupuk
Armada laut diperkukuhkan
Perkahwinan politik digalakkan
Perjanjian dengan pemimpin tempatan
Bagaimanakah Khalifah Umar bin Al-Khattab mengawal hakim daripada melakukan penyelewengan ? T4 ms146
Mewujudkan peraturan yang tegas
Memberikan gaji setiap bulan
Melantik pegawai risikan
Membuat pemantauan
Rajah 2 menunjukkan perubahan yang berlaku dalam sistem pemerintahan di Asia Tenggara selepas kedatangan Islam . T4 ms185
Apakah X?
Kesultanan
Demokrasi
Aristokrasi
Republik
Apakah yang berkaitan dengan tokoh dalam senarai berikut ? T4 ms174-176
John Crawford
Snouck Hurgronje
Emanuel Gadinho Eredia
Melaksanakan pentadbiran Barat
Memperkenalkan ilmu matematik
Menterjemahkan karya falsafah Arab
Membincangkan teori kedatangan Islam
Rajah 3 menunjukkan motif dalam seni ukiran masyarakat Melayu. T4 ms206
[ Burung Ayam ------> Tumbuh - tumbuhan Bunga - bungaan]
Mengapakah perubaha tersebut berlaku ?
Pengaruh ajaran Islam
Pengaruh Hindu-Buddha
Pengaruh kepercayaan animism
Pengaruh sistem adat tradisional
Apakah sumbangan tokoh berikut terhadap pendidikan formal di Tanah Melayu ? T4 ms202
Tuk Pulai Chondong
Tok Ku Paloh
Melancarkan sistem madrasah
Menyeragamkan sukatan pelajaran
Memperkukuhkan sistem pendidikan pondok
Mengasaskan pendidikan untuk kaum wanita
Akta Antipenggabungan ( Anti- Combination Act ) diperkenalkan di Britain pada peringkat awal Revolusi Perindustrian. T4 ms236
Akta tersebut menyebabkan
Buruh asing dilarang bekerja
Gaji pekerja tidak meningkat
Harga barang berkurangan
Wanita dilarang bekerja di kilang
Dialog berikut menggambarkan situasi di Eropah pada abad ke-16. T4 ms221
[Becker : Saya banyak dosa. Bolehkah saya menebus dosa saya?
Jacob : Boleh. Beli saja surat pengampunan daripada gereja]
Mengapakah Martin Luther menenteng amalan penganut Kristian seperti dalam dialog di atas?
Ajaran agama diseleweng
Kadar jenayah meningkat
Rakyat jelata tertindas
Kuasa raja tercabar
Pemodal dari Eropah dan China menguasai pertanian komersial di Tanah Melayu pada zaman penjajahan British. T4 ms247
Mengapakah keadaan tersebut berlaku ?
Menguasai kupulan kongsi gelap
Mendapat bantuan pembesar tempatan
Menguasai pasaran tenaga kerja tempatan
Mendapat konsesi tanah daripada kerajaan
Jadual 1 berkaitan dengan dasar British dalam perusahaan tanaman getah di Tanah Melayu.
[1920 : Rancangan Sekatan Stevenson diperkenalka]
Mengapakah dasar tersebut diperkenalkan ? T4 ms250
Menstablkan harga
Mengurangkan import
Meningkatkan pengeluaran
Menyekat kegiatan orang tengah
Gambar 2 mennjukkan seorang pembesar Mandarin di Vietnam. T5 ms11
Bagaimanakah pembesar tersebut dilantik ?
Keputusan pembesar tradisional
Pemilihan oleh rakyat
Perlantikan oleh penjajah
Melalui sistem peperiksaan
Peta 1 menunjukkan wilayah yang dikuasai oleh imperialis Barat di Asia Tenggara pada tahun 1914.
Apakah keistimewaan wilayah tersebut ? T5 ms4-5
Politik stabil
Pentadbiran mantap
Banyak bahan mentah
Mata wang sistematik
Antara yang berikut, yang manakah mencetuskan semangat nasionalisme di Asia Tenggara? T5 ms17
Perang Rusia-Jepun
Perang Dingin di Eropah
Perjuangan golongan Luddite
Perjuangan Parti Komunis Malaya
Senarai berikut adalah tokoh luar negara yang mempengaruhi Gerakan Islah si Tanah Melayu pada awal abad ke-20.
Syeikh Muhammad Abduh
Sayyid Jamaluddin al-Afghani
Apakah bukti yang menunjukkan mereka berpengaruh ? T5 ms48
Kekukuhan perpaduan pelbagai kaum
Kemunculan semangat kebangsaan
Perluasan penggunaan tulisan jawi
Perkembangan kegiatan kesenian
Apakah tindakan J.W.W.Birch yang menyebakan orang Melayu bangkit menenteng British di Pasir Salak, Perak ? T5 ms37
Larangan mengutip hasil hutan
Menghalang kemasukan imigrin
Campur tangan dalam pentadbiran
Mengambil alih aktiviti perlombongan
Negara dan bangsa Malaysia lahir apabila Persekutuan Tanah Melayu merdeka pada tahun 1957 dan pembentukan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963 . Apakah faktor yang menjayakan kemerdekaan dan pembentukan Malaysia ? T5 ms67-71
Desakan kumpulan radikal
Pemimpin dan rakyat bermuafakat
Semangat toleransi menjadi amalan
Penduduk terdiri daripada pelbagai kaum
Negara bangsa Jerman dan Itali dibentuk pada abad ke-19. T5 ms68-69 .
