wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PERCUBAAN SEJARAH KERTAS 1 SPM 2021

Total questions: 40

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Bagaimanakah Kesultanan Johor-Riau meneruskan ciri-ciri negara bangsa dari Kesultanan Melayu Melaka?

a)

menjaga hubungan dengan Kerajaan Melayu Kedah

b)

menjalinkan hubungan baik dengan kuasa Barat

c)

meluaskan wilayah pengaruh di Srivijaya

d)

menekankan kepentingan Islam

2.

Dalam hierarki Kesultanan Melayu Melaka, Sultan akan menjamin kesejahteraan rakyat Melaka. Sebagai timbal baliknya, apakah peranan rakyat?

I menumpahkan taat setia

II mematuhi undang-undang

III mengesahkan arahan Sultan

IV meluaskan wilayah pengaruh

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

3.

Pada tahun 1928, Kongres Pemuda Indonesia melahirkan ikrar "Sumpah Pemuda" dan menjadi tonggak nasionalisme Indonesia.

Apakah asa yang terkandung dalam sumpah tersebut?

a)

satu rumpun

b)

satu suara

c)

satu agama

d)

satu tanah air

4.

Apakah kesan perkembangan tersebut kepada perjuangan intelektual negara kita?

a)

penentangan secara sulit

b)

penubuhan persatuan-persatuan

c)

kemunculan persaudaraan sejagat

d)

kewujudan perlembagaan setiap hari

5.

Apakah kesan peperangan berikut terhadap Eropah?

a)

Pakatan tentera dibentuk

b)

Pemerintahan antara etnik siperkukuh

c)

Kerjasama antara etnik diperkukuh

d)

keperluan bahan mentah sejagat

6.

Jerman telah melanggar syarat-syarat Perjanjian Versailles yang ditandatangani pada tahun 1919.

Bagaimanakah negara tersebut melanggar syarat-syarat Perjanjian Versailles?

a)

memperkuat angkatan tentera

b)

menjalinkan kerjasama dengan Rusia

c)

Mengeksport senjata ke luar negara

d)

menyertai Pakatan Bertiga

7.

Mengapakah Raja-raja Melayu menentang pengenalan Malayan Union?

a)

membantah pelaksanaan cukai

b)

mengelak kemasukan imigran

c)

menolak kemasukan budaya luar

d)

menentang penjajahan secara mutlak

8.

Apakah faktor yang mempengaruhi penyerahan Sarawak oleh Vyner Brooke kepada British?

a)

Selaras dengan Perlembagaan 1941

b)

Vyner Brooke memungkiri janji

c)

Desakan kerajaan British

d)

British melantik Gabenor Sarawak

9.

Apakah tujuan penubuhan Jawatankuasa Kerja yang ditubuhkan pada tahun 1946?

a)

membincangkan bidang kuasa raja

b)

merangka asas Perjanjian Persekutuan

c)

Mengawal kemasukan golongan radikal

d)

membentuk perlembagaan Malayan Union

10.

Mengapakah British bersetujuu menggantikan Malayan Union dengan Persekutuan Tanah Melayu 1948?

a)

penentangan golongan radikal

b)

pengaruh daripada orang dagang

c)

Pembubaran Majlis Mesyuarat Negeri

d)

Perpaduan dalam kalangan orang Melayu

11.

Gambar 1 menunjukkan keganasan komunis di Tanah Melayu.

Mengapakah komunis bertindak sedemikian?

a)

mengugat proses kemerdekaan

b)

melumpuhkan aktiviti ekonomi

c)

melindungi penduduk pedalaman

d)

memecahbelah penduduk tempatan

12.

Apakah peristiwa yang dapat dikaitkan dengan kesan darurat di atas?

a)

Tindakan konfrontasi dari Indonesia

b)

Memperkenalkan rancangan ekonomi

c)

Usaha kearah rundingan kemerdekaan dipercepatkan

d)

Parti Komunis Malaya menerima syarat rundingan Baling

13.

Jadual 1 merupakan usaha orang Melayu menetang Malayan Union.

Apakah kesan peristiwa tersebut?

a)

Penubuhan UMNO

b)

Pengiktirafan golongan radikal

c)

Pemulauan terhadap Malayan Union

d)

Persatuan Melayu semakin berkembang

14.

Mengapakah Jawatankuasa Pelajaran 1956 dapat memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat di Tanah Melayu.

a)

Persekolahan mengikut aliran

b)

Kurikulum bercorak kebangsaan

c)

Memperkasa sekolah Vernakular

d)

Sistem pendidikan percuma kepada semua pelajar

15.

