Font size
WorksheetsSPM K1 T5B4
Total questions: 37
Worksheet time: 1hrs 14mins
SPMU 2018
Maklumat berikut berkaitan dengan pentadbiran penjajah di Tanah Melayu.
Prinsip kerakyatan sama rata
Pesuruhjaya negeri di setiap negeri
Majlis Raja-Raja hanya membincangkan soal agama Islam
dan adat istiadat Melayu.
Apakah sistem pentadbiran yang berkaitan dengan maklumat tersebut? T5 B4 ms 96 [ JADUAL ]
Malayan Union
Pentadbiran Tentera British
Negeri-negeri Melayu Bersekutu
Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu
SPMU 2018
Bagaimanakah masyarakat tempatan menentang penyerahan Sarawak kepada kerajaan British pada tahun 1946?
T5 B4 ms 111 [ P2 B1-B5 ]
Menganjurkan kongres
Mengadakan demonstrasi
Melaksanakan pungutan suara
Mendapatkan bantuan kuasa asing
SPM 2017
Maklumat berkaitan dengan perkembangan politik di Tanah Melayu sebelum merdeka. T5 B4 ms 108 [ P2 B2-B4 ]
- 1948 = Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani
Apakah kesan peristiwa tersebut terhadap perjuangan orang Melayu ?
Berkuasa mengawal pentadbiran
Parti - parti politik digabungkan
Syarat kerakyatan dipermudah
Hak istimewa dilindungi
SPM 2017
Maklumat berikut berkaitan dengan keanggotaan Jawatankuasa Eksekutif yang ditubuhkan pada 1948.
T5 B4 ms 104 [ P1 B3-B6 ]
Pegawai kanan British
Pemimpin UMNO
Wakil Raja – Raja Melayu
Apakah tujuan jawatankuasa tersebut dibentuk ?
Mengambil langkah mengurangkan kemasukan imigran
Menentukan bidang kuasa negeri yang perlu dikekalkan
Membincangkan bentuk pentadbiran bagi menggantikan Malayan Union
Menetapkan tarikh pilihan raya umum Persekutuan Tanah Melayu
SPMU 2017
Pertubuhan berikut wujud di Sabah pada tahun 1940an.
T5 B4 ms 112 [ P1 B5-B6 ]
Persatuan Melayu Jesselton (PMJ)
Persatuan Kebangsaan Melayu Labuan (PKML)
Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan pertubuhan tersebut?
Bersifat sederhana
Fokus kepada sosioekonomi
Berjuang untuk kemerdekaan
Menerima bantuan dana asing
SPM 2016
Gambar 1 menunjukkan demonstrasi rakyat Sarawak kerana menentang penyerahan Sarawak kepada British pada tahun 1946. Mengapakah terdapat sepanduk yang tertulis ``WE DO NOT WANT TO BE COLONISED’’ (KAMI TIDAK MAHU DIJAJAH) ? T5 B4 ms 110 [ P4 B7 ]
Taraf kerajaan sendiri terjejas
Sempadan negeri akan diubah
Majlis Tertinggi Negeri dibubar
Mahkamah Anak Negeri dimansuhkan
SPMU 2016
Piagam Atlantik 1945 yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa – Bangsa Bersatu tidak menggalakkan penjajahan bentuk baharu.
Apakah tindakan British di Tanah Melayu yang bersesuaian dengan piagam tersebut?
T5 B4 ms 104 [ P3 B2-B3 ]
Menamatkan Malayan Union
Memperkukuh sistem pertahanan
Mengawal kedatangan kaum imigran
Mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu
SPMU 2016
Rajah 2 berkaitan dengan negeri yang diletakkan di bawah Malayan Union.
Mengapakah Singapura dikecualikan? T5 B4 ms 96 [ RAJAH ]
Sumber kewangan kerajaan terhad
Majlis Raja-Raja membuat bantahan
Kaum imigran melancarkan penentangan
Bimbang taraf pelabuhan bebas akan terjejas
SPMU 2016
Pada 8 Februari 1946, Vyner Brooke mengisytiharkan penyerahan Sarawak kepada British. T5 B4 ms 111 [ P1 B5-B6 ] .