Apakah persamaan pmbentukan kedua-dua negara bangsa tersebut ?
Mengekalkan sistem monarki
Menggunakan kaedah realpolitik
Mengamalkan prinsip demokrasi
Menguatkuasakan falsafah legalisme
Persidangan Damai Paris telah Menghasilkan Deklarasi Empat Belas Perkara Woodrow Wilson. T5 ms68 .
Apakah perkara yang terkandung dalam deklarasi tersebut ?
Sistem monarki dipulihkan
Amalan realpolitik diharamkan
Rakyat disatukan berdasarkan agama
Sempadan negara ditentukan berasaskan bangsa
Pertubuhan berikut menyokong pembentukan Malayan Union pada tahun 1946.
Angkatan Wanita Sedar (AWAS )
Angkatan Pemuda Insaf (API )
Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)
Mengapakah pertubuhan tersebut bertindak demikian ? T5 ms99
Mengekalkan sistem beraja
Melicinkan sistem pentadbiran
Mempertahankan hak penduduk tempatan
Mengukuhkan pemerintahan tradisional
Pantun berikut menggambarkan kesan pembentukan Malayan union di Tanah Melayu.
[Dari Bentan ke Kuala Sedidi Singgah Berjaja di Batu Pahat Syarat kerakyatan secara jus soli Kuasa raja turut tergugat]
Apakah tindakan orang Melayu ? T5 ms40
Memohon bantuan luar
Mengukuhkan pertahanan negeri
Menggubal perlembagaan alternatif
Mengadakan demonstrasi secara aman
Gambar 3 berkaitan Rundingan London yang diadakan pada tahun 1956 . T5 ms124
Apakah keputusan yang dicapai dalam rundingan tersebut ?
Pembentukan Jawatankuasa Antara Kaum
Kelonggaran syarat mendapatkan kerakyatan
Penubuhan suruhanjaya bebas mengkaji perlembagaan
Pelaksanaan pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan
Konvensyen Kebangsaan dianjurkan oleh Tunku Abdul Rahman pada tahun 1953. Apakah hasil konvensyen tersebut ? T5 ms121
Pelaksanaan pilihan raya Majlis Perbandaran
Penubuhan Parti Kemerdekaan Malaya
Pelantikan Jawatankuasa Pilihan Raya
Pembentukan Parti Perikatan
Rajah 4 adalah garis masa menunjukkan proses pembentukan Persekutuan Malaysia.
Apakah X ? T5 ms150
Majlis perundangan Persekutuan
Jawatankuasa Antara Kerajaan
Jawatankuasa Eksekutif
Suruhanjaya Reid
Mengapakah parti politik berikut menentang penyertaan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia pada peringkat awal? T5 ms144
Sarawak Chinese Association
Parti Pesaka Anak Sarawak
Bimbang ancaman komunis
Tekanan daripada Indonesia
Ingin merdeka terlebih dahulu
Menyokong Persekutuan Borneo
Bagaimanakah Suruhanjaya Pilihan Raya bertindak memastikan pilihan raya yang diadakan di Malaysia adil dan telus ? T5 ms177
Menyediakan jadual awal berkempen bagi calon
Menetapkan manifesto parti politik yang bertanding
Membenarkan pengundi berdaftar sahaja layak mengundi
Melarang pemerhati dari luar negara memantau pengundian
Maklumat berikut berkaitan dengan pilihan raya di Malaysia.
[16 Januari 2007 : Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan tarikh mengundi bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Batu Talam, Raub, Pahang]
Mengapakah pilihan raya kecil tersebut diadakan? T5 ms178
Pembubaran rasmi parlimen
Wakil rakyat meninggal dunia
Persempadaan semula kawasan
Pertambahan bilangan penduduk
Sistem persekolahan aneka jurusan telah diperkenalkan pada tahun 1965. Mengapakah sistem persekolahan tersebut diperkenalkan ? T5 ms214
Melahirkan tenaga kerja mahir
Mengurangkan sekolah vernakular
Memendekkan tempoh pembelajaran
Menempatkan murid kelainan upaya
Dasar Penswastaan dilancarkan dalam Rancangan Malaysia Keempat. T5 ms207
Apakah matlamat dasar tersebut?
Mengimbangi pemilikan harta antara kaum
Mengurangkan beban kewangan keraajaan
Meningkatkan kemajuan ekonomi
Memperhebatkan pembukaan tanah
Selepas merdeka, Malaysia telah menandatangani perjanjian dengan negara berikut
Britain
Australia
New Zealand
Mengapakah perjanjian tersebut ditandatangani ? T5 ms240
Memperkuat pertahanan
Menambah aset ketenteraan
Mengekalkan hubungan diplomatik
Menggalakkan kemasukan pelabur asing
Petikan berikut berkaitan dengan Perang dunia Kedua.
[Pada 1 September 1939, Hitler ( Jerman ) mara ke sempadan Poland . Dua hari kemudiannya, setelah mendesak agar Hitler berundur, Britain dan Perancis menyertai perang.]
Sumber : B.H Liddell Hart History of the Second World War, Da Capo Press 1990
Apakah alasan Britain dan Perancis menyertai perang tersebut ? T5 ms233
Menguji kekuatan tentera
Mempertahankan keselamatan
Merampas kembali wilayah
Menyekat pengaruh komunis