Apakah X ?

a)

Pilihan Raya Negeri

b)

Pilihan Raya Negeri-negeri Selat

c)

Pilihan Raya Kerajaan Tempatan

d)

Pilihan Raya Kecil

16.

Mengapakah Kabinet Pertama Persekutuan Tanah Melayu 1955 penting kepada negara kita?

a)

menunjukkan kompromi antara kaum

b)

Pertambahan kuasa Pesuruhjaya Tinggi

c)

Mengukuhkan kuasa Raja-Raja Melayu

d)

Penyatuan parti politik

17.

Maklumat berikut berkaitan dengan rundingan antara wakil Tanah melayu dengan British.

Apakah hasil rundingan tersebut?

a)

Penubuhan Parti perikatan

b)

Pelaksanaan pilihan raya umum

c)

Pengekalan hak istimewa orang Melayu

d)

Pemberian taraf berkerajaan sendiri

18.

Mengapakah keahlian Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu terdiri daripada tokoh-tokoh luar negara?

a)

Pelaksanaan proses demokrasi

b)

Tuntutan rakyat tempatan

c)

Menjamin keadilan

d)

Menjaga keamanan

19.

Gambar 2 merujuk laungan "MERDEKA" oleh Tunku Abdul Rahman sebanyak tujuh kali dan diakhiri dengan 101 das tembakan di Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957.

Apakah simbolik 101 das tembakan dilepaskan pada sambutan tersebut?

a)

Melambangkan sambutan yang gilang gemilang

b)

Menandakan Persekutuan Tanah Melayu yang berdaulat

c)

Menggambarkan kekuatan pasukan keselamatan

d)

Mengiktiraf Queen Elizaberth sebagai payung negara

20.

Apakah kepentingan penubuhan institusi kewangan tempatan tersebut?

a)

Mewujudkan persaingan sihat dalam industri

b)

Menimba pengalaman dalam perbankan

c)

menggalakkan kestabilan kewangan

d)

Menjana kekayaan melalui pelaburan

21.

Perlembagaan Persekutuan merupakan sistem perundangan tertinggi yang menjadikan Malaysia sebuah negara berdaulat.

Apakah kepentingan perlembagaan tersebut terhadap warganegara Malaysia?

I Menjamin keselamatan rakyat

II Melicinkan pentadbiran kerajaan

III Mengawal pertambahan penduduk

IV Memberi kebebasan memilih kerakyatan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

22.

Pemerintah dan rakyat memainkan peranan penting dalam mengekalkan perpaduan kaum di Malaysia.

Penyataan manakah yang menerangkan peranan tersebut?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

23.

Apakah tujuan British memperkenalkan Charter of justice di Negeri-negeri Selat?

a)

Mengukuhkan perpaduan

b)

Mengukuhkan kedudukan penjajah

c)

Melindungi penduduk asal

d)

Menghapuskan kuasa raja

24.

Berikut adalah majlis yang dibentuk selepas penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu 1897.

Apakah fungsi majlis tersebut?

a)

membincangkan hal agama dan adat

b)

membincangkan hal ehwal pentadbiran

c)

Menggubal undang-undang Persekutuan

d)

Melantik ahli Jemaah Menteri Persekutuan

25.

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dipinda pada tahun 1963 dan 1965.

Apakah rasional pindaan tersebut?

a)

Perubahan politik dalam negara

b)

Atas permintaan Majlis Raja-Raja Melayu

c)

Mengekalkan keluhuran perlembagaan

d)

Desakan daripada pihak British

26.

Penyataan berikut berkaitan dengan badan eksekutif pada peringkat Kerajaan Persekutuan.

Apakah peranan badan tersebut?

a)

meluluskan sistem cukai baru

b)

Melaksanakan dasar-dasar negara

c)

Menggubal undang-undang negara

d)

Mengadili pertikaian antara pemerintahan dengan rakyat

27.

Antara berikut, perkara manakah yang terletak di bawah bidang kuasa dalam Senarai Bersama?

I Pelajaran

II Perumahan

III Kebudayaan dan Sukan

IV Keselamatan dalam Negeri

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

28.

Maklumat berikut berkaitan dengan kerjasama Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri melalui Pembangunan Koridor Wilayah berlandaskan projek pembangunan.

Bagaimanakah peranan Kerajaan Negeri dalam mencapai matlamat tersebut?

a)

bantuan kepakaran

b)

bantuan kewangan

c)

penyediaan buruh

d)

penyediaan tanah

29.