Mengapakah penyerahan tersebut mendapat bantahan penduduk tempatan?
Sistem beraja tergugat
Sempadan wilayah berubah
Negeri menjadi tanah jajahan
Kegiatan perdagangan terjejas
SPM 2015
Pertubuhan berikut menyokong pembentukan Malayan Union pada tahun 1946. T5 B4 ms 99 [ P4 B5 ]
Angkatan Wanita Sedar (AWAS)
Angkatan Pemuda Insaf (API)
Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)
Mengapakah pertubuhan tersebut bertindak demikian?
Mengekalkan sistem beraja
Melicinkan sistem pentadbiran
Mempertahankan hak penduduk tempatan
Mengukuhkan pemerintahan tradisional
SPM 2015
Pantun berikut menggambarkan kesan pembentukan Malayan Union di Tanah Melayu.
Dari Bentan ke Kuala Sedidi
Singgah Berjaja di Batu Pahat
Syarat kerakyatan secara jus soli
Kuasa raja turut tergugat
Apakah tindakan orang Melayu? T5 B4 ms 99 [ P3 B7 ]
Memohon bantuan luar
Mengukuhkan pertahanan negeri
Menggubal perlembagaan alternatif
Mengadakan demonstrasi secara aman
SPMU 2015
Piagam Atlantik yang ditandatangani oleh 50 buah negara pada 24 Jun 1945 telah menjadi piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
T5 B4 ms 104 [ P3 B12-B13 ]
Apakah manfaat piagam tersebut terhadap negara-negara di Asia Tenggara?
Berpeluang menubuhkan kerajaan sendiri
Pembentukan masyarakat berbilang kaum
Menyeragamkan sistem pentadbiran
Meningkatkan kerjasama ekonomi
SPMU 2015
Pernyataan berikut menerangkan maksud prinsip kerakyatan secara jus soli yang ditentang hebat oleh orang Melayu. T5 B4 ms 96 [ SUDUT MAKLUMAT ] ms 108 [ P2 B2-B3 ]
Jus soli
Kelayakan menjadi rakyat Malayan Union kepada sesiapa sahaja yang lahir di Tanah Melayu dan Singapura
Bagaimanakah isu tersebut berjaya diselesaikan?
Kesamarataan agihan ekonomi
Pelaksanaan perkongsian kuasa
Mengehadkan kemasukan imigran
Mengiktiraf hak istimewa orang Melayu
SPMU 2015
Berdasarkan Perlembagaan 1941, Vyner Brooke berjanji akan memberikan taraf kerajaan sendiri kepada Sarawak.
Mengapakah janji tersebut tidak dapat dilaksanakan? T5 B4 ms 110 [ P3 B2 ]
Tentangan pembesar tempatan
Kekurangan bilangan pegawai
British mengambil alih pentadbiran
Bantahan daripada Kesultanan Brunei
SPM 2014
Senarai berikut adalah tindakan British yang membangkitkan kemarahan orang Melayu pada tahun 1940-an. T5 B4 ms 99 [ P2 B3-B4 ]
Pengenalan Malayan Union
Penyerahan Sarawak kepada British
Mengapakah tindakan tersebut membangkitkan kemarahan orang Melayu?
Mencampuri adat istiadat tempatan
Menjejaskan hak kaum peribumi
Menghalang perpaduan kaum
Mengubah sempadan negeri
SPM 2014
Rajah 4 merujuk kepada struktur pentadbiran peringkat negeri di Tanah Melayu pada tahun 1948. T5 B4 ms 107 [ P2 B7 ]
Apakah tugas Menteri Besar?
