NEW
Font size
WorksheetsSEJARAH SPM 2013
Total questions: 40
Worksheet time: 20mins
1. Gambar 1 berkaitan dengan simbol Yin dan Yang. Apakah maksud simbol tersebut ?
Mandat dari syurga
Pemujaan roh nenek moyang
Unsur alam yang saling melengkapi
Ramalan peristiwa yang akan berlaku
2. Sistem pemerintahan di Mesopotamia berasaskan sistem beraja.
Apakah bentuk sistem beraja tersebut ?
Oligarki
Demokrasi
Aristokrasi
Teokrasi
3. Tokoh berikut telah menyumbang kepada peningkatan tamadun China.
Apakah sumbangan mereka ?
Pengasas ajaran
Perancang bandar
Mengatur strategi peperangan
Menggubal kod undang-undang
4. Jadual 1 berkaitan dengan kejayaan seorang tokoh dalam tamadun awal di China.
Apakah faktor yang membantu kejayaan tokoh tersebut ?
I. Pemerintahan secara autokratik
II. Penghapusan kuasa bangsawan
III. Kemajuan perdagangan
IV. Sokongan rakyat
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
5. Raja Indravarman I memerintah kerajaan Angkor mulai tahun 877 Masihi.
Apakah sumbangan baginda terhadap kerajaan Angkor ?
Menyediakan kemudahan pelabuhan
Memajukan perusahaan perkapalan
Menghapuskan cukai tanaman
Membina takungan air
6. Dalam kerajaan awal Asia Tenggara, rakyat biasa takut untuk menderhaka kepada
raja.
Mengapakah mereka bersikap demikian ?
Raja menguasai empayar
Raja menjadi ketua pendeta
Raja adalah bayangan tuhan
Raja memiliki kekuatan tentera
7. Pada 6 Ogos 610 Masihi, bersamaan 17 Ramadhan, Nabi Muhammad SAW
menerima wahyu yang pertama. T4 m/s 107
Apakah kesan peristiwa tersebut ?
Penyebaran agama Islam
Kemunculan kerajaan baharu Islam
Penentangan orang Arab Quraisy terhadap Islam
Pemisahan antara Zaman Jahiliah dengan Zaman Islam
8. Maklumat berikut berkaitan dengan kehidupan masyarakat Arab pada zaman
Jahiliah.
Apakah X ?
Membina petempatan kekal
Mahir membina sistem pengairan
Mengamalkan semangat assabiah
Mempunyai susun lapis masyarakat
9. Rajah 1 menunjukkan syarat Perjanjian Hudaibiyah yang ditandatangani antara
Nabi Muhammad SAW dengan masyarakat Quraisy Makkah pada tahun 628 Masihi
(6 Hijrah).
Apakah kesan perjanjian tersebut ?
Penghijrahan penduduk berkurangan
Pertambahan wilayah jajahan
Perluasan penyebaran Islam
Pengukuhan amgkatan tentera
10. Orientalis Barat menganggap hijrah Nabi Muhammad SAW dan umat Islam dari
Makkah ke Madinah sebagai pelarian.
Apakah alasan untuk menyangkal anggapan tersebut ?
I. Diberi sambutan meriah
II. Dijemput penduduk tempatan
III. Galakan oleh pemimpin Quraisy
IV. Mendapat bantuan masyarakat Arab
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
11. Bagaimanakah Khalifah Uthman bin Affan r.a. berjaya meluaskan wilayah Islam ?
Semangat jihad dipupuk
Armada laut diperkukuh
Perkahwinan politik digalakkan
Perjanjian dengan pemimpin tempatan dimeterai
12. Kerajaan Islam berikut mempunyai pengaruh terhadap kerajaan Islam di Asia
Tenggara.
Apakah pengaruh tersebut ?
Sistem Pembesar Empat Lipatan
Perluasan kawasan empayar
Pembentukan Majlis Syura
Amalan institusi kesultanan
13. Pedagang Islam berjaya menarik minat penduduk tempatan di Asia Tenggara untuk
mendalami ajaran Islam.
Bagaimanakah mereka dapat berbuat demikian ?
Menulis kitab agama
Mandirikan madrasah
Mengamalkan sikap jujur
Memuliakan kedudukan raja
14. Kedatangan Islam ke Asia Tenggara telah mengubah sistem pemerintahan dan
pentadbiran.