Jawatankuasa Setia Kawan (JSKM) ditubuhkan pada 23 Julai 1961 semasa Persidangan Ahli-ahli Parlimen Komanwel di Singapura.

Apakah tujuan penubuhan jawatankuasa tersebut?

a)

mengumpul pandangan tentang pembentukan Malaysia

b)

menyedia rangka perlembagaan Persekutuan Malaysia

c)

mencadangkan kuasa autonomi kepada Sabah dan Sarawak

d)

mengekalkan kuasa imigresen kepada Sabah dan Sarawak

30.

Pada 20 Januari 1963, Dr Subandrio (Menteri Luar Indonesia) mengumumkan dasar konfrontasi terhadap Malaysia.

Mengapakah Indonesia bertindak demikian.

a)

Desakan penjajahan barat

b)

Hasil referendum rakyat

c)

Penguasaan kekuatan senjata

d)

mengancam kedaulatan negara

31.

Dialog berikut menggambarkan situasi ancaman komunis di Sarawak.

Apakah usaha yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia dalam mengatasi ancaman tersebut?

a)

Akta Keselamatan Dalam Negeri

b)

Perjanjian Kerjasama Sempadan

c)

Strategic Counterinsurgency

d)

Operasi Hammer

32.

Yang di-Pertuan Agong memperkenankan penubuhan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN).

Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan tanggungjawab MAGERAN?

a)

menuntukan pentadbiran yang licin

b)

membenarkan penerbitan akhbar tempatan

c)

mengisytiharan darurat

d)

memajukan ekonomi

33.

Logo slogan dibawah telah dilancarkan pada tahun 1960 untuk mengukuhkan pembinaan masyarakat yang bersatu padu melalui bahasa.

Bagaimanakah Bahasa Melayu dapat dimartabatkan sebagai bahasa rasmi dan bahasa ilmu?

a)

Pengenalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan

b)

Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka

c)

Menubuhkan institusi pengajian tinggi swasta

d)

mengiktiraf institusi pendidikan antarabangsa

34.

Maklumat berikut ialah kejayaan Malaysia menganjurkan pelbagai jenis sukan di peringkat serantau dan antarabangsa.

Apakah kepentingan penganjuran sukan terhadap Malaysia

a)

memantapkan semangat kenegerian

b)

memupuk semangat perpaduan

c)

menjamin kebebasan bersuara

d)

mempertahankan sistem sosial

35.

Mengapakah Amanah Saham Nasional dan Amanah Saham Bumiputera diperkenalkan.

a)

Melahirkan tenaga kerja mahir

b)

memajukan industri kecil dan sederhana

c)

meningkatkan taraf hidup rakyat

d)

menambah pemilikan saham

36.

Selepas Dasar Ekonomi Baru berakhir pada tahun 1990, usaha-usaha yang dilaksanakan melalui DEB diteruskan melalui Dasar Pembangunan Nasional (DPN).

Apakah matlamat yang ingin dicapai melalui DPN?

a)

Kerjasama melalui sistem pendidikan

b)

Perpaduan melalui pengagihan kekayaan

c)

memajukan pertanian masyarakat luar bandar

d)

memperkenalkan pertanian dan perindustrian moden

37.

Rajah dibawah berkitan dengan perkembangan Dasar Luar Malaysia.

Mengapakah perubahan tersebut berlaku?

a)

mendukung arahan kuasa besar dunia

b)

menghapuskan pengaruh komunis

c)

melindungi kepentingan nasional

d)

membendung kejatuhan harga komoditi

38.

Senarai berikut adalah pertubuhan antarabangsa yang disertai oleh Malaysia.

Apakah faedah yang Malaysia perolehi dalam pertubuhan tersebut?

I Ekonomi Maju

II Keselamatan terjamin

III Identiti bangsa mantap

IV Bantuan Kewangan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

39.

Bagaimanakah Malaysia dengan Indonesia menyelesaikan isu tuntutan bertindih Pulau Sipadan dan Ligitan?

a)

Menyertai mesyuarat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

b)

Menjalinkan kerjasama dengan Polis Antarabangsa (INTERPOL)

c)

Melalui keputusan Mahkamah Antarabangsa

d)

Menghadiri forum ASEAN-China

40.

Gambar 3 menunjukkan logo kerjasama ASEAN Free Trade Area- AFTA (Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN).

Bagaimanakah kerjasama ini dilaksanakan?

a)

Monopoli pasaran barangan

b)

Menjamin keselamatan negara

c)

Mengurangkan cukai barangan

d)

Menambat kadar mata wang