Mengetuai angkatan tentera
Mengetuai upacara rasmi
Mengetuai pentadbiran
Menabalkan raja
SPMU 2014
Sebagai rakyat yang cinta akan negara, mengapakah anda menentang Malayan Union? T5 B4 ms 99 [ P3 B1-B2 ]
Mempertahankan tamadun bangsa
Melemahkan golongan radikal
Meningkatkan kos pentadbiran
Kesukaran mendapatkan kerakyatan
SPMU 2014
Pernyataan berikut berkaitan dengan kandungan Malayan Union yang diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu pada tahun 1946.
Semua rakyat British daripada tanah jajahannya boleh menjadi rakyat Malayan Union.
Apakah kesan pernyataan tersebut? T5 B4 ms 99 [ P2 B3-B4 ]
Komposisi penduduk seimbang
Sistem pertahanan negara mantap
Kedudukan kaum peribumi terancam
Pengaruh golongan radikal berkurangan
SPM 2013
Apakah hasrat British membentuk sebuah bangsa Malayan Union? T5 B4 ms 96 [ P2 B3 ]
Menumpukan taat setia
Menguatkan pasukan tentera
Membantu dalam pentadbiran
Membanteras ancaman komunis
SPM 2013
Pada 8 Februari 1946, Vyner Brooke telah menyerahkan Sarawak kepada British. T5 B4 ms 110 [ SUDUT MAKLUMAT ]
Apakah kesan sekiranya penyerahan tersebut tidak dilaksanakan?
Kemasukan kaum imigran akan berterusan
Pembentukan kerajaan sendiri menjadi kenyataan
Pembubaran Majlis Mesyuarat Negeri dilaksanakan
Hak istimewa penduduk peribumi terjejas
SPM 2013
Apakah faktor yang menyebabkan British menggantikan Malayan Union dengan Persekutuan Tanah Melayu 1948?
T5 B4 ms 103 [ P1 B4-B5 ]
Kekuatan perpaduan orang Melayu
Pertambahan bilangan kaum imigran
Memenuhi desakan orang dagang
Akur tuntutan golongan radikal
SPM 2012
Rajah 3 berkaitan dengan asas kerakyatan Malayan Union pada tahun 1946.
Apakah kesan pelaksanaan asas kerakyatan tersebut? T5 B4 ms 99 [ P2 B4 ]
Perkembangan ekonomi luar bandar
Pengukuhan kuasa pembesar tempatan
Pengurangan jumlah penduduk peribumi
Perpaduan dalam kalangan rakyat terjejas
SPM 2012
Apakah langkah kerajaan British di Tanah Melayu yang bersesuaian dengan Piagam Atlantik 1945? T5 B4 ms 104 [ P3 B5 ]
Mengadakan rundingan dengan AMCJA- PUTERA
Membentuk Jawatankuasa Perundingan Kerjasama Kaum
Menerima cadangan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu
Mengekalkan kedudukan Negeri-Negeri Bersekutu
SPM 2011
Mengapakah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) ditubuhkan pada tahun 1946 ? T5 B4 ms 101 [ RAJAH ]
Mengeratkan perpaduan antara kaum
Menentang pelaksanaan Malayan Union
Memperjuangkan kemerdekaan tanah Melayu
Mengimbangi kemajuan ekonomi antara rakyat
SPM 2011
Malayan Union memperkenalkan prinsip kerakyatan jus soli.
Mengapakah orang Melayu menentang kerakyatan tersebut ?
T5 B4 ms 99 [ P2 B3 ]
Menggugat kedudukan raja
Memusnahkan status quo
Pembentukan pelbagai budaya
Penghapusan ekonomi tradisional
SPM 2010
Pada tahun 1949, Gabenor Sarawak, Duncan Stewart telah dibunuh.
Apakah kesan peristiwa pembunuhan tersebut?
T5 B4 ms 111 [ P3 B4 ]
Pengaruh golongan radikal meningkat
Pentadbiran kerajaan menjadi lemah
Rosli Dhobi dihukum gantung
Vyner Brooke melepaskan kuasa pemerintahan
SPM 2009
Apakah kesan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 terhadap sistem pemerintahan beraja di Tanah Melayu?