Apakah bukti pernyataan di atas ?
I. Wazir dilantik mentadbir wilayah
II. Institusi kesultanan diperkenalkan
III. Undang-undang syariah dilaksanakan
IV. Jawatan tradisional dimansuhkan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
15. Rajah 2 menunjukkan perubahan konsep dalam sistem pemerintahan Kesultanan
Melayu Melaka pada abad ke-15 Masihi.
Mengapakah perubahan tersebut berlaku ?
Perluasan wilayah
Perubahan pemimpin
Pengiktirafan kerajaan
Pengislaman pemerintah
16. Undang-undang berikut wujud pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Apakah kepentingan undang-undang tersebut ?
I. Menentukan struktur kerajaan
II. Menetapkan sempadan wilayah
III. Menyekat pengaruh budaya luar
IV. Memajukan kegiatan perdagangan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
17. Apakah tujuan penjelajahan orang Eropah ke Asia pada abad ke-16 ?
Mengaut keuntungan
Memperoleh hamba abdi
Menyebarkan ilmu pengetahuan
Memperkenalkan sistem pemerintahan
18. Jadual 2 menerangkan tentang seorang tokoh yang telah memperkenalkan satu
sistem tanaman di Britain semasa Revolusi Pertanian.
Apakah kelebihan sistem tersebut ?
I. Kesuburan tanah dikekalkan
II. Penggunaan jentera digalakkan
III. Tanaman yang sama diusahakan
IV. Tanah digunakan sepanjang tahun
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
19. Graf 1 menunjukkan pengeluaran bijih timah oleh pelombong Cina di Tanah Melayu
pada abad ke-20.
Mengapakah pengeluaran tersebut merosot ?
Imigran dihantar pulang
Tenaga kerja mahir kurang
Kapal korek diperkenalkan
Cukai eksport meningkat
20. Pelombong Eropah menguasai perusahaan perlombongan bijih timah pada abad ke20.
Mengapakah pelombong Eropah berjaya menguasai perusahaan tersebut ?
I. Teknologi moden
II. Sokongan pembesar
III. Buruh mencukupi
IV. Modal besar
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
21. Penjajah Barat telah melaksanakan sistem birokrasi Barat di tanah jajahan mereka
di Asia Tenggara.
Apakah ciri sistem birokrasi tersebut ?
Pengekalan pemerintahan beraja
Pelantikan pembesar daerah
Pengenalan sistem ufti
Pentadbiran melalui biro
22. British telah memperkenalkan jawatan berikut di Tanah Melayu pada abad ke-19
dan awal abad ke-20.
Apakah persamaan tugas pegawai yang menjawat jawatan tersebut ?
Menjaga kepentingan penduduk tempatan
Menasihati sultan dalam pentadbiran
Memperkukuh pentadbiran tradisional
Melatih pembesar tempatan mentadbir
23. Rajah 3 menunjukkan perubahan corak gerakan nasionalisme di Asia Tenggara.
Mengapakah gerakan tersebut bercorak radikal pada tahap kedua ?
Sokongan pemerintah tempatan
Kekurangan sumber kewangan
Sekatan pengaruh dari luar
Perjuangan tidak berkesan
24. Bagaimanakah British menghalang Gerakan Islah di Negeri-Negeri Melayu pada
awal abad ke-20 ?
I. Mengugut pemimpin
II. Menyekat kegiatan dakwah
III. Menghalang kemasukan risalah
IV. Menyekat peluang belajar ke luar negara
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
25. Tokoh berikut telah berjuang menentang penjajah.
Mengapakah perjuangan mereka gagal ?
Senjata tidak lengkap
Tenaga tentera kurang
Kemudahan asas kurang
Sokongan pembesar tidak cukup
26. Pada tahun 1911, Sultan Zainal Abidin III meluluskan perlembagaan yang dikenali
sebagai Undang-Undang Tubuh Kerajaan Terengganu.
Mengapakah perlembagaan tersebut diluluskan ?
Meluaskan wilayah pengaruh
Mengekalkan kedaulatan negeri
Membentuk kerajaan demokrasi
Mengukuhkan hubungan dengan Siam
27. Maklumat berikut merujuk kepada perlembagaan kerajaan Melayu.
Apakah persamaan kandungan kedua-dua perlembagaan tersebut ?