T5 B4 ms 107 [ SUDUT MAKLUMAT ]
Pelaksanaan sistem penasihat
Penubuhan Majlis Raja-Raja
Penyelarasan sistem pewarisan takhta
Pengenalan sistem Raja Berperlembagaan
SPM 2009
Apakah muslihat British memperkenalkan Malayan Union di Tanah Melayu pada tahun 1946?
T5 B4 ms 95 [ P1 B2-B3 ]
Menyekat pengaruh dan campur tangan luar
Mendapatkan sokongan penduduk tempatan
Mengurangkan kemasukan orang dagang
Menghapuskan negara dan bangsa Melayu
SPM 2008
Senarai berikut menerangkan penubuhan yang ditubuhkan di Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua. T5 B4 ms 100 [ P2 B7 ]
Angkatan Pemuda Insaf (API)
Angkatan Wanita Sedar (AWAS)
Barisan Tani Malaya (BATAS)
Apakah persamaan pendirian ahli pertubuhan tersebut ?
Menentang kemasukan kaum imigran
Menentang pembentukan sistem Ahli
Menyokong pendidikan sekular
Menyokong Malayan Union
SPM 2008
Rajah 3 menunjukkan pernyataan ketiga-tiga unit politik di Tanah Melayu dalam pentadbiran Malayan Union.
Mengapakah British bertindak demikian? T5 B4 ms 95 [ P3 B2 ]
Menjimatkan kewangan kerajaan
Memelihara hak istimewa peribumi
Memperkukuh pemerintahan beraja
Melatih penduduk tempatan mentadbir
SPM 2008
Apakah manfaat yang diperoleh orang Melayu melalui Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948? T5 B4 ms 108 [ P2 B2-B3 ]
Kebebasan berpolitik
Menguasai pentadbiran
Menentukan kerakyatan
Kedudukan istimewa dilindungi
SPM 2007
- 1946 = Pengenalan Malayan Union
Apakah kesan peristiwa di atas terhadap orang Melayu?
T5 B4 ms 102 [ P2 B1-B2 ]
Perpaduan kukuh
Ekonomi meningkat
Budaya berkembang
Kuasa sultan bertambah
SPM 2007
Rajah di atas menunjukkan perubahan pentadbiran British di Tanah Melayu.
Apakah tujuan British melakukan perubahan di atas?
T5 B4 ms 95 [ P3 B1 ]
Melicinkan pentadbiran
Memajukan penduduk tempatan
Menghapuskan sempadan negeri
Menghapuskan pengaruh komunis
SPM 2007
- Piagam Atlantik
Apakah gesaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang terkandung dalam piagam di atas?
T5 B4 ms 104 [ P3 B10-B13 ]
Dasar liberalisasi
Amalan realpolitik
Dasar dekolonisasi
Amalan monarki
SPM 2006
8 Februari 1946
Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British
Mengapakah penyerahan tersebut ditentang oleh pemimpin dan persatuan kaum tempatan Sarawak? T5 ms 110 [ P4 B7 ]
Penentangan Majlis Negeri
Penipuan terhadap pembesar
Penghapusan hak istimewa peribumi
Percanggahan dengan Perlembagaan 1941
SPM 2005
Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada British pada tahun 1946.
Mengapakah penyerahan tersebut tidak dipersetujui oleh penduduk Sarawak?
T5 B4 ms 110 [ P4 B7 ]
Mencanggahi Perlembagaan 1941
Mendapat tentangan ahli Majlis Negeri
Mengugut pembesar bagi mendapat persetujuan
Menghapus hak istimewa pemimpin tempatan
SPM 2004
Apakah peranan akhbar di atas semasa Malayan Union diperkenalkan?
T5 B4 ms 100, 101 [ JADUAL ]
Menyeru orang Melayu bersatu
Menganjurkan pertubuhan politik
Menyebarkan ideologi demokrasi
Memulaukan upacara pelantikan Gabenor