I. Raja dipilih melalui sistem giliran
II. Cukai tanah dikuatkuasakan
III. Islam sebagai agama rasmi
IV. Raja mesti berbangsa Melayu
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
28. Apakah hasrat British membentuk sebuah bangsa Malayan Union ?
Menumpukan taat setia
Menguatkan pasukan tentera
Membantu dalam pentadbiran
Membanteras ancaman komunis
29. Pada 8 Februari 1946, Vyner Brooke telah menyerahkan Sarawak kepada Brirish.
Apakah kesan sekiranya penyerahan tersebut tidak dilaksanakan ?
Kemasukan kaum imigran akan berterusan
Pembentukan kerajaan sendiri menjadi kenyataan
Pembubaran Majlis Mesyuarat Negeri dilaksanakan
Hak istimewa penduduk peribumi terjejas
30. Pada bulan Februari 1952, UMNO Kuala Lumpur dan MCA telah menjalin kerjasama
dalam bidang politik.
Apakah kesan kerjasama tersebut terhadap UMNO dan MCA ?
Ditentang hebat oleh Parti Kemerdekaan Malaya
Mendapat bantuan kewangan daripada British
Gagal mendapat sokongan semua kaum
Menang dalam pilihan raya majlis perbandaran
31. Apakah faktor yang menyebabkan British menggantikan Malayan Union dengan
Persekutuan Tanah Melayu 1948 ?
Kekuatan perpaduan orang Melayu
Pertambahan bilangan kaum imigran
Memenuhi desakan orang dagang
Akur tuntutan golongan radikal
32. Jadual 3 menerangkan tentang hubungan tegang antara Malaysia dengan Indonesia.
Apakah tindakan Indonesia semasa peristiwa tersebut ?
I. Menceroboh ruang udara
II. Menghantar bantahan rasmi
III. Melancarkan pemberontakan
IV. Menyerang kapal-kapal nelayan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
33. Jadual 4 berkaitan dengan perkembangan politik di Singapura.Mengapakah Lee Kuan Yew membuat cadangan tersebut ?
Mengawal kemasukan imigran
Melemahkan parti berhaluan kiri
Memperkukuh semangat setia kawan
Mengamalkan konsep pengagihan kuasa
34. Apakah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia ?
Membubarkan Parlimen
Menggubal undang-undang
Memilih ahli Dewan Rakyat
Menetapkan tarikh pilihan raya
35. Apakah syarat untuk menjadi Ahli Dewan Negara dalam sistem pemerintahan di
Malaysia ?
Menang dalam pilihan raya
Aktif dalam pertubuhan politik
Berumur sekurang-kurangnya 21 tahun
Cemerlang dalam perkhidmatan awam
36. Mengapakah Majlis Perundingan Negara mengisytiharkan Rukun Negara pada 31
Ogos 1970 ?
Menyusun semula masyarakat
Memperkukuh perpaduan rakyat
Meningkatkan kemajuan ekonomi
Mamartabatkan bahasa kebangsaan
37. Pernyataan berikut adalah cabaran kelapan Wawasan 2020.
Bagaimanakah cabaran tersebut dapat dipenuhi oleh kerajaan ?
Kekayaan negara dikongsi bersama
Pelaburan asing dipertingkatkan
Memantapkan jati diri rakyat
Membangunkan modal insan
38. Perang Dunia Pertama tercetus di Eropah mulai tahun 1914 hingga tahun 1918.
Mengapakah Amerika Syarikat turut terlibat dalam perang tersebut ?
Menguji senjata
Permintaan Britain
Mempertahankan Serbia
Menyekat ideologi komunis
39. Blok dunia berikut terbentuk semasa Perang Dingin
Apakah ciri blok kapitalis ?
I. Mengamalkan pemerintahan demokratik
II. Mengamalkan sistem satu parti
III. Memiliknegarakan perniagaan
IV. Menjamin kebebasan individu
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
40. Deklarasi Langkawi dihasilkan dalam Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel
(CHOGM) di Kuala Lumpur pada tahun 1989.
Apakah persetujuan yang dicapai dalam deklarasi tersebut ?
Penyelarasan bantuan teknikal
Menyediakan dana pendidikan
Mengatasi masalah pencemaran
Membanteras penyalahgunaan dadah